Anda di halaman 1dari 2

RANGKA KARANGAN BM

TAJUK:KEPENTINGAN INDUSTRI DESA DAN USAHA UNTUK


MEMBANGUNKAN INDUSTRI DESA

RANGKA 1: Pendahuluan

-Sektor perindustrian diberikan tumpuan yang sepenuhmya untuk menjana ekonomi negara.

-kebanyakan pihak tidak sedar bahawa industri desa yang juga mampu meningkatkan ekonomi
negara semakin dipinggirkan.

-Industri ini berpotensi tinggi untuk dimajukan dan dijangka akan memberi banyak sumbangan
dalam ekonomi negara.

-Industri desa merupakan wadah bagi menghasilkan kerja tangan yang dibuat oleh penduduk desa
yang masih menggunakan teknik tradisional yang diwarisi sejak zaman nenek moyang mereka.

RANGKA 2: Isi

- Industri desa merupakan salah satu industri yang berperanan penting di Malaysia.

-Kebanyakan penduduk di luar bandar tidak mempunyai pekerjaan yang tetap dan ada dalam
kalangan mereka terpaksa bekerja dari siang malam semata-mata untuk menyara keluarga mereka.

-Mereka hidup dalam keadaan yang serba kekurangan dan ada kalanya mereka hanya mengisi perut
dengan ubi kayu. Kehidupan mereka di kawasan pedalaman diibaratkan kais pagi makan pagi, kais
petang makan petang.

-Jika industri desa ini dimajukan, maka peluang pekerjaan akan bertambah dan seterusnya taraf
kehidupan penduduk desa dapat ditingkatkan kerana di mana ada gula, di situ ada semut.

-Industri desa yang kaya dengan budaya Malaysia yang tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan
juga dapat membantu dalam usaha menarik pelancong asing berkunjung ke negara kita.

RANGKA 3: Isi

- Industri desa di negara kita sememangnya dapat dimajukan jika pihak kerajaan dan pihak yang
terlibat mengambil inisiatif untuk mengusahakannya.

-Pihak kerajaan harus sentiasa memberi sokongan dan bantuan kewangan bagi merealisasikan
industri desa sebagai penggerak perkembangan dan pertumbuhan ekonomi yang mantap.

-Industri ini harus diberikan nafas baharu melalui suntikan teknologi moden untuk meningkatkan
produktiviti supaya industri ini mampu menembusi pasaran dunia sekali gus meningkatkan
pendapatan negara kita.

-Masyarakat kita juga harus mengiktiraf industri desa sebagai satu industri yang mampu memberi
sumbangan dalam pembangunan negara.

-Industri ini dijangka akan mendatangkan pulangan yang lumayan dalam masa lima tahun jika
kerajaan sanggup peruntukan yang lebih besar kepada industri ini.
RANGKA 4: Isi

- Konsep jualan hasil industri desa melalui orang tengah harus digantikan dengan konsep jualan
langsung kerana kebanyakan sikap orang tengah diibaratkan enau di dalam belukar melapaskan
pucuk masing-masing.

-Mereka mengaut keuntungan yang banyak dengan menjual hasil industri desa dengan harga yang
tinggi kepada pengusaha-pengusaha di bandar.

-Industri desa haruslah bekerjasama dengan badan kerajaan bagai aur dengan tebing bagi
menghidupkan industri desa ini.

-Industri ini harus diuruskan oleh anak-anak kampung yang berpendidikan supaya mereka
berpeluang berbakti kepada tempat kelahiran mereka tanpa perlunya berpindah ke bandar untuk
mencari nafkah hidup.

-Pihak kerajaan berperanan penting dalam usaha menggalakkan generasi muda masa ini untuk
menceburi industri desa supaya industri ini dapat berkembang ke seluruh pelosok dunia dan
Malaysia mampu duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain.

RANGKA 5: Penutup

-Pihak kerajaan haruslah bekerjasama dengan sektor swasta untuk memaksimumkan hasil
pengeluaran industri desa.

-Kita tidak boleh bergantung sepenuhnya pada pihak kerajaan untuk menghidupkan industri desa
kerana bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi.

-Kedua-dua pihak ini haruslah berganding bahu untuk memperkenalkan produk tradisional secara
komersial kepada dunia luar. Mesin yang lebih canggih harus dibekalkan kepada pengusaha industri
desa supaya produk industri desa seperti kraf tangan yang dihasilkan lebih berkualiti.

-Bekalan produk yang bermutu tinggi sememangnya akan mendapat sambutan yang baik daripada
para pembeli di negara kita mahupun pembeli dari negara asing.

-Penggunaan mesin juga dapat mempercepat proses pengeluaran produk dan meningkatkan kuantiti
barangan industri desa yang dihasilkan.

-Hasil-hasil industri desa dapat dibekalkan kepada pembeli ataupun para pengusaha secara
berterusan.

KESIMPULAN:

- Industri desa sememangnya dapat memberi nafas baharu kepada masyarakat luar bandar dan
seterusnya meningkatkan pendapatan per kapita negara.

-Pihak yang terbabit harus sentiasa memastikan bahawa penduduk di kawasan luar bandar diberikan
bantuan dan kemudahan yang secukupnya untuk meningkatkan hasil industri desa.

-Para pengusaha industri ini juga harus melakukan anjakan paradigma selaras dengan keadaan
semasa supaya industri desa di negara kita dapat dimajukan ke tahap yang maksimum dan mampu
mengharumkan nama Malaysia di arena antarabangsa.Malaysia Boleh!

Anda mungkin juga menyukai