Anda di halaman 1dari 19

ASPEK-ASPEK KAJIAN TEKS DRAMA BENDAHARA TEPOK (SHAHAROM HUSAIN)

1. PEMIKIRAN Drama ini mengutarakan pemikiran tentang semangat perjuangan rakyat Melaka menentang Portugis yang mahu menakluki Melaka. Semangat Bendahara Tepok yang sentiasa tinggi untuk melawan musuh biarpun mempunyai fizikal yang kurang upaya menyerlahkan ketinggian semangat perjuangan rakyat Melaka dalam mempertahankan watan daripada ancaman musuh.

2.

PERSOALAN

1. Ketidakadilan dan kezaliman dalam pemerintahan. Ketidakadilan dalam pemerintahan memberikan kesan yang mendalam dalam pembinaan masyarakat yang berjaya dalam sesebuah negara. Contohnya, Sultan Mahmud yang membuat keputusan yang zalim hingga ramai orang besar terkorban.

2. Kemungkaran mampu mendatangkan masalah kepada negara. Kemungkaran seperti pecah amanah, zalim, aniaya, hasad dengki dan lain-lain mengakibatkan kemungkaran dalam masyarakat di Melaka telah menghancurkan masyakarat itu sendiri. Contohnya, Sultan Mahmud begitu zalim sehingga menghukum bunuh Raja Zainal, Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir dan keluarganya tanpa usul periksa.

3. Kekurangan nilai perpaduan dalam masyarakat. Perpaduan yang dibentuk dengan betul mampu membentuk masyakarat yang kuat dan kukuh. Contoh, kekurangan nilai perpaduan dalam kalangan rakyat Melaka telah mengakibatkan Portugis mampu menawan Melaka dengan mudah.

4. Semangat juang yang tinggi untuk menewaskan musuh. Perjuangan dalam mempertahankan tanah air daripada ancaman pihak musuh. Contoh, ketinggian semangat juang Bendahara Tepok untuk terus berjuang mempertahankan Melaka daripada ancaman musuh harus dicontohi oleh masyarakat hari ini.

3. WATAK PERWATAKAN Watak Utama

BENDAHARA TEPOK BENDAHARA TEPOK

Merupakan Bendahara Melaka pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud.

Nama Tepok diperoleh kerana Datuk Bendahara menghidap sakit tepok atau sakit lumpuh.

Datuk Bendahara sangat sayangkan negeri Melaka dan tidak ingin Melaka dijajah oleh Feringgi.

Seorang yang berani dalam berjuang sehingga sampai mati.

Mempunyai semangat juang yang tinggi dalam mempertahankan negeri Melaka.

Seorang yang penuh dengan kasih sayang terutamanya kepada negeri Melaka.

Watak Sampingan

Seorang hulubalang Melaka yang gagah berani.

Bersemangat nasionalisme dan patriotisme yang tinggi

HANG KADI M
Seorang yang penyabar. Seorang yang bijaksana

Seorang hulubalang Melaka yang berani. Keberaniannya terserlah apabila dia sanggup berjuang berseorangan menentang Feringgi

Bersemangat nasionalisme dan patriotisme yang tinggi

SERI NARA

Seorang yang berani bercakap benar walaupun terhadap sultan. Dia berani mengkritik sultan tentang cara pemerintahan negeri yang tidak adil.

Seorang yang bijaksana

2. Seorang sultan yang zalim. Contoh telah membunuh ramai orang termasuklah Raja Zainal, Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir dan ramai lagi.

1. Menjadi Sultan Melaka semasa kejatuhan Melaka ke tangan Feringgi. SULTAN MAHMU D

3. Seorang sultan yang mementingkan diri sendiri dan angkuh. Contoh beliau marah dan cuba mempamerkan keangkuhannya dengan menyatakan bahawa beliau mempunyai ramai hulubalang dan ramai rakyat walaupun pada ketika itu rakyat begitu menderita akibat diserang Portugis apabila Feringgi mencari baginda.

4. PLOT

4.1 Struktur Plot Permulaan Hang Kadim telah tercedera kerana diserang oleh Portugis. Hang Kadim dan Seri Nara telah berundur ke Ulu Muar dan bertemu dengan Raja Sulaiman. Pasukan Raja Sulaiman yang bertahan di jambatan Sungai Melaka telah ramai yang terkorban yang terkorban dan Kota Melaka telah dapat dimasuki oleh musuh.

Perkembangan Sultan Ahmad dapat meloloskan diri daripada kepungan musuh. Sultan Ahmad telah meminta Raja Sulaiman mengikutinya untuk berkubu dan membuat kota di Bentayan, Kuala Muar. Hang Kadim dan Seri Nara bertahan dan angkatan Sultan Mahmud serta permaisuri Sultan sampai di sana.

Puncak/ Klimaks Ramai hulubalang terbunuh dan istana telah dibakar oleh askar Feringgi. Sultan Mahmud meminta semua rakyat taat kepada Sultan Ahmad yang akan mengantikannya. Sultan Mahmud bergerak ke Pagoh kerana askar-askar Feringgi sedang mencari Sultan Mahmud.

Penurunan Datuk Bendahara Tepok berasa sangat marah dengan tindakan Selamat Gagah yang membawanya berundur dari medan perang di Melaka. Datuk Bendahara Tepok dengan semangat perjuangan mahu dihantar balik ke Melaka keran mahu membunuh askar-askar Portugis. Datuk Bendahara Tepok mahu mati mempertahankan Melaka.

Peleraian Khoja Ahmad telah menasihati ayahnya, iaitu Datuk Bendahara Tepok agar berundur dan mengikuti nasihat sultan untuk berundur ke Pagoh. Keruntuhan Melaka menjadi pengajaran kepada masyarakat Melayu Melaka.

4.2. Teknik Plot a. Teknik Pemerian Penulis menceritakan secara langsung. Contoh: SULTAN AHMAD masuk dengan gopoh gapah cemas dengan pakaian berpalitan darah. Sekaliannya terkejut cemas dan terus duduk mengangkat sembah dan serempak berkata, Daulat Tuanku. (m/s 171)

b. Teknik Dialog. Pada keseluruhan drama ini ianya menggunakan teknik dialog. Kebanyakkan watak berdialog antara satu sama lain. 4

Contoh: Hang Kadim : Apa kata kau tadi, Nara? Raja adil harus dijunjung? Seri Nara : Ya, raja adil dijunjung, rakyat taat dan setia. c. Teknik Imbas Kembali. Mengingat kembali peristiwa yang telah berlaku.

(m/s 176)

Contoh: ... Lepas kita berjuang di tepi pantai, anakanda terpaksa berundur berpisah daripada ayahanda. Anakanda diserang oleh tiga empat orang askar Feringgi. Kesemuanya dapat ditewaskan...

5.0. LATAR MASA a: Mengambil masa yang singkat dan tidak sampai satu hari. Secara keseluruhannya drama ini mengambil masa yang singkat dan tidak sampai satu hari. Pengarang juga tidak ada menyatakan masa yang jelas seperti pada waktu senja dan malam.

b: Pada zaman silam. Drama ini adalah pada masa zaman silam yang melibatkan pemerintahan Melayu Melaka, iaitu di bawah pemerintahan Sultan Mahmud sebagai sultan Melaka pada tahun 1511.

6.0. LATAR TEMPAT a: Latar Tempat Melaka. Secara keseluruhannya latar tempat drama ini adalah di sekitar Melaka. Contoh: Bertam, Ulu Melaka yang merupakan tempat ramai perempuan berundur mengikut Penghulu Bendahari dan Datuk Temenggung sebai tempat berkubu.

b: Di dalam hutan. Latar tempat di dalam hutan jelas kelihatan. Contoh: terdapatnya sebatang sungai dan sekitarnya hutan tebal dan berbatu-batu.

c: Kota Melaka. Contoh: Semua hulubalang dan rakyat jelata bergadai nyawa semata-sema untuk mempertahankan Kota Melaka daripada serangan Portugis dan Feringgi.,

d: Ulu Muar Contoh: Merupakan tempat Seri Nara berundur. 5

e: Jambatan Sungai Melaka Contoh: Merupakan tempat yang ramai rakyat dan hulubalang serta musuh Kota Melaka terkorban.

f: Bentayan dan Pagoh. Contoh: Merupakan tempat yang dipertahankan oleh Seri Nara, Hang Kadim dan rakyat jelata Melaka yang masih hidup setelah hampir keseluruhan Kota Melaka ditawan oleh musuh.

7.0. LATAR MASYARAKAT a: Masyarakat yang patuh dan setia kepada sultan. Contoh: Seri Nara dan Hang Nadim menjadi lambing masyarakat yang taat kepada perintah Sultan.

b: Masyarakat yang mempunyai semangat juang yang tinggi. Contoh: Datuk Bendahara Tepok mempunyai semangat juang yang tinggi untuk melawan musuh Kota Melaka walaupun fizikalnya tidak sempurna.

c: Masyarakat yang mempunyai nilai tanggungjawab yang tinggi. Contoh: Hang Kadim dan Seri Nara memperlihatkan masyarakat yang mempunyai nilai tanggungjawab yang tinggi apabila berjuang untuk mempertahankan Melaka daripada serangan Portugis.

d: Masyarakat yang tidak adil dan kejam. Contoh: Sultan Mahmud mewakili lambing masyarakat yang kejam dan tidak adil dengan melakukan kezaliman sewaktu pemerintahannya.

8.0. NILAI a: Nilai Bertanggungjawab. Nilai tanggungjawab untuk mempertahankan Negara daripada serangan musuh Contoh: Terlihat dengan jelas pada watak Datuk Bendahara Tepok yang tidak mahu Melaka runtuh dan jatuh ke tangan musuh.

b: Nilai keberanian. Berani menentang musuh walaupun serba kekurangan 6

Contoh: Keberaniaan Datuk Bendahara Tepok harus dicontohi walaupun keadaan fizikalnya tidak berupaya, namun semangat juangnya begitu tinggi untuk melawan musuh.

c: Kesetiaan. Kesetiaan golongan rakyat kepada sultan. Contoh: Kesetiaan kepada sultan jelas terlihat pada watak Seri Nara dan Hang Kadim walaupun Sultan Mahmud telah banyak melakukan ketidakadilan dan kekejaman sewaktu pemerintannya.

9.0. PENGAJARAN 1.Kita hendaklah adil dan saksama dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin. Janganlah kita seperti Sultah Mahmud yang mementingkan diri sendiri sehingga membunuh orang yang tidak bersalah. Contoh: Sultan Mahmud telah membunuh ramai orang semata-mata untuk kepentingan diri sendiri antaranya Raja Zainal, Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir dan ramai lagi. 2. Kita hendaklah sentiasa mempunyai nilai bertangungjawab untuk mempertahankan negara daripada serangan musuh. Contoh: Datuk Bendahara Tepok harus dicontohi kerana mempunyai nilai tangungjawab yang tinggi untuk mempertahankan Kota Melaka walaupun keadaan fizikalnya tidak sempurna. 3. Kita hendaklah berpegang teguh kepada ajaran agama dan menjauhi segala perkara yang mendorong ke arah kemungkaran.

Contoh: Contohnya Sultan Mahmud yang tidak adil dalam mentadbir Kota Melaka kerana kurang berpegang teguh dengan ajaran agama. 4. Kita haruslah berani berjuang untuk mempertahankan Negara daripada segala bentuk ancaman musuh yang mahu menghancurkan Negara kita.

Contoh: Hang Kadim mempunyai semangat juang yang tinggi untuk mempertahankan Melaka daripada serangan Portugis.

10.0. GAYA BAHASA a: Ayat seru. Terdapat banyak penggunaan ayat seru dalam drama ini. Contohnya: BENDAHARA: Cis, baculnya kau! (Halaman 181) 7

b: Repetisi. Repetisi ialah pengulangan kata-kata dalam ayat. Pengulangan kata dalam ayat yang digunakan oleh pengarang dapat dilihat seperti contoh yang berikut: BENDAHARA: Lekas tandu aku bawa balik ke Melaka, langgar aku kepada Feringgi. (Halaman 180) c:Anafora Anafora ialah pengulangan perkataan atau ungkapan pada awal baris. Pengarang juga menggunakan kata di awal baris. Contohnya: HANG KADIM: Kalau benar, kesal kita, benarkan orang tua berjuang terus. Kalau Melaka ada tiga orang macam Datuk Bendahara, Kota Melaka takkan runtuh diserang Portugis (Halaman 178) d: Inversi Inversi ialah keterbalikan susunan kata dalam ayat. Contohnya: SERI NARA: Tentu kesal, kerana kezaliman baginda membunuh, ramai orang besar terkorban.

e: Sinkope Sinkope ialah penyingkiran perkataan seperti tak (tidak), bu (ibu), dan mau (mahu). Terdapat unsure penyingkiran kata yang dilakukan oleh pengarang secara meluas dalam drama ini. Antaranya ialah: BENDAHARA: Agaknya, anakku, Tun Khoja Ahmad. (Halaman 181)

f: Peribahasa. Peribahasa ialah ungkapan ringkas yang terdiri daripada kata-kata yang mempunyai pengertian tertentu. Peribahasa biasanya mengandungi pengajaran, prinsip, prinsip hidup, tatasusila dan teladan, termasuklah perumpamaan, bidalan, simpulan bahasa dan kiasan. Contohnya: SERI NARA: Ya, semua berundur, nasi dah jadi bubur. (Halaman 171)

11.0. SUDUT PANDANGAN Drama ini menggunakan sudut pandangan orang ketiga serba tahu. Penulis sebagai pencerita dapat mengetahui segala perkembangan watak-watak secara zahir dan batin. Contohnya: Ungkapan sudut pandangan orang ketiga adalah seperti berikut: 8

SERI NARA dan HANG KADIM terdiam sambil berjalan-jalan memandang-mandang keluar dengan cemas dan bimbang... (Halaman 172)

SOALAN STRUKTUR
BAHAGIAN 1 DRAMA BENDAHARA TEPOK KARYA SHAHAROM HUSAIN 01. Lengkapkan petikan di bawah. 9

Pemikiran Drama Bendahara Tepok telah menyerlahkan pemikiran tentang semangat (i)_____________ rakyat (ii)_________ menentang (iii) ___________ yang mahu menakluk Melaka. Semangat Bendahara (iv) _____________ yang sentiasa tinggi untuk melawan (v) __________ biarpun mempunyai fizikal yang kurang (vi) ________________ menyerlahkan ketinggian (vii) _________ perjuangan rakyat (viii) _________ dalam mempertahankan (ix) __________ daripada ancaman musuh.

02. Nyatakan persoalan berdasarkan dialog dialog di bawah ini. i. Sultan Ahmad : Tidak luka, nenda Tengku! Ini darah musuh musuh cucunda hapuskan. Alang alang mandi biar basah.

ii.

Seri Nara : Betul kata kau, Kadim, tapi bagaimana pula untung nasib Datuk Bendahara yang terlalu uzur dan tepok itu?Kita juga patut mencarinya.

03. Berdasarkan drama Bendahara Tepok karya Shaharom Husain, nyatakan perhubungan watak di bawah dengan Sultan Mahmud Syah. a) Raja Sulaiman : ___________________________________ b) Sultan Ahmad : ___________________________________ 10

04. Berdasarkan drama Bendahara Tepok karya Shaharom Husain, nyatakan satu kelebihan atau keistimewaan yang terdapat dalam watak Bendahara Tepok berbanding dengan watak yang lain. a) _______________________________________ b) _______________________________________ 05. SULTAN MAHMUD : Bagus, terima kasih. Sultan Ahmad ganti beta, semua orang mesti taat setia kepadanya, ikutlah perintahnya. Di Muar tempat kita bertahan, kita mesti tentang dan bertahan, lawan serangan Peringgi. (Dipetik daripada drama Bendahara Tepok karya Shaharom Husain, m/s 174) Nyatakan dua citra masyarakat yang terdapat dalam petikan di atas. i) ____________________________________________________ ii) ____________________________________________________ 06

1. RAJA SULAIMAN SERI NARA RAJA SULAIMAN

: Bila kau berundur ke Ulu Muar ini? : Pagi-pagi semalam. Sepanjang malam meredah hutan rimba berlindung di sini. : Kau luka, Hang Kadim? (Datang rapat memegang balutan luka di tangan HANG KADIM. HANG KADIM tersandar keletihan.) Nasibku baik, dapat melepaskan diri. Kalau tidak, mati aku bersama pasukan hulubalang kita.

(Dipetik daripada drama Bendahara Tepok karya Shaharom Husain, m/s 170)

Berdasarkan dialog di atas, nyatakan dua latar masa yang disebutkan. i) ____________________________________

ii) ____________________________________

11

07. Lengkapkan jadual di bawah dengan nilai yang sesuai berdasarkan petikan.

Petikan a. RAJA SULAIMAN: Di jambatan Sungai Melaka.

Nilai Pasukan kita dan

pasukan musuh sama-sama banyak terkorban, Kota Melaka dapat dipanjat dan dimasuki musuh. b. SULTAN AHMAD: Terima kasih. Aku cemas...aku cemas, bersyukur kepada Allah...aku dapat meloloskan diri daripada kepungan musuh. c. SULTAN AHMAD: Tidak luka, nenda Tengku! Ini darah musuh-musuh yang dapat cucunda hapuskan. Alang-alang mandi biar basah. d. SERI NARA: Tidak, tidak, hulubalang. Selagi kita semua masih hidup, tuanku takkan ditawan dan dibunuh! Kita masih taat dan setia, masih terus berbakti kepada raja

08. Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan yang berikut. BENDAHARA: Lekas bawa balik aku ke Melaka, lekas langgarkan... langgarkan aku kepada musuh. (BENDAHARA cuba meronta-ronta dengan dipegang oleh SELAMAT GAGAH). Lekas tandu aku, Selamat. Mari kita berjuang, kita tak boleh sabar, lekas bawa balik aku ke Melaka, kita mesti serang balas dan tewaskan musuh-musuh itu. KHOJA AHMAD: Tidak, ayah. Sabar dulu, ayah. Bersatu dulu, kuatkan pertahanan kita dulu. BENDAHARA : Tidak...kita mesti berjihad...perang kerana watan, bangsa dan agama. Masjid, madrasah dan makam-makam dibinasakan, kita dihina. a. Senaraikan empat nilai yang terdapat dalam petikan di atas. i. _______________________________________ ii. ________________________________________ iii. _________________________________________ iv. _________________________________________ b. Nyatakan empat pengajaran yang dapat dikaitkan dengan nilai tersebut? i. ___________________________________________ 12

ii. ___________________________________________ iii. ____________________________________________ iv. ____________________________________________ 09. Lengkapkan jadual dengan gaya bahasa yang sesuai PETIKAN i. ii. SULTAN AHMAD : Syukur, cucunda tuanku Ini GAYA BAHASA

cucunda luka? RAJA SULAIMAN : Tidak luka, nenda Tengku! Alang-alang mandi biar basah.

darah musuh-musuh yang dapat cucunda hapuskan.

iii.

HULUBALANG : Sebab askar-askar Feringgi cari tuanku, nak ditawan naik ke kapalnya di laut.

iv.

BENDAHARA : Aku tidak tidak berundur aku tidak lari

SOALAN ESEI
BAHAGIAN 2 DRAMA BENDAHARA TEPOK KARYA SHAHAROM HUSAIN 13

01. Huraikan empat persoalan yang terdapat dalam drama Bendahara Tepok karya Shaharom Husain. 02. Bincangkan perwatakan watak utama dalam drama Bendahara Tepok karya Shaharom Husain. 03. Huraikan tiga latar masyarakat yang terdapat dalam drama.

SKEMA JAWAPAN
BAHAGIAN 1 JAWAPAN STRUKTUR: DRAMA BENDAHARA TEPOK KARYA SHAHAROM HUSAIN JAWAPAN 01. 14

. i) perjuangan ii) Melaka iii) Portugis iv) Tepok v) musuh vi) upaya vii) semangat viii) Melaka ix) negara

JAWAPAN 02. . i Semangat juang untuk menentang musuh dengan bermati - matian ii.Perihatin terhadap kebajikan golongan yang uzur dan tua.

JAWAPAN 03. a. Raja Sulaiman - Bapa saudara/ Ayahanda saudara b. Sultan Ahmad Raja Muda/ Anakanda Sultan Mahmud

JAWAPAN 04. i. Mempunyai semangat patriotism yang tinggi untuk mempertahankan Melaka walaupun beliau tepok/lumpuh.

JAWAPAN 05. i ) Masyarakat yang taat setia kepada pemerintah. ii) Masyarakat yang sentiasa bekerjasama

JAWAPAN 06. i) Waktu pagi ii) waktu malam JAWAPAN 07. a. Sanggup berkorban. b. Bersyukur c. Berani d. Taat setia

JAWAPAN 08. a. i. berani 15

ii.bersatu padu iii.sabar iv.patriotik b. i. Kita hendaklah berani menentang musuh daripada menjajah negara. ii. Kita hendaklah bekerjasama menentang musuh-musuh negara. iii. Kita haruslah sabar dan jangan terburu-buru dalam menentukan sebarang tindakan yang akan dilakukan. iv. Kita mestilah mengamalkan sikap cinta akan tanah air dan sanggup mempertahankan maruah negara.

JAWAPAN 09.

PETIKAN v. vi. SULTAN AHMAD : cucunda luka?

GAYA BAHASA

Syukur, cucunda tuanku Repitisi / Pengulangan kata Ini Peribahasa

RAJA SULAIMAN : Tidak luka, nenda Tengku! Alang-alang mandi biar basah.

darah musuh-musuh yang dapat cucunda hapuskan.

vii.

HULUBALANG : Sebab askar-askar Feringgi cari tuanku, nak ditawan naik ke kapalnya di laut. Sinkope

viii.

BENDAHARA : Aku tidak tidak berundur aku tidak lari

Repitisi / Pengulangan frasa

SKEMA JAWAPAN ESEI


BAHAGIAN 2 DRAMA BENDAHARA TEPOK KARYA SHAHAROM HUSAIN 16

JAWAPAN 01 Empat persoalan dalam Drama: 1. Ketidakadilan dan kezaliman dalam pemerintahan. Ketidakadilan dalam pemerintahan memberikan kesan yang mendalam dalam pembinaan masyarakat yang berjaya dalam sesebuah negara. Contohnya, Sultan Mahmud yang membuat keputusan yang zalim hingga ramai orang besar terkorban.

2. Kemungkaran mampu mendatangkan masalah kepada negara. Kemungkaran seperti pecah amanah, zalim, aniaya, hasad dengki dan lain-lain mengakibatkan kemungkaran dalam masyarakat di Melaka telah menghancurkan masyakarat itu sendiri. Contohnya, Sultan Mahmud begitu zalim sehingga menghukum bunuh Raja Zainal, Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir dan keluarganya tanpa usul periksa.

3. Kekurangan nilai perpaduan dalam masyarakat. Perpaduan yang dibentuk dengan betul mampu membentuk masyakarat yang kuat dan kukuh. Contoh, kekurangan nilai perpaduan dalam kalangan rakyat Melaka telah mengakibatkan Portugis mampu menawan Melaka dengan mudah.

4. Semangat juang yang tinggi untuk menewaskan musuh. Perjuangan dalam mempertahankan tanah air daripada ancaman pihak musuh. Contoh, ketinggian semangat juang Bendahara Tepok untuk terus berjuang mempertahankan Melaka daripada ancaman musuh harus dicontohi oleh masyarakat hari ini.

JAWAPAN 02. Perwatakan watak utama (Bendahara Tepok)

Mempunyai semangat patriotik 17

Watak Bendahara Tepok merupakan seorang yang cintakan tanah air sehinggakan sanggup mempertahankan Melaka daripada serangan Portugis walaupun keadaan fizikal yang tidak sempurna. Seorang yang berani Watak Bendahara merupakan seorang yang berani dalam berjuang habis-habisan menentang penjajahan Portugis di negeri Melaka walaupun beliau sanggup mempertaruhkan nyawanya. Seorang yang bertanggungjawab Bendahara Tepok merupakan seorang yang bertanggungjawab dalam mempertahankan Kota Melaka daripada serangan askar-askar Feringgi. Sedangkan sewaktu kejadian itu ramai orang telah ditawan dan dibunuh oleh askar-askar Feringgi. Selain itu tanggungjawab Bendahara Tepok juga dapat dilihat apabila Seri Nara mengakui sendiri tentang semangat dan tanggungjawab Bendahara melalui halaman m/s 177. Seorang yang tidak pentingkan diri. Watak Bendahara Tepok meminta agar dia dibawa balik semula ke Melaka untuk melawan musuh-musuh dari pihak Feringgi. Bendahara tidak mahu dirinya menjadi seorang yang pengecut dalam mempertahankan negeri Melaka walaupun dia tahu bahawa dirinya adalah seorang lelaki tua dan tepok. Halaman m/s 179. Seorang yang tidak penyabar dan sentiasa menurut perasaan. Setiap perkara dan perbuatan yang hendak dibuat tidak difikirkan oleh Bendahara yang boleh mendatangkan kesan tidak baik terhadap dirinya dan keselamatan orang lain. Ini dapat dilihat apabila Bendahara meminta agar dirinya dibawa ke Melaka untuk berperang dengan askaraskar Feringgi. Sedangkan beliau merupakan seorang yang kurang upaya dan mengharapkan bantuan orang lain untuk membantu dirinya bergerak.

JAWAPAN 03 Tiga Latar Masyarakat : a) Masyarakat yang mempunyai semangat juang yang tinggi. Contoh: Datuk Bendahara Tepok mempunyai semangat juang yang tinggi untuk melawan musuh Kota 18

Melaka walaupun fizikalnya tidak sempurna. b) Masyarakat yang tidak adil dan kejam. Contoh: Sultan Mahmud mewakili lambing masyarakat yang kejam dan tidak adil dengan melakukan kezaliman sewaktu pemerintahannya. c) Masyarakat yang setia kepada raja Contoh : Watak Seri Nara terlalu setia dengan raja sehingga beliau meminta agar semua hulubalang terus berbakti mempertahankan raja daripada ditawan oleh askar-askar Feringgi.

19

Anda mungkin juga menyukai