Anda di halaman 1dari 2

BAHAGIAN B

4. Sebagai pengarah projek, haruslah mewujudkan satu proses merancang,


mengorganisasikan, memimpin, dan mengawal semua ahli organisasi untuk mencapai yang
telah ditetapkan secara cekap dan berkesan. Ia juga peranan sebuah kumpulan untuk
menjayakan sesuatu majlis yang diadakan. Prinsip asas pengurusan yang melibatkan
perancangan, pengorganisasian, tenaga kerja, kepimpinan, dan kawalan. Saya sebagai
pengarah projek Kelab Minda Kreatif untuk menganjurkan Karnival Puisi SMK Tun Ismail
akan melakukan langkah-langkah kawalan yang baik untuk mengelolakan majlis tersebut.
Antara langkah yang perlu diambil untuk mengelolakan majlis tersebut ialah
memastikan aktiviti dirancang dilaksanakan dengan baik supaya objektif organisasi tercapai.
Huraiannya, aktiviti yang dirancang dengan baik membolehkan pelaksanaan sesuatu projek
lebih sistematik dan objektif organisasi dapat dicapai. Sebaliknya, tanpa aktiviti yang
dirancang mesti sesuatu projek itu tidak berjalan dengan lancar dan terdapat kesilapan semasa
mengendalikan projek. Contohnya, objektif Sultan Muzaffar Syah menduduki takhta
Kesultanan Melayu Melaka. Takhta Kesultanan Melayu Melaka telah diserahkan kepada raja
Ibrahim (Sultan Abu Syahid) yang masih muda. Takhta tersebut sepatutnya diwarisi oleh
Raja Kassim (Sultan Muzaffar Syah), berlaku peristiwa rampasan kuasa. Sultan Muzaffar
Syah dibantu oleh pembesar-pembesar Melaka serta Maulana Jalaludin dan dapat mengambil
kembali Kesultanan Melayu Melaka. Jelaslah bahawa membuat perancangan akan
memudahkan sesuatu objektif dicapai.
Selain itu, saya akan membuat panduan untuk mengelakkan penyelewengan.
Huraiannya, kawalan merupakan panduan mengelakkan berlakunya penyelewengan. Untuk
memastikan objektif tercapai mengikut jangkamasa yang telah ditetapkan kawalan amat
perlu. Kawalan juga memastikan arah tuju untuk mencapai objektif berada pada landasan
yang betul. Sebaliknya, jika tiada panduan yang dibuat untuk mengelakkan berlaku
penyelewengan pasti tugas yang diberi tidak akan dilaksanakan. Contohnya, sistem pewarisan
tidak diamalkan dengan betul selepas kemangkatan Sultan Muhammad Syah. Oleh itu,
rampasan kuasa dilakukan bertujuan menyekat penguasaan Raja Rekan yang menjadi
pemangku pemerintah semasa Sultan Abu Syahid menduduki takhta. Jelaslah bahawa
kawalan yang dilaksanakan akan dapat mengelakkan berlakunya penyelewengan dalam usaha
mencapai matlamat yang dirancang.
Selanjutnya, saya harus membuat panduan untuk mengenalpasti punca kesilapan
supaya tindakan segera dapat diambil. Huraiannya, kawalan dilaksanakan untuk memantau
kelemahan atau kesilapan yang mungkin berlaku semasa melaksanakan aktiviti untuk
mencapai matlamat yang ditetapkan. Sebaliknya, jika tidak melaksanakan kawalan pasti
terdapat kesalahan semasa hari kejadian. Contohnya, punca kesilapan ialah Seri Nara Diraja
Tun Ali dilantik menjadi bendahara Melaka selepas kematian Seri Wak Diraja (bapa Tun
Perak). Akibatnya, berlakunya perpecahan rakyat Melaka. Sebahagian menyokong Seri Nara
Diraja Tun Ali dan sebahagian lagi menyokong Tun Perak. Tindakan segera Sultan Muzaffar
Syah ialah menceraikan Tun Kudu (kekanda Tun Perak) untuk dikahwini oleh Seri Nara
Diraja Tun Ali. Jelaslah bahawa kawalan perlu dilakukan supaya setiap kelemahan dapat
ditangani segera bagi membolehkan objektif tercapai.
Di samping itu, saya mesti mendapatkan maklum balas untuk memudahkan tindakan
dan ramalan tentang perkara yang berlaku. Huraiannya, dengan adanya kawalan, setiap
maklum balas yang diterima akan segera diambil perhatian supaya objektif yang dirancang
tercapai. Sebaliknya, tanpa kawalan yang dibuat, pasti objektif yang dirancang tidak dapat
dikecapi. Contohnya, semasa serangan Siam ke Melaka, Tun Umar dihantar untuk merisik
kekuatan angkatan Siam. Tun Umar telah menengelamkan 5 buah perahu siam. Tindakan
yang diambi ialah meminta rakyat Melaka memasang obor di sepanjang pantai Melaka untuk
menunjukkan kekuatan Melaka kepada angkatan Siam. Jelaslah bahawa penting untuk
mengadakan kawalan supaya setiap maklum balas yang dinyatakan dapat segera diambil
tindakan.
Akhir sekali, saya harus memastikan pematuhan kepada peraturan dan polisi untuk
mengelakkan masalah berkaitan undang-undang. Huraiannya, kawalan dalam bentuk
peraturan dan undang-undang diadakan bagi membentuk rakyat yang patuh kepada
pemimpin. Sebaliknya, tanpa kawalan peraturan dan undang-undang pasti tenaga kerja tidak
taat kepada pemimpin. Contohnya, memperkenalkan adat-adat istiadat dan peraturan dalam
istana kerajaan Melaka untuk dipatuhi oleh rakyat. Adat raja bergajah, peraturan berpakaian
dan lain-lain. Ini telah mengukuhkan kekuasaan dan kedaulatan Sultan Muzaffar Syah dan
meningkatkan kepatuhan serta ketaat setiaan rakyat kepada baginda. Jelaslah bahawa
kawalan yang diadakan dapat melahirkan rakyat yang berdisiplin dan seterusnya mewujudkan
keamanan negara.
Kesimpulannya, kawalan penting untuk dilakukan agar projek yang dikendalikan
berjalan dengan lancar tanpa sebarang kesilapan dan cacat cela.

Anda mungkin juga menyukai