Anda di halaman 1dari 3

LIMA KAEDAH/TEKNIK PENGAJARAN RASULULLAH SAW

Rasulullah SAW mempunyai kaedah atau cara dalam menyampaikan pengajarannya.Baginda mempunyai pelbagai kaedah antaranya kaedah yang bersifat kognitif(yang bersifat atau berkait rapat dengan mental), kaedah yang bersifat dengan efektif(berkait dengan perasaan)dan juga kaedah yang bersifat psikomotor(perlakuan). Antara berikut adalah 5 kaedah/teknik pengajaran yang disampaikan oleh baginda SAW kepada para sahabatnya dan juga kaum muslimin pada zaman Nabi SAW.

1. Kuliah/khutbah/pidato

Salah satu cara pengajaran baginda SAW ialah pengajaran dalam kuliah,khutbah atau pidato yang biasanya disampaikan dimasjid dan juga dirumah.Baginda sentiasa mengajar kaum muslimin dan sentiasa berkhutbah setiap hari Jumaat.Sebelum kewafatan baginda,dalam peristiwa Hujjatul Wada beliau menyampaikan pengajaran secara khutbah atau ucapan .Pada musim haji tersebut,baginda telah berucap di Arafah,Mina,Periga Ghadir,dan juga Uhud. Pengajaran yang demekian berbentuk satu hala daripada orang yang mengajar kepada orang yangdiajar.Hanya baginda sahaja yang bercakap dan yang lain hanya mendengar. Teknik pengajaran cara ini adalah teknik yang telah lama kita gunakan disekolah-sekolah rendah pada zaman sebelum kita merdeka,zaman merdeka dan juga masa selepas merdeka.Cara pengajaran ini juga digunakan dala, sistem pendidikan pondok.

2. Halakah

Sepanjang pendidikan baginda kepada para sahabat,baginda amat gemar menggunakan kaedah halakah dalam pengajaran dimana Rasulullah SAW bersila didalam masjid yang dikelilingi oleh umat Islam.Kemudian Rasulullah SAW akan membaca ayat-ayat Al-quran sebanyak 3 kali dan Umat Islam yang mengelilinginya pula bertanya sesuatu berkaitan dengan ajaran al-Quran dan Hadis. Corak pengajaran yang seumpama ini adalah berbentuk dua hala iaitu daripada pihar guru dan juga pihak murid.kedua belah pihak terlibat secara langsung dengn kaedah ini.

3. Pengajaran secara praktikal atau demontrasi

Baginda bukan sahaja mengajar dengan lidah kepada kaum muslimin bahkan segala tingkah laku baginda menunjukkan apa yang diajar.Hal ini disebabkan oleh rasulullah SAW bukan sahaja rasul yang mengajar manusia malah menjadi contoh ikutan sebagaimana yang dijelaskan dalam Al-quran yang bermaksud:

Sesungguhnya telah ada pada(diri)Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu(iaitu)bagi orang yang mengharap(rahmat)Allah dan(kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah. (Surah Al-Akhzab,33:21)

4. Hafalan

Teknik hafalan adalah suatu teknik yang telah wujud pada diri Rasulullah SAW.Keadaan ini jelas kepada kita apabila turun sahaja wahyu kepada baginda,baginda terus bersungguh-sungguh menghafalnya supaya tidak lupa sehinggalah turun jaminan Allah SWT.Firman Allah SWT yang bermaksud:

Janganlah kamu gerakkan lidahmu untuk(membaca) Al-quran kerana hendak cepat menguasainya.Sesungguhnya atas tanggungan itu kamilah menggumpulkanya(didadamu)dan(membantumu)pandai membacanya. Apabila kami selesai membacanya maka ikutilah bacaannya itu.Kemudian ,sesungguhnya atas tanggungan kamilah penjelasannya. (Surah Al-qiamah:75:16)

5. Soal-jawab

Kaedah soal jawab ini juga turut diamalkan olah Rasulullah SAW. Melalui sebuah hadis yang diriwayatkan oleh muslim daripada Umar al-Khatab, beliau menceritakan bahawa Rasulullah SAW telah besoal jawab dengan Jibril a.s tentang Islam, Iman, Ihsan dan Hari Kiamat. Jelaslah di sini menunjukkan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran dengan kaedah soal jawab disepadukan dengan kaedah perbincangan dapat menambahkan lagi keberkesanan pembewlajaran di samping membantu meningkatkan kecerdasan otak, mencungkil bakat dan dapat menghidupkan suasana pembelajaran

Kaedah dan teknik pengajaran Rasulullah SAW adalah kaedah pengajaran dan pembelajaran Islam.Tegasnya kaedah pengajaran Islam adalah daripada struktur penurunan Al-quran serta dicontohi daripada perlakuan Rasulullah SAW .Ia merupakan perkaedahan yang ulung dan paling unggul serta amat berkesan dalam pengajaran dan pendidikan bagi membentuk peribadi yang serba lengkap dan sempurna.

Anda mungkin juga menyukai