Anda di halaman 1dari 2

Pertarungan Hang Tuah dengan Hang Jebat

tema PTdJ ialah pertarungan antara dua orang rakan karib (pahlawan negara) iaitu Hang Tuah dan Hang Jebat. mereka bergaduh semata -mata kerana prinsip yang berbeza. 4 persoalan yang terdapat di dalam prosa tradisional ini adalah; 1)persoalan ketaatan kepada pemerintah. contoh: Hang Tuah sanggup membunuh Hang Jebat kerana ketaatannya kepada sultan. 2)persoalan matlamat tidak menghalalkan cara. contoh: Hang Jebat bertindak zalim kerana mahu membalas dendam ter hadap sultan dan seterusnya menyedarkan sultan atas kesilapannya itu tetapi tindakannya tidak dapat diterima oleh masyarakat. 3)persoalan kasih sayang. contoh: Hang Jebat sempat berpesan kepada Hang Tuah supaya menjaga anaknya hasil perhubungannya dengan d ang Baru sekiranya anak itu lelaki jika dia mati dalam pertarungan itu. 4)persoalan keberanian pahlawan negara. contoh: Hang Tuah mencabar Hang Jebat supaya turun bertarung dengannya dan jika Hang Jebat tidak turun, dia sendiri yang akan naik ke istana. WATAK DAN PERWATAKAN HANG TUAH: 1) seorang yang berani- mencabar Hang Jebat untuk bertarung dengannya. 2) taat kepada sultan- sanggup membunuh rakan karibnya, Hang Jebat kerana ketaatannya kepada sultan. 3) rakan kepada Hang Jebat. HANG JEBAT: 1) penderhaka sultan- dia mahu membalas dendam kepada sultan dan menyedarkan sultan atas tidakannya tetapi tindakannya dipandang serong oleh masyarakat. 2) penyayang- meminta Hang Tuah menjaga anak hasil perhubungannya dengan Dang Baru. 3) kejam dan zalim- Hang Jebat menutup semua pintu istana dan mengamuk. dia membunuh semua 700 orang wanita di dalamnya. NILAI : dalam petikan~ 1) nilai keberanian- Hang Jebat menyahut seruan Hang Tuah supaya bertarung dengannya.

2) nilai ketaatan kepada sultan - Hang Tuah taat akan perint ah sultan untuk membunuh Hang Jebat. dalam novel~ 1) nilai bekerjasama- orang-orang melaka bekerjasama membantu Hang Tuah menghapuskan Hang Jebat dengan menikam dari bawah rumah. 2) nilai bertanggungjawab - Hang Tuah melaksanakan tanggungjawabnya menetang Hang Jebat bagi mengembalikan keamanan negeri. PENGAJARAN: 1) kita hendaklah menentang segala bentuk kezaliman yang dilakukan oleh mana mana pihak. 2) rakyat hendaklah menunjukkan kesetiaan kepada pemerintah. 3)kita hendaklah bekerjasama menentang pihak yan g terpesong daripada perjuangan. 4) manusia perlulah mengutamakan keselamatan orang ramai daripada kepentingan diri sendiri.

Anda mungkin juga menyukai