Anda di halaman 1dari 40

BAB 1

PENGENALAN

1.1 PENDAHULUAN

Malaysia adalah salah sebuah dari negara yang semakin meningkat maju dan

sedang membangun pesat terutamanya di dalam sektor–sektor seperti industri, ekonomi,

dan pembangunan. Oleh yang demikian, ianya sedikit sebanyak telah menjadi faktor

utama yang menyumbang kepada krisis di dalam pengurusan sisa pepejal yang kian

meningkat saban hari.

Selain itu, disebabkan pembangunan ini juga telah terjadinya proses urbanisasi

yang menjadikan kepadatan populasi kian meningkat dan sekaligus mendorong kepada

peningkatan jumlah penjanaan sisa pepejal dari setiap premis atau kawasan. Rakyat di

negara ini juga menghasilkan sisa pepejal pada kadar yang agak membimbangkan dan

lebih cepat daripada proses pendegrasian secara semulajadi, dan menggunakan sumber-

sumber lebih cepat daripada kadar bahan berkenaan boleh diganti semula. Ini dibuktikan

berdasarkan beberapa kajian lepas di Malaysia, dikatakan secara purata setiap individu

menghasilkan 0.7-1.0kg sampah setiap hari iaitu adalah satu jumlah yang agak besar bagi

sebuah negara membangun.


Selain itu, dengan anggaran pertumbuhan populasi 2.4 peratus atau 600,000 orang

setiap tahun (sejak 1994), lebih banyak sampah akan dihasilkan, seterusnya

mengurangkan jangka hayat tapak pelupusan sampah. Keadaan ini diburukkan dengan

statistik terkini menunjukkan 113 daripada 289 tapak pelupusan sampah di negara ini

tidak lagi beroperasi. Kebanyakannya menunggu masa ditutup. Malah ada juga

disambung hayatnya untuk menampung sampah yang ada, misalnya di kawasan

pelupusan sampah Sungai Sedu, Banting, yang menerima sampah domestik dari Sepang

dan Putrajaya yang sepatutnya ditutup Jun lepas. ( BERNAMA, 2009)

Pertambahan penghasilan sisa pepejal ini menyebabkan kawasan tapak pelupusan

sampah di negara ini menjadi kian terhad dan tidak mencuckupi. Menurut Teks Ucapan

Y.B Datuk Raymond Tan Shu Kiah (2001) Kerajaan Malaysia melalui Kementerian

Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah memulakan kempen kitar semula secara besar-

besaran di seluruh Negara. Kempen Program Perintis Kitar Semula Peringkat

Kebangsaan telah dilancarkan pada 2 Disember 2000 dengan slogannya “Fikir Dulu

Sebelum Buang”. Kempen ini bukanlah kali pertama dianjurkan oleh Kerajaan. Malah

pada tahun 1993 kempen ini telah dilaksanakan tetapi malangnya kurang berjaya.

Namun, kegagalan tersebut amat berguna kepada negara kerana daripadanya negara telah

mengenalpasti beberapa kelemahan yang harus diatasi. Justeru itu, dalam kempen kedua

Program Perintis Kitar Semula kali ini, Kerajaan telah membelanjakan sejumlah

kewangan yang besar untuk menyediakan kemudahan seperti tong kitar semula serta

bahan-bahan pendidikan termasuk iklan di televisyen. Semua ini bertujuan untuk

memberi kesedaran dan mendapatkan penglibatan lebih ramai golongan masyarakat, baik

masyarakat pengguna mahupun masyarakat peniaga.  Apabila Kerajaan memutuskan


untuk melaksanakan program perintis kitar semula, tujuan kita ialah mengurangkan

jumlah sampah yang dibuang di tapak pelupusan sampah Pihak Berkuasa Tempatan

(PBT). Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah menganggarkan bahawa

setiap Pihak Berkuasa Tempatan membelanjakan antara 40% hingga 70% perbelanjaan

tahunannya untuk mengutip dan melupuskan sampah. Pertambahan jumlah  penduduk

dari setahun ke setahun  di seluruh negara akan meningkatkan lagi isipadu sampah-sarap

yang dihasilkan dan seterusnya menambah perbelanjaan serta menyulitkan lagi Pihak

Berkuasa Tempatan mendapatkan tapak pelupusan yang sesuai pada masa akan datang.

Pembuangan sampah-sarap yang tidak terkawal juga boleh mengancam kesihatan

penduduk dan kualiti serta estetika alam sekitar. (Teks Ucapan Y>B Raymond Tan Shu

Kiah, 2001)

Walaupun Program Kitar Semula ini bermatlamat untuk mencapai peningkatan

satu peratus dalam program kitar semula tahunan. Akan tetapi,sehingga kini aktiviti ini

bukanlah suatu tabiat yang diamalkan oleh warga Malaysia dalam menguruskan sampah

sarap harian.

Proses kitar semula dapat didefinisikan sebagai suatu proses yang melibatkan

usaha memproses, mengumpul dan menggunakan semula bahan-bahan yang pernah

dianggap sebagai sampah. Ini telah diperincikan didalam buku Direktori Kitar Semula

yang menyatakan “Kitar semula ditakrifkan sebagai mengubah semula bentuk bahan

yang asalnya dianggap sampah atau bahan yang tiada nilai kepada produk atau bahan

yang bernilai. Ia membawa banyak kebaikan kepada kita dari sudut alam sekitar,

kewangan, dan sosial. Dari segi amalannya, kitar semula mengaplikasikan penggunaan
konsep 3R iaitu pengurangan (reduce), guna semula (reuse) dan kitar semula (recycle)

sisa. (Direktori Kitar Semula, 2005 : 2),

Namun begitu, tidak semua bahan atau sisa dapat dikitar semula, hanya segelintir

bahan sahaja yang dapat dikitar semula iaitu seperti kaca, kertas, plastik, botol, logam

dan tin aluminium. Bahan-bahan ini akan dikumpul dan diasingkan berdasarkan jenis

warna pada tong sampah yang telah dikhaskan untuk kitar semula. Terdapat 3 tong khas

yang disediakan untuk program kitar semula iaitu tong berwarna biru, coklat dan jingga

dimana setiap satunya telah dikhaskan mengikut bahan-bahan yang telah ditetapkan.

Secara umumnya tong berwarna coklat adalah untuk sisa-sisa yang berupa kaca,

seperti botol kaca, balang makanan dan sebagainya, manakala tong biru untuk sisa-sisa

berupa kertas seperti suratkahabar, majalah, katalog, buku, komik dan lain-lain, dan yang

terakhir adalah tong jingga iaitu untuk sisa-sisa yang berupa tin aluminium dan plastik

seperti botol plastik, tin minuman, dan lain-lain.

Bahan-bahan ini kemudiannya dihantar ke pusat kitar semula untuk diproses dan

dikitar semula untuk dijadikan bahan baru dan sesetengahnya diproses untuk menjadi

bahan mentah untuk pelbagai industri. Selain itu, bahan-bahan untuk dikitar semula ini

juga boleh dihantar kepada kontraktor kitar semula yang menguruskan bahan-bahan

untuk dikitar semula ini dibawah seliaannya sendiri yang akan membayar harga pada

barangan dihantar untuk dikitar semula berdasarkan berat dan jenis bahan tersebut.

Selain dari bagi tujuan pengurusan sisa pepejal yang lebih berkesan, kitar semula

juga mempunyai pelbagai lagi kebaikan lain tanpa kita sedari. Antaranya ialah ia juga

dapat mengurangkan pencemaran seperti pencemaran bau dan air hasil dari longgokan

sampah sarap didalam tong sampah, di tempat pelupusan dan sebagainya. Ini juga dapat
menjamin kebersihan dan mengelakkan dari tersebarnya penyakit dan wabak. Selain itu,

ia juga dapat menjimatkan jumlah tapak yang digunakan sebagai tapak pelupusan,

menjimatkan banyak kos yang dikeluarkan kerajaan untuk mengangkut dan melupuskan

sampah yang terkumpul dan kos-kos lain yang berkaitan, menjimatkan banyak sumber-

sumber mentah atau sumber alam samada yang boleh atau tidak boleh diperbaharui untuk

menghasilkan bahan tersebut , menjimatkan tenaga untuk menghasilkan bahan baru dan

sebagainya.

Walaupun demikian, tidak ramai yang menyokong dan mempraktikkan amalan

kitar semula ini yang mungkin disebabkan oleh kurangnya kesedaran didalam diri sendiri

tentang betapa pentingnya amalan kitar semula ini pada negara dan juga alam semulajadi

khususnya pada masa akan datang. Ini terbukti dengan peratusan sisa pepejal yang

dihantar untuk dikitar semula di Malaysia yang masih di tahap rendah jika dibandingkan

dengan peratusan di negara-negara membangun lain yang rata-rata adalah sangat tinggi.

Ini dibuktikan dengan kenyataan akhbar yang menyatakan “hingga kini hanya sekitar tiga

peratus sahaja bahan buangan atau sisa pepejal dikitar semula. Ini bererti sebahagian besar

bahan yang boleh dikitar semula dilupuskan begitu sahaja kerana tidak ada kesedaran dan

inisiatif untuk berbuat demikian. Kekurangan kesedaran di kalangan sektor awam, sektor

swasta dan masyarakat awam terhadap kitar semula adalah cabaran terbesar pelaksanaan kitar

semula sisa pepejal di negara ini “ (Mingguan Malaysia, 2006).

Ini menunjukkan bahawa Malaysia telah jauh ketinggalan berbanding negara

barat bukan sahaja dari segi kesedaran penduduknya untuk mengitar semula yang rendah

bahkan dalam usaha meminimumkan sisa-sisa pepejal yang dijana pada setiap hari.
Bagi menguruskan sisa-sisa pepejal untuk dikitar semula ini, Kementerian

Perumahan dan kerajaan Tempatan (KPKT) telah menubuhkan Jabatan Pengurusan Sisa

Pepejal Negara yang bertanggungjawab merangka dasar serta strategi Pengurusan Sisa

Pepejal dan Pembersihan Awam. Jabatan ini berfungsi dalam kawalselia dan

bertanggungjawab untuk melesenkan “the service providers” atau semua pihak yang

terlibat dalam memberi perkhidmatan berkaitan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan

awam samada pihak atau sektor kerajaan dan juga sektor swasta.

Sebagai contohnya adalah Majlis Perbandaran di daerah masing-masing, jabatan-

jabatan kerajaan, dan juga syarikat-syarikat swasta yang turut serta mengambil kontrak

dan tanggungjawab untuk menguruskan sisa pepejal untuk dikitar semula ini. Antaranya

adalah seperti Southern Waste Mangement (SWM), Idaman Bersih Sdn Bhd, dan Alam

Flora Sdn. Bhd yang diberikan kontrak untuk menguruskan sisa pepejal dan tapak

pelupusan serta pengasingan dan guna semula. Syarikat-syarikat ini telah dibahagikan

mengikut zon masing-masing iaitu Alam Flora Sdn. Bhd. bagi Zon Tengah, SWM

Environment Sdn. Bhd. bagi Zon Selatan dan E-Idaman bagi Zon Utara, Semenanjung

Malaysia.

1.2 Objektif Kajian

Untuk kajian ini, beberapa objektif telah dikenalpasti dan ditetapkan sebagai garis

panduan didalam kajian ini, diantaranya ialah :


1) Mengenalpasti sejauh manakah tahap kefahaman penduduk di kawasan kajian tentang

konsep kitar semula.

2) Mengkaji tahap kesedaran responden tentang amalan kitar semula berdasarkan

beberapa aspek perbezaan latar belakang seperti :

a ) Jantina

b ) Umur

c ) Taraf pendidikan

d ) Pekerjaan

e ) Bangsa

3) Mengkaji masalah dan kelemahan amalan kitar semula dikawasan kajian.

4) Mencadangkan kaedah terbaik untuk program dan kaedah kitar semula di kawasan

kajian.

1.3 Soalan Kajian :

1) Apakah faktor-faktor yang mendorong atau menghalang aktiviti kitar semula

dikalangan responden?
2) Apakah latar belakang responden yang mengitar semula dan yang tidak mengitar

semula?

3) Bagaimanakah tahap penglibatan penduduk kawasan kajian terhadap aktiviti kitar

semula?

4) Dimanakah tong-tong atau kawasan pengumpulan bahan-bahan untuk dikitar semula di

kawasan kajian?

1.4 Penyataan Masalah

Kepesatan pembangunan didalam teknologi, insfrastruktur, ekonomi dan

pembangunan yang menyebabkan terjadinya peningkatan proses urbanisasi dan

kepadatan penduduk. Ini menuntut sebuah negara membangun seperti Malaysia untuk

menjadikan sistem pengurusan dan pengumpulan sisa pepejalnya lebih domestik dan

efektif.

Ini berikutan, berdasarkan kajian-kajian lepas, secara puratanya, rakyat Malaysia

menghasilkan kira-kira 15,000 tan sampah setiap hari iaitu merupakan satu jumlah yang

sangat besar bagi sebuah negara membangun sperti Malaysia. Ini menyebabkan kawasan

pelupusan sampah yang sedia ada tidak mencukupi dan terhad untuk menampung jumlah
sampah yang begitu banyak. Oleh yang demikian, ini menuntut kerajaan untuk

mengambil tindakan sewajarnya untuk mengatasi masalah berikutan sisa pepejal ini.

Pelbagai langkah diambil oleh kerajaan untuk mengatasi masalah yang semakin

hari menjadi semakin serius ini. Salah satunya termasuklah dengan melancarkan program

kitar semula pada tahun 2000 dengan slogan “Fikir Dulu Sebelum Buang” untuk

mengurangkan jumlah sisa pepejal yang dihantar ke tapak pelupusan setiap hari. Namun

usaha ini kurang berkesan kerana kurangnya kesedaran, inisiatif dan penglibatan rakyat

didalam program ini walaupun pelbagai kempen telah dijalankan oleh kerajaan di

pelbagai lokasi untuk meningkatkan kesedaran penduduk setempat.

Oleh yang demikian, kajian ini telah dijalankan untuk mengenalpasti apakah

limitasi-limitasi atau halangan-halangan yang menyebabkan kurangnya kesedaran untuk

mengitar semula bagi penduduk di kawasan kajian dan sejauh manakah tahap kesedaran

mereka mengenai kepentingan kitar semula ini. Selain itu kajian ini juga adalah untuk

mengenalpasti sejauh mana mereka melibatkan diri didalam amalan ini.

Masalah pemahaman tentang konsep dan kepentingan kitar semula juga

menjadikan rakyat kurang kesedaran untuk mengitar semula, jadi kajian ini juga

dilakukan sbeagai salah satunya adalah untuk mengenalpasti sejauh manakah tahap

pemahaman penduduk-penduduk di Malaysia tentang konsep kitar semula ini.

Selain itu, antara sebab lain kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji sejauh

manakah latar belakang seseorang itu mempengaruhi tindakan beliau untuk mengitar

semula, sebagai contohnya tahap pendidikan, pekerjaan, bangsa, umur, jantina dan

sebagainya.
Hasil kajian dari soal selidik ini dijadikan indikator atau penunjuk bagi

mengenalpasti tahap kesedaran dan tahap kefahaman penduduk tentang amalan kitar

semula di kawasan kajian.

1.5 Skop Kajian

Walaupun kepesatan pembangunan di Malaysia adalah disebabkan oleh

peningkatan sektor-sektor industri dan ekonomi, namun berdasarkan kajian kawasan

perindustrian bukanlah kawasan utama yang menghasilkan peratusan penjanaan sisa

pepejal yang tertinggi. Sebaliknya, kawasan perumahan di bandar-bandar yang

membangun dengan pesat merupakan kawasan yang dianggap antara penyumbang

terbesar kepada penghasilan sisa pepejal kerana keluasan kawasannya yang besar dan

kepadatan penduduk yang tinggi menyebabkan penjanaan kuantiti sisa pepejal yang

banyak berbanding dengan kawasan-kawasan luar bandar. Ini dijelaskan bahawa secara

purata penduduk bandar menghasilkan 1.5 kilogram (kg) sampah sehari berbanding 0.8 kg

dihasilkan penduduk di pedalaman. (Berita Harian: 2010).

Oleh yang demikian, kajian ini adalah tertumpu kepada kawasan perumahan di

bandar besar. Kawasan kajian yang dianggap sesuai dan telah dipilih untuk dijalankan

kajian soal selidik bagi mengumpul maklumat tentang kajian ini adalah di kawasan

perumahan di Pantai Dalam, Kuala Lumpur.

Manakala, skop kajian ini lebih tertumpu dan menekankan kepada konsep kitar

semula dari sudut perspektif penduduk di kawasan tersebut yang terdiri dari pelbagai

jenis latar belakang seperti taraf pendidikan, kerjaya, umur, jantina, bangsa dan
sebagainya iaitu sejauh manakah tahap pemahaman penduduk tersebut tentang konsep

kitar semula dan juga sejauh manakah mereka sedar tentang kepentingan kitar semula ini.

Data-data atau maklumat ini dapat diperoleh melalui hasil soal selidik yang

dijalankan di kawasan kajian tersebut. Soal selidik ini akan dijalankan secara ‘random

sampling’ dimana pengagihannya dilakukan secara rawak.

1.51 Peta Lokasi Kajian


Pantai Dalam, Kuala Lumpur
1.6 Limitasi Kajian

Limitasi kajian adalah perkara atau masalah yang mengehadkan proses didalam

pencarian dan pengumpulan maklumat untuk kajian yang telah dijalankan.

Sebagai contohnya didalam menjalankan kajian ini, beberapa perkara telah

dikenalpasti sebagai menjadi limitasi utama untuk kajian ini berjalan dengan lancar.

Antara limitasi uatama adalah disebabkan kajian ini hanyalah terhad kepada satu kawasan

penempatan sahaja iaitu di kawasan Pantai Dalam, Kuala Lumpur.

Oleh yang demikian, input yang dapat dikumpulkan untuk kajian ini hanyalah

terhad dari kawasan penempatan tersebut sahaja. Disebabkan limitasi tersebut juga, data-

data yang akan dianalisis dan dikumpul berkaitan objektif utama iaitu mengkaji tahap

pemahaman dan tahap kesedaran penduduk dikawasan tersebut juga tidak dapat

dibandingkan dengan tahap kefahaman dan kesedaran penduduk di kawasan penempatan

yang lain.
1.7 Perincian Bab

Di dalam penulisan tesis ini, terdapat lima bahagian bab yang telah diperincikan

dimana setiap satunya menerangkan dan menjelaskan tentang setiap elemen mengikut

keutamaan kandungan tesis ini. Lima bahagian bab tersebut ialah:

 Bab 1 merangkumi pengenalan kepada tajuk utama. Bab 1 juga merangkumi

penjelasan tentang objektif kajian, kenyataan masalah, soalan kajian, skop kajian

dan yang terakhir adalah limitasi-limitasi yang dikenalpasti semasa menjalankan

kajian.

 Bab 2 pula merangkumi penjelasan tentang kajian literatur.

 Bab 3 merangkumi penjelasan tentang metodologi-metodologi atau kaedah yang

telah digunakan didalam mengumpul maklumat dan memperoleh data untuk

kajian ini.

 Bab 4 adalah bab yang sangat penting dimana bab ini akan menjelaskan tentang

data-data yang telah dianalisis hasil dari data-data yang telah dikumpul

sebelumnya.

 Bab 5 pula merangkumi kesimpulan dan cadangan tentang tajuk yang telah dikaji

melalui hasil kajian yang diperoleh.


BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 PENGENALAN

2.11 Definisi Sisa Pepejal

Sisa pepejal dapat didefinisikan sebagai bahan buangan yang tidak dikehendaki

dalam bentuk bukan gas dan bukan cecair yang terhasil dari aktiviti harian oleh komuniti

kediaman, komersil dan sektor perindustrian. (Laman Web Rasmi Perbadanan

Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, 2010).

Manakala menurut Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, sisa pepejal

didefinisikan sebagai “Any scrap material or other unwanted surplus substance or

rejected products arising frm the application of any process or any substance required to

be disposed of as being broken, worn out, contaminated or otherwise spoiled and any

other material that is required by the authority to be disposed of”. (Kementerian

Perumahan dan Kerajaan Tempatan, 2007).


2.11 Kategori Sisa Pepejal

Menurut Laman Web Rasmi Majlis Perbandaran Subang Jaya, sisa-sisa pepejal

yang dihasilkan sehari-hari dapat dikelaskan kepada beberapa bahagian yang utama iaitu:

 Perumahan

 Komersil

 Institusi

 Pembinaan dan Perobohan

 Loji rawatan

 Sisa pepejal bandaran

 Sisa-sisa lain seperti:

i) Sisa lengai seperti sampah pukal dari perumahan, institusi dan industri.

ii) Sisa berbahaya seperti bahan kimia dan beracun.

(Laman Web Rasmi Majlis Perbandaran Subang Jaya, 2008)

2.13 Masalah berkaitan penghasilan sisa pepejal

Seiring dengan perkembangan ekonomi yang pesat dan peningkatan populasi

penduduk seperti mana negara membangun lain, Malaysia berhadapan dengan cabaran

menguruskan sisa pepejal domestik dan industri. Kepesatan ekonomi akan menyebabkan
lebih banyak sisa industri dijana manakala peningkatan populasi bermakna lebih banyak

sisa domestik terpaksa dilupuskan.

Ketika ini rakyat Malaysia menghasilkan 19,000 tan sampah sehari dan jumlah itu

dijangka meningkat kepada 30,000 tan sampah sehari menjelang 2020. Manakala,

menurut laporan Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2010, jumlah sisa pepejal yang

dijana di Semenanjung Malaysia meningkat daripada 16,200 tan metrik sehari pada tahun

2001 kepada 19,100 tan metrik sehari pada 2005. Jumlah ini dianggarkan akan meningkat

kepada 30,000 tan sehari pada tahun 2020. Secara puratanya, pada masa ini seorang

warga Malaysia menjanakan sebanyak 0.8 kilogram sisa pepejal sehari. (Kementerian

Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, 2008).

Statistik ini membawa satu maksud, Malaysia tidak mempunyai pilihan kecuali

menguruskan sisa pepejalnya secara teratur seperti meningkatkan tahap kesedaran kitar

semula atau terpaksa berdepan dengan risiko alam sekitar yang membawa impak berantai

lain, termasuk perubahan iklim. (KOSMO: 2008)


2.14 Komposisi Penghasilan Sisa Pepejal di Malaysia

(Laman Web Rasmi Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara: 2005)

2.15 Pemprosesan Sisa Pepejal

Terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan didalam pemprosesan sisa

pepejal ini. Sebagai contohnya sisa-sisa pepejal yang tidak mempunyai kepentingan dari

segi nilai akan dilupuskan di tempat pelupusan sisa pepejal. Kaedah-kaedah dan

penempatan tempat pelupusan sisa pepejal ini hendaklah memenuhi piawaian dan

peraturan yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan atau Jabatan Alam Sekitar.

G. Tchobanoglous, et.al.(1993) menyatakan bahawa pengurusan sisa pepejal

bersepadu pada dasarnya membabitkan proses-proses seperti berikut:

a) Pungutan Berjadual

b) Rawatan terma
c) Pengasingan (mudah reput dan tidak mudah reput)

d) Kitar Semula

e) Penguraian (composting)

f) Pelupusan Selamat.

g) Rawatan air sampah (Leachate), Pengumpulan dan Pengaliran

Keluar Gas Metana (Methane)

h) Perancangan pemulihan dan Guna Semula Tapak Pelupusan.

Namun, disebabkan tapak pelupusan yang kian terhad dan tidak mencukupi serta

pertambahan jumlah sisa pepejal yang dijanakan sehari-hari, cara yang selamat dan

efektif yang patut diamalkan untuk pengurusan sisa pepejal ini adalah melalui proses

kitar semula.

2.2 DEFINISI KITAR SEMULA

Menurut Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007 ( Akta

672) kitar semula bermaksud memungut dan mengasingkan sisa pepejal bagi maksud

menghasilkan keluaran. Kitar semula berlaku apabila bahan-bahan diproses dan

menghasilkan produk yang sama. Kitar semula mengubah bahan-bahan yang sepatutnya

menjadi sisa kepada sumber-sumber yang bernilai. Sebagai tambahan, ia menjadi sumber

kepada alam sekitar, kewangan dan faedah sosial. Bahan-bahan seperti kaca, besi, plastik

dan kertas di dan dikumpul, diasingkan dan dihantar ke pusat pemprosesan untuk
ditukarkan kepada produk atau bahan baru. (Laman Web Rasmi Pengurusan Sisa Pepejal

dan Pembersihan Awam : 2010)

Selain itu, kitar semula juga ditakrifkan sebagai benda (seperti suratkhabar, botol

kaca) yang diproses supaya dapat digunakan semula. (Kamus Dewan Edisi Ketiga : 687)

Manakala, menurut (Dierktori Kitar Semula, 2005 : 2), “Kitar semula ditakrifkan

sebagai mengubah semula bentuk bahan yang asalnya dianggap sampah atau bahan yang

tiada nilai kepada produk atau bahan yang bernilai. Ia membawa banyak kebaikan kepada

kita dari sudut alam sekitar, kewangan, dan sosial. Kaca, logam, plastik, dan kertas

merupakan bahan yang boleh dikitar semula dan diproses kepada bahan atau produk

baru”.

2.2 KONSEP KITAR SEMULA

Didalam kitar semula, konsep yang diterapkan ialah konsep 3R. Menurut kata

Esekutif Kanan, Jabatan Perancangan Operasi Alam Flora, Mohd Izham Mohd Ilhan,

“Konsep 3R ialah `Reduce' (kurangkan), `Reuse' (guna semula) dan `Recycle' (kitar

semula). Walaupun ia nampak mudah, tetapi tidak ramai yang mengamalkannya. 3R

adalah satu set kelakuan untuk menjana gaya hidup yang mapan dalam menjamin masa

depan kehidupan generasi akan datang. Dalam gaya hidup sekarang, 3R perlu diamalkan

konsep untuk mengimbangi apa yang kita gunakan” (Metro, 2004 : 41).
Selain itu, sisa pepejal untuk dikitar semula ini telah ditetapkan berdasarkan jenis

warna tong yang telah disediakan. Tong-tong ini diwarnakan biru, coklat, dan jingga bagi

melambangkan kegunaan yang berbeza. Tong kitar semula terdapat di dalam saiz 80 liter,

120 liter, 240 liter, 360 liter dan 660 liter. Tong biru adalah untuk jenis samapah yang

berupa kertas. Ini termasuklah semua jenis kertas sebagai contohnya suratkhabar,

majalah, buku, helaian katalog dan sebagainya manakala tong coklat pula adalah untuk

sisa pepejal yang berupa kaca seperti botol minuman ringan dan sebagainya. Tong

berwarna jingga pula adalah unutk sisa pepejal yang berupa plastik, tin aluminium dan tin

keluli.

Ini dapat diringkaskan sebagai:

Jenis Tong Kegunaan


Biru Kertas
Semua jenis kertas berwarna dan tidak
berwarna seperti akhbar, majalah, helaian
katalog,buku, risalah, calendar, kad,sampul
surat dan kotak kadbod.
Tidak Termasuk kertas tisu, kertas karbon,
kertas minyak/aluminium, kertas plastik.

Coklat Kaca
Semua jenis kaca berwarna dan tidak
berwarna termasuk botol kaca, baling
makanan, bototl vitamin.
Tidak termasuk cermin tingkap, skrin
kenderaan, Kristal, cermin,porselin,
seramik, logam, perlatan makmal, baling
atau botol bahan toksik.
Jingga Tin aluminium, Tin Keluli dan Tin
plastik.
Semua jenis tin aluminium dan tin keluli
seprti tin minuman ringan dan bekas
makanan dan juga semua jenis plastik
termasuk botol minuman, plastik membeli
belah, bekas makanan, botol cecair pencuci.
Tidak termasuk bekas cat, bekas bahan
toksik, peralatan makmal.

(Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam: 2010).

Tong-tong kitar semula ini juga telah dipertingkatkan jumlahnya dari semasa ke

semasa terutamanya yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi. Jumlah pusat

pengumpulan juga dipertingkatkan untuk melancarkan lagi jumlah pungutan sisa pepejal

untuk dikitar semula tersebut. Ini dapat dijelaskan dengan statistik terkini jumlah tong-

tong kitar semula dan juga jumlah pusat pengumpulan di setiap negeri.

Negeri Bilangan Tong Bilangan Pusat Pengumpulan


Perlis 30 5
Kedah 144 59
Pulau Pinang 71 20
Perak 532 92
Selangor 343 55
Negeri Sebilan 35 53
Melaka 27 30
Johor 519 97
Pahang 260 83
Terengganu 0 0
Kelantan 0 0
Sabah 166 47
Sarawak 243 56
Wilayah Persekutuan 100 2
Jumlah Keseluruhan 2470 599
Bilangan tong kitar semula dan Bilangan Pusat Pengumpulan di seluruh Malaysia

(Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, 2010)


2.3 BAHAN-BAHAN YANG BOLEH DIKITAR SEMULA

Terdapat beberapa jenis bahan-bahan yang dapat dikitar semula seperti botol,

kaca, kertas, plastik dan logam. Sebagai contohnya menurut Buku Recycling and

Reclaiming Municipal Solid Wastes, “ Materials made of natural fibers, wood, paper,

and some textiles can be returned to their originating industries by recycling.. These and

synthetic materials like synthetic textiles, plastics and rubber can be converted directly to

energy or into fuels displacing fossil fuels. Glass of course can be directly recycled”

(Recycling and Reclaiming of Municipal Solid Wastes, 1975 : 9 ) .

Manakala, menurut Laman Berita Pengguna antara bahan buangan yang boleh

dikitar semula termasuklah aluminium, plastik dan surat khabar. Aluminium merupakan

bahan yang boleh dikitar semula 100%. Menurut fakta, aluminium boleh digunakan

semula dalam tempoh 60 hari selepas dikitar semula. Aluminium ini juga boleh dikitar

semula untuk tujuan yang sama beberapa kali. Begitulah uniknya sifat aluminium. Selain

itu, aluminium yang dikitar semula hanya menggunakan 5% tenaga jika dibandingkan

dengan penghasilan aluminium menggunakan bahan yang baru.

Plastik juga merupakan bahan yang penting untuk dikitar semula kerana

penggunaannya yang meluas di Malaysia kerana sering digunakan didalam urusan

memebeli belah, penyimpanan barang, bungkusan makanan dan sebagainya. Lebih

banyak yang dikitar semula, maka berkurangan plastik yang terkumpul di tempat

pembuangan sampah. Tenaga yang digunakan untuk menghasilkan plastik daripada kitar
semula juga adalah rendah iaitu hanya 2/3 daripada tenaga untuk penghasilan plastik

baru.

Selain itu, kertas juga boleh dikitar semula. Kertas adalah bahan buangan yang

paling tinggi tahap penggunaannya di negara ini. Contohnya seperti surat khabar,

majalah, katalog dan surat. Mengitar semula bahan yang diperbuat daripada kertas ini

dapat memelihara sumber (pokok), menjimatkan tenaga dan mengurangkan keluasan

kawasan pelupusan sampah. (Laman Berita Pengguna, 2010)

2.4 ALIRAN PROSES KITAR SEMULA

Bahan-bahan yang terkumpul didalam tong-tong kitar semula tersebut

kemudiannya akan diproses untuk dikitar semula menjadi bahan baru. Ini termasuklah

proses-proses untuk mengitar semula bahan-bahan yang telah dikumpul seperti

kaca,kertas,plastik dan logam.

2.41Kitar Semula Kertas

Bagi jenis kertas, akhbar lama dan majalah usang yang dikumpul dari seluruh

negara dibawa ke kilang memproses kertas terpakai. Kertas yang dikumpulkan tadi

dihantar ke tempat pemprosesan dengan mencampurkan air dengan bahan kimia akan
dilaksana kan untuk membantu dalam penghancuran sebelum dibersihkan daripada

kotoran nyata. Kertas yang dihancurkan tadi dinyahkan dakwat terkandung di dalamnya,

sebelum menjalani proses pembersihan selanjutnya, proses penapisan dan pencerahan.

Kemudian, hasil yang diperoleh pada proses di atas dicampurkan dengan air lalu

dipamkan ke bahagian hujung basah mesin membuat kertas. Kertas kemudiannya

diratakan oleh mesin pelembut kertas sebelum digulung menjadi gulungan yang besar.

Gulungan kertas tadi kemudiannya dipotong mengikut pelbagai saiz, bergantung kepada

kehendak pelanggan.

2.42 Kitar Semula Tin Aluminium

Bagi jenis aluminium, Aluminium terpakai yang dikumpul, diasingkan lalu

direnyukkan untuk diangkut ke pusat kitar semula. Aluminium terpakai kemudian dilebur

untuk menyingkirkan bendasing. Tin aluminium terpakai digunakan untuk menghasilkan

tin yang baru. Kitaran semula aluminium menjimatkan banyak tenaga berbanding

memproses kitar semula barangan lain seperti kertas.

2.43 Kitar Semula Plastik

Bagi jenis plastik pula, plastik yang boleh dikitar semula akan diasingkan

mengikut kategori. Kitar semula plastik ini paling mudah dan ringkas berbanding bahan

lain. Plastik akan dipisah-pisahkan sehingga menjadi serpihan halus yang bersaiz lebih

kurang satu sentimeter. Kemudian ia dicuci untuk membuang segala kotoran. Serpihan
yang sudah dibersihkan itu tadi akan dikeringkan melalui saluran udara panas. Serpihan-

serpihan plastik kemudiannya dibungkus untuk dijual (dalam bentuk serpihan) atau

dijadikan bahan baru.

2.44 Kitar Semula Kaca

Bagi jenis kaca pula, kaca akan diasingkan mengikut warna. Apabila kaca

dicairkan, warna asalnya masih kekal bermakna kaca hijau akan kekal menjadi hijau,

kaca coklat akan kekal dengan coklat, dan kaca yang jernih akan kekal menjadi jernih.

Selepas kaca diasingkan mengikut warna dan dibersihkan, ia akan dihancurkan dan

ditambah dengan sedikit bahan mentah yang lain untuk dijadikan kaca baru. Campuran

itu akan dipanaskan sehingga cair dan membentuk sejenis cecair. Kaca yang masih panas

akan dibentuk untuk dijadikan botol. Hasil yang terbentuk akan disejukkan dan diperiksa

dari sebarang keretakan atau kecacatan”.

(Berita Harian, 2005: 12)

 
2.5 BAHAN YANG TIDAK BOLEH DIKITAR SEMULA
 

Jenis Contoh
Kertas  Kotak pizza atau apa-apa yang
disaluti dengan minyak/bekas
makanan
 Pinggan kertas
 Tisu muka
 Kertas carbon
 Lampin
 Buku berkulit tebal
 Kotak susu
 Kertas disaluti lilin/plastik
 Bekas makanan beku
 Tuala kertas

Aluminium  Tin aerosol


 Tin cat
 Penggantung baju
 Bahan perubatan
 Penapis minyak

Kaca  Gelas minum


 Kaca tingkap
 Cermin Mentol
 Kaca tingkap yang pecah dan cermin
kereta.
 Kaca tahan suhu tinggi - Pyrex,
Corning Ware, Vision Ware
 Botol legap putih
 Kaca yang digunakan di makmal
atau hospital untuk kajian dan
perubatan.
 Cermin tingkap, Mentol, Cermin
muka, pinggan mangkuk yang
pecah, kaca untuk ketuhar, gelas
minuman, kaca kristal, seramik dan
tiub lampu berwarna.

Plastik  Bahan plastik yang bukannya botol


seperti bekas yogurt dan bekas
marjerin
 Bekas makanan yang dibuat dari
plastik
 Botol plastik yang ada sisa minyak,
racun serangga atau bahan-bahan
beracun

Lain-lain  Bahan letupan


 Asbestos
 Lampu kalimantang
 Bateri
 Bahan perubatan
 Bahan-bahan radioaktif
 

(Laman Web Rasmi Majlis Perbandaran Manjung: 2010)

2.6 KEPENTINGAN KITAR SEMULA

Kitar semula amat penting terutamanya didalam proses untuk memelihara dan

memulihara alam sekitar. Pada masa ini jumlah tapak pelupusan sampah di Malaysia

menjadi semakin bertambah dari semasa ke semasa. Setiap satunya berkeluasan antara 20

hingga 150 ekar, bergantung pada lokasi dan jumlah sampah yang dibuang. Jumlah tapak
pelupusan ini menjadi semakin meningkat saban hari disebabkan, sebaik sahaja sebuah

tapak pelupusan sampah dipenuhi sampah, tapak baru akan dibuka bagi menampung

tapak pelupusan yang telah penuh tersebut. Oleh yang demikian, tapak-tapak baru akan

dibuka dan kian menular dari semasa ke semasa.

Oleh itu, kitar semula adalah penting untuk mengelakkan hal yang demikian

berlaku di masa hadapan. Menurut Buletin Pengguna (2004), terdapat banyak kebaikan

yang dapat diperoleh hasil dari mengitar semula bahan-bahan yang boleh dikitar semula

tersebut. Antara kepentingan-kepentingan kitar semula adalah seperti untuk memastikan

persekitaran yang lebih sihat dan bersih, mengurangkan pencemaran, menjimatkan kos

untuk pelupusan sampah, menjimatkan sumber-sumber alam samada yang boleh

diperbaharui atau tidak, menjimatkan tenaga untuk menghasilkan bahan-bahan baru dan

juga memelihara sumber hutan.

2.61 Kitar semula untuk persekitaran yang lebih sihat dan lebih bersih

Pembuangan sampah sarap yang tidak dikawal boleh menjejaskan kesihatan dan

keselamatan penduduk setempat. Jika sampah sarap tersebut dibiarkan bersepah, ia

kemudiannya akan menjadi tumpuan haiwan pembawa penyakit seperti tikus dan gagak.

Jadi, melalui kitar semula, kita dapat mengurangkan sampah yang dibuang dan sekaligus

mengawal penyakit daripada merebak.

2.62 Kitar semula untuk mengurangkan pencemaran


Bahan buangan atau sampah sarap ang dilonggok didalam tong sampah, atau di

tapak-tapak pelupusan sampah menjadi salah satu punca yang menyebabkan pencemaran

seperti pencemaran baud an sebagainya. Jadi, dengan mengitar semula, ia dapat

mengurangkan ancaman pencemaran alam sekitar seperti pencemaran air bawah tanah

dan udara.

2.63 Kitar semula untuk menjimatkan kos

Dalam jangka panjang, mengitar semula adalah lebih menjimatkan berbanding

dengan usaha menyelenggara tapak pelupusan sampah atau sistem yang lain. Apabila

program kitar semula bertambah cekap, sampah yang perlu dilupus akan semakin

berkurangan. Ini seterusnya akan memanfaatkan anda kerana caj untuk pelupusan sampah

akan dikurangkan. Dari segi ekonomi pula, negara kita terpaksa membelanjakan lebih

daripada 400 juta ringgit setahun untuk menguruskan sampah yang dihasilkan oleh

penduduk negara. Sekiranya negara berjaya mencapai sasarannya, iaitu untuk mengitar

semula sekurang-kurangnya 22 peratus daripada jumlah janaan sampah negara, adalah

dijangka kita boleh menjimatkan sekurang-kurangnya 88 juta ringgit setiap tahun.

2.64 Kitar semula untuk menjimatkan sumber alam

Ramai yang tidak sedar bahawa kita sebenarnya membuang sumber yang amat

bernilai. Ini kerana Malaysia mengimport lebih daripada 25,000tan kertas buangan setiap
bulan untuk menghasilkan produk kertas bagi menampung permintaan tempatan. Selain

itu, Malaysia juga mengimport bahan buangan lain untuk industri pengeluaran yang lain.

2.65 Kitar semula untuk menjimatkan tenaga

Tenaga yang dapat dijimatkan untuk mengitar semula satu tin aluminium

adalah bersamaan dengan tenaga yang digunakan untuk memasang TV selama 3 jam.

Mengitar semula kaca menurunkan suhu lebur untuk kaca baru sambil menjimatkan

sehingga 32% tenaga yang diperlukan untuk pengeluaran kaca.

2.66 Kitar semula untuk menyelamatkan hutan

Untuk menghasilkan satu tan kertas, sebanyak 17 pohon pokok terpaksa

ditebang. Mengitar semula kertas akan mengurangkan bilangan pokok yang perlu

ditebang. Kita perlu memelihara hutan kerana ia merupakan sumber yang memberi kita

oksigen dan udara bersih.

(Buletin Pengguna: 2004)

2.7 KESEDARAN KITAR SEMULA

Kesedaran tentang betapa pentingnya amalan kitar semula di Malaysia dikatakan

masih ditahap yang rendah berdasarkan jumlah kiraan bahan-bahan yang dihantar untuk

dikitar semula dinegara ini yang sedikit berbanding dengan negara-negara maju yang

lain. Ini dibuktikan dengan kenyataan akhbar Berita Harian yang menyatakan “Jumlah
sisa makanan dibazirkan mencecah 9,000 tan sehari menunjukkan rakyat Malaysia masih

daif mengenai impak sisa pepejal terhadap alam sekitar dan kualiti hidup mereka di masa

depan. Angka itu mewakili kira-kira 45 peratus daripada 20,000 tan sisa pepejal atau

sampah dihasilkan sehari, menunjukkan tahap kesedaran lebih 27 juta rakyat Malaysia

untuk mengitar semula masih mengecewakan” (Berita Harian: 2010)

Ini dapat dibuktikan dengan statistik yang dihasilkan oleh Perbadanan Pengurusan

Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam pada tahun 2007.

Jenis Jumlah (KG)


Suratkhabar 10,468,610.86
Kotak 9,829,444.90
Kertas Putih 1,460,508.88
Kertas Campur 4,258,805.60
Kaca 700,992.62
Tin Aluminium 1,880,395.32
Tin Besi 1,117,170.52
Plastik 4,494,037.31

Bateri 371,159.80
Besi 16,007,859.50
Lain-lain 668,719.95

Jumlah Barangan Kitar Semula yang dikutip PBT pada 2007

2.8 MENGAPA PERLU KITAR SEMULA?


Sisa pepejal tidak mudah dilupuskan kerana kandugannya yang pelbagai dan agak

sukar untuk terurai kepada bahan-bahan yang selamat kepada alam sekitar. Akan tetapi,

terdapat juga bahan-bahan yang di buang tidak terurai langsung. Ini menyebabkan

kawasan pelupusan sampah semakin bertambah di negara kita. Dalam tapak-tapak ini

juga terhasil gas metana, sejenis gas yang mempunyai fungsi yang sama dengan gas

masak kita di dapur. Kilat dan pembakaran di kawasan pelupusan sampah boleh

menyebabkan letupan, jika kawasan pelupusan sampah ini tidak dijaga dengan betul. Sisa

pepejal di tapak pelupusan yang tidak diuruskan dengan tidak sempurna juga akan

menyebabkan pencemaran pada air sungai.(Buletin pengguna,2007)

Manakala menurut Laman Web Rasmi Perbadanan Pengurusa Sisa pepejal dan

Pembersihan Awam, kitar semula perlu kerana kitar semula merupakan salah satu cara

terbaik bagi mendapatkan kesan yang positif kepada dunia yang sedang didiamiini.

Jumlah sisa yang dihasilkan adalah semakin meningkat kerana :

 Peningkatan dalam pendapatan/kekayaan yang memberi makna orang ramai

membeli lebih banyak produk dan seterusnya menghasilkan lebih banyak sisa .

 Peningkatan populasi bermakna semakin ramai manusia di muka bumi ini yang

menghasilkan sisa .

 Pengeluaran produk berteknologi dengan pembungkusan yang terkini di mana

kebanyakannya mengandungi bahan yang tidak dapat dilupuskan (bahan tidak

biodegradasi).

 Perubahan gaya hidup seperti makanan segera yang menghasilkan sisa /bahan

buangan yang tidak dapat dilupuskan seperti pembalut makanan yang dibuat dari

kertas minyak.
Dari segi industri, amalan kitar semula dapat mengurangkan perbelanjaan

mengekstrak sumber ekonomi baru, manakala industri kitar semula itu sendiri dapat

menjana peluang-peluang perniagaan dan pekerjaan yang lebih meluas, jika

dibandingkan dengan industri pembuangan sisa pejal semata-mata.

(Laman Web Rasmi Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam,2010)

2.9 Badan-badan yang terlibat didalam pengurusan sisa pepejal untuk dikitar

semula

Program kitar semula memerlukan penglibatan banyak pihak dan badan-badan

iaiatu bermula dari individu yang menghasilkan sisa pepejal, pihak yang mengambil

barangan kitar semula, pihak yang mengitar semyla serta pihak yang menjalankan

program-program kitar semula. Selain itu, badan-badan kerajaan dan juga swasta adalah

sangat penting untuk didalam menjayakan, memupuk serta menguruskan sisa pepejal dan

aktiviti kitar semula didalam negara ini. Oleh itu, Kementerian Perumahan dan Kerajaan

Tempatan (KPKT) telah menubuhkan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN)

yang bertanggungjawab merangka dasar serta strategi Pengurusan Sisa Pepejal dan

Pembersihan Awam (PSPPA). Jabatan ini berfungsi dalam melaksanakan undang-undang

serta peraturan yang berkaitan dengan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam

apabila dikuatkuasakan. dan juga didalam kawalselia dan bertanggungjawab untuk

melesenkan “the service providers” atau semua pihak yang terlibat dalam memberi

perkhidmatan berkaitan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam.


Contohnya adalah kawalselia ke atas prestasi syarikat konsesi yang akan

menguruskan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan di zon masing-masing. Apabila

Rang Undang-Undang baru ini dikuatkuasakan kelak, Kerajaan Pusat akan

menandatangani perjanjian konsesi dengan syarikat konsesi yang dilantik seperti Alam

Flora Sdn. Bhd. bagi Zon Tengah, South Waste Management (SWM) Environment Sdn.

Bhd. bagi Zon Selatan dan E-Idaman bagi Zon Utara, Semenanjung Malaysia. Kawalselia

ke atas syarikat konsesi ini yang sehingga kini di bawah tanggungjawab PBT di zon

masing-masing, akan beralih kepada Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan

Pembersihan Awam. . (Teks Ucapan Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi,2009).

2.10 Penglibatan Komuniti didalam Program Kitar Semula

a) Penglibatan Sekolah

Untuk memupuk program kitar semula ini di peringkat sekolah, kerajaan telah

mewujudkan sistem Sekolah Lestari, iaitu merupakan salah satu program di bawah Rakan

Alam Sekitar. Program Sekolah Lestari merupakan suatu pendekatan yang dicetuskan

bagi membudayakan pendidikan alam sekitar seperti kepentingan kitar semula di

kalangan warga sekolah terutamanya pelajar. Pendekatan ini merupakan suatu usaha

berterusan untuk menyediakan generasi yang dapat berinteraksi dengan alam sekitar

secara bijaksana seterusnya dapat menghayati nilai-nilai murni alam sekitar secara
holistik. Sekolah Lestari menekankan kepada beberapa komponen utama merangkumi

pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan penghijauan. (E-Buletin Rakan Alam Sekitar

Negeri Johor,2010)

b) Penglibatan Kerajaan.

Penglibatan kerajaan adalah faktor yang paling penting didalam proses

meningkatkan kesedaran rakyat tentang amalan kitar semula. Kerajaan Malaysia melalui

Kemeterian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah memulakan kempen kitar semula

secara besar-besaran diseleuruh Negara. Kempen program perintis Kitar Semula

Peringkat Kebangsaaan telah dilancarkan pada Disember 2000. Kerajaan juga telah

menyediakan sejumlah wang yang besar untuk menyediakan tong-tong kitar semula serta

bahan pendidikan termasuk iklan di televisyen. Semua ini bertujuan untuk memeberi

kesedran dan mendapatkan penglibatan lebih daripada golongan masyarakat.(Ucapan Y.B

Datuk Raymond Tan Shu Kiah,2001)

c)Penglibatan Pihak Swasta

NGO seperti persatuan/pertubuhan sukarela dan persatuan penduduk berupaya

membantu kerajaan secara aktif dalam menerapkan budaya kitar semula di negara ini.

PBT-PBT telah banyak mangambil peluang bekerjasama dengan NGO bagi memajukan

lagi usaha kitar semula. NGO adalah pihak yang didapati semakin aktif melaksanakan
aktiviti kitar semula secara berjadual dan berterusan. Di samping NGO, syarikat-syarikat

swasta juga memainkan peranan yang sama penting dalam memajukan industri kitar

semula. Banyak syarikat swasta yang telah menawarkan pelbagai bentuk kerjasama

kepada Kementerian dengan tujuan membantu usaha kerajaan mewujudkan budaya kitar

semula.(Teks Ucapan Y.A.B Tun Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi,2004)

Kesedaran ini juga Berjaya diwujudkan di kalangan sektor korporat di mana

terdapat sebilangan syarikat swasta yang terkenal telah mengadakan kempen kitar semula

masing-masing serta mewujudkan sistem untuk mendapatkan semula pekejing atau

produk mereka yang telah digunakan oleh pembeli atau pengguna untuk dikitar semula.

(Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan,2010)

Penglibatan syarikat-syarikat dan badan-badan ini telah meningkatkan lagi

kelancaran dan kemajuan program ini.

Negeri Jumlah
Perlis 0
Kedah 0
Pulau Pinang 32
Perak 6
Selangor 59
Negeri Sembilan 5
Melaka 3
Johor 12
Pahang 1
Terengganu 2
Kelantan 5
Sabah 3
Sarawak 10
Wilayah Persekutuan 27
Jumlah Keseluruhan 165
Bilangan Syarikat Kitar Semula yang berdaftar di seluruh Malaysia

(Laman Web Rasmi Perbadanan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, 2010)

2.11 Program Kesedaran Kitar Semula

Menurut ....... terdapat pebagai program-program yang telah dianjurkan dan

diasakan oleh kerajaan untuk menggalakkan aktiviti-aktiviti kitar semula ini. Ia secara

tidak langsung juga akan menyedarkan masyarakat tentang betapa pentingnya amalan

kitar semula ini kepada alam sekitar dan masa hadapan.

Antara program-program yang disediakan bagi menjayakan kempen kesedaran

kitar senula ini adalah seperti:

 Program Sekolah (KiTS)

 Program Komuniti

 Program WasteWise (Institusi, Pejabat, Komersial dan Industri)

 Program Tapak Pelupusan

 Program Sekolah (KiTS)

Projek KiTS (Kitar Semula) adalah program kitar semula khusus untuk kanak-

kanak di sekolah. Objektif program ini adalah untuk mendidik kanak-kanak dalam

mewujudkan kesedaran dan memupuk nilai-nilai ynag betul dalam kitar semula.
Program ini bermatlamat menerapkan budaya kitar semula dikalangan golongan

remaja di Malaysia dan diharapkan dapat melahirkan generasi baru yang menjadikan

kitar semula sebagai salah satu gaya hidup mereka.

 Program Komuniti

Program ini melibatkan Pusat Kitar Semula (Recycling Centre). Program ini

adalah program bersama Persatuan Penduduk. Dalam program ini disediakan pusat

kitar semula bergerak iaitu wakil-wakil pihak kitar semula dating ke kawasan-

kawasan perumahan, kampong, Felda dan Bandar untuk mengangkut bahan-bahan

terpakai.

Lazimnya, mereka akan berkunjung ke tempat-tempat ini secara berjadual. Oleh

itu, orang awam mempunyai masa untuk mengumpulkan bahan-bahan buangan

mereka yang tidak diperlukan lagi. Mereka membeli bahan-bahan buangan ini

mengikut harga yang telah ditetapkan.

 Program WasteWise (Institusi, pejabat, Komersial dan Industri)

Program ini disediakan untuk ICI (Industri, Komersial, dan Institusi) bagi

meminimumkan sisa dan meningkatkan kitar semula.

 Program Tapak Pelupusan

Program ini disediakan unutk tapak-tapak pelupusan bagi memaksimumkan

pemesongan sisa. Antara aktivitinya ialah pengasingan tayar, pengkomposan sisa

kebun dan pusat kitar semula.


2.12 Harga Bahan-Bahan yang dihantar untuk Proses Kitar Semula.

Bahan Harga (RM/KG) CARA PROSES

Akhbar, majalah, kertas hitam 0.20 Susun dan ikat


putih dan komik
Buku sekolah, kertas computer dan 0.15 Susun dan ikat, kertas
katalog computer(T/KARBON) sahaja
Kotak dan kadbod 0.16 Buka, lipat, susun dan ikat

Kulit dail lembut, keras dan sarung 0.10 Susun dan ikat
telur
Kaca putih, hitam, hijau dan lain- 0.07 Bersih dan kering
lain
Tin aluminium 2.00 Bersih, kering dan kemek
Plastik campuran 0.20 Bersih, kering dan kemek
Tin besi 0.20 Bersih, kering dan kemek
Komputer (monitor dan CPU 4.00 Kering, tidak pecah dan berkeadaan baik
sahaja)
Printer komputer 1.00 Kering, tidak pecah dan berkeadaan baik

2.13 Konsep Sisa Sifar (Zero Waste)

Anda mungkin juga menyukai