Anda di halaman 1dari 1

Pengalaman Bercuti Bersama Keluarga

Pada cuti sekolah yang lalu, saya dan keluarga ke Pulau


Langkawi.Pulau Langkawi terkenal dengan keindahan alam
semula jadi dan hutan yang masih terpelihara.

Kami pergi ke Jeti Kuala Perlis dengan menaiki kereta


baharu yang dipandu oleh ayah. Kami memakai tali pinggang
keledar sebagai langkah keselamatan. Selepas satu jam, kami
telah sampai di Jeti Kuala Perlis.

Di jeti, kami perlu menaiki feri untuk menuju ke Pulau


Langkawi. Kami berhati-hati semasa melangkah masuk ke
dalam feri itu. Ayah menyewa hotel setibanya di Pulau
Langkawi. Kemudian, kami pergi ke Underwater World
Langkawi. Saya teruja semasa melihat pelbagai hidupan laut.

Pada keesokan hari, kami pergi ke Kampung Oriental


dengan menaiki Kereta Kabel Langkawi. Penumpang-
penumpang diminta mematuhi peraturan agar berdiri tidak
melebihi garisan kuning semasa menunggu ketibaan kereta
kabel. Ini merupakan kali pertama saya menaiki kereta kabel.

Pada hari terakhir, kami sekeluarga sempat mendaki


Gunung Machinchang. Di atas puncak gunung, kami dapat
menikmati keindahan alam semula jadi selain menghirup
udara bersih dan segar.

Sebelum pulang, kami pergi ke Kedai Cenderamata


Arkib untuk membeli sesuatu sebagai kenangan. Saya berasa
sangat gembira kerana berpeluang pergi ke Pulau Langkawi.
Saya berharap dapat pergi lagi pada masa yang akan datang.

Anda mungkin juga menyukai