Anda di halaman 1dari 6

APA ITU TETAP PENDIRIAN?

Insan yang bermoral ialah insan yang tetap dengan pendiriannya dan
tidak goyah jika ditimpa sebarang musibah atau disogok
dengan sebarang kesenangan. Insan yang tetap pendirian akan tegas
dengan prinsipnya dan tidak akan sesekali menggadaikan prinsipnya
untuk memenuhi kehendak nafsu atau untuk kepentingan dirinya dan
orang lain.
CONTOH TETAP PENDIRIAN
Insan yang tetap pendirian tidak akan sesekali berbohong untuk mencapai
kesenangan dengan mudah seperti ketika menghadapi peperiksaan. Malah,
insan seperti ini akan sentiasa menjaga amanah dan tidak akan menipu dengan
meniru semasa peperiksaan. Kejayaan yang diperoleh adalah berlandaskan
usahanya sendiri dan bukan dengan menipu di dalam peperiksaan kerana insan
tersebut mempunyai prinsipnya yang teguh dan tetap.
PERSPEKTIF PEMIKIRAN BARAT

Brandt (1979) menyatakan seseorang individu mesti mempercayai justifikasi bagi motivasi, perasaan berdosa,
sikap bersetuju, perasaan menyanjungi, dan lain-lain yang
ada padanya. Satu contoh justifikasi tersebut adalah mengenai agama, menganggap bahawa prinsip-prinsip
moralnya ialah kehendak Tuhan, maka dia akan berpuas hati dengan kemoralannya dan berasa rasional untuk
melakukan sesuatu yang mungkin bertentangan dengan kebajikannya sendiri dalam jangka masa panjang.
PERSPEKTIF PEMIKIRAN TIMUR

Ditunjukkan oleh semangat juang Mahatma Ghandi yang mempunyai


filosofi hidup yang dianut dan dijalaninya dengan teguh, berikut
merupakan petikan daripada kata-kata beliau yang teguh dan tetap
pendiriannya bagi memperjuangkan kemerdekaan India,
“Kamu dapat merantaiku, kamu dapat menyiksaku, bahkan kamu dapat
menghancurkan tubuh ini, tetapi kamu tidak akan dapat memenjarakan
pikiranku”.
PERSPEKTIF PEMIKIRAN ISLAM
Dijelaskan melalui kisah sumayyah binti Khayyat yang tetap
pendiriannya dalam menyatakan agamanya ialah agama Islam.
Pelbagai dugaan telah dilaluinya termasuk terpaksa mengorbankan
ahli keluarganya demi menyatakan bahawa Allah SWT adalah
Tuhannya dan Islam adalah agamanya. Kisahnya sering menjadi
pedoman sebagai inspirasi bagi meneguhkan dan menetapkan iman
kepada Allah bagi setiap muslim.
SEKIAN TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai