Anda di halaman 1dari 3

Teks Ucapan : Perhimpunan Minggu Ke-5 2012

1. Assalamualaikum WKT, selamat pagi dan Salam Satu Malaysia.

2. Yang Berusaha Tuan Pengetua,Pn Tan Moi Yan, Yang Dihormati rakan-rakan Penolong
Kanan, En Masa'ud dan En Mohd Tahir, Guru-guru Kanan Mata pelajaran, Guru-guru dan
yang saya kasihi semua murid SMK Kulai Besar.

3. Saya mengucapkan selamat kembali ke sekolah kepada semua warga SMKKB. Sama ada
murid, guru, pekerja di kantin, pekerja-pembersihan dan tidak dilupakan En Selamat...jaga,
kita adalah satu keluarga, satu pasukan dan berada dalam satu kapal. Dalam usaha
merealisasikan visi kita ke arah Sekolah Unggul Penjana Genarasi Terbilang, semua pihak
memainkan peranan penting atas kapasiti tugas dan tanggungjawab masing-masing.

4. Saya berharap Cuti Sempena Tahun Baru Cina telah dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya
kerana selepas ini tugas kita menuntut komitmen yang berlipat kali ganda dalam memastikan
KB sentiasa berada pada landasan yang betul untuk menjana genarasi yang terbilang.

5. Walaupun agak lewat tetapi saya tetap mengambil kesempatan pada pagi ini untuk
menyatakan penghargaan saya yang tidak terhingga kepada semua rakan-rakan guru dan
mengucapkan tahniah kepada semua murid tingkatan 3 yang telah menyelesaikan misi 2011
dengan jayanya.

4. Saya berharap semua murid dapat menggunakan masa sepanjang di sekolah dengan penuh
kualiti, sebuk dan menyebukkan diri dengan belajar, semua murid sama ada calon PMR,
SPM mahupun murid tingkatan 1 dan 4. Kerana ada pepatah Arab yang menyebut...Masa Itu
Pedang, Jika kita Tidak memotong kita akan dipotong.

5. Bayangkan kita dalam satu medan peperangan dan pedang ditangan kita. Apa pilihan kita?
lari lintang pukang ? pura-pura mati untuk selamatkan nyawa atau menyerah diri. Namun
pilihan yang terbaik ialah menggunakan pedang tadi untuk memerangi musuh dan jika
kita mati kerananya kita mati secara bermaruah......

6. Dalam konteks anda sebagai murid peprangan yang dimaksudkan ialah bagaimana pedang
untuk memerangi musuh-musuh yang boleh menjejaskan masa kualiti dalam membentuk
budaya belajar.

7. Hargailah masa, kerana masa remaja hanya datang sekali dan masa yang sekali itulah
menentukan halatuju dan masa hadapan untuk kehidupan anda puluhan tahun akan
datang. Justeru itu isilah masa dengan budaya pembelajaran. Datanglah awal ke sekolah,
fokus semasa pengajaran guru, membuat kerja rumah tanpa bertangguh, memastikan buku
sentiasa ditangan, membaca apabila ada kesempatan terluang, amalan mencatat nota, dan
elakkan bual-bual kosong.

8. Dalam sebuah buku yang dikarang oleh sarjana barat yang bernama Stephen R. Covy,
berjudul 7 Habits Of Highly Effective People ( 7 Tabiat Orang Yang Amat Berkesan). Dalam
buku tersebut, beliau telah menyatakan 7 tabiat orang yang sangat berkesan;

8.1 Be Proactive (Proaktif) - iaitu dalam konteks murid, mengutamakan masa dengan belajar
seperti membaca dahulu topik sebelum diajar oleh guru. Mengambil inisiatif memperbaiki
kelemahan diri dan tidak mengharapkan guru. Melakukan sesuatu tanpa disuruh dan tidak
menyalahkan orang lain.

8.2 Begin With The End In Mind (Mula dengan matlamat di Minda) - bermaksud kita perlu
merancang dan menetapkan matlamat. Contohnya matlamat sekolah ialah penetapan ETR
dalam pepriksaan awam. Melakukan sesuatu yang berguna dan bermakna kepad diri dan
lingkungan masyarakat

8.3 Put First Thing First (Utamakan Perkara Penting Dahulu) - perkara ini ada kaitan dengan
masa iaitu kita tidak melakukan aktiviti yang membazirkan masa, tidak berfikir secara
produktif, membuat senarai keutamaan, dalam konteks ini sudah tentu keutamaan akademik
didahulukan.

8.4 Think Win-win (fikir menang-menang) - Pandai mencari alternatif dalam pengurusan
masa, buat sesuatu yang menguntungkan diri tanpa merugikan orang lain. Dorong rakan
untuk cemerlang dalam pelajaran, bimbing rakan yang tergelincir dalam perlakuan negatif
atau salah laku disiplin.

8.5 Seek First To Understand, Then To Be Understood (Berusaha Untuk Memahami Dahulu,
Sebelum Difahami) - Memahami hasrat sekolah dan ibu bapa, menghargai usaha sekolah,
mengelakkan salahlaku disiplin.

8.6 Synergize (Bersyenergi) - Sentiasa bersemangat, pandai berkerjasama, menghargai usaha


orang lain dan berdaya saing serta berupaya bekerja dalam satu pasukan.

8.7 Sharpen The Saw (Tajamkan mata Gergaji) - Bermaksud sentiasa dalam keadaan
bersedia. Membuat sesuat dengan tekun, membuat persiapan secukupnya untuk cemerlang
dalam segenap bidang yang diceburi. Belajar bukan sahaja di sekolah tetapi di mana sahajas
dengan prinsip pembelajaran sepanjang hayat.

9. Sebagai mengakhiri ucapan ini berikut disampaikan beberapa makluman untuk makluman
dan tindakan semua warga sekolah;

9.1 Mulai 1 Februari 2012 (Rabu) kita akan menggunakan Jadual Waktu Bilangan 3/2012.

9.2 Terdapat perubahan dari segi guru tingkatan iaitu Pn Sharifah Arifin tidak lagi menjadi
guru tingkatan 3F kerana Pn Sharifah dilantik menjadi guru tingkatan 4 Sains 3 (kelas baru).
En Shaari akan mengamabilalih tugas sebagai guru kelas tingkatan 3F.

9.3 Terapat pertambahan kelas bagi tingkatan 4 iaitu penambahan satu lagi kelas 4 Sains (4
Sains 4)

9.4 Murid 1 RK Bestari akan digabungkan dengan murid 1RK Bijak di Makmal Komputer 2.
Walau bagaimanapun setiap kelas mempunyai guru yang berbeza. Pembelajaran tingkatan 1
RK Bestari dan 1 RK Bijak dijalankan secara serentak tetapi berlainan guru.

9.5 Tingkatan 4 Sains 3 akan ditempatkan sementara waktu di Bilik APD sementara menanti
bilik darjah pasang siap dapat di sediakan.
10. Muri tingkatan 3KRK terlibat dalam program ELIT. sila akaur dan hadir dalam kelas
yang telah ditetapkan. Guru ELIT boleh melaporkan murid yang tidak hadir sebagai ponteng
kelas dan akan dipanggil keesokan harinya. Perkara ini sama juga dengan murid tingkatan 4
Sains dan 5 Sains yang perlu hadir dalam kelas-kelas yang dijalankan pada masa ke 11.

Sekian terima kasih.

Kem Membaca 1Malaysia (KM1M) merupakan satu aktiviti tahunan Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) bertujuan untuk mengukuhkan budaya membaca dan menanam sikap cintakan ilmu
melalui pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan pembacaaan dalam kalangan murid.

Anda mungkin juga menyukai