Anda di halaman 1dari 3

Soalan esei

1) Terangkan pengasasan Kesultanan Melayu Melaka


(Pahang dan Perak) (8 markah)

Pengasasan Kesultanan Melayu di Pahang diasaskan


oleh keluarga diraja Kesultanan Melayu Melaka pada
zaman kegemilangannya. Pada abad ke 15, Seri Bija
Diraja menjadi wakil yang mentadbir Pahang dan
seterusnya Raja Muhammad yang merupakan anakanda
kepada Sultan Melaka ketika itu, Sultan Mansur Shah
ditabalkan sebagai Sultan Pahang. Sultan Muhammad
mengasaskan kesultanan Pahang dengan gelaran Sultan
Muhammad Shah. Selain itu, baginda mendirikan pusat
pemerintahan di Pekan. Akhir sekali, wilayah
pemerintahan kerajaan Pahang ketika itu meliputi Sedili
Besar hinga Terengganu.
Selain itu, pengasasan kesultanan Perak pula
diasaskan oleh keluarga Diraja Melaka pada abad ke 16.
Pada abad ke 15, Perak merupakan wilayah nauangan
kesuktanan Melayu Melaka. Serangan Portugis telah
mengakibatkan Sultan Mahmud Shah dan keluarga
meninggalkan Melaka dan bersemayam di Kampar,
Sumatera. Kemudian, Tun Saban dan Nakhoda Kassim
ke Kampar bagi menjemput putera Sultan Mahmud Shah
iaitu Raja Muzaffar untuk ditabalkan sebagai Sultan
Perak. Raja Muzaffar Shah mengasaskan kesultanan
Perak dengan gelaran Sultan Muzaffar Shah pada tahun
1528.
2) Terangkan sistem pemerintahan di Perak dan
Terengganu. (6 markah)

Sistem pemerintahan di Perak mengamalkan system


penggiliran. Sultan yang bakal ditabalkan mestilah
melalui penggiliran berikut yang bermula dari Raja Kecil
Bongsu sehinggalah Raja Muda. Sistem pentadbiran
Peak berasakan pembesar empat, lapan, enam belas dan
tiga puluh dua. Pemerintahan kerajaan negeri dijalankan
Bersama-sama Majlis Mesyuarat Kerajaan.
Selain itu, sistem pemerintahan di Terengganu pula
mengamalkan system perwarisan takhta. Waris gantikan
digelar sebagai Yang Di-Pertuan Muda. Akan tetapi,
Dewan Pangkuan Diraja turut berhak memilih dan
melantik sultan. Pemerintahan Terengganu juga
dijalankan Bersama Majlis Mesyuarat.

3) Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu


mengekalkan institusi beraja di negara kita? (8 markah)

Pada pendapat saya, kita perlu mengekalkan institusi


beraja di negara kita agar urusan negara sentiasa
teratur. Hal ini kerana segala peraturan dan undang-
undang ditetapkan oleh pemerintah. Melalui undang-
undang itu, hubungan antara rakyat dan raja sentiasa
harmoni. Contohnya, negeri Pahang menjadi negeri yang
masyhur dibawah pentadbiran Sultan Abdul Jamil Shah.
Kesannya, negara kita akan menjadi sebuah negara yang
terkenal dengan kemajuan dan keharmoniannya.
Selain itu, pengekalan institusi beraja di negara kita
dapat mengekalkan kedaulatan negara. Kedaulatan
amatlah penting dan perlu sentiasa dijaga dalam
sesebuah negeri atau negara. Hal ini dapat dilihat
apabila negara yang mengekalkan kedaulatan mereka
sentiasa dipandang tinggi. Contohnya, kedaulatan negara
kita sendiri dapat dilihat pada sifat rakyat yang
sentiasa menghormati pemipinnya. Kesannya, kit adapt
hidup dalam keadaan yang sejahtera dan tidak berpecah
belah.

Anda mungkin juga menyukai