Anda di halaman 1dari 4

BAHASA INDONESIA

Hikayat Hang Tuah

Bapanya bernama Hang Mahmud manakala ibunya pula ialah


Dang Merdu Wati. Bapanya juga pernah menjadi hulubalang istana yang
handal suatu ketika dulu, begitulah juga ibunya yang merupakan
keturunan dayang di istana. Hang Tuah ialah Laksamana yang terkenal
dengan kesetiaannya kepada Raja dan merupakan petarung silat yang
amat handal dan tiada tolok bandingnya.
Hang Tuah dan empat orang kawannya: Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang
Lekir dan Hang Lekiu menuntut ilmu bersama Adiputra di Gunung
Ledang. Selesai menuntut ilmu, mereka berlima kembali ke kota
Melaka.
Pada suatu hari, mereka berjaya menyelamatkan Dato' Bendahara (iaitu
Perdana Menteri) daripada seorang lelaki yang sedang mengamok. Dato'
Bendahara kagum dengan ketangkasan mereka dan menjemput mereka
semua ke rumahnya dan seterusnya mengambil mereka untuk bertugas
di istana.
Sejak itu Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya amat disayangi oleh Sultan
hinggalah Hang Tuah mendapat gelar Laksamana. Semasa mengiringi
Sultan Melaka ke Majapahit di tanah Jawa, Hang Tuah telah berjaya
membunuh seorang pendekar Jawa bernama Taming Sari. Dalam
pertarungan itu Taming Sari, seorang pendekar yang kebal yang tidak
dapat dilukakan. Tetapi Hang Tuah mengetahui bahawa
kekebalan Taming Sari terletak pada kerisnya. Oleh itu Hang Tuah
berjaya merampas keris berkenaan dan membunuh Taming Sari.

 Kata Arkais

1. Hulubalang : Panglima perang atau pemimpin pasukan


2. Tiada tolok : Tiada banding; imbangannya (yang sama)
3. Laksamana : Pangkat perwira tinggi (gelar)
4. Pendekar : Orang yang pandai bersilat; bermain pedang.

 Nilai-nilai yang terkandung

1. Nilai moral
Pada suatu hari, mereka berjaya menyelamatkan Dato' Bendahara
(iaitu Perdana Menteri) daripada seorang lelaki yang sedang
mengamok.

Alasan : Karena mereka berlima (Hang Tuah, Hang Jebat, Hang


Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu) menerapkan sikap dan perilaku
saling tolong menolok terhadap sesama.
2. Nilai sosial
Pada suatu hari, mereka berjaya menyelamatkan Dato' Bendahara
(iaitu Perdana Menteri) daripada seorang lelaki yang sedang
mengamok. Dato' Bendahara kagum dengan ketangkasan mereka dan
menjemput mereka semua ke rumahnya dan seterusnya mengambil
mereka untuk bertugas di istana.

Alasan : Di dalam kutipan tersebut, dapat kita ketahui bahwa Dato’


memberi imbalan sebagai ucapan terimakasih kepada mereka berlima
karena telah menolongnya dengan memberikan tugas di istana. Dengan
begitu Dato’ menerapkan sikap kepeduliannya.

3. Nilai Edukasi
Hang Tuah dan empat orang kawannya: Hang Jebat, Hang
Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu menuntut ilmu
bersama Adiputra di Gunung Ledang.

Alasan : Hang Tuah bersama keempat temannya mau menuntut ilmu


demi kesejahteraan hidupnya.

4. Nilai Agama
-

Anda mungkin juga menyukai