Anda di halaman 1dari 7

Kaedah Tikrar (Ulangan)

Kaedah Tikrar (Ulangan) Kaedah tikrar atau ulangan ini bolehlah kita samakan dengan kaedah latih tubi. Pendekatan kaedah ini adalah melakukan pembacaan atau mengingat secara berulangkali. Caranya adalah : (i) Selepas guru membaca, murid akan mengikut bacaan guru; (ii) Kemudian, seorang murid membaca dan diikuti oleh murid murid lain lalu murid murid membaca secara kelas; dan (iii) Seterusnya, murid membaca beramai ramai mengikut kumpulan, sementara kumpulan lain mendengar atau seorang sahaja murid membaca, sementara yang lain mendengar bacaan murid tersebut. Bagi menjadikan kaedah ini mendatangkan kesan yang lebih baik, ia hendaklah dilakukan secara berturutan dan berulang kali. Berhubung kaedah tikrar ini, Saidatina Aisyah r.a meriwayatkan hadis yang bermaksud : Rasulullah s.a.w suka mengulang ulang suatu perkara kepada para sahabat sehingga mereka mendapat fahaman yang sebenar. Persoalan berapa kerapkah proses ulangan ini perlu dilakukan supaya ia berkesan tetapi tidak membosankan dan membuang masa, Saidatina Aisyah r.a meriwayatkan sebuah lagi hadis yang bermaksud : Rasulullah s.a.w mengucapkan tiga kali apabila bertutur dengan satu satu ayat dan kadangkala satu masalah yang diterangkan oleh Rasulullah s.a.w diulang sebanyak tiga kali agar para pendengar cukup jelas untuk memahaminya. Maksud hadis di atas menyatakan bahawa kesesuaian kaedah ulangan ini adalah dilakukan sebanyak tiga kali berturut turut pada masa yang sama dan jangan lupa memperuntukkan rehat satu hingga tiga minit selang di antaranya. Untuk menjadikan suasana pembelajaran lebih menarik, anda boleh memperdengarkan bacaan ayat ayat Al Quran dari kaset atau bahan bahan media yang lain untuk didengar oleh murid. Kemudian, apabila murid mengikut bacaan tersebut, rakam suara murid di dalam kaset. Perdengarkan kembali rakaman tersebut kepada murid agar mereka dapat mengesan kesilapan kesilapan bacaan mereka sebelum anda membetulkan kesilapan tersebut. Antara kekuatan kaedah ini adalah : (i) Guru dapat mengenalpasti kemahiran yang dikuasai oleh setiap murid; (ii) Kaedah ini sesuai digunakan untuk aktiviti pemulihan; dan (iii) Kaedah ini dapat membina keyakinan murid.

Pd bhs : ulangan berkali2 Istilah : aktiviti bacaan yan beruang2kali utk menguatkan ingatan dan mengingati sesuatu bacaan berulangkali

Kelemahan Kaedah Tikrar 1. Mengambil masa yang agak panjang untuk menamatkan proses pengajaran dan pembelajaran. 2. Kurang berkesan untuk murid yang bijak dan cepat menguasai pelajaran. Pada sudut bahasa bermaksud ulangan berkali-kali dan pada istilah iaitu aktiviti bacaan berulang-ulang kali untuk menguatkan ingatan dan mengingati sesuatu bacaan berulang kali.Selepas guru membaca murid-murid ikut. Seorang murid membaca dan diikuti oleh murid murid lain. Murid-murid membaca secara kelas . Murid-murid membaca beramai -ramai mengikut kumpulan, kumpulan lain mendengar sahaja. Seorang murid membaca, yang lain mendengar sahaja. Seorang murid membaca ,yang lain mendengar sahaja. Prinsip Kaedah Tikrar 1. Hendaklah ditentukan bahan/ isi kandungan 2. Memastikan tahap kebolehan murid 3. Guru memperdengarkan bacaan, sementara murid dengar dengan teliti 4. Guru meminta murid mengulangi bacaan fasih dan guru berpuas hati 5. Kemahiran yang diajar tidak diubah sehingga murid menguasainya. Objektif kaedah Tikrar 1. Murid dapat menyebut huruf (kalimah) dengan betul dan fasih. 2. Menekan sebutan ulangan sehingga menghasilkan satu kemahiran yang tekal 3. Boleh membezakan bunyi sebutan dengan pelbagai baris. Aplikasi Cara aplikasi kaedah Tikrar dalam pengajaran dan pembelajaran 1. Guru membaca ayat dan murid mengulanginya selepas mendengar supaya guru itu dapat membetulkan kesalahan muridnya. 2. Murid mendengar bacaan guru,jika murid belum dapat kuasai untuk menyebut perkataan tertentu,guru perlu membaca perkataan yang susah berulang kali. 3. Murid membaca dan guru mendengar sambil membetulkan bacaan yang salah,kemudian murid menghafaz ayat yang di baca dan menyemaknya di hadapan guru. Kekuatan Kaedah Tikrar 1. Guru dapat mengenal pasti kemahiran yang dikuasai oleh setiap murid. 2. Ia sesuai digunakan untuk aktiviti pemulihan. 3. Dapat membina keyakinan diri murid. 4. Guru dapat memperbaiki kesalahan sebutan,bunyi pada masa itu juga.

Kelemahan Kaedah Tikrar 1. Mengambil masa yang agak panjang untuk menamatkan proses pengajaran dan pembelajaran. 2. Kurang berkesan untuk murid yang bijak dan cepat menguasai pelajaran. 3. Murid akan merasa jemu atau bosan.

4. Murid akan hilang tumpuan kerana teknik yang digunakan adalah berulang-ulang

[1] Tahukah engkau akan orang yang mendustakan ugama (meliputi hari pembalasan)? [2] Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim, [3] Dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin. [4] (Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan ugama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang [5] (laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya; [6] (Juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri dalam ibadat dan bawaannya), [7] Dan orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang yang berhak mendapatnya). Tags: Al-Ma'un, Mekah

Kepentingan pendidikan melahirkan anak cemerlang RAMAI pelajar ingin berjaya sebagai pelajar. Pelajar yang berjaya sering dikaitkan dengan keputusan peperiksaan yang baik, dapat melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi dan mendapat pekerjaan yang baik. Ada juga yang berpendapat pelajar yang berjaya seharusnya mempunyai ketrampilan diri yang baik. Soal berjaya sebagai pelajar perlu dinilai daripada pelbagai sudut. Kejayaan akademik semata-mata tidak akan memastikan pelajar itu turut cemerlang dalam menghadapi dunia kehidupan sebenar. Bagaimanapun, kita tidak dapat menolak kepentingan pendidikan yang menjadi asas kejayaan individu. Proses pendidikan tidak hanya terhenti di dalam bilik darjah sahaja malah manusia sentiasa perlu belajar sehingga ke akhir hayat. Barulah kejayaan dan kecemerlangan akan sentiasa mengikut diri kita. Pendidikan juga tidak hanya berkisar kepada pendidikan formal yang hanya melibatkan kertas, pen, syarahan dan peperiksaan. Perhubungan luar antara rakan sebaya, guru, keluarga dan masyarakat perlu diberi perhatian oleh pelajar sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran. Andalah yang akan menentukan sama ada anda bergerak, membesar dan membangun dalam suasana yang akan membentuk kecemerlangan sebagai seorang pelajar. Terdapat pelajar yang beranggapan mereka tidak boleh berjaya kerana tidak

dianugerahkan dengan kebolehan hebat seperti rakan-rakan yang lain. Ada yang beranggapan bahawa setiap manusia dilahirkan dengan mempunyai kebijaksanaan semula jadi yang tersendiri. Mungkin sudah takdir mereka dilahirkan dengan serba kekurangan. Pernahkah anda mengeluh dengan kata-kata berikut: ``Saya tidak pandai sejak dulu lagi saya lemah Matematik,'' ``Kawan saya memang pandai, baca sedikit pun boleh mendapat markah yang tinggi dalam peperiksaan,'' ``Kenapa saya tidak pandai berbahas? Saya selalu berasa takut apabila bercakap di khalayak ramai,'' Mungkin kita sentiasa mengeluh. Kita menyesali dengan pelbagai kekurangan yang ada pada diri kita berbanding dengan rakan-rakan yang lain. Selalunya kita akan berpuas hati dengan apa yang telah kita dapat. Kita beranggapan itulah sahaja kemampuan yang mampu dijana oleh kita. Kenapa anda tidak bertanya soalan-soalan berikut pada diri sendiri: ``Bagaimana saya boleh pandai dalam Matematik?'' ``Bagaimana kawan saya belajar sehingga mendapat markah yang tinggi dalam peperiksaan?'' ``Bagaimana ingin menghilangkan rasa gementar apabila bercakap di depan khalayak ramai?'' Orang yang bijaksana malu apabila perkataannya melebihi kesanggupannya. Sebenarnya, tiada siapa yang dapat mengubah tingkahlaku, keupayaan atau kebolehan seseorang kecuali orang itu sendiri mahu berubah. Ibu bapa, guru dan rakan-rakan itu sendiri mahu berubah. Ibu bapa, guru dan rakan-rakan hanya boleh membimbing dan memberi tunjuk ajar. Anda sendiri yang dapat menentukan sama ada ingin berjaya dengan cemerlang dalam kehidupan atau sebaliknya. Setiap orang boleh berjaya dalam bidang yang ingin diceburinya. Manusia tidak dilahirkan dengan kebolehan tertentu. Mungkin ada orang yang bernasib baik kerana mempunyai kecerdasan semula jadi yang luar biasa tetapi bilangannya tidak begitu ramai. Kecerdasan yang tidak terjaga juga akan hilang mengikut masa. Kalau kita membaca sejarah orang terkenal yang telah berjaya, kebanyakan daripada mereka hanyalah pelajar biasa seperti kita juga. Setiap orang boleh mencapai kejayaan dengan syarat kita inginkan kejayaan tersebut. Bagaimanapun, setiap kejayaan memerlukan jalan yang tersendiri. Lihatlah komen mereka yang telah berjaya dalam matematik peringkat SPM ``Saya memang meminati Matematik dan melakukan banyak ulangkaji. Dalam satu minggu saya tetapkan, empat atau lima hari untuk ulangkaji. Dalam satu minggu saya tetapkan, empat atau lima hari untuk ulangkaji Matematik'' ``Sekiranya tidak mahir dalam sesuatu persoalan atau topik, tanpa segan silu, saya akan mencari guru yang mengajar dan meminta lebih penjelasan'' Aspek yang paling penting dalam menentukan kejayaan pelajar ialah keperibadian pelajar itu sendiri. Pelajarlah yang perlu menilai, melihat dan cuba pula untuk membentuk diri mereka dengan sempurna.

Kepentingan Pendidikan:
Maulana Syed Abul-Hasan Ali al-Nadawi rh menyebut tentang kepentingan pendidikan ini dalam beberapa buah bukunya.Antaranya beliau menyebut tentang perkara itu dalam bukunya Islam and the World(2): Susunan pendidikan Alam Islam mesti bentuk semula habis-habis habisan dalam suluhan cahaya cita-cita Islam dan ajaran-ajarannya. Mempelajari dari negeri-negeri Barat apa yang maju terkedepan dalam sains dan teknologi adalah satu perkara, tetapi bila sahaja Muslimin melupai bahawa akar-umbi kekuatan mereka berada dalam Islam, dan mereka menjadi pengikut-pengikut khemah orang lain dari segi intelektuilnya, tenaga-tenaga kreatif mereka menjadi terhalang. Dalam zaman lampau kepimpinan intelektuil Muslimin diterima di seluruh dunia. Budaya dan ilmu pengetahuan mereka berkembang dalam setiap bidang kehidupan manusia di seluruh dunia. Buat masa yang lama dunia terus menerus berfikir dalam cara Islam dan mendapat inspirasi daripada kehidupan cara Islam. Bahasa Arab menjadi bahasa ilmu pengetahuan di dunia Barat dan setiap pengarang terkenal mengunakan bahasa ini untuk melafazkan apa yang hendak dinyatakannya Beliau meneruskan kenyataannya tentang bagaimana Barat mendatangkan banyak akibat-akibat yang merugikan Islam dan umatnya dalam sejarahnya. Kata beliau: Kemudian masa berubah, dan berlakulah kemenangan Barat mengatasi (Muslimin). Ia membawa bersama-sama dengannya sikap baharu dalam hubungan dengan pengetahuan, yang merupakan hasil pengalaman-pengalaman dan keadaan-keadaan budaya Barat sendiri. Dunia mula mengikut dengan membuta tuli struktur yang baharu itu. Dunia Islam juga, oleh kerana kemalasan mental (mental sluggishness) terpedaya dengan ilusi bahawa keselamatan dan kesejahteraan mereka hanya terletak pada sikap tunduk sebagai abdi kepada barat dan sistem pendidikannya. Dengan itu maka asaspun disediakan bukan sahaja untuk pendewaan intellektuil tetapi juga peniruan (imitation) peradaban Barat oleh golongan intelektuil Muslimin. Maka sikap skeptik dalam agama, takbur, rasa tidak puas hati (dengan agama) dan semua ciri-ciri lain cara hidup Barat mula secara beransur-ansur dan tetap menggantikan cita-cita mulia dan tinggi budaya di kalangan generasi Muslimin yang baharu muncul. Peradaban kerohanian Islam mula secara sistematisnya digantikan dengan peradaban kebendaan Eropah. Beliau menyatakan bahawa syarat untuk mendapatkan kembali kepimpinan dunia ini adalah melalui pencapaian kedudukan teratas dari segi intelektuil melebihi Barat. Kata beliau: Adalah paling penting sekali demi untuk mencapai kembali kedudukan kepimpinan dunia bagi Islam bahawa Muslimin mestilah menimbulkan kembali ketinggian intelektuil mereka ke atas Barat. Untuk tujuan ini kebudayaan Islam mesti menegaskan dirinya kembali. Usaha-usaha perjuangan yang gigih mesti dilakukan dalam semua bidang ilmu pengetahuan. Sudah tentu, ini bukannya kerja beberapa orang perseorangan ataupun beberapa pertubuhan. Lujnahlujnah dan institusi-institusi yang bertenaga tinggi dengan segeranya hendaklah dibangunkan dengan tujuan untuk menyusun struktur pendidikan yang secara seluruhnya mengikuti roh ajaran al-Quran dan Sunnah tanpa mencuaikan syarat-syarat pengajian moden dan penyelidikan saintifik. Ahli-ahli pendidikan dan sains Islam hendaklah menggunakan kekuatan mereka sendiri dalam bidang pemikiran spekulatif (speculative reasoning ) dalam hubungan dengan pembentangan sains empiris supaya

mereka boleh menyelamatkan generasi-generasi mendatang Muslimin daripada menimbulkan perasaan benci terhadap zaman yang telah lalu sejarah mereka dan merasa putus harap dalam hubungan dengan masa depan mereka.(3) Dalam bukunya The Glory of Iqbal (4) beliau menyebut beberapa kritikan almarhum Muhammad Iqbal rh dengan penuh persetujuan terhadap pendidikan moden. Antaranya ialah bagaimana pendidikan moden telah mengabaikan pembangunan mental dan rohaniah generasi muda yang mengakibatkan timbulnya krisis moral di kalangan mereka; dengan itu maka fikiran pemuda dan pemudi sekarang cerdas dan gemilang tetapi jiwa dan rohaninya gelap; kemerosotan rohaniah berlaku bergandingan dengan perkembangan mental yang cerdas; bagaimana akibatnya juga timbul di kalangan mereka sifat tidak mengenali jati-diri sendiri dan sikap tidak mempedulikan destini atau masa hadapan dan nasib mereka sebenarnya; bagaimana mereka itu lebih dipengaruhi oleh ideologi-ideologi asing lebih daripada dipengaruhi oleh agama mereka sendiri; bagaimana sifat kebendaan yang berlebihan di kalangan mereka dan juga sifat berlebihan dalam bergantung kepada pekerjaan sebagai matlamat pendidikan menyebabkan keruntuhan moral dan kerohanian mereka; bagaimana timbulnya sikap mengambil peluang dan faedah kebendaan yang sementara dalam sesuatu kegiatan (undue expediency) bersekali dengan budaya artificial dan hidup meniru-niru yang tidak wajar. Dengan itu pendidikan Barat moden menjadi alat penjajahan Barat ke atas Timur (kalau sekarang ini diperteguhkan lagi dengan seruan Globalization atau Globalisasi yang menjayakannya melalui ekonomi pasaran terbuka dan keadaan dunia tanpa sempadan dan perkampungan global); bagaimana pendidikan Barat moden yang terbentuk dalam atheisme , atau sekurang-kurangnya dalam keadaan keresahan mental dan kekalutan intelektuil (intellectual anarchy) mengakibatkan timbulnya skeptisisme, dan unsur-unsur rasionalisme dan pemikiran bebas di kalangan mereka yang terdidik di dalamnya; bagaimana kejayaan saintifik dan faedah-faedahnya membolehkan manusia menguasai angkasa lepas dan terbang di angkasa tetapi menyebabkan ianya terangkat daripada tempat berpijaknya dan memisahkannya daripada akar umbi rohaniahnya; bagaimana pendidikan itu berkecenderungan untuk membataskan nilai dan martabat manusiawi dalam hubungan dengan mesin, industri, dan lain-lain manifestasi kemajuan kebendaan walaupun ianya adalah mutiara yang dikehendaki dari samudera seluruh penciptaan dan hasil penuaian dari ladang gandum kehidupan; bagaimana akibatnya pengertian ilmu dan kefahaman manusiawi menjadi cacat dan tercela tanpa rahmat Ilahi dan wahyuNya; bagaimana dalam suasana pendidikan demikian setiap lintasan pemikiran yang tidak menasabahpun diangkat martabat menjadi falsafah yang dihormati; bagaimana sifat tergesa-gesa keinginan cepat dalam segala perkara dalam zaman teknologi ini menyebabkan kestabilan segala perkara menjadi musnah dan falsafah menjadi himpunan pemikiran yang tidak koheren yang tidak menentu (haphazard collection of incoherent ideas); bagaimana pendidikan demikian menggalakkan timbulnya sikap meniru-niru buta tamaddun Barat yang menghilangkan semangat dan roh keaslian dan tindakan yang bebas merdeka; dengan itu generasi muda tidak ada kewujudan dan jatidiri asli sebenarnya kerana ia menjadi bayangan bagi wujud Barat dengan kehidupan artificial yang diamalkannya; dengan itu jiwa mereka dilitupi dukacita dan rasa bosan, bukan lagi penuh dengan harap dan cita-cita tinggi dan murni.

Anda mungkin juga menyukai