Anda di halaman 1dari 1

Tarikh : 12 Mei 2020

Soalan
Huraikan tiga jati diri bagi Sultan Muzaffar Shah berdasarkan teks Sulalatus Salatin.
[15m]

Jati diri yang ada pada watak Sultan Muzaffar Shah ialah berpandangan jauh tentang masa
depannya. Berwawasan dalam kehidupan agar mampu menjamin kesinambungan
kecermelangan dalam sesebuah negara. Contohnya, Sultan Muzaffar Shah melihat
perpecahan yang ketara akan berlaku apabila dua pembesar Melaka iaitu Tun Perak dan Seri
Nara Diraja tidak sehaluan. Keadaan ini menyebabkan ketidakstabilan bakal berlaku. Beliau
bertindak bijak dengan mengambil langkah drastik menceraikan Tun Kudu agar dapat
dikahwinkan dengan Seri Nara Diraja. Tegasnya, sikap tersebut perlu ada pada setiap
individu agar dapat merancang masa depan yang lebih terancang dan dapat mencapai
kejayaan.

Seterusnya jati diri yang ada pada watak Sultan Muzaffar Shah ialah jati diri bijaksana.
Bijaksana bertindak dalam mencari penyelesaian adalah keupayaan dalam menyelesaikan
masalah tanpa mengeruhkan keadaan mampu menghasilkan kesan yang baik. Contohnya,
Sultan Muzaffar Shah juga bijak bertindak ketika menghadapi serangan Siam iaitu dengan
menghantar Tun Perak untuk mematahkan serangan tersebut kerana Tun Perak memiliki ilmu
strategi perang yang ternyata telah berjaya mengeluari siam dari Melaka dan strategi baginda
berjaya. Jelaslah bahawa, kebijaksanaan dalam menyelesaikan masalah mampu membentuk
seseorang individu berhadapan dengan pelbagai dugaan dalam kehidupan.

Jati diri yang turut diperlihatkan oleh Sultan Muzaffar Shah ialah jati diri adil dalam
pemerintahannya. Keadilan dalam pemerintahannya dengan menimbangkan dengan saksama
serta membuat keputusan secara yang tidak menyusahkan orang lain. Contohnya, Sultan
Muzaffar Shah menyuruh membuat kitab undang-undang agar hukuman yang dijatuhkan oleh
para menteri tidak berat sebelah. Tegasnya, tindakan adil yang dilakukan oleh beliau telah
membuktikan beliau seorang pemerintah yang memiliki sahsiah yang terpuji.

Anda mungkin juga menyukai