Anda di halaman 1dari 26

DRAMA : LIMA PEWIRA PENGARANG: KALA DEWATA 1.

PEMIKIRAN Pemikiran Perjuangan sekumpulan anak muda untuk menegakkan keadilan, taat setia kepada raja, dan mematuhi undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan. Perjuangan Lima Pewira, iaitu Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir , dan Hang Lekiu melawan lanun-lanun di atas sebuah kapal bernama Samudera Buas agar mereka kembali taat kepada raja dan mematuhi undang-undang serta peraturan negeri untuk kebaikan negeri Melaka pada masa hadapan.

02. PERSOALAN Keberanian menegakkan keadilan. Ketaatan kepada raja. Hang Tuah dan sahabatsahabatnya telah mempamerkan ketaan kepada raja yang tidak berbelah bagi biarpun nyawa mereka berada dalam keadaan berbahaya Hang Tuah serta semua sahabat sanggup untuk mempertaruhkan nyawa demi menegakkan keadilan melawan lanun-lanun yang tidak mengikut undang-undang dan peraturan memperlihatkan keberanian mereka menegakkan keadilan.

Persoalan
Bersatu padu untuk menewaskan musuh. Hasrat Nakhoda Antah Berantah untuk kembali kepada Angkatan Diraja memperlihatkan betapa pentingnya semangat bersatu padu untuk menjadikan sebuah pasukan itu kuat dan mampu menewaskan musuh yang datang dari luar.

Kepatuhan kepada undangundang dan peraturan Keinsafan Nakhoda Antah Berantah telah menukar pendiriannya untuk tunduk menghadap raja dan sedia mematuhi undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan.

3.

WATAK PERWATAKAN. Watak Utama Nakhoda Antah Berantah

Seorang ketua lanun Nakhoda kapal Samudera Buas Mempunyai ramai anak kapal Ketua yang bijak Bukti: NAKHODA ANTAH BERANTAH: Hei, Jebat! Janganlah samakan aku bodoh dengan yang lain-lain ini. Aku datang ke mari tadi, aku sediakan semua orangku di keliling tempat ini dulu (Halaman 204) Seorang yang tidak taat kepada raja dan peraturan negeri. Membenci pendatang asing yang sombong. Berani menyahut cabaran dan tegas. Ketua yang adil dan menepati janjinya. Boleh dilihat melalui semua janji yang dibuat dengan Hang Tuah serta sahabatnya. Seorang nakhoda yang sangat kuat dan mashyur. Bukti: NAKHODA ANTAH BERANTAH: Dan, aku percaya kalau berita kapal Samudera Buas dan aku Nakhoda Antah Berantah sudah balik ke Angkatan Diraja, segala kapal lain akan menurut. (Halaman 207) Hang Tuah Seorang hulubalang negeri Melaka. Mempunyai empat orang sahabat, iaitu Hang Jebat, Hang Kasturi dan Hang Lekiu. Saudara yang paling tua antara sahabatnya. Pahlawan yang gagah dan berani. Ditonjolkan apabila berani menolak pelawaan Nakhoda Antah Berantah agar menjadi lanun walaupun Hang Tuah tahu akan akibatnya jika menolak pelawaan itu. Seorang yang penyabar. Seorang yang tabah menghadapi seksaan daripada Juragan Kilat Bersiung. Berbudi pekerti yang baik. Dia meminta Hang Lekiu menjawab pertanyaan Juragan Kilat Bersiung. Taat kepada raja dan undang-undang. Bukti: HANG TUAH: Aku memang rakyat raja dan taat kepada raja. (Halaman 192) 2

Hang Tuah: Saya suka menjadi orang luat tetapi saya tunduk dan taat kepada perintah negeri dan raja. (Halaman 194)

Watak Sampingan Juragan Kilat Bersiung Seorang pegawai lanun kapal Samudera Buas. Memandang rendah terhadap keupayaan orang lain. Seorang begitu angkuh, sombong, ganas, dan kejam. dibuktikan semasa beliau menyeksa Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya yang lain seperti petikan berikut: JURAGAN KILAT BERSIUNG: Cis, tak ada gunanya dihidupkan lagi budak-budak dajal ini! (Kepada seorang anak kapal) Kau! Pergi ambil air laut itu! (Mereka direntap secara kasar oleh anak-anak kapal dan dipaksa beratur). (Halaman 193) Tidak taat kepada raja dan peraturan. Keras kepala. Tidak bersetuju dengan niat Nakhoda Antah Berantah untuk kembali menghadap Raja. Hang Jebat Hulubalang negeri Melaka. Seorang yang berani. Pahlawan yang gagah. Dibuktikan apabila beliau telah membunuh Juragan Kilat Bersiung (pegawai lanun kapal Samudera Buas yang ganas dan kejam) Seorang tidak sabar dan mahu bertindak melulu. Bukti: HANG JEBAT: Pada fikiran saya, Abang Tuah, baik kita mengamuk semua yang di dalam kapal ini sekarang juga. Tentu hulu hilirnya. (Halaman 206) Menghormati Hang Tuah serta sahabat-sahabatnya. Mendegar semua arahan yang diberikan oleh Hang Tuah kepadanya. Taat kepada raja dan patuh kepada peraturan dan undang-undang.

04. PLOT 4.1 Struktur Plot Permulaan Hang Tuah serta sahabat-sahabatnya telah ditangkap di atas sebuah kapal bernama Samudera Buas. Jurugan Kilat Bersiung begitu marah terhadap mereka kerana mereka telah membunuh dua orang anak kapal Samudera Buas.

Perkembangan Juragan Kilat Bersiung telah menyiksa Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya. Nakhoda Antah Berantah telah memberi pilihan kepada Hang Tuah serta semua sahabatnya untuk menjadi anak kapal di atas kapal Samudera Buas. Permintaan Nakhoda Antah Berantah telah ditolak oleh Hang Tuah kerana taat kepada raja dan lebih rela mati daripada ingkar terhadap peraturan dan undang-undang.

Puncak/Klimaks Juragan Kilat Bersiung telah diserang oleh Hang Tuah serta sahabat-sahabatnya. Perundingan berlaku antara Nakhoda Antah Berantah dengan Hang Tuah serta sahabat-sahabatnya. Nakhoda Antah Berantah telah bersetuju dengan cadangan Hang Tuah untuk pergi menghadap raja dan balik menyertai Angkatan Diraja.

Penurunan Pendirian Nakhoda Antah Berantah untuk pergi menghadap Raja tidak dipersetujui oleh Juragan Kilat Bersiung. Juragan Kilat Bersiung sanggup mencabar Nakhoda Antah Berantah kerana tidak bersetuju untuk pergi menghadap Raja. Nakhoda Antah Berantah memutuskan agar Juragan Kilat Bersiung berlawan dengan Hang Jebat dan jika Hang Jebat menang, Nakhoda Antah Berantah akan kembali menghadap raja dan jika Hang Jebat kalah, semua sahabatnya akan dihukum mati.

Peleraian 4

Juragan Kilat Besiung telah kalah di dalam perlawanan bersama Hang Jebat. Nakhoda Antah Berantah telah meminta anak kapalnya untuk menukar haluan kapal dan Nakhoda Antah Berantah sedia untuk menghadap raja.

4.2 TEKNIK PLOT Teknik Penceritaan. Saspens. Saspens ialah peristiwa dalam cerita yang menimbulkan keadaan tertanya-tanya atau perasaan ingin tahu dalam kalangan pembaca tentang peristiwa yang akan berlaku selanjutnya. Teknik ini digunakan oleh pengarang sewaktu Juragan Kilat Bersiung ditawan oleh Hang Tuah serta sahabat-sahabatnya yang menggambarkan Juragan Kilat Bersiung dengan pendirian Nakhoda Antah Berantah untuk kembali tunduk kepada raja. Secara tidak langsung, pembaca akan tertanya-tanya sebab Juragan Kilat Bersiung menentang Nakhoda Antah Berantah. Contohnya: JURAGAN KILAT BERSIUNG: Tidak! Selama Juragan Kilat Bersiung masih bernafas lagi, selama itulah kapal ini tidak menyembah balik kepada raja.

HANG JEBAT: Apa gerangan maksud juragan? (Halaman 207) NAKHODA ANTAH BERANTAH: Nah Juragan! Apa pula fikiran kau? Kau sudah tengok salah seorang budak ini berlawan dengan Lela Tunjang, harimau berantai kita. Tunjang mati. Kau sanggup? JURAGAN KILAT BERSIUNG: Dengan datuk sendiri saya sanggup! (Halaman 208) Dialog. Teknik dialog ini merupakan teknik yag menguasai keseluruhan teks drama ini. Teknik ini digunakan bagi menghubungkan interaksi watak antara satu sama lain. Interaksi ini menghubungkan jalinan serta kesatuan cerita yang menarik. Contohnya: NAKHODA ANTAH BERANTAH: Tapi, apabila kau sudah mati, perintah apa yang aku mahu ikut lagi?

HANG TUAH: Kami lebih suka mati kerana mengikut perintah raja daripada hidup melanggar undangundang. (Halaman 198)

5.0. LATAR MASA Mengambil masa yang singkat iaitu tidak sampai satu hari. Waktu senja Contoh: Permulaan awal drama yang melibatkan peristiwa Hang Tuah dan sahabatnya ditangkap di atas kapal Samudera Buas. Waktu malam Contoh: Peristiwa pembunuhan Juragan Kilat Bersiung oleh Hang Jebat pada waktu malam . Zaman silam yang melibatkan pemerintahan kerajaan Melayu Melaka. Contoh: sejarah keagungan Hang Tuah yang merupakan seorang Laksamana pada zaman pemerintahan Melayu Melaka.

6.0. LATAR TEMPAT Secara keseluruhan hanya menggunakan satu latar tempat, iaitu di atas kapal lanun yang bernama Samudera Buas.

7.0. LATAR MASYARAKAT 1. Masyarakat yang patuh dan setia kepada raja. Contoh: Kesetiaan Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya mewakili masyarakat yang sentiasa taat kepada raja dan menghormati kedaulatan sesebuah negara. 2. Masyarakat yang berani menegakkan keadilan dalam hidup. Contoh: Hang Tuah serta semua sahabatnya memperlihatkan masyarakat yang berani menegakkan keadilan walaupun menghadapi tentangan musuh yang mencabar.

3. Masyarakat yang mempunyai nilai tanggungjawab yang tinggi. 6

Contoh: Nilai tanggungjawab yang tinggi untuk menentang musuh dapat dilihat pada watak Hang Tuah serta semua sahabatnya yang bertanggungjawab membantu negeri Melaka menghapuskan lanun-lanun yang berleluasa di lautan tanpa mengikut undang-undang. 4. Masyarakat yang kejam dan tidak berperikemanusiaan. Contoh: Juragan Kilat Bersiung mewakili masyarakat yang kejam dan tidak berperikemanusiaan apabila dia sanggup menyeksa Hang Tuah serta semua sahabatnya dengan kejam dan zalim.

5. Masyarakat yang berpendirian teguh. Contoh: Hang Tuah mewakili masyarakat yang berpendirian teguh. Biarpin ditawarkan untuk menjadi hamba dan terus hidup, tetapi mereka tidak menerima pelawaan Nakhoda Antah Berantah.

8.0 NILAI 1. 2. 3. 4. 5. 6. Bertanggungjawab. Sifat tanggungjawab sangat penting di dalam kehidupan. Hang Tuah dan semua sahabatnya memiliki nilai tanggungjawanb yang tinggi untuk menegakkan keadilan bagi menjana keselamatan negeri Melaka. Pengorbanan. Hang Tuah serta sahabat-sahabatnya sanggup berkorban dan mempertaruhkan nyawa demi menjaga kedaulatan negeri Melaka agar jauh daripada ancaman musuh. Keberanian. Keberanian Hang Tuah serta semua sahabatnya untuk melawan musuh perlu menjadi contoh kepada genarasi masa hadapan. Keberanian ini berlandaskan kepada kebenaran dan keadilan untuk menjamin kesejahteraan sejagat. 7. 8. 9. Sabar. Kesabaran akan membawa kepada kejayaan. Hang Tuah serta semua sahabatnya begitu sabar walaupun diseksa dengan teruk sewaktu ditawan dalam kapal Samudera Buas. Kesetiaan. Hang Tuah dan semua sahabatnya tahu mereka akan dibunuh, namun mereka tetap setia dan tidak berpaling tadah kepada lanun-lanun. 7 10. Kesetiaan kepada raja dan mematuhi undang-undang memerlukan pengorbanan yang tinggi. Walaupun

9.0 PENGAJARAN 1. 2. 3. 4. Kita mestilah berani menegakkan keadilan walau dalam apa-apa keadaan sekalipun. Kita mestilah sentiasa bertanggungjawab untuk mempertahankan negara daripada segala ancaman musuh. Kita hendaklah menghormati undang-undang dan taat setia kepada raja. Kita mestilah tabah menghadapi dugaan yang menimpa ke atas diri kita.

10.0 GAYA BAHASA Ayat Seru. Terdapat banyak penggunaan ayat seru di dalam drama ini. Contohnya: JURAGAN KILAT BERSIUNG: Cis, tak ada gunanya dihidupkan lagi budak-budak dajal ini! (Halaman 193) Simbolik. Simbolik ialah corak atau gaya sastera yang menyebutkan sesuatu yang konkrit untuk menggambarkan idea yang abstrak. Simbolik juga beerti penyebutan sesuatu untuk membawa makna lain daripada yang disebutkan. Antara contoh penggunaan simbolik dalam drama ini ialah: JURAGAN KILAT BERSIUNG: Oh, begini rupanya pahlawan-pahlawan ular lidi yang mahu melawan naga, ya! (Halaman 190) Repitisi. Repitisi ialah pengulangan kata-kata dalam ayat. Pengulangan kata dalam ayat yang digunakan oleh pengarang dapat dilihat seperti contoh di bawah: JURAGAN KILAT BERSIUNG: Aku mahu seksa seksa semua sampai mati! (Halaman 189) Inversi. Inversi ialah kebalikan susunan kata dalam ayat. Contohnya: HANG JEBAT: Langsung Datuk pula kena tawan, nampaknya. (Halaman 204) 8

Sinkope. Sinkope ialah penyingkatan perkataan seperti tak (tidak), bu (ibu), dan mau (mahu). Terdapat unsure penyingkatan kata yang dilakukan oleh pengarang secara meluas dalam drama ini. Antaranya ialah: HANG JEBAT: Aku boleh beri kau hadiah yang sedap-sedap lagi kalau kau lepaskan tanganku ini. (Halaman 201)

Peribahasa. Peribahasa ialah ungkapan ringkas yang terdiri daripada kata-kata yang mempunyai pengertian tertentu. Peribahasa biasanya mempunyai pengajaran, prinsip hidup, tatasusila dan teladan, termasuklah perumpamaan, bidalan, simpulan bahasa, dan kiasan. Contohnya: NAKHODA ANTAH BERANTAH: Nampaknya Juragan ini, belum berkapak di tangan sudah mahu menentang beringin. (Halaman 208)

11.0 SUDUT PANDANGAN Drama ini menggunakan sudut pandangan orang ketiga serba tahu. Penulis sebagai pencerita dapat mengetahui segala perkembangan watak-watak secara zahir dan batin. Contohnya: Ungkapan sudut pandangan orang ketiga adalah seperti berikut: Anak-anak kapal membuat sahaja segala suruhan itu dengan ketakutan. HANG LEKIU, yang mla-mula kena buka ikatannya, lekas-lekas mengambil senjata-senjata yang di lantai. Dia (Halaman 202)

SOALAN STRUKTUR
BAHAGIAN 1 DRAMA LIMA PERWIRA KARYA KALA DEWATA

1. Berdasarkan drama Lima Perwira karya Kala Dewata, berikan dua nama watak antagonis.

a) __________________________ b) __________________________

2.

JURAGAN KILAT BERSIUNG: Hei, kenapa kau semua pergi hendak mengambil budak-budak mentah berlima itu? Satu orang cukup! (Dipetik daripada drama Lima Perwira karya Kala Dewata,halaman 188)

Siapakah budak-budak mentah berlima seperti yang dimaksudkan dalam petikan di atas? i) ________________________

ii) ________________________ iii) ________________________ iv) ________________________ v) _________________________

3.

JURAGAN KILAT BERSIUNG:Oh, begini rupanya pahlawan-pahlawan ular lidi yang mahu melawan naga, ya! (Dipetik daripada drama Lima Perwira karya Kala Dewata, halaman 190)

a) Siapakah pahlawan-pahlawan ular lidi yang dimaksudkan dalam petikan di atas. i) ii) iii) ___________________ ___________________ ___________________ 10

iv) v)

___________________ __________________

4. Berdasarkan pernyataan di bawah, nyatakan gaya bahasa yang sesuai daripada petikan yang diberi. GAYA BAHASA a) b) c) d) e) f) PETIKAN Kaudengar tak nama aku..Hang Tuah? Aku perlu anak seperti kau semua dan aku sedia mengampunkan nyawa kau semua. Aku mahu seksa. seksa semua sampai mati! Hei, kenapa kau semua pergi hendak mengambil budak-budak mentah berlima itu? Satu orang cukup! Atur semua di sana dan bawa ke mari tali cemetiku. Biar kukuliti tiap-tiap orang hidup-hidup. Tunjang, kau ialah harimau tambatan kapal Samudera Buas ini.

5. JURAGAN KILAT BERSIUNG: Cis, tak ada gunanya dihidupkan lagi budak-budak dajal ini! Atur semua di sana dan bawa ke mari tali cemetiku. Biar kukuliti tiap-tiap orang hidup-hidup. Lekas, beratur di sana! (Kepada seorang anak kapal) kau! Pergi ambil air laut dan kalau ada yang berdarah dan pengsan kena tali cemetiku ini, simbur dengan air laut itu! (Mereka direntap secara kasar oleh anak-anak kapal dan dipaksa beratur.) (Dipetik daripada drama Lima Perwira karya Kala Dewata, halaman 193)

Berdasarkan petikan di atas, nyatakan contoh petikan gaya bahasa dalam ruang yang betul.

GAYA BAHASA Sinkof Kata Ganda Hiperbola

CONTOH PETIKAN a) b) c)

11

6. Suaikan gaya bahasa di bawah dengan contoh yang betul.

a) Kata ganda

Sudah! Kau semua tak payah usik badan kami.

Alangkah baiknya kalau kau menjadi orang laut seperti kami. b) Repitisi

Sekarang, jalankanlah undang-undang dan peraturan kita di laut ini. c) Peribahasa Kau diam! Nanti aku cabut lidah kau bedebah! d) Simile

e) Sinkof

Aduh! campakkan senjata kau aduh seorang datang ke mari buka ikatan aduh lekas

f) Hiperbola

Tapi, kami cuma merompak kapal-kapal orang berhidung tinggi, bermata biru dan berambut perang yang lalu-lalang dengan angkuh di lautan negeri kita ini.

7. Lengkapkan jadual di bawah berdasarkan pernyataan yang diberikan. PERISTIWA 1. HANG TUAH : Saya suka menjadi orang laut tetapi saya tunduk dan taat kepada perintah negeri dan raja. 2. HANG TUAH : Kami lebih suka mati kerana mengikut perintah raja daripada hidup melanggar undang-undang. NILAI Kesetiaan Mematuhi undangundang 12 PENGAJARAN Kita hendaklah taat dan setia kepada raja. f) Hiperbola Kita hendaklah mematuhi undang-undang negara.

Tapi, kami cuma merompak kapalkapal orang berhidung tinggi, bermata biru dan berambut perang yang lalulalang dengan angkuh di lautan negeri kita ini.

3. HANG TUAH : Kita manusia ini, apabila ditanya kita menjawab, biarpun pada lanun 4. HANG JEBAT : (Lantang) Di sini, Juragan. Tapi, tangan aku lagi manis kalau kau mahu merasainya. 5. HANG TUAH : Datuk Nakhoda tidak berhak membuat demikian. Negeri kita mempunyai undang-undang dan peraturan. 6. NAKHODA ANTAH BERANTAH : (Tidak hairan) Kalau semua kapal Melayu yang berkeliaran hari ini balik kembali kepada raja dan menjadi Angkatan Diraja yang bersatu, kita akan dapat mematahkan kuasa-kuasa orang dagang yang membahayakan itu. 7. Hang Tuah serta sahabat-sahabatnya sanggup mempertaruhkan nyawa demi menjaga kedaulatan negeri Melaka agar terhindar daripada ancaman musuh. 8.

Berbudi bahasa

Kita mestilah berani menegakkan keadilan walau dalam apa-apa keadaan sekalipun.

Bertanggungjawab

Sabar

Kita hendaklah bersabar untuk mencapai kejayaan.

9. Kita mestilah tabah menghadapi dugaan yang menimpa ke atas diri kita.

8.

Nyatakan sudut pandangan berdasarkan drama Bendahara Tepok karya Kala Dewata. _______________________________________________________________________

13

SOALAN ESEI
BAHAGIAN 2 DRAMA LIMA PERWIRA KARYA KALA DEWATA

1. Pengarang drama Lima Perwira mengutarakan pemikiran perjuangan untuk menegakkan keadilan, ketaatan dan kepatuhan kepada raja dan negara. Bincangkan peristiwa-peristiwa yang menjurus ke arah pemikiran tersebut.

2. Terdapat beberapa nilai yang boleh diangkat menjadi persoalan dalam drama Lima Perwira karya Kala Dewata. Bina persoalan daripada nilai-nilai tersebut berserta contoh.

3. Daripada dialog yang tertera, senaraikan perwatakan watak tersebut JURAGAN KILAT BERSABUNG : (Ke hadapan, bercakap seorang diri) Aku hairan betul. Banyak cerita yang aku dengar pasal budak muda berlima ini. Gagah, berani, pahlawan, sudahpun mengalahkan lanun di Laut Melaka ini. Berbahaya. Berbahaya. Tapi sekarang semua budak muda ini dapat kutawan. Ha! Ha! Ha! Ha! Biar aku Juragan Kilat Bersiung, menguji betul beraninya. Aku akan seksa seksa semua sampai tiap-tiap orang sujud menyembah, minta ampun dan minta nyawa pada aku. Cis! (Meludah marah dan benci) Kemudian, tiap-tiap orang itu akan kupenggal lehernya. Ha! Ha! Ha! Ha!

4. Baca petikan di bawah,kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. JURAGAN KILAT BERSIUNG: (Ke hadapan, bercakap seorang diri) Aku hairan betul. Banyak cerita yang aku dengar pasal budak berlima ini. Gagah, berani, pahlawan, sudahpun mengalahkan lanun di Laut Melaka ini. Berbahaya. Berbahaya. Tapi sekarang semua budak muda ini dapat kutawan. Ha! Ha! Ha! Ha! Biar aku, Juragan Kilat Bersiung, menguji betul beraninya. Aku akan seksa...seksa semua...sampai tiap-tiap orang sujud 14 menyembah, minta ampun dan minta nyawa pada aku. Cis! (Meludah marah dan benci) Kemudian, tiap-tiap orang itu akan kupenggal lehernya. Ha! Ha! Ha! Ha!

a. Berikan dua teknik yang terdapat dalam petikan. b. Kaitkan peristiwa dengan teknik tersebut.

5.

JURAGAN KILAT BERSIUNG: Oh, begini rupanya pahlawan-pahlawan ular lidi yang mahu melawan naga, ya! (JURAGAN KILAT BERSIUNG pergi kepada mereka dan menampar muka tiap-tiap orang anak muda itu. Kepada HANG LEKIU, yang kecil sekali.) Siapa nama kau? (LEKIU diam sahaja.) Jawab! Jawab lekas!

a. Siapakah yang dimaksudkan dengan pahlawan-pahlawan ular lidi dalam petikan tersebut? b. Apakah peristiwa yang berlaku selepas dialog di atas? c. Jelaskan konflik watak yang terdapat dalam petikan.

6.

NAKHODA ANTAH BERANTAH: Baiklah, dengan persetujuan Hang Tuah, di sini aku putuskan. Hang Jebat, kau akan bertikam dengan Juragan Kilat Bersiung. Kalau menang, aku lepaskan kau berlima dan aku sendiri akan pergi menghadap raja. Tapi kalau kau kalah dan mati, segala saudaramu yang lain akan menerima hukuman yang sama, mati.

Bincangkan peristiwa yang berlaku pada bahagian peleraian cerita ini.

15

7. Hari menjadi malam. Dua buah lampu dipasang pada tempat itu. Tidak berapa lama antaranya masuk ANAK KAPAL IV DAN ANAK KAPAL V

ANAK KAPAL V : Ah, biarlah mereka bergerak dan berjalan! Boleh kita tikam mereka semua. Tak payah kita berjaga jaga lagi sampai jauh malam.

NAKHODA ANTAH BERANTAH: Aku sudah memikirkan cakap kau senja tadihidup bersama dengan undang undang atau hidup seorang bebas di laut.

Berdasarkan maklumatmaklumat yang dinyatakan di atas jelaskan dua latar masa yang terdapat dalam drama Lima Perwira.

8. NAKHODA ANTAH BERANTAH: Aku tahu ! Tetapi bukankah aku yang memberi perintah di dalam kapal ini? Hadapkan mereka pada aku.

NAKHODA ANTAH BERANTAH : Kau sudah lupa yang aku Nakhoda Antah Berantah yang menjadi ketua di dalam kapal Sumadera Buas ini. Satu kapal tidak mungkin ada dua nakhoda. Berdasarkan maklumatmaklumat yang dinyatakan di atas, jelaskan latar tempat yang terdapat dalam drama Lima Perwira.

9. HANG TUAH : Saya suka menjadi orang laut tetapi saya tunduk dan taat kepada perintah negeri dan raja.

HANG TUAH : Datuk Nakhoda tidak berhak membuat demikian. Negeri kita mempunyai undang undang dan peraturan. 16

NAKHODA ANTAH BERANTAH : Ya, kami juga ada undang undang yang kuat dan kukuh. Bagi seorang anak kami yang mati, tiga mesti menjadi balasnya.

NAKHODA ANTAH BERANTAH: Berapa kali aku katakan, aku yang beri perintah di sini? Sekarang akan kujalankan hukuman. Ikat dia balik dan angkat mayat Tunjang. (HANG KASTURI diikat semula dan beberapa orang anak anak kapal mengangkat mayat ANAK KAPAL 1 keluar). Kau berlima mesti dihukum bunuh dengan dipenggal - penggal dan dicampakkan ke dalam laut untuk makanan ikan.

NAKHODA ANTAH BERANTAH : Hang Tuah, berapa lama engkau boleh menawan aku?Sementara kapal ini belayar juga menuju Lautan China, tidak ada berjuragan dan tidak ada nakhoda. HANG TUAH: Tidak apa!

NAKHODA ANTAH BERANTAH : Balik ke tempat masing masing! Jurumudi, tukar haluan dan berpusing ke selatan. Kapal Samudera Buas akan sujud menyembah ke pangkuan ibunda! HANG TUAH : Berjayalah Melaka!

Berdasarkan maklumat maklumat yang dinyatakan di atas, jelaskan latar masyarakat yang terdapat dalam drama Lima Perwira.

10. Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. HANG TUAH : Saya menjawab bagi semua adik saya. Kami tidak mahu. NAKHODA ANTAH BERANTAH : Apa? Kau semua lebih suka mati dipenggalpenggal dan kemudian dicampakkan ke dalam laut jadi makanan ikan? HANG TUAH : Ya, bagi kami itu lebih mulia lagi daripada menjadi orang yang ingkar kepada undang-undang negeri dan perintah raja. NAKHODA ANTAH BERANTAH : Tapi, apabila kau sudah mati, perintah apa yang aku mahu ikut lagi. HANG TUAH : Kami lebih suka mati kerana mengikut perintah raja daripada hidup melanggar undang-undang. 17

i)

Apakah yang dimaksudkan oleh Hang Tuah dengan Kami tidak mahu?

ii) Nyatakan tiga nilai murni yang terdapat dalam petikan di atas..

11. Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. HANG TUAH : Sudah! Kau semua tak payah usik badan kami. (Kepada adikadiknya) Adik-adik semua, ingat pesanan guru dan bangunlah. Mereka semua bangun dan beratur sebaris disuruh membelakang pada JURAGAN KILAT BERSIUNG. Baju mereka dibuka, JURAGAN telah sedia dengan tali cemetinya. JURAGAN KILAT BERSIUNG : Nah, sekarang terima bahagianmu! JURAGAN KILAT BERSIUNG melepaskan pukulan cemetinya yang berbunyi dengan kuat pada setiap orang budak muda itu. Mereka menerima dengan tidak berdecit sedikit pun. Tiba-tiba pintu terbuka dan masuk NAKHODA ANTAH BERANTAH dengan pakaian ketua lanun yang hebat dan lengkap. Semua orang memandang kaku kepadanya melainkan budak-budak berlima itu.

ii.i

Mengapakah Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya diseksa oleh JURAGAN KILAT BERSIUNG? 18

ii.ii

Huraikan tiga pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas.

JAWAPAN STRUKTUR
BAHAGIAN 1 DRAMA LIMA PERWIRA KARYA KALA DEWATA 1. Dua watak antagonis dalam drama Bendahara Tepok i. Nakhoda Antah Berantah ii. Juragan Kilat Bersiung 19

2.

Budak-budak mentah berlima i) Hang Tuah ii) Hang Jebat iii) Hang Kasturi iv) Hang Lekir v) Hang Lekiu

3. Pahlawan-pahlawan lidi iaitu i) Hang Tuah ii) Hang Jebat iii) Hang Kasturi iv) Hang Lekir v) Hang Lekiu 4. Lanun 5. Gaya Bahasa dalam petikan a) sinkof b) simile c) repitisi d) kata ganda e) Hiperbola f) Peribahasa 6. GAYA BAHASA Sinkof Kata ganda Hiperbola CONTOH PETIKAN a) Cis, tak ada gunanya dihidupkan lagi budak-budak dajal ini! b) budak-budak, tiap-tiap, hidup-hidup c) Biar kukuliti tiap-tiap orang hidup-hidup

7. Padanan pada jawapan yang sesuai Sudah! Kau semua tak payah usik badan kami. a) Kata ganda Alangkah baiknya kalau kau menjadi orang laut seperti kami. 20 Sekarang, jalankanlah undang-undang dan peraturan kita di laut ini. Aduh! campakkan senjata kau aduh Kau seorang diam! datang Nanti ke aku mari cabut buka lidah ikatan kau aduh bedebah! lekas

b) Repitisi

c) Peribahasa

d) Simile

e) Sinkof Tapi, kami cuma merompak kapal-kapal orang berhidung tinggi, bermata biru dan berambut perang yang lalu-lalang dengan angkuh di lautan negeri kita ini.

f) Hiperbola

8. Lengkapkan jadual di bawah. PERISTIWA 1. HANG TUAH : Saya suka menjadi orang laut tetapi saya tunduk dan taat kepada perintah negeri dan raja. 2. HANG TUAH : Kami lebih suka mati kerana mengikut perintah raja daripada hidup melanggar undang-undang. 3. HANG TUAH : Kita manusia ini, apabila ditanya kita menjawab, biarpun pada lanun Berbudi bahasa NILAI Kasetiaan PENGAJARAN Kita hendaklah taat dan setia kepada raja. Kita hendaklah mematuhi undang-undang negara. Kita hendaklah sentiasa menjaga budi bahasa kita apabila berbicara dengan orang lain, walaupun berhadapan dengan individu bercakap kasar. Kita mestilah berani menegakkan keadilan walau dalam apa-apa keadaan sekalipun.

Mematuhi undangundang

4. HANG JEBAT : (Lantang) Di sini, Juragan. Tapi, tangan aku lagi manis kalau kau mahu merasainya. 5. HANG TUAH : Datuk Nakhoda tidak berhak membuat demikian. Negeri kita mempunyai undang-undang dan peraturan. 6. NAKHODA ANTAH BERANTAH : (Tidak hairan) Kalau semua kapal Melayu yang berkeliaran hari ini balik kembali kepada raja dan menjadi Angkatan Diraja yang bersatu, kita akan dapat mematahkan kuasa-kuasa orang Keberanian

Bertanggungjawab

Kita mestilah sentiasa bertanggungjawab mempertahankan negara daripada ancaman musuh yang ingin menawan negara

21

dagang yang membahayakan itu.

kita. Kita hendaklah sanggup berkorban dalam mempertahankan negara daripada ancaman musuh.

7. Hang Tuah serta sahabat-sahabatnya sanggup mempertaruhkan nyawa demi menjaga kedaulatan negeri Melaka agar terhindar daripada ancaman musuh 8. JURAGAN KILAT BERSIUNG melepaskan pukulan cemetinya yang berbunyi dengan kuat pada setiap orang budak muda itu. Mereka menerima dengan tidak berdecit sedikit pun. Tiba-tiba pintu terbuka dan masuk NAKHODA ANTAH BERANTAH dengan pakaian ketua lanun yang hebat dan lengkap. Semua orang memandang kaku kepadanya melainkan budak-budak berlima itu. 9. JURAGAN KILAT BERSIUNG melepaskan pukulan cemetinya yang berbunyi dengan kuat pada setiap orang budak muda itu. Mereka menerima dengan tidak berdecit sedikit pun. Tiba-tiba pintu terbuka dan masuk NAKHODA ANTAH BERANTAH dengan pakaian ketua lanun yang hebat dan lengkap. Semua orang memandang kaku kepadanya melainkan budak-budak berlima itu.

Pengorbanan

Sabar

Kita hendaklah bersabar untuk mencapai kejayaan.

Kita mestilah tabah menghadapi dugaan yang menimpa ke atas diri kita. Ketabahan

9. Sudut pandangan orang ketiga tidak terbatas.

JAWAPAN ESEI
BAHAGIAN 2 DRAMA LIMA PERWIRA KARYA KALA DEWATA 1. 22

Peristiwa pertama Hang Tuah tidak menerima tawaran Nakhoda Antah Berantah untuk berkompromi menjadi anak buahnya kerana taat dan setia kepada perintah raja (muka surat 198).

Peristiwa kedua Hang Tuah menegakkan keadilan sewaktu mempertahankan tindakannya untuk menyerahkan kepada raja tentang jaminan nyawa dan keselamatan Datuk Nakhoda Antah Berantah setelah tiba menghadap raja nanti. (muka surat 206)

2. Persoalan dalam nilai i. Nilai ketaatan Persoalan ketaatan kepada raja. Contohnya, Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya telah mempamerkan ketaatan kepada raja yang tidak berbelah bahagi biarpun nyawa mereka dalam keadaan yang berbahaya.

ii. Nilai berani Persoalan berani menegakkan keadilan. Contohnya, Hang Tuah serta semua sahabatnya sanggup untuk mempertaruhkan nyawa demi menegakkan keadilan melawan lanun-lanun yang tidak mengikut undang-undang dan peraturan memperlihatkan keberanian mereka menegakkan keadilan.

iii. Nilai patuh Persoalan kepatuhan kepada undang-undang dan peraturan. Contohnya, keinsafan Nakhoda Antah Berantah telah menukar pendiriannya untuk tunduk menghadap raja dan sedia mematuhi undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan.

iv. Nilai bersatu padu untuk menewaskan musuh. Persoalan bersatu padu atau bekerjasama. Contohnya, hasrat Nakhoda Antah Berantah untuk kembali kepada Angkatan Diraja memperlihatkan betapa pentingnya semangat bersatu padu untuk menjadikan sesebuah pasukan itu kuat dan mampu menewaskan musuh yang ada dari luar.

23

3. Juragan Kilat Bersiung Merupakan seorang yang zalim dan tidak berperikemanusiaan. Contohnya, Juragan Kilat Bersiung mengugut kelima-lima pahlawan untuk menyeksa mereka secara kuat sehingga mati. Seorang yang keras kepala. Contohnya, Juragan Kilat Bersiung enggan bersetuju dengan niat Nakhoda Antah Berantah untuk kembali mentaati raja Melaka. Seorang yang mempunyai kepandaian bermain senjata. Contohnya, Juragan Kilat Bersiung mempunyai kemahiran bermain tali cemeti. Seorang yang peka dengan isu dan maklumat terkini. Contohnya, Juragan Kilat Bersiung telah mengetahui perkembangan berita Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya yang mempunyai kehandalan bersilat. Seorang yang bersikap angkuh. Contohnya, Juragan Kilat Bersiung angkuh mempersendakan keupayaan Hang Tuah dan sahabatsahabatnya yang masih muda.

4.

a. Imbas kembali/Imbas muka b. i. Imbas kembali Contoh, Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya telah berjaya mengalahkan lanun di Laut Melaka. ii. imbas muka Contoh, Juragan Kilat Bersiung akan menyeksa dan memenggal leher budak berlima.

5.

a. Hang Lekiu/Hang Jebat/Hang Tuah/Hang Lekir/Hang Kasturi b. i. Hang Lekiu bertanyakan Hang Tuah sama ada perlu menjawab atau tidak soalan Juragan Kilat Bersiung. ii. Juragan Kilat Bersiung menampar Hang Tuah. c. Juragan Kilat Bersiung berkonflik dengan Hang Lekiu kerana Hang Lekiu tidak menjawab pertanyaannya.

6.

Juragan Kilat Bersiung berjaya dibunuh oleh Hang Jebat dan Nakhoda Antah Berantah memerintahkan jurumudi menghalakan Kapal Samudera Buas ke Melaka.

7. Latar masa 24

1) 1 hari, pada waktu senja dan malam. Contohnya, permulaan awal drama Hang Tuah dan sahabatnya ditangkap di atas kapal Samudera Buas dan peristiwa pembunuhan juragan Kilat Bersiung pada waktu malam. 2) Zaman silam yang melibatkan pemerintahan Melayu Melaka. Contoh, sejarah keangungan Hang Tuah yang merupakan seorang Laksamana pada zaman pemerintahan Melayu Melaka. 8. Latar tempat Hanya satu tempat sahaja digunakan iaitu di atas sebuah kapal lanun yang bernama Samudera Buas di Laut Melaka.

9. Latar masyarakat 1) Masyarakat yang patuh dan setia kepada raja. Kesetiaan Hang Tuah dan sahabatnya mewakili masyarakat yang sentiasa taat kepada raja dan menghormati kedaulatan sesebuah. Contoh: Hang Tuah :Aku memang rakyat raja dan taat kepada raja. 2) Masyarakat yang mematuhi undang undang dan peraturan. Hang Tuah serta semua sahabatnya memperlihatkan masyarakat yang mematuhi perintah undangundang negeri Melaka. Contoh: Hang Tuah : Kami lebih suka mati kerana mengikut perintah raja daripada hidup melanggar undang-undang. 3) Masyarakat yang kejam dan tidak berperikemanusiaan. Juragan Kilat Bersiung mewakili masyarakat yang kejam dan tidak berperikemanusiaan apabila dia sanggup menyeksa Hang Tuah serta semua sahabatnya dengan kejam dan zalim. Contoh: Juragan Kilat Bersiung :Cis, tak ada gunanya dihidupkan lagi budak-budak dajal ini! Atur semua di sana dan bawa ke mari tali cemetiku. Biar kukuliti tiap-tiap orang hidup-hidup. Lekas, beratur di sana! (Kepada seorang anak kapal) Kau! Pergi ambil air laut dan kalau ada yang berdarah dan pengsan kena tali cemetiku ini, simbur dengan air laut itu! (Mereka direntap secara kasar oleh anak-anak kapal dan dipaksa beratur)

4) Masyarakat yang berpendirian teguh. Hang Tuah mewakili masyarakat yang berpendirian teguh. Biarpun ditawarkan untuk menjadi hamba dan terus hidup tetapi mereka tidak menerima pelawaan Nakhoda Antah Berantah. Contoh: Hang Tuah : Kami lebih suka mati kerana mengikut perintah raja daripada hidup melanggar undang-undang.

25

26

Anda mungkin juga menyukai