Anda di halaman 1dari 2

Tajuk: Manfaat Kitar Semula

Kitar semula merupakan satu proses melibatkan kurangkan,


guna semula dan kitar semula ke atas barangan yang boleh dikitar
semula seperti kertas, aluminium, barangan kaca, plastik dan lain-
lain. Sumber alam di bumi kita semakin berkurangan dan sumber-
sumber tersebut akan kehabisan pada suatu masa nanti. Oleh itu,
masyarakat haruslah menyokong pelancaran program kitar semula
dengan sepenuh hati kerana kitar semula memberi pelbagai
manfaat kepada masyarakat mahupun negara.
Penambahan sampah-sarap kian hari kian serius pada masa
kini oleh para pengguna. Justeru itu, bagi mengurangkan jumlah
sampah yang dibuang, program kitar semula telah dilaksanakan.
Maka, secara tidak langsungnya, kitar semula bukan sahaja dapat
menjimatkan kos dan penggunaan sumber alam , ia juga dapat
membantu mengatasi masalah pencemaran yang dihadapi oleh
negara kita.

Selain itu, program kitar semula juga berupaya menangani


masalah kekurangan kawasan pelupusan sampah yang
sememangnya semakin sukar disediakan oleh Majlis Perbandaran
atau Dewan Bandaraya. Oleh itu, keadaan ini dapat mencegah
perebakan pelbagai jenis penyakit oleh lalat atau nyamuk kerana
bahan buangan dapat dikendalikan dengan baik atas pelaksanaan
program kitar semula dan kesihatan masyarakt juga dapat
terjamin.

Antara barangan yang menjadi pilihan program kitar semula


ialah barangan kertas. Pokok balak merupakan input yang amat
penting bagi industri penghasilan kertas. Bagi mengelakkan
penebangan hutan yang tidak terkawal, barangan kertas yang
terpakai harusnya dikitar semulakan. Perbuatan ini dapat
menyelamatkan pokok-pokok yang semakin hari semakin terpupus
di samping itu juga dapat menurunkan kos barangan kertas.

Selain barangan kertas, tin-tin aluminium juga boleh dikitar


semula. Ini dapat mengatasi masalah pengusutan logam besi atau
bijih timah di negara kita. Secara tidak langsung dapat meneruskan
proses pengeluar tin-tin contohnya, untuk minuman ringan.
Kesinambungan ini juga dapat menyumbang peluang pekerjaan
kepada masyarakat.
Kesimpulannya, pihak masyarakat haruslah menyahut seruan
murni kerajaan ini. Kerjasama yang erat antara rakyat dan kerajaan
adalah amat penting. Rakyat tidak seharusnya bergantung pada
bahu kerajaan sahaja kerana jika rakyat tidak memberikan
sokongan yang sepenuhnya kepada program kitar semula yang
dilancarkan oleh kerajaan, ini akan membazirkan usaha yang
disumbangkan oleh kerajaan. Oleh itu, kitar semula memberikan
mesej yang jelas bukan sahaja menjimatkan wang rakyat dan
negara tetapi juga dapat menyelamatkan bumi kita.

Anda mungkin juga menyukai