Anda di halaman 1dari 2

KEMAHIRAN AMALI GEOGRAFI MANUSIA KOMPONEN KEMAHIRAN :

PETA ALIRAN

Jaklin Empol, B.Ed & M.Ed. SMK. Taun Gusi, Kota Belud 2006

KETERANGAN UMUM PETA ALIRAN 1. Peta aliran menunjukkan pergerakan ciri-ciri geografi atau ekonomi dari satu destinasi ke destinasi yang lain. 2. Peta aliran menunjukkan arah, nilai, arah jumlah barangan (kuantiti) yang dipindahkan. Ketebalan anak panah menunjukkan nilai barangan yang dipindahkan. 3. Kebiasannya peta aliran digunakan untuk menunjukkan aliran import dan eksport barangan, migrasi penduduk dari satu tempat ke satu tempat yang lain. 4. Jika terdapat dua unsur yang hendak ditunjukkan, warna atau lorekan yang berlainan digunakan. Dengan itu, perbandingan dapat dibuat untuk menunjukkan kepentingan antara kedua-dua ciri tersebut. Misalnya perbezaan nilai import dan eksport. PRINSIP UMUM MELUKIS / MEMPLOT PETA ALIRAN 1. Aliran sesuatu unsur geografi atau ekonomi mesti dilukis pada peta yang disediakan. 2. Tentukan angka terbesar dan terkecil bagi memudahkan anda menganggar skala yang sesuai. 3. Skala yang dipilih harus mempertimbangkan ketebalan garis aliran yang diperoleh daripada angka terbesar dan angka terkecil. 4. Sekiranya skala yang anda pilih tidak sesuai maka garis aliran mungkin terlalu halus atau terlalu tebal. 5. Perkara-perkara yang perlu diteliti semasa melukis garis aliran ialah: i. Gunakan pembaris yang menggunakan unit ukuran mm. ii. Pastikan garisan peta aliran tidak bersilang. iii. Pastikan garisan peta aliran tidak bertindih. iv. Pastikan garisan peta aliran tidak membentuk siku. v. Ketebalan setiap peta aliran perlu sekata. vi. Penghujung garisan aliran boleh ditandakan dengan anak panah ( ) / muncung tajam ( ) vii. Saiz peta aliran perlu sesuai. (Tidak terlalu kecil atau terlalu besar). viii. Pengetahuan peta yang baik dalam menentukan lokasi dalam peta. LANGKAH-LANGKAH MEMBINA PETA ALIRAN 1. Peta aliran dapat dibina dengan menggunakan kaedah skala linear dan skala berkadar. Yang berikut ialah langkah-langkah untuk membina peta aliran. KAEDAH SKALA LINEAR. Langkah 1 Dengan berdasarkan jadual 1, bandingkan nilai maksimum dan nilai minimum untuk mendapatkan skala yang sesuai. Jadual 1. Nilai Import dari negara-negara terpilih, tahun 2000. Negara Australia China India Indonesia New Zealand Thailand Langkah 2 2 Nilai (RM 000 juta) 2 188 1 546 588 697 784 1 251 Tebal Garis Aliran 0.73 mm 0.52 mm 0.20 mm 0.23 mm 0.26 mm 0.42 mm

Anda perlu membina jadual baru, bagi menunjukan hasil pengiraan anda.

Pilih satu skala yang sesuai. Contohnya 1 mm mewakili RM 3 000 juta.

Langkah 3 Kira ketebalan garis aliran berdasarkan skala yang anda telah pilih. Contoh : Ketebalan Garisan Aliran = Nilai Import Skala Ketebalan garisan aliran bagi Australia = 2 188 3 000 = 0.73 mm Langkah 4 Memasukkan nilai ketebalan garisan aliran pada jadual yang baru anda bina seperti dalam jadual 1. Langkah 5 Memplot peta aliran berdasarkan ketebalan garisan aliran yang telah anda tentukan, berdasarkan kaedah di bawah. 0.73 mm Langkah 6 Lengkapkan peta dengan tajuk dan petunjuk yang sesuai.

KAEDAH SKALA BERKADAR. Langkah 1 Tentukan nilai punca kuasa dua bagi setiap nilai eksport seperti dalam jadual 2. Negara Jepun China Thailand Sri Lanka Amerika Syarikat Nilai Eksport (RM juta) 41 322 12 943 11 713 11 851 62 467 Nilai punca kuasa dua 203 114 108 109 250 Ketebalan garis aliran mengikut skala 6.8 mm 3.8 mm 3.6 mm 3.6 mm 8.3 mm

Maklumat ini perlu ditunjukkan dalam jadual baru yang anda bina.

Langkah 2 Bandingkan nilai maksimum dan minimum punca kuasa dua untuk mendapatkan skala yang sesuai. Contohnya, 1 mm mewakili 30 nilai punca kuasa dua. Langkah 3 Kira ketebalan setiap garis aliran dengan berdasarkan skala yang dipilih. Contoh ketebalan garis aliran untuk Jepun adalah seperti berikut : Ketebalan garisan aliran = Nilai Punca kuasa dua Skala Iaitu 203 6.78 mm = 30

Ulangi langkah 4-6 seperti pada kaedah skala linear.

Anda mungkin juga menyukai