Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARAAN MAJLIS

JAMUAN AKHIR TAHUN, TAHUN 6 SESI 2016

Ucapan pengacara majlis

Bismillahirrahmanirrahim…..Alhamdulillahirabbil’alamin
Wassolatuwassalamu’alaasyhrafil’anbiya’Iwalmursalin wa’ala alihi wasohbihi ajmain.

Yang dihormati

1) Pn. Iliana bt. Md. Isa (Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)

2) En. Zool Azhari b. Abdul Kader (Guru Penolong Kanan Kokurikulum)

3) barisan guru khasnya guru2 tahun 6

4) rakan2 yang dikasihi

5) seterusnya hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian.

Assalamualaikum w.b.t. dan salam muhibbah.

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izin kasih-NYA, kita dapat bertemu pada pagi ini sempena
Majlis Jamuan Akhir Tahun Tahun 6 SK Sungai Acheh Sesi 2016. Setingggi-tinggi ucapan terima kasih
diucapkan kepada semua kerana sudi hadir bagi memeriahkan majlis pada hari ini. Sesungguhnya
pertemuan pada pagi ini amat bererti buat kita semua di samping mengeratkan lagi ukhwah yang sedia
terjalin. Terima kasih sekali lagi diucapkan.

Bacaan doa

Hadirin dan hadirat yang dimuliakan,

Garam ada kicap pun ada,

Sayang lada terlupa bagi;

Pantun ada ucapan pun ada,

Sayang tiada berdoa lagi.


Kalau pergi Tanjung Keramat,

Anak manis jangan diangkat;

Bersama kita memohon rahmat,

Moga majlis mendapat berkat.

Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan bermunajat, memohon
berkat agar segala urusan mendapat rahmat. Untuk itu, majlis mempersilakan Al Fadhil Ustaz Zaid Khairi
b. Ainul Jamal untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

Amin, amin, amin Ya Rabbal a’lamin................ Jazakallahu khairan kathiran diucapkan kepada Al–fadhil
Ustaz Zaid Khairi b. Ainul Jamal atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

Ucapan wakil murid

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Majlis kini diteruskan dengan ucapan yang akan disampaikan oleh wakil murid dari kelas 6G. Untuk itu,
majlis menjemput:

1) Nur Izzah bt Mohd. Yusof bagi menyampaikan ucapan mewakili murid2 perempuan dari kelas
6G. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan. Seterusnya kita persilakan pula

2) Mohd. Afiq Fitri b. Tubani bagi menyampaikan ucapan mewakili murid2 lelaki dari kelas 6G.
Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan. Seterusnya kita persilakan pula wakil murid dari kelas 6J. Dipersilakan

3) Nasrin Farzan bagi menyampaikan ucapan mewakili murid2 perempuan dari kelas 6J.
Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan. Seterusnya kita persilakan pula

4) Danial Fikri bagi mewakili murid2 lelaki dari kelas 6J. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan.


Ucapan PK HEM

Hadirin dan hadirat sekalian,

Kini marilah pula kita sama2 mendengar ucapan yang akan disampaikan oleh Guru Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid SK Sg Acheh. Untuk itu, majlis mempersilakan Pn. Iliana bt. Md. Isa untuk menyampaikan
ucapan. Dengan segala sukacitanya majlis mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih Pn. Iliana atas ucapan beliau sebentar tadi.

Dengan ucapan yang disampaikan oleh Pn. Iliana bt. Md. Isa sebentar tadi, maka kini kita telahpun
berada di penghujung acara.

Pintal kapas menjadi benang,

Tenun benang menjadi sari,

Barang yang lepas jangan dikenang,

Kalau dikenang meracun diri.

Banyak keluk ke penarik,

Keluk tumbuh pohon kuini;

Nan elok bawalah balik,

Nan tak elok tinggallah di sini.

Saya mewakili rakan2 murid tahun 6 yang lain bagi sesi persekolahan 2016 ingin merakamkan ucapan
terima kasih kepada guru yang telah mengajar dan mendidik kami sepanjang di sekolah ini, dan terima
kasih juga kepada semua kerana memberikan kerjasama dalam menjayakan majlis pada hari ini. Sekali
lagi terima kasih untuk semua, tetapi sebelum berpisah dengarkan sekali lagi beberapa rangkap pantun
daripada saya:
Gugur menguning buah kuini,

Menghijau pohon subur dibaja,

Majlis kita berakhir di sini,

Salah dan silap lupakan saja

Sebarang kelemahan harap dimaafi

Segala kerjasama sangat dihargai

Terima kasih sekalung budi

Kenangan nan indah simpanlah di hati

Semoga kita berjumpa lagi.

Dijemput semua untuk menjamu selera jamuan dan hidangan yang telah disediakan.

Terbang sekawan si burung merbah,

Batang selasih di Tanjung Dara;

Padamu tuan kami persembah,

Santapan kasih juadah mesra.

Kalau tuan pikat cemara,

Buatlah bara bakar selasih;

Sudilah tuan jamu selera,

Hidangan mesra pengikat kasih.

Sungguh indah bunga kemboja,

Di bawah atap tepi halaman;

Juadah sudah letak di meja,

Sudilah santap tuan budiman.

Sekian sahaja untuk kali ini, dan terima kasih diucapkan kepada semua. Sekian, wabillahitaufik
walhidayah Assalamualaikum wth………

Anda mungkin juga menyukai