Anda di halaman 1dari 16

11/14/2011

KESINAMBUNGAN INSTITUSI
PENDIDIKAN NEGARA BANGSA

KESULTANAN MELAYU MELAKA DALAM SISTEM KERAJAAN MASA KINI

NAMA: SITI FATIN BINTI SHAARI KUMPULAN: LIMT 2 NAMA KURSUS: KPLI-PPC AMBILAN OGOS 2011 NAMA PENSYARAH: ENCIK MD. NASIR BIN YUSOF TARIKH SERAHAN: 14 NOVEMBER 2011

ISI KANDUNGAN
PENDAHULUAN....2

DEFINISI Kesultanan Melayu Melaka.......................................................................3

SISTEM PEMERINTAHAN y y y Kedudukan Sultan dalam Kesultanan Melayu Melaka3 Kedudukan Yang Di-Pertuan Agong dalam Sistem Kerajaan Kini..4 Sistem Pembesar Empat Lapis dan Sistem Kabinet di Malaysia............5-8

PERANAN AGAMA ISLAM......8-9

PERANAN BAHASA MELAYU DARI ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA HINGGA KINI......10-11

SUSUN LAPIS MASYARAKAT MELAYU MELAKA DAN MASYARAKAT MALAYSIA KINI.11-12

LAMPIRAN......13-14

PENUTUP..15

RUJUKAN..15

PENDAHULUAN
Pengetahuan mengenai sejarah amat penting agar masyarakat dapat mempertingkatkan kesedaran, kepekaan dan semangat ingin melibatkan diri dalam usaha mempertahankan kedaulatan, pembangunan dan kemajuan negara. Sejarah yang tidak dirujuk dan dibiarkan terus tenggelam dalam dimensi boleh mengundang musibah. Sekiranya sejarah penjajahan selama 446 tahun itu tidak cukup untuk membangunkan bangsa ini dari lena yang panjang, mungkin kesedihan penduduk Melaka saat jatuh ke tangan Portugis pada 1511 melarat hingga ke beberapa generasi lagi. Melaka merupakan sebuah empayar Melayu yang agung 600 tahun yang lalu. Di sinilah bermulanya kedaulatan Raja-raja Melayu yang menjadi asas kepada pemerintahan negara Malaysia pada masa kini. Kegemilangan kerajaan Melayu Melaka sungguh terkenal di mata dunia pada masa dulu dari segi ekonomi, politik, agama, bahasa, social dan sebagainya. Kerja kursus yang bertajuk Kesinambungan Institusi Kesultanan Melayu Melaka dengan Sistem Kerajaan Masa Kini ini akan memperlihatkan bagaimana sistem kerajaan Malaysia pada masa kini dipengaruhi oleh sistem yang dijalankan dalam institusi Kesultanan Melayu Melaka dari pelbagai segi. Adakah sistem kerajaan pada masa kini dapat mengikuti sistem Kesultanan Melayu Melaka ini sepenuhnya atau hanya sebahagian sahaja daripada aspek-aspek tertentu yang masih dikekalkan? Adakah relevan jika sistem Institusi Kesultanan Melayu Melaka ini dipermodenkan sesuai dengan peredaran zaman? Semuanya akan dapat kita bincangkan dalam kerja kursus ini. Saya berharap agar segala maklumat yang telah saya kumpulkan ini dapat dikongsi dan dihayati oleh segenap lapisan masyarakat.

KESINAMBUNGAN INSTITUSI KESULTANAN MELAYU MELAKA DENGAN SISTEM KERAJAAN PADA MASA KINI

Definisi Kesultanan Melayu Melaka


Menurut Kamus Dewan Edisi (1989) istilah `sultan bermaksud raja yang memerintah dan `kesultanan pula membawa maksud kawasan atau wilayah yang diperintah oleh sultan kerajaan negeri di bawah pemerintahan sultan. Manakala istilah `Melayu bermaksud nama suatu bangsa dan bahasa terutama di Semenanjung Malaysia.

SISTEM PEMERINTAHAN
Kesultanan Melayu Melaka merupakan kerajaan Melayu tradisional yang terawal dan merupakan pengasas kepada sistem pemerintahan beraja di Negara Malaysia. Kedudukan Sultan Sebagai Ketua Negeri Dalam Kesultanan Melayu Melaka Dalam susunan hierarki masyarakat Melayu Melaka, raja atau sultan menduduki lapisan teratas. Sultan merupakan ketua negeri di Melaka. Baginda juga merangkap ketua politik, ketua tentera, ketua agama Islam dan pentadbiran. Sultan Melaka menjadi lambang keagungan negeri Melaka dan para pembesar membantu baginda dalam menguruskan hal-hal pentadbiran seharian. Sultan dikatakan mempunyai khusus yang dimiliki oleh golongan raja sahaja, antaranya daulat dan derhaka. Daulat bererti kesetiaan rakyat kepada sultan dengan tidak berbelah bahagi. Sementara derhaka pula bermaksud perbuatan mahupun kata-kata yang mengingkari perintah dan titah sultan. Kedua-dua konsep ini menjadikan sultan sangat mulia dan mempunyai kuasa kewibawaan yang mutlak. Rakyat tidak boleh mempersoalkan hak dan kewibawaan seseorang sultan.

Kedudukan Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara dalam Sistem Kerajaan Kini Negara Malaysia kini mengamalkan sistem pemerintahan Raja Berpelembagaan bukan monarki. Jawatan Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara digilirkan selama lima tahun dengan Sembilan orang raja-raja Melayu yang terdapat di Malaysia. Fungsi utama Yang Di-Pertuan Agong kini masih mengekalkan fungsi sultan dalam institusi Kesultanan Melayu Melaka iaitu sebagai pemerintah tertinggi Angkatan Tentera, ketua agama Islam bagi negeri-negeri yang tidak bersultan dan juga negerinya sendiri. Kuasa memerintah Negara terletak pada Yang Di-Pertuan Agong dan boleh dijalankan sendiri oleh baginda ataupun kabinet Malaysia. Jika Sultan dalam pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka mendapat bantuan dan nasihat dari pembesar, Yang Di-Pertuan Agong pula perlulah mengikuti nasihat daripada kabinet. Kuasa melantik kabinet terletak pada baginda yang mana kabinet inilah yang akan menjalankan pemerintahan bagi pihak baginda. Antara kuasa Yang Di-Pertuan Agong yang lain ialah melantik Perdana Menteri atas budi bicara, memberikan keampunan terhadap pesalah jenayah, berkuasa membuat undangundang, kuasa pemerintahan dan perundangan. Baginda juga berhak untuk membubarkan atau tidak Parlimen bagi membolehkan pilihanraya diadakan. Di sini kita dapat melihat bahawa kuasa sultan dalam pemerintahan Melaka yang besar masih dikekalkan hingga ke hari ini serta lebih dijelaskan kuasanya dalam pelbagai bidang.

Sistem Pembesar Empat Lapis dan Sistem Kabinet di Malaysia Kesultanan Melayu Melaka mengamalkan sistem Pembesar Empat Lapis kerana inilah yang menjadi tunggak pembangunan pada zaman Melayu Melaka pada satu ketika dahulu. Sistem pentadbiran kesultanan Melayu Melaka adalah berasaskan sistem pemerintahan Kerajaan Srivijaya di Palembang. Sultan Melaka berjaya mewujudkan sistem pentadbiran yang tersusun dan cekap. Sistem Pentadbiran Kerajaan Melaka dibentuk oleh anggota-anggota sebuah Majlis Tertinggi yang terdiri dari pembesar berempat dan pembesar berlapan. Anggotaanggota majlis ini mempunyai tugas dan tanggungjawab yang tersendiri bagi mentadbirkan negeri Melaka. Di bawah Majlis Tertinggi ini pula, terdapat enam belas orang pembesar rendah yang bergelar raja. Peringkat akhir dalam sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka dianggotai oleh tiga puluh dua pembesar kerajaan. Sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka ini dikenali sebagai Sistem Pembesar Empat Lipatan. Pembesar Berempat ini terdiri daripada Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana. Mereka diberikan kuasa bagi mentadbir sesebuah kawasan yang terletak dalam jajahan takluk negeri Melaka. Bendahara merupakan orang yang mempunyai pengalaman yang luas dalam selok-belok pentadbiran dan hal ehwal politik. Kuasanya sangat besar kerana beliau merupakan orang yang paling dipercayai oleh Sultan Melaka. Seseorang itu perlulah menjadi Temenggung atau Penghulu Bendahari terlebih dahulu sebelum dinaikkan pangkat menjadi Bendahara. Beliau bertanggungjawab menyelia dalam hampir semua perkara di negeri Melaka. Bendahara Tun Perak merupakan Bendahara Melaka yang paling diingati dalam Kesultanan Melayu Melaka kerana berjaya membawa zaman kegemilangan Melaka di bawah pemerintahan tiga orang Sultan

Melaka. Bendahara merupakan pemerintah tertinggi dalam angkatan bersenjata kerajaan Melaka, pertahanan dan adat istiadat kerajaan. Beliau berhak menyusun dan merangka segala dasar-dasar kerajaan di samping menjaga keadaan di dalam istana. Jika Sultan mentadbir tidak mendapat zuriat, Bendaharalah orang yang paling layak untuk menjadi Sultan, seperti yang pernah terjadi kepada Bendahara Tun Habib. Jawatan Bendahara boleh disamakan dengan jawatan Perdana Menteri yang merupakan Ketua Kabinet pada masa kini. Tugas utama Perdana Menteri adalah untuk mengetuai kabinet, memimpin kerajaan, menjalankan pentadbiran serta menjalankan dasar-dasar kerajaan. Perdana Menteri diberikan kuasa melantik Timbalan Perdana Menteri dan Jemaah Menteri Kabinet yang dilantik daripada mana-mana ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Seperti Bendahara, selalunya seseorang yang menjadi Perdana Menteri mempunyai pengalaman sebagai Timbalan Perdana Menteri. Temenggung pula berfungsi untuk menjaga dan memastikan keamanan Melaka terjamin daripada anasir-anasir luar serta menjalankan rondaan pada waktu malam. Gelaran nama temenggung ialah Seri Maharaja dan Seri Awadana. Tugas ini boleh diibaratkan seperti jawatan Ketua Polis Negara di Malaysia pada masa kini. Tugas Temenggung juga termasuklah menjamin keadaan ekonomi Melaka berada dalam keadaan baik. Urusan berkaitan ukuran, timbangan dan urusan perdagangan juga menjadi tanggungjawab Temenggung. Selain itu, Temenggung juga bertanggungjawab memastikan infrastruktur di negeri Melaka dalam keadaan baik seperti membetulkan jalan yang rosak, menentukan sistem sukatan dan sebagainya. Pada masa kini, terdapat Kementerian Kerja Raya yang diketuai oleh Menteri Kerja Raya iaitu Dato Shaziman Abu Mansor yang berfungsi untuk merancang

pembangunan, menyelaras, memantau pelaksanaan projek, mengawal selia kerja penyenggaraan projek-projek jalan Persekutuan di seluruh Negara dan sebagainya. Laksamana pula adalah pembesar yang bertanggungjawab dalam menggepalai angkatan pertahanan Melaka sama ada di laut mahupun di darat. Laksamana bertanggungjawab menjaga perairan Negara, manjadi ketua utusan politik dan perdagangan. Beliau perlu memastikan Melaka bebas daripada serangan musuh dan menyediakan angkatan tentera bagi menghadapi peperangan dengan musuh. Jawatan ini boleh disamakan dengan jawatan Ketua Turus Angkatan Tentera Laut pada masa kini. Satu lagi jawatan pembesar dalam Pembesar Empat Lapis adalah Penghulu Bendahari yang diwarisi secara turun-temurun. Gelaran bagi Penghulu Bendahari ialah Seri Nara Diraja. Tugas utama Penghulu Bendahari ini ialah untuk menjaga dan menyelia segala urusan kewangan negeri, menyelia urusan cukai perdagangan dan harta-benda kerajaan. Tugas ini boleh disamakan dengan tugas jawatan Menteri Kewangan pada masa kini yang dijawat oleh Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah. Kementerian Kewangan pada masa kini bertanggungjawab untuk mengurus pendapatan Negara Malaysia dan pertumbuhan ekonomi serta pembahagian kekayaan Negara yang saksama antara rakyat. Penghulu Bendahari juga merupakan ketua kepada semua Shahbandar dan bendahari-bendahari yang bertanggungjawab menjaga pelabuhan Melaka. Selain itu, Bendahara juga berperanan untuk menjaga dan memastikan segala keperluan istana mencukupi serta merupakan ketua adat bagi semua acara-acara rasmi yang melibatkan Sultan Melaka. Tugas- tugas ini pula boleh diibaratkan sebagai setiausaha peribadi Sultan pada masa kini.

Kita dapat melihat dengan jelas tugas ahli-ahli kabinet Malaysia pada masa kini masih mengekalkan tugas-tugas Pembesar Empat Lapis. Walaubagaimanapun, tugas- tugas ahli kabinet Malaysia lebih jelas dan tertumpu pada sesuatu bidang. Pada masa kini, bagi melaksanakan tugas-tugas eksekutif Kerajaan Persekutuan, beberapa buah kementerian, jabatan dan badan-badan kerajaan telah diwujudkan. Kementerian-kementerian di Malaysia diketuai oleh seorang Menteri dan dibantu oleh Timbalan Menteri juga beberapa orang Menteri yang tidak mengetuai manamana kementerian yang dikenali sebagai Menteri Tanpa Portfolio yang ditugaskan di Jabatan Perdana Menteri.

PERANAN AGAMA ISLAM


Peranan agama Islam pada zaman Kesultanan Melayu Melaka adalah amat penting sehingga ia menjadi tempat penyebaran dan pengajian agama Islam yang terunggul pada kurun ke-15. Kedatangan Islam ke Melaka adalah melalui perkahwinan iaitu melalui perkahwinan politik dan perkahwinan biasa serta melalui perdagangan. Pada mulanya, umah ulama, masjid-masjid dan istana telah dijadikan tempat untuk mempelajari ilmu islam. Kemudian, institusi pendidikan awal seperti pondok dan pesantren telah diwujudkan bagi mengembangkan lagi ajaran agama Islam. Golongan istana juga tidak ketinggalan berperanan dalam penyebaran agama islam dengan menjemput ulama datang untuk mengajar penduduk tempatan, menjadikan istana tempat penyebaran Islam dan pusat menterjemah agama Islam serta mengumpul kitab-kitab agama. Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka juga turut menerapkan undang-undang islam dari aspek perkahwinan, hukum jenayah, hukum muamalat dan sebagainya. Jawatan Mufti berperanan sebagai guru agama di Istana dan diwujudkan dalam pentadbiran bagi menasihati

Sultan mengenai hal ehwal agama. Pada peringkat awal, golongan mufti kebanyakannya datang dari pedagang arab. Peranan agama Islam kini merupakan kesinambungan zaman Kesultanan Melayu Melaka. Walaupun rakyat Malaysia terdiri dari pelbagai kaum dan bangsa, agama islam tetap menjadi agama rasmi Negara kita hingga ke hari ini. Ini membuktikan bahawa agama Islam masih terpelihara walaupun Negara kita telah dijajah oleh tiga kuasa asing. Pendidikan islam di madrasah,pondok, masjid dan sekolah sangat dititiberatkan. Subjek pendidikan Islam adalah diwajibkan kepada semua umat islam di sekolah. Tulisan jawi juga diperkenalkan dan digunapakai serta wajib dipelajari di peringkat sekolah rendah dan menengah. Undang-undang syariah telah diperkenalkan dalam kerajaan Malaysia berkenaan perkara-perkara berkaitan hukum Islam yang sesetengah aspek boleh didapati dalam Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang laut Melaka. Jawatan mufti pada masa kini masih dikekalkan serta ditugaskan untuk menasihati Sultan dan mengeluarkan fatwa. Budaya-budaya seperti Majlis Khatam Al- Quran, kenduri arwah dan kenduri kesyukuran masih lagi diamalkan. Beberapa agensi kerajaan juga turut terlibat secara langsung dalam memelihara dan mejaga martabat Islam di Malaysia seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAIS, MAIS, Tabung Haji dan sebagainya. Malaysia juga kini sudah berjaya melahirkan ramai Ilmuwan Islam untuk meneruskan perjuangan Islam ini sehingga ke akhir hayat.

10

PERANAN BAHASA MELAYU DARI ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA HINGGA KINI
Semenjak zaman Kesultanan Melayu Melaka, Bahasa Melayu telah menjadi bahasa utama dalam pentadbiran. Penggunanan Bahasa Melayu sangat meluas dalam urusan perdagangan juga apa-apa urusan pedagang dengan rakyat tempatan. Oleh itu, Bahasa Melayu telah menjadi lingua franca dan menjadi bahasa utama bagi masyarakat di gugusan kepulauan Melayu. Penggunaan bahasa Melayu yang meluas membolehkan pegawai-pegawai Melaka menjalankan tugas dengan lebih berkesan. Dengan kata lain, bahasa Melayu digunakan secara meluas dalam pentadbiran Negara, perdagangan, pertuturan harian, kegiatan dakwah dan ilmiah. Selepas Tanah Melayu telah mencapai Kemerdekaan pada 1957, Bahasa Melayu telah menjadi bahasa kebangsaan menggantikan bahasa Inggeris yang termaktub dalam perkara 152 dalam perlembagaan Malaysia yang menegaskan bahasa kebangsaan yang ditetapkan ialah Bahasa Melayu. Kerajaan berhak mengekalkan penggunaan dan pembelajaran bahasa sebarang komuniti lain dalam persekutuan. Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi disegenap peringkat sudah terlaksana termasuk di parlimen dan mahkamah. Pelaksanaan sebanyak 70-80% pengajaran dalam bahasa Melayu di peringkat universiti juga turut dijalankan. Walaubagaimanapun, perkembangan kini menampakkan sikap terbuka kerajaan dan rakyat terhadap penggunaan bahasa. Penggunaan Bahasa Melayu dalam urusan rasmi dan sebagai bahasa pengantar ilmu kini lebih fleksibel. Pada tahun 2003, Tun Dr Mahathir bin Mohamad telah memperkenalkan dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Dasar PPSMI ini sering menjadi isu perdebatan yang hangat. Disebabkan oleh penentangan ramai

11

pihak termasuk golongan sasterawan, cendekiawan dan budayawan untuk memelihara bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Menurut mereka, kegagalan mengembalikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dalam semua bidang menyebabkan pemimpin hari ini dirakam dalam sejarah sebagai "pemusnah bahasa Melayu yang telah lama menjadi lingua franca". Walaupun penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan masih lagi belum 100% di semua peringkat dan arena rasmi, namun kewibawaan bahasa Melayu sudah terbukti. Bahasa kita semakin dikenali di seluruh dunia. Sebagai contoh, beberapa buah universiti asing termasuk England, China, Korea sudah mula menawarkan bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa moden yang boleh dipelajari secara rasmi oleh pelajar. Sehingga ke hari ni, terdapat lebih 129 pusat pengajian tinggi di seluruh dunia menawarkan pengajian bahasa Melayu.

SUSUN LAPIS MASYARAKAT MELAYU MELAKA DAN MASYARAKAT MALAYSIA KINI


Masyarakat Melayu Melaka dibahagikan kepada dua golongan utama dalam masyarakat Melayu tradisi iaitu golongan pemerintah dan golongan yang diperintah. Golongan pemerintah terdiri daripada raja atau sultan, kerabat diraja, golongan bangsawan, dan golongan ulama istana. Manakala golongan yang diperintah pula ialah golongan rakyat biasa yang merdeka dan juga golongan hamba. Masyarakat Melayu tradisional dikatakan masyarakat yang berkelas-kelas berdasarkan kepada kedudukan serta fungsi seseorang dalam masyarakat. Dalam golongan pemerintah, kebanyakannya terdiri daripada golongan istana yang berketurunan diraja. Manakala di bawah golongan ini pula wujudnya golongan bukan keturunan diraja iaitu pembesar-pembesar, ulama dan penghulu. Golongan diperintah yang terdiri

12

daripada golongan rakyat biasa pula merupakan kekuatan bagi sesebuah negeri atau kerajaan. Mereka adalah kumpulan majoriti dalam masyarakat tempatan pada masa dulu. Oleh yang demikian, sesebuah negeri yang mempunyai jumlah rakyat yang paling ramai berbanding negeri-negeri lain dikatakan lebih berkuasa. Rakyat perlulah patuh dah setia kepada pemerintah. Ini dapat dilihat di bawah sistem kerah di mana rakyat terpaksa menyumbangkan tenaga kerja secara percuma. Antara kerja-kerja lain yang dilakukan oleh mereka adalah bertani, bertukang dan berdagang untuk menyara hidup. Golongan yang mempunyai taraf hidup terendah dalam masyarakat Melayu Melaka ialah golongan hamba. Golongan hamba terbahagi kepada dua jenis iaitu golongan hamba berhutang dan hamba abdi. Masyarakat Malaysia kini terdiri daripada golongan diraja, pemimpin dan rakyat biasa. Konsep penghambaan sudah dihapuskan. Walaubagaimanapun, raja bagi orang Melayu masih menjadi lambang kekuatan dan kekuasaan Negara kita. Golongan diraja sangat-sangat dihormati oleh masyarakat. Raja juga merupakan tempat rakyat menumpahkan ketaatsetiaan mereka yang tidak berbelah bagi. Dalam masyarakat moden, kedudukan, darjat dan jawatan sudah tidak banyak membezakan kedudukan seseorang dalam masyarakat seluruhnya. Setiap rakyat Malaysia mempunyai hak-hak dan kewajipan yang sama, namun rakyat yang berketurunan Melayu mempunyai hak istimewa berbanding bangsa lain di Malaysia. Antara hak-hak istimewa orang Melayu adalah dari aspek tanah untuk orang Melayu, jawatan dalam kerajaan, peruntukan biasiswa dan bantuan ekonomi. Hak ini telah tercatat dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.

13

LAMPIRAN

SISTEM PEMBESAR EMPAT LIPATAN

14

SISTEM KABINET MALAYSIA Perdana Menteri Timbalan Perdana Menteri Menteri di Jabatan Perdana Menteri Kementerian Kewangan Kementerian Pelajaran Kementerian Dalam Negeri Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Kementerian Pengajian Tinggi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Kementerian Pengangkutan Kementerian Pelancongan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Kementerian Pertahanan Kementerian Kerja Raya Kementerian Kesihatan Kementerian Belia dan Sukan Kementerian Sumber Manusia Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Kementerian Luar Negeri Kementerian Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi

15

PENUTUP
Melalui kajian dan pengumpulan maklumat saya dalam kerja kursus ini, saya mendapati bahawa kesinambungan institusi Kesultanan Melayu Melaka dengan sistem kerajaan masa kini sangat jelas. Dari aspek sistem pemerintahan, peranan agama islam, peranan bahasa melayu dan susun lapis masyarakat yang telah saya ketengahkan dalam kerja kursus ini, kita dapat lihat bahawa sistem kerajaan Malaysia masa kini masih lagi berasaskan Institusi Kesultanan Melayu Melaka. Walaubagaimanapun, banyak perubahan telah dilakukan bagi menyesuaikan dengan dunia moden kini. Perubahan yang dilakukan ini bukanlah untuk melemahkan sistem tradisi yang diamalkan dulu, tetapi bertujuan untuk meningkatkan kemajuan berdasarkan beberapa kelemahan yang telah dikenal pasti. Terdapat beberapa aspek lain yang masih kekal hingga kini yang tidak diketengahkan dalam kerja kursus ini seperti budaya, nilai-nilai murni dan sebagainya. Kepentingan memelihara warisan kita sangatlah penting untuk dikekalkan pada generasi akan datang bagi menjadi satu identiti Negara Malaysia yang tercinta. Dengan terhasilnya kerja kursus ini, saya berharap agar segenap lapisan masyarakat dapat menghayati dan mendalami isi kandungannya.

SUMBER RUJUKAN
1. Tun Seri Lanang, Muhammad Haji Salleh(Pengkaji), 1997. Sulalat al-Salatin Yani Perteturun Segala Raja-Raja (Sejarah Melayu), Kuala Lumpur, Yayasan Karyawan dan Dewan Bahasa dan Pustaka. 2. Pendidikan Negara Bangsa Malaysia, Dr. Ishak Saat, 2009, ISBN 978 983 195 415 7. 3. http://zanas.wordpress.com/tirai-kemerdekaan-negara/masyarakat-imigran-dimalaysia/ 4. http://kulanzsalleh.com/terbaharu-senarai-kabinet-malaysia-2010/ 5. http://www.moe.gov.my/?id=130&lang=en

Anda mungkin juga menyukai