Anda di halaman 1dari 4

Bincangkan 5 gambaran masyarakat yang ada pada Gurindam Taat Setia

kepada raja (25m)

Gurindam Taat Setia kepada raja menceritakan tentang ketaatan rakyat terhadap rajanya. Menerusi
gurindam ini juga ditekankan tentang raja yang perlu mengamalkan ciri-ciri pemerintahan yang disukai
rakyat. Antaranya ialah bekerjasama dengan setiap pembesar negeri termasuk Perdana Menteri.
Kemudian raja hendaklah mempunyai hati yang mulia, bijak, adil, kasih dan menghormati orang lain.

Pertama, Golongan pemimpin yang bermuafakat dalam urusan pentadbiran. Raja dan menteri perlu
sentiasa bermuafakat dalam memutuskan sesuatu dan menyelesaikan masalah, Jika raja dan menteri
bermuafakat, maka pentadbiran negeri akan berjalan dengan lancar. Keputusan yang dicapai dapat
mengukuhkan lagi struktur pentadbiran agar ancaman musuh tidak dapat membolosi sistem
pentadbiran seperti “kebun berpagarkan duri”. Ungkapan ini jelas dinyatakan di dalam rangkap
pertama, baris pertama dan kedua. Muafakat yang terbina di antara raja dan menteri dapat menjamin
keamana, keharmonian dan kesejahteraan rakyat. Contoh adalah seperti berikut :-

Raja muafakat dengan menteri


Seperti kebun berpagar duri.

Seterusnya, rakyat yang memupuk rasa taat setia / betul hati kepada raja. Sikap taat dan betul hati
penting untuk menjayakan segala urusan yang dipertanggungjawabkan. Kebijaksanaan dan keadilan raja
dapat menimbulkan nilai taat. Apabila menteri dan rakyat mempunyai nilai taat, maka segala urusan
akan dijalankan dengan mudah, cepat dan lancar. Pada rangkap dua, penyair telah menyatakan bahawa
jika rakyat suka dan taat kepada raja, maka segala kerja akan menjadi. Hal ini dapat dibuktikan dalam
rangkap 2
Betul hati kepada raja,
Tanda jadi sebarang kerja.

Golongan pemimpin perlu bersikap adil dan tidak berat sebelah. Pemimpin yang adil adalah pemimpin
yang disembah. Raja tidak boleh cenderung untuk menyokong satu pihak dan mengabaikan satu pihak
yang lain. Bagi melaksanakan keadilan, raja perlu memahami dan menyiasat sebelum menjatuhkan
hukuman. Sekiranya, raja tidak bersikap adil dalam pemerintahan, ia akan menimbulkan keruntuhan
kestabilan Negara. Penyair menekankan tentang keadilan pada rangkap ketiga. Rangkap ketiga
menerangkan raja perlulah adil ketika menjatuhkan hukuman. Jika raja melakukan sedemikian maka,
raja akan beroleh inayat dari Tuhan dan petunjuk adalah daipada Allah. Contohnya dalam rangkap 3:-

Hukum adil atas rakyat,


Tanda raja beroleh inayat
Seterusnya, pemimpin-pemimpin perlu mempunyai nilai kasihkan orang yang berilmu dan bijak pandai.
Hal demikian kerana, apabila raja mengasihi orang yang berilmu maka raja boleh merujuk dan
menambahkan ilmu pengetahuannya dalam bidang agama dan pengurusan pentadbiran. Sebagai
pemimpin, raja perlu banyak berguru dengan para ilmuan dan merujuk kepada mereka dalam hal-hal
tertentu seperti hal keagamaan. Rangkap empat menasihati pemimpin agar mengasihi orang yang
berilmu agar beroleh rahmat. Contohnya dalam rangkap 4

Kasihkan orang yang berilmu,


Tanda rahmat atas dirimu.

Akhir sekali, Golongan raja / pemimpin perlu menghormati golongan bijak pandai. Pemimpin yang
menghormati orang yang bijak pandai akan dihormatidan disayangi oleh rakyat. Hal demikian kerana,
orang yang bijak pandai adalah orang yang mempunyai ilmu dan disegani oleh orang lain. Jika raja
menghormati orang yang bijak pandai, maka raja juga akan dihormati oleh orang lain memandangkan
ilmu yang diperoleh dapat membezakan orang yang baik dan tidak. Pemerintah akan sentiasa disanjungi
dan ditaati. Golongan bijaksana akan dapat membantu raja mengenali sesuatu perkara yang baik dan
buruk seumpama mengenali yang mana satu kain kasa dan yang mana satu kain cindai. Hal ini
ditekankan di dalam rangkap 5 oleh penyair. Contohnya rangkap 5:-

Hormat akan orang pandai,


Tanda mengenal kasa dan cindai.

Kesimpulannya, golongan pemimpin perlu memenuhi ciri-ciri seperti di atas untuk meraih taat setia
rakyat dan menjadikan negara aman dan bebas dari serangan musuh
Huraikan 5 sifat pahlawan yang ada pada Hang Tuah

Hang Tuah merupakan wira bangsa dan menjadi lambang keagungan budaya bangsa. Ketika di Benua
Keling, Hang Tuah menjadi anak angkat kepada Nala Sang Guna. Hang Tuah dikatakan memiliki wajah
yang tampan dan gagah perkasa. Terdapat beberapa bukti yang menunjukkan Hang Tuah memiliki sifat
kepahlawanan. Antaranya ialah bijak dalam memberikan idea bernas untuk memasak, berkebolehan
berbahasa asing dan mampu menjinakkan kuda teji.

Berani menanggung risiko dan tidak takut mati/tidak gentar menghadapi bahaya.
Hang Tuah menunjukkankan sifat beraninya apabila dia menyahut cabaran dan ULASAN
bertarung dengan semua perajurit Majapahit meskipun perajurit itu dikatakan
kebal. Namun Hang Tuah tidak gentar untuk berlawan dengan perajurit tua tersebut HURAIAN
demi mempertahankan raja Melaka. Beliau akhirnya berjaya membunuh Taming
Sari. Sifat ini juga telah menimbulkan rasa kagum dan hormat Betara Majapahit
kepada bangsa Melayu yang berkunjung ke Majapahit pada masa itu. Sifat Hang CONTOH
Tuah wajar dicontohi generasi kini kerana dapat menanam rasa tabah menghadapi
pelbagai ringtangan dan dugaan.
KESAN /K.KECIL

Kebijaksanaan akal dalam membuat tipu helah (muslihat atau tipu daya). Ketika berada di Majapahit,
Hang Tuah memperlihatkan kebijaksanaan akal mengatasi sebarang masalah, terutama rancangan-
rancangan Betara Majapahit dan Patih Gajah Mada menguji kekuatan atau kehandalan Hang Tuah dan
percubaan untuk membunuhnya. Contoh, Hang Tuah menggunakan tipu helah untuk membunuh
Taming Sari. Pada mulanya Hang Tuah gagal untuk mengatasi kehandalan Taming Sari, kerana Taming
Sari memiliki keris yang berkuasa ajaib dan istimewa yang menyebabkan tubuhnya kebal dan tidak lut
oleh sebarang senjata. Oleh itu Hang Tuah memperdaya Taming Sari dengan mengajaknya bertukar-
tukar keris kerana dia tahu kekuatan Taming Sari terletak pada keris tersebut.

Kesetiaan untuk sentiasa menjaga keselamatan rajanya. Tun Tuah memegang prinsip ‘Pantang Melayu
Derhaka Kepada Tuannya’. Ketika berada di Majapahit, Tun Tuah telah menggunakan sifat kepahlawan
dan kebijaksanaan akal untuk menjaga maruah dan keselamatan raja Melaka daripada dihina oleh
Betara Majapahit dan Patih Gajah Mada demi kesetiaannya kepada raja Melaka. Jika terjadi sesuatu
perkara yang memalukan, sudah tentu akan memberi aib kepada raja dan negeri Melaka. Oleh kerana
konsep kesetiaan ini ada pada diri Hang Tuah menyebabkan dia sering mendapat kekuatan dalaman
menyebabkan dia dapat mengalahkan kesemua musuhnya. Contoh, Hang Tuah berjaya membunuh
Taming Sari, dan berjaya menggagalkan segala cubaan atau ujian yang dilakukan oleh Betara Majapahit
dan Patih Gajah Mada untuk menjatuhkan maruah raja dan negeri Melaka.
Memperlihatkan sifat luar biasa, iaitu pandai dalam ilmu firasat. Hang Tuah juga mahir dalam ilmu
firasat, iaitu ilmu pengetahuan mengenai tanda-tanda pada muka, badan dan lain-lain untuk
mengetahui kelakuan atau nasib seseorang atau ilmu yang melibatkan perasaan hati akan terjadi
sesuatu sesudah melihat gejala tertentu. Contoh, melalui tilikannya, keris yang dimiliki oleh Taming Sari
mempunyai kuasa ajaib dan Hang Tuah percaya selagi keris tersebut berada di tangan Taming Sari,
tubuhnya tidak akan lut oleh sebarang senjata. Oleh itu Hang Tuah berjaya memperdaya Taming Sari
melalui helahnya mengajak Taming Sari bermuafakat dan bertukar-tukar keris dengannya. Dengan tipu
helah tersebut Hang Tuah berjaya memperolehi keris tersebut dan akhirnya berjaya membunuh Taming
Sari.

Ketangkasan dan kecekapan bermain senjata. Hang Tuah adalah seorang tokoh pahlawan yang cekap
dan mahir bermain senjata. Ilmu ini diperolehi oleh Hang Tuah setelah berguru dengan beberapa orang
guru. Antara gurunya ialah Sang Persata Nala di Gunung Wirana Pura Majapahit dan Aria Putera di Bukit
Pancalusa Singapura. Ketangkasan dan kecekapan Hang Tuah bermain senjata terbukti ketika berada di
Majapahit dimana beliau Berjaya mengalahkan musuh yang terkenal kehebatannya dan kebal. Contoh,
Hang Tuah berjaya mengelakkan tikaman dan berjaya membunuh perajurit-perajurit Majapahit,
termasuklah Taming Sari, sehingga dikagumi oleh Betara Majapahit dan Patih Gajah Mada.

Kesimpulannya sifat kepahlawanan yang ada pada diri Hang Tuah menjadikan beliau seorang yang hebat
dan digeruni oleh pihak musush. Sifat ini wajar dicontohi oleh semua orang demi mempertahankan
kedaulatan raja, bangsa dan agama.

Anda mungkin juga menyukai