Anda di halaman 1dari 2

TEKS PENGACARAAN MAJLIS IHYARAMADHAN 2014

Bismillahirahmanirahim
Asslamualaikum..
Yang berusaha, Encik Azmi bin Hj Musa, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sri Tanjung
Papat 2, Sandakan.
Yang dihormati, Pn rosliah bt Rosmin (Pen.Kanan Pentadbiran), Pn Hjh Rosziah bt Hj Razlan
(pen.Kanan HEM), Pn Dayang Siti Lana (penyelia Petang),
Rakan-rakan guru, seterusnya
Yang dikasihi, anak-anak murid tahun 6 sekalian
Selamat datang dan terima kasih diucapkan atas kesudian bersama-sama ke majlis Ihya
Ramadhan.
(ahlan wasahlan wa marhababikum ila majlis ihya ramadhan)

Dalam kita bersedih mengenang nasib MH17,
Dalam kita simpati ke atas saudara kita di GAZA,
Dalam kita ketakutan menghadapi serangan musuh di sabah
Dalam itu juga, kita berdoa akan kesejahteraan di dunia dan di akhirat
Pray4MH17,Pray4Gaza,Pray4Sabah,Pray4us
Di kesempatan ini, mari kita panjatkan doa bersama membacakan AL-FATIHAH
kepada yang telah tiada.Al-Fatihah..

Alhamdulillah, sering kita menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Rabbul
Izzah, Tuhan yang maha tinggi kerana dengan limpah dan izin-Nya jua dapat kita
dipertemukan dalam majlis IhyaRamadhan. Mudah-mudahan Ramadhan pada tahun ini
membawa keberkatan di samping melahirkan generasi yang pentingkan agama, pentingkan
al-quran melalui program ini.
Zikir Munajat Pembersih jiwa
Doa dipohon Menjana Takwa
Bagi memberkati majlis kita pada petang ini, marilah sama-sama menadah tangan penuh
kehambaan kepadaNya,
Untuk itu, majlis mempersilakan Ustaz Abdul Rashid bin Hussin untuk memimpin bacaan
doa..dipersilakan.
################
Amin..ya Rabbal alamin
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas pimpinan bacaan doa itu tadi. Semoga majlis
kita mendapat keberkatan dan lindungan Allah SWT.
Hadirin sekalian,
Majlis diteruskan lagi dengan majlis Khatam Al-Quran
Seterusnya dipersilakanAl-Fadhil Ustaz _________________________ untuk memimpin
majlis Khatam Al-quran kita pada petang ini. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.
#################
Alhamdulillah, selesai sudah Majlis Khatam Al-Quran kita pada hari ini. Namun, majlis kita
masih belum selesai.
*Seterusnya, majlis menjemput _____________________untuk memberikan tazkirah.
Terima kasih atas tazkirah yang diberikan. Alhamdulillah, semoga pesanan dan ingatan yang
diberikan terus bersemadi di dalam diri kita

Acara seterusnya ialah majlis berbuka puasa dan solat berjemaah. Sementara menunggu azan
Maghrib berkumandang, majlis diserahkan kepada Panitia Pendidikan Islam.
Terima kasih.Assalamualaikum
###########
Majlis berbuka puasa
Dijemput _____________________untuk mengetuai bacaan doa berbuka puasa
############
Dikesempatan ini, kami memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang
mengacarakan majlis ini

Anda mungkin juga menyukai