Anda di halaman 1dari 21

HIKAYAT HANG TUAH

SOALAN 1

Huraikan 5 sifat pahlawan yang ada pada Hang Tuah


[25]

Soalan bertanyakan sifat pahlawan – berani, taat dll. Jawapan di bawah berdasarkan
kisah di Majapahit. Pelajar boleh juga yang berlaku di Benua Keling. Sebab soalan tak
nyatakan dekat mana.

Antara fakta Ketika berada di Benua bapat dilihat melalui kebijaksanaannya dalam
menyelesaikan masalah, berani menjinak dan menunggang kuda yang ganas,
memperliatkan sifat luar biasa iaitu memiliki ilmu magis, Mahir dalam ilmu perubatan /
kebolehan berbahasa.

Hang Tuah merupakan wira bangsa dan menjadi lambang keagungan budaya bangsa. Hang
Tuah dikatakan memiliki wajah yang tampan dan gagah perkasa. Terdapat beberapa bukti
yang menunjukkan Hang Tuah memiliki sifat kepahlawanan. Antaranya ialah bijak dalam
mengatur strategi, berani menanggung risiko dan tidak gentar berhadapan dengan musuh
yang hebat dan kesetiaan kepada raja.

Berani menanggung risiko dan tidak takut mati/tidak gentar menghadapi


ULASAN
bahaya. Hang Tuah menunjukkankan sifat beraninya apabila dia menyahut
cabaran dan bertarung dengan semua perajurit Majapahit meskipun
perajurit itu dikatakan kebal. Namun Hang Tuah tidak gentar untuk HURAIAN
berlawan dengan perajurit tua tersebut demi mempertahankan raja
Melaka. Beliau akhirnya berjaya membunuh Taming Sari. Sifat ini juga CONTOH
telah menimbulkan rasa kagum dan hormat Betara Majapahit kepada
bangsa Melayu yang berkunjung ke Majapahit pada masa itu. Sifat Hang
Tuah wajar dicontohi generasi kini kerana dapat menanam rasa tabah KESAN /K.KECIL
menghadapi pelbagai ringtangan dan dugaan.

Kebijaksanaan akal dalam membuat tipu helah (muslihat atau tipu daya). Ketika berada di
Majapahit, Hang Tuah memperlihatkan kebijaksanaan akal mengatasi sebarang masalah,
terutama rancangan-rancangan Betara Majapahit dan Patih Gajah Mada menguji kekuatan
atau kehandalan Hang Tuah dan percubaan untuk membunuhnya. Contoh, Hang Tuah
menggunakan tipu helah untuk membunuh Taming Sari. Pada mulanya Hang Tuah gagal
untuk mengatasi kehandalan Taming Sari, kerana Taming Sari memiliki keris ajaib dan
istimewa. Keris ini menyebabkan tubuhnya kebal dan tidak lut oleh sebarang senjata. Oleh
itu Hang Tuah memperdaya Taming Sari dengan mengajaknya bertukar-tukar keris kerana
dia tahu kekuatan Taming Sari terletak pada keris tersebut.
Kesetiaan untuk sentiasa menjaga keselamatan rajanya. Tun Tuah memegang prinsip
‘Pantang Melayu Derhaka Kepada Tuannya’. Ketika berada di Majapahit, Tun Tuah telah
menggunakan sifat kepahlawan dan kebijaksanaan akal untuk menjaga maruah dan
keselamatan raja Melaka daripada dihina oleh Betara Majapahit dan Patih Gajah Mada demi
kesetiaannya kepada raja Melaka. Jika terjadi sesuatu perkara yang memalukan, sudah
tentu akan memberi aib kepada raja dan negeri Melaka. Oleh kerana konsep kesetiaan ini
ada pada diri Hang Tuah menyebabkan dia sering mendapat kekuatan dalaman
menyebabkan dia dapat mengalahkan kesemua musuhnya. Contoh, Hang Tuah berjaya
membunuh Taming Sari, dan berjaya menggagalkan segala cubaan atau ujian yang dilakukan
oleh Betara Majapahit dan Patih Gajah Mada untuk menjatuhkan maruah raja dan negeri
Melaka.

Memperlihatkan sifat luar biasa, iaitu pandai dalam ilmu firasat. Hang Tuah juga mahir
dalam ilmu firasat, iaitu ilmu pengetahuan mengenai tanda-tanda pada muka, badan dan
lain-lain untuk mengetahui kelakuan atau nasib seseorang atau ilmu yang melibatkan
perasaan hati akan terjadi sesuatu sesudah melihat gejala tertentu. Contoh, melalui
tilikannya, keris yang dimiliki oleh Taming Sari mempunyai kuasa ajaib dan Hang Tuah
percaya selagi keris tersebut berada di tangan Taming Sari, tubuhnya tidak akan lut oleh
sebarang senjata. Oleh itu Hang Tuah berjaya memperdaya Taming Sari melalui helahnya
mengajak Taming Sari bermuafakat dan bertukar-tukar keris dengannya. Dengan tipu helah
tersebut Hang Tuah berjaya memperolehi keris tersebut dan akhirnya berjaya membunuh
Taming Sari.

Ketangkasan dan kecekapan bermain senjata. Hang Tuah adalah seorang tokoh pahlawan
yang cekap dan mahir bermain senjata. Ilmu ini diperolehi oleh Hang Tuah setelah berguru
dengan beberapa orang guru. Antara gurunya ialah Sang Persata Nala di Gunung Wirana
Pura Majapahit dan Aria Putera di Bukit Pancalusa Singapura. Ketangkasan dan kecekapan
Hang Tuah bermain senjata terbukti ketika berada di Majapahit dimana beliau Berjaya
mengalahkan musuh yang terkenal kehebatannya dan kebal. Contoh, Hang Tuah berjaya
mengelakkan tikaman dan berjaya membunuh perajurit-perajurit Majapahit, termasuklah
Taming Sari, sehingga dikagumi oleh Betara Majapahit dan Patih Gajah Mada.

Kesimpulannya sifat kepahlawanan yang ada pada diri Hang Tuah menjadikan beliau
seorang yang hebat dan digeruni oleh pihak musuh. Sifat ini wajar dicontohi oleh semua
orang demi mempertahankan kedaulatan raja, bangsa dan agama.
SOALAN 2
Berdasarkan Hikayat Hang Tuah (Bab XIX – Benua Keling) sebagaimana yang termuat dalam
Teks Permata Sastera Melayu; jelaskan peristiwa yang menunjukkan Tun Tuah sebagai
watak
epik yang hebat.
[25]

Pendahuluan (perlukan 3 ayat – konsep, tema /umum/watak, fakta dalam soalan) 3M

Hikayat Hang Tuah merupakan sastera epik dan dikenali sebagai sastera kepahlawanan.
Genre ini menceritakan wira dan kepahlawanan sesuatu bangsa dan lambang keagungan
budaya bangsa. Watak utama iaitu Hang Tuah dikatakan sebagai epik yang hebat kerana
beliau memiliki ilmu kepahlawanan, keberanian, kebijaksanaan dan pandai berbahasa.

Isi – rujuk keperluan soalan (5 isi untuk 25M)


Fakta – peristiwa menunjukkan Tun Tuah watak yang epik yang hebat
Jelaskan (huraian yang mengaitkan fakta dengan contoh peristiwa
4M
Contoh peristiwa wajib ada watak dan aksi watak
Kesimpulan Kecil – kepentingan

Pertama, peristiwa ketika berbicara dengan Kisna Rayan menggunakan Bahasa


Nagaram. Hang Tuah mempunyai kebolehan berbahasa. Beliau pandai FAKTA
bertutur dalam bahasa Nagaram (hlm 52). Kebolehan menguasai pelbagai
bahasa ini, menyebabkan beliau dipilih oleh Sultan Melaka untuk menjadi HURAIAN
utusan ke Benua Keling. Ketika mengadap Kisna Rayan (Raja benua Keling-
Bijaya Nagaram), beliau telah bercakap menggunakan bahasa Nagaram ketika
menjawab soalan yang ditanya. Kebolehannya menimbulkan rasa kagum CONTOH
kerana tidak semua menteri di Benua Keling mahir dan menguasai bahasa
tersebut. Beliau telah mempelajari bahasa tersebut daripada seorang lebai. ULASAN
Tanpa kecekapan berbahasa nescaya Hang Tuah tidak dapat menjadi utusan
dan dikagumi oleh Kisna Rayan. Oleh itu, kebolehan menguasai ilmu/banyak
bahasa adalah salah satu ciri penting seorang agar dihormati dan dikagumi
oleh orang lain. KESAN /K.KECIL

Kedua, peristiwa ketangkasan dalam menunggang/menjinakkan kuda. Hang Tuah


telah diminta supaya menunggang kuda teji. Kuda teji adalah salah seekor kuda Kisna
Rayan yang sukar dikendalikan. Hang Tuah yang mempunyai ilmu menjinakkan dan
menunggang kuda, telah berjaya menjinakkan dan memacu kuda tersebut dengan
selamat iaitu dengan cara tunduk dan melindungkan kepalanya dibalik telinga kuda
tersebut. Kebolehan ini adalah salah satu bukti kehebatan dan keperwiraan beliau
ketika berada di benua Keling. Jika Hang Tuah tidak memiliki ilmu menjinakkan kuda,
nescaya beliau tidak dapat menjinakkan kuda teji yang hanya mendengar arahan
tuannya sahaja iaitu Kisna Rayan. Oleh itu, ketangkasan dalam menunggang kuda dan
memiliki ilmu menjinakkan kuda perlu untuk mengangkat martabat tokoh epik

Ketiga, peristiwa bijak menyelesaikan masalah menanak nasi dengan menggunakan


kebolehan akal fikirannya. Lazimnya, kebijaksanaan seseorang akan dikaitkan dengan
cara / tindakan seseorang menggunakan akal fikiran untik menyelesaikan sesuatu
masalah dengan jayanya. Apabila hendak memasak untuk jamuan diraja, terdapat
masalah ketiadaan kayu untuk memasak. Hang Tuah dengan bijaknya telah berjaya
menyelesaikan masalah ketiadaan kayu dengan menjadikan kain sebagai bahan api.
Kebijaksanaan Hang Tuah ini adalah salah satu bukti beliau layak digelar wira.

Seterusnya, mempunyai kebolehan yang luar biasa / ilmu magis. Hang Tuah telah
menunjukkan ilmu magis yang dianggap permainan. Beliau telah mengeluarkan suatu
benih pokok kayu. Apabila benih itu ditanam terus tumbuh serta berdaun dan sesaat
itu juga berbunga lalu berputik dan berbuah masak. Beliau telah memperolehi benih
itu melalui mimpi. Apabila sudah dimakan buahnya, dengan segera pohon itupun
ghaib. Kebolehan Hang Tuah yang luar biasa ini merupakan satu lagi bukti bahawa
beliau layak digelar wira epic dan hebat.

Akhir sekali, panjang akal dan mampu memperdaya untuk melihat Maharaja China.
Seseorang yang panjang akal mampu menyelesaikan masalah yang dihadapinya
dengan cepat. Orang yang Panjang akal sebenarnya memiliki akal yang cerdas dan
bijak. Memiliki akal yang bijak dan cerdas mampu menjadikan diri seseorang bertindak
dengan pantas apabila ditimpa masalah atau Ketika berada dalam situasi tertentu. Hal
ini dapat dilihat ketika rombongan Hang Tuah ke negeri China hendak dijamu makan,
beliau telah menyatakan bahawa orang Keling makan sayur, daun kayu dan buah
kayu. Sayur yang hendak dimakan itu pula tidak dikerat dan dibiarkan panjang -
panjang. Ketika makan Hang Tuah telah mendongakkan kepala ketika makan sayur
kangkung yang tidak dikerat itu. Pada masa itulah beliau dapat melihat Raja China
yang duduk dalam mulut naga emas bersisik. Tatkala Laksamana memandang ke atas,
Hang Tuah hendak dipenggal oleh hulubalang Raja China. Namun Raja China telah
menghalang tindakan rakyatnya kerana Hang Tuah sebenarnya telah bertindak
bijaksana.

Kesimpulan (rumusan keseluruhan, harapan, cadangan, saranan)

Nilai dan ilmu seperti bijak menyelesaikan masalah dan memiliki ilmu menjinakkan
kuda yang ada pada Hang Tuah menyebabkan beliau dihormati dan diangkat menjadi
epik yang hebat. Setiap insan perlu ada nilai dan ilmu seperti Hang Tuah agar dapat
mempertahankan diri dan keluarga.

SOALAN 3
Berdasarkan Hikayat Hang Tuah (Bab XIX) sebagaimana yang termuat dalam Permata
Sastera Melayu, huraikan kebijaksanaan yang dimiliki oleh Hang Tuah
[25]

Pelajar boleh merujuk ayat huraian, ayat penjelasan, ayat ulaskan dan bincangkan pada
jawapan yang ada dalam nota, buku rujukan,

Pengenalan
Perihal Hikayat Hang Tuah
Latar belakang Hang Tuah
2 isi penting

Bijaksana dalam menggunakan pelbagai bahasa. Akalnya bergitu hebat kerana cepat
mengusasi Bahasa asing. Sebelum datang ke Benua Keling dinyatakan bahawa Hang Tuah
telah belajar ilmu pelbagai Bahasa termasuk Bahasan Nagaram/Bahasa Keling

Bijak dan mahir dalam membuat ilmu perubatan. Mempunyai idea yang baik membuat
ramuan ubat ubatan. Ubat beranak daripada madat (candu)

Bijak menyelesaikan masalah. Fikiran beliau begitu cerdas apabila menghadapi sesuat
masalah dan dapat menyelesaikan dengan pantas.. Masalah ketiadaan kayu untuk
memasak

Bijak dalam menjinakkan binatang. Berfikir dengan tenang dan pantas bertindak sebelum
melakukan sesuatu perkara. belajar dahulu sebelum mengendalikan kuda Teji

Bijak menggunakan ilmu magis.

Bijak melakukan tipu muslihat. Akalnya begitu cerdas berfikir bagaimana cara melakukan
tipu muslihat. Dapat melihat wajah Maharaja Cina

Bijak dalam mengatur strategi untuk menyelesaikan masalah. Menggunakan kain sebagai
ganti untuk memasak nasi.
Penutup
Meyimpulkan apa yang dijelaskan atau mengemukakan pandangan/ saranan/ rumusan/
pendirian/ penilaian/harapan/refleksi

SOALAN 4
Persoalan dalam Hikayat Hang Tuah.
Persoalan secara umum dari Majapahit dan Benua Keling. Contoh peristiwa yang
mengandungi watak dan aksi watak wajib. Kalau ada petikan, pelajar boleh guna petikan
sebagai contoh. Huraian dan penjelasan / ulasan / bincangkan adalah sama sepeerti yang
ditunjukkan dalam contoh di atas /nota / buku rujukan.

Setia kepada pemerintah. Setia ialah melaksanakan amanah serta teguh hati dan tidak akan
membantah dalam apa jua arahan daripada pemerintah. Dalam Hikayat Hang Tuah, Nala
Sang Guna mencurahkan kesetiaan kepada perintah Kisna Rayan yang mengarahkan beliau
untuk menjaga rombongan Hang Tuah dan Maharaja Setia serta hulubalang yang lain yang
tiba di Benua Keling. Sebaik sahaja Kisna Rayan pulang ke Istana, Nala Sang Guna
menjemput Hang Tuah bersama rombongannya untuk diperjamu makan dan minum.
Jelaslah sikap setia terhadap pemimpin akan mewujudkan keamanan dan kesejahteraan
dalam sesebuah negara, secara tidak langsung nama baik pemimpin akan terjaga.

“ ….. Hai Nala Sang Guna; beri tempat singgah akan Laksamana dan Maharaja Setia ini;
peliharakan baik-baik; dan segala Melayu ini beri musaranya…….”

Persoalan sifat keberanian yang ada pada pahlawan Ketika menjinakkan kuda. Contohnya,
Laksamana Hang Tuah berani menunggang kuda teji yang tingginya 6 hasta,pantas berlari
seperti tidak berpijak di bumi dan buas seperti singa.

Persoalan kebijaksanaan dalam membuat helah / tipu muslihat untuk melihat muka
Maharaja. Contohnya,Hang Tuah Berjaya pandang wajah Maharaja China dengan
mendongakkan kepalanya ketika makan kangkong

Persoalan keistimewaan tokoh epik yang mampu menguasai bahasa asing. Contoh,
disebabkan Laksamana Hang Tuah mampu berbicara dengan Raja Keling dalam Bahasa
Bijaya Nagaram, Hang Tuah diberi keistimewaan untuk menghadap,berbicara dan bertemu
dengan Raja Keling dengan sendirinya.

Persoalan sikap rendah diri /Kebolehan dalam bertutur pelbagai bahasa. Contohnya,
Laksamana Hang Tuah telah mengatakan kepada Raja Keling bahawa pengetahuannya
dalam berbahasa Bijaya Nagaram hanya sedikit kerana pernah belajar dengan seorang lebai
ketika berada di Majapahit sedangkan Hang Tuah mampu bercakap dalam Bahasa Keling
dengan lancar dan lembut.

Persoalan kuasa sakti / Memiliki unsur magis. Contohnya, Hang Tuah menanam benih pokok
yang dengan serta-merta tumbuh,berdaun,berbunga,berputik,berbuah lalu masak dan
masak. Apabila buah itu dimakan oleh Kisna Rayan,pokok itu pun ghaib.

Persoalan kebijaksanaan menyelesaikan masalah. Contohnya, Hang Tuah selesaikan


masalah Nala Sang Guna yang tidak mempunyai kayu api untuk memasak jamuan untuk
Kisna Rayan telah menyuruh Nala Sang Guna agar menggunakan kain di gedungnya sebagai
pengganti kayu api.

Persoalan kepentingan ilmu perubatan. Contoh Hang Tuah pandai membuat ubat mandul
yang dipanggil madat untuk mengubati penyakit mandul pada isteri Nala Sang Guna

Persoalan menguasai ilmu kuda. Contoh Hang Tuah berjaya menunggang kuda teji yang 6
hasta tinggi,pantas dan ganas seprti singa dengan membisikkan ilmu kuda yang dipelajarinya
daripada gembala kuda di telinga kuda teji.

Persoalan sikap menghormati orang yang lebih tua. Contohnya, Laksamana Hang Tuah dan
Maharaja Setia berundur dan tunduk sebagai tanda hormat kepada isteri Nala Sang Guna
sebaik melihatnya bersama-sama Nala Sang Guna.

Persoalan sikap bermurah hati. Contohnya isteri Nala Sang Guna telah memberikan
sepersalinan tujuh semberap kepada Laksamana dan Maharaja Setia sebanyak tiga
semberap.

Persoalan sikap tolong-menolong. Contohnya, Nala Sang Guna telah memanggil semua
orang-orang kaya untuk membantunya membuat persediaan ketibaan Duli Kisna Rayan ke
rumahnya iaitu,memasak nasi,menyediakan jamuan dan tempat untuk para menteri.

Persoalan kebesaran Raja Melaka. Contohnya surat yang diutuskan oleh Raja Melaka
melalui Laksamana Hang Tuah sangat dipermuliakan oleh orang Benua Keling kerana Raja
Keling asalnya dari keturunan Raja Melaka dan juga Raja Melaja merupakan saudara tua
Raja Keling

Persoalan kekayaan pembesar Benua Keling. Contohnya Nala Sang Guna merupakan
saudagar Benua Keling yang memiliki kekayaan yang melimpah dengan dua puluh gedung
berisi emas, perak tujuh buah, gedung dagangan, dan tiga ribu hamba.

SOALAN 5

NILAI / PENGAJARAN / MESEJ


1. Nilai setia kepada raja. Contohnya Hang Tuah patuhi arahan Raja Melaka dengan
menjadi utusan ke Benua Keling dan Cina

2. Nilai bijaksana. Contohnya Hang Tuah bijak menggantikan kayu api dengan kain
yang dicelup minyak semasa ketiadaan kayu api.

3. Bijaksana membuat tipu muslihat. Contohnya Hang Tuah meminta agar sayur
jamuannya hanya dipotong panjang-panjang agar dapat mendongakkan kepalanya untuk
melihat Maharaja China

4. Nilai hormat akan orang lebih tua. Contohnya Hang Tuah menunduk hormat
sebaik melihat Nala Sang Guna dan isterinya

5. Nilai berani. Contohnya Hang Tuah berani menunggang kuda teji setinggi 6
hasta, laju seperti tidak berpijak di bumi dan buas seperti singa

6. Nilai rendah diri. Contohnya Hang Tuah merendah diri mengatakan bahawa beliau
hanya tahu bercakap bahasa Bijaya Nagaram sedikit sahaja ketika dipuji Raja
Benua Keling iaitu Kisna Rayan.

7. Mahir berbahasa asing. Contohnya Hang Tuah mahir berbicara Bijaya Nagaram
apabila menghadap Kisna Rayan

8. Mempunyai ilmu perubatan. Contoh Hang Tuah pandai membuat ubat mandul yang
dipanggil madat untuk mengubati penyakit mandul pada isteri Nala Sang Guna

SOALAN 6
GALURKAN PERISTIWA

Baca petikan prosa di bawah dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

Maka Seri Betara berlengkaplah akan pekerjaan Raden Galuh Emas Ayu akan kahwin
dengan Raja Melaka ini. Maka segala raja-raja dan adipati yang takluk ke Majapahit itu pun
datanglah dengan anak isterinya beratus-ratus, segala lurah tanah Jawa itu datang. Maka
Patih Gajah Mada pun masuk berdatang sembah, “ Ya Tuanku Paduka Gajah Mada pun
masuk berdatang sembah, “Ya Tuanku Paduka Betara, akan sekarang ini segala raja-raja dan
adipati yang takluk ke bawah duli tuanku itu telah datanglah dengan segala isterinya dan
persembahnya.” Setelah Seri Betara mendengar sembah Patih Gajah Mada demikian itu,
maka titah Seri Bentara, “ Jika demikian, berlengkaplah Patih Gajah Mada, kita hendak
memulai pekerjaan berjaga-jaga.” Maka sembah Patih Gajah Mada, “Daulat Tuanku Andika
Betara,” Maka Patih Gajah Mada pun menyembah lalu keluar mengerahkan segala raja-raja
dan adipati dan segala pegawai dan priayi berhimpun masuk ke peseban dan mengerahkan
segala raja-raja dan segala rakyat memalu bunyi-bunyian daripada gendang, serunai, medali,
nafiri, samping, sekati, ceracap, terlalu ramai orang berjaga-jaga itu dalam negeri Betara.
Maka bunyi-bunyian pun dipalu oranglah terlalu ramai.

Maka sembah Patih Kerma Wijaya, “ Ya Tuanku Syah Alam, patik dengan khabarnya
segala raja-raja dan adipati sudah datang berhimpun; itulah maka Seri Betara memulai
pekerjaan berjaga-jaga. Pada bicara patik, baik juga Duli Yang Dipertuan menyembahkan
belanja itu pada hari inilah.” Maka sembah Bentara Tun Tuah , “ Benarlah, tuanku, sembah
patik itu, kerana paduka ayahanda itu raja besar pada zaman ini, supaya terberat pada
matanya; jangan dikata oleh segala raja-raja yang banyak itu dan segala orang sekalian akan
Duli Yang Dipertuan miskin, dipungut akan menantu oleh Seri Betara.”

Maka raja pun berlengkaplah persembahan emas belanja akan Seri Betara itu, emas
tujuh bahara dan kain tujuh peti dan perempuan dayang-dayang tujuh puluh, baik rupanya,
dan kain bersugi dan tepi tujuh helai; lain daripada itu beberapa pula persembahan Raja
Melaka. Yang membawa persembahan itu Tun Utama dan Patih Kerma Wijaya dan Tun Bija
Sura dan Tun Ratna Diraja. Maka persembahan itu pun diarak oranglah, terlalu banyak
orang mengiringkan dia. Dan orang yang membawa persembahan itu pun baik-baik
rupanya, seperti dalam tulis rupanya.

(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia, [peny.]. 2012“Hikayat Hang Tuah (Bab VII)”
dalam Permata Sastera Melayu,Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Halaman 37-38)

Galurkan peristiwa perkahwinan Raja Melaka dengan Raden Galuh Emas Ayu.
[25m]

Pendahuluan [3]

- Tema Hikayat Hang Tuah Bab VII


- Latar belakang Raden Galuh Emas Ayu dgn Raja Melaka.
- Menyenaraikan isi/fakta

Mempersiapkan kelengkapan. Mengistiharkan perkahwinan Raden Galuh Emas Ayu (RGEA)


dengan Raja Melaka, oleh itu semua pembesar dari seluruh negeri Majapahit akan hadir
bersama dengan isteri dan jumlah mereka sangat ramai sehingga beratus-ratus. Contohnya :

“Maka Seri Betara berlengkaplah akan pekerjaan Raden Galuh Emas Ayu akan
kahwin dengan Raja Melaka ini. Maka segala raja-raja dan adipati yang takluk
ke Majapahit itu pun datanglah dengan anak isterinya beratus-ratus, segala
lurah tanah Jawa itu datang,”

Memulai pekerjaan berjaga-jaga. Setelah datang para pembesar negeri, Seri Bentara
mengarah Patih Gajah Mada menyediakan kelengkapan negara untuk mengadakan adat
pekerjaan berjaga-jaga yang memakan masa yang lama. Contohnya :
Setelah Seri Betara mendengar sembah Patih Gajah Mada demikian itu, maka
titah Seri Bentara, “ Jika demikian, berlengkaplah Patih Gajah Mada, kita
hendak memulai pekerjaan berjaga-jaga.”

Semua pembesar Jawa berkumpul. Patih Gajah Mada pun memanggil semua raja-raja dan
pembesarnya untuk berkumpul di balai penghadapan dan mengarah mereka memalu alat
bunyian tanda kerja raja bermula. Contohnya

“Maka Patih Gajah Mada pun menyembah lalu keluar mengerahkan segala raja-
raja dan adipati dan segala pegawai dan priayi berhimpun masuk ke peseban
dan mengerahkan segala raja-raja dan segala rakyat memalu bunyi-bunyian”

Bunyi-bunyian dipalu. Sebarang kerja raja akan dimulai dengan paluan alat bunyi di serata
negeri untuk memaklumkan bahawa perkahwinan RGEA dengan Raja Melaka bermula dan
ramai rakyat akan terlibat dalam majlis ini. Contohnya

“segala rakyat memalu bunyi-bunyian daripada gendang, serunai, medali,


nafiri, samping, sekati, ceracap, terlalu ramai orang berjaga-jaga itu dalam
negeri Betara. Maka bunyi-bunyian pun dipalu oranglah terlalu ramai.”

Raja Melaka menyediakan wang belanja. Pihak pengantin lelaki akan menyediakan segala
perbelanjaan dan hantaran kepada pihak perempuan akan majlis berjalan dengan lancar
dan tidak memalukan pihak lelaki dengan menunjukkan kekayaan. Contoh 1 :

Pada bicara patik, baik juga Duli Yang Dipertuan menyembahkan belanja itu
pada hari inilah.” Maka sembah Bentara Tun Tuah ,

“Maka raja pun berlengkaplah persembahan emas belanja akan Seri Betara
itu, emas tujuh bahara”.

Raja Melaka menyediakan hantaran lain. Selain daripada wang belanja pihak lelaki juga
akan menyediakan untuk keperluan pihak perempuan seperti kain, pengasuh dan pelbagai
kelengkapan lain bagi kegunaan seharian. Contohnya :

“ dan kain tujuh peti dan perempuan dayang-dayang tujuh puluh, baik
rupanya, dan kain bersugi dan tepi tujuh helai; lain daripada itu beberapa
pula persembahan Raja Melaka”.

Semua Wang Belanja dan hantaran diarak. Emas belanja dan hantaran hendaklah diarak
beramai-ramai untuk menunjukkan kemeriahan dalam majlis perkahwinan. Perarakan
menghantar hantaran biasa dibawa oleh golongan pembesar dengan diiringi oleh rakyat
yang mempunyai rupa paras yang cantik serta tampan. Contohnya :
“Yang membawa persembahan itu Tun Utama dan Patih Kerma Wijaya dan
Tun Bija Sura dan Tun Ratna Diraja. Maka persembahan itu pun diarak
oranglah, terlalu banyak orang mengiringkan dia. Dan orang yang membawa
persembahan itu pun baik-baik rupanya, seperti dalam tulis rupanya”.

SOALAN 7
Galurkan peristiwa selepas petikan (Pelajar perlu galurkan mengikut kronologi)

Hasrat Nala Sang Guna hendak memiliki anak. Nala Sang Guna bertanya kepada Hang Tuah
sekiranya beliau tahu untuk membuat ubat beranak. Ini kerana tidak ada seorang yang tahu
membuat ubat beranak.

Membuat ubat beranak/ubat madat/ubat mandul. Hang Tuah berjanji dengan Nala Sang
Guna, beliau akan membuat ubat tersebut. Nala Sang Guna amat sukacita apabila
mendengar berita tentang kesanggupan Hang Tuah untuk menghasilkan ubat beranak

Laksamana melihat kekayaan Nala Sang Guna. Hang Tuah berasa kagum melihat kekayaan
saudagar dari Benua Keling yang teramat kaya. Hang Tuah berpendapat kekayaan sepuluh
raja Melayu tidak dapat menandangi kekayaan saudagar Benua Keling yang teramat kaya.

Laksamana mengadap Krisna Rayan. Laksamana dan Nala Sang Guna pergi mengadap Kisna
Raya setelah dipanggil. Kisna Rayan meminta Hang Tuah menunggang kuda teji. Laksamana
menyatakan kesanggupan beliau untuk menunggang kuda tersebut.

Laksamana meminta gembala kuda mengajar cara untuk menaiki kuda teji. Sebelum
menaiki kuda teji, Hang Tuah meminta gembala kuda mengajarkannya cara-cara untuk
menunggang kuda tersebut yang diumpamakan seperti seekor harimau. Setelah
mengetahui cara-caranya, Hang Tuah berjaya menunggang kuda teji.

Kisna Rayan kagum dengan Laksamana. Kisna Rayan kagum dan memuji Hang Tuah kerana
berjaya menunggang kuda teji sedangkan kebanyakan hulubalangnya gagal menunggang
kuda tersebut. Kisna Rayan memuji Hang Tuah sebagai seorang hulubalang yang besar dan
tidak dapat ditandangi oleh hulubalang yang berada di Benua Keling.

Nala Sang Guna memanggil saudagar dan ahli keluarganya. Nala Sang Guna memanggil
saudagar serta ahli keluarganya untuk membantunya membuat persiapan kerana Raja
Benua Keling iaitu Kisna Rayan, raja-raja ingin datang ke rumah Nala Sang Guna untuk
santapan.

Arahan tidak menjual kayu api. Kisna Rayan mengarahkan agar semua penjual kayu api di
Benua Keling tidak menjual kayu api kepada Nala Sang Guna. Sesiapa yang menjual kayu api
kepada Nala Sang Guna akan dijatuhkan hukuman bunuh. Nala Sang Guna berasa hairan
kerana tidak ada seorang pun yang sanggup menjual kayu api kepadanya.

Hang Tuah memberi cadangan. Hang Tuah mencadangkan Nala Sang Guna menggunakan
kain yang dicelup dengan minyak sebagai menggantikan kayu api. Cadangan Hang Tuah
dapat menyelesaikan masalah Nala Sang Guna yang ketiadaan kayu api untuk memasak.
Akhirnya Nala Sang Guna dapat menyiapkan makanan dan jamuan dapat dilaksanakan pada
masa yang ditetapkan.

HIKAYAT PELANDUK JENAKA

SOALAN 1
Baca petikan di bawah ini dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

Setelah itu segala isi rimba itu pun pergilah pula mengambil ikan, tinggal Sang
Harimau pula yang menunggu ikan bertimbun-timbun itu. Maka kata raksasa, “hai harimau,
mintaklah aku ikanmu itu?’

Maka harimau itu pun terkejut lalu lari. Sangkanya ia hendak diterkam oleh raksasa
itu, sambil ia berkata dalam hatinya, “sungguhlah seperti kata seladang itu; tubuhnya besar
panjang dan matanya merah seperti api bernyala rupanya. Baiklah aku cepat lari; jikalau
tidak nescaya matilah aku dimakan oleh si kutuk ini.”

Apabila didengar oleh Sang Badak akan suara raksasa itu, maka ia pun menoleh ke
belakang, dilihatnya iaitu raksasa dengan besar panjangnya. Pada sangkaannya raksasa itu
hendak menerkam dia lalu ia pun melompat dan terlanggar kepada pondoknya itu habis
roboh-roboh, kemudian lari pula lintang pukang dan jatuh bangun hingga pecah-pecah
badannya berhamburan keluar darah tidak dirasainya. Ia lari juga. Setelah beberapa lamanya
lari itu, ia pun berhentilah seraya melihat ke belakang. Rupanya raksasa itu tiada mengejar
dia. Maka katanya, ” Nyarislah aku mati dimakan oleh sikutuk jahanam itu; terlalu dasyat
rupanya; patutlah kawan-kawan ku yang menunggu ikan itu memberikan dia kesemuanya.’

(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny], 2012.


Permata Sastera Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka) hlm. 79

a) Huraikan tiga pengajaran yang dipelajari oleh binatang di hutan seperti yang terdapat
dalam petikan di atas. [9]
Pelajar perlu cari fakta dan contoh yang ada dalam petikan

Tiga pengajaran yang dipelajari oleh binatang di hutan seperti yang terdapat dalam petikan
di atas ialah

Pemimpin hendaklah pintar dalam menyelesaikan masalah (unsur pengajaran). Dalam


hikayat Pelanduk Jenaka iaitu Tuan Sheikh Alam Dirimba digambarkan sebagai mempunyai
fizikal yang kecil, namun memiliki kebijaksanaan dan nilai kepimpinan yang luar biasa dan
mampu menjadi pemimpin kepada penghuni rimba yang lain termasuk singa, beruang,
badak dan lain-lain. Nilai kebijaksanaan dan kepimpinan penting bagi menyatu padukan
rakyat dan ketika menyelesaikan masalah. Tuan Sheikh Alam telah memberikan lima
amanat agar semua penghuni hutan dapat hidup dalam keadaan aman. Hasilnya, Tuan Seikh
Alam Dirimba dan penghuni rimba dapat mengalahkan raksasa dengan menggunakan tipu
muslihat dan kerjasama di antara satu sama lain. Oleh itu pemimpin yang berwibawa perlu
mempunyai nilai kebijaksanaan dan daya kepimpinan yang unggul demi menjaga keamanan
negara.
Bermuafakat/kerjasama sesama ahli masyarakat dalam menyelesaikan masalah. Sikap kerjasama
penting terutama dalam kehidupan bermasyarakat kerana sesuatu kerja menjadi mudah, dapat
diselesaikan dengan baik dan mewujudkan hubungan baik yang membawa kepada keharmonian
hidup. Contohnya Tuan Syeikh Alam di-Rimba mengingatkan penghuni rimba supaya bermuafakat
terutama dalam mengatasi sebarang masalah yang menimpa.

Menjauhi sikap menganiyai/menzalimi/menindas orang lain. Sikap seumpama ini akan memberi
kesan yang buruk kepada orang lain dan juga diri sendiri.Penganiyaan ini akan mendatangkan
kesusahan atau memberi kemudaratan kepada orang lain. Malah kita akan dibenci oleh masyarakat
dan akan menerima balasan yang tidak baik. Contohnya raksasa yang menganiyai penghuni rimba
dengan merampas hasil tangkapan akhirnya telah mati dibunuh.

Mengelakkan daripada sikap dengki dan fitnah dengan orang lain. Sikap dengki dan fitnah
akan menimbulkan perasaan tidak puas hati,suka berdendam dan tidak bersyukur dengan
apa yang kita perolehi. Malah akan memecah belahkan hubungan dalam masyarakat dan
memberi kesan buruk kepada keharmonian hidup. Contohnya Syeikh Alam di- Rimba
mengingatkan penghuni rimba supaya menggelakkan sikap dengki dan fitnah. Kesannya
hidup menjadi lebih aman dan harmoni.

Mentaati dan menghormati pemimpin/ketua. Pemimpin/ketua merupakan orang yang


mempunyai kuasa dan tanggungjawab untuk menguruskan dan menyelaraskan aktiviti
orang di bawah pimpinannya bagi keharmonian sesebuah masyarakat. Setiap arahan
pemimpin /ketua perlu dipatuhi untuk melahirkan ketaatan dan penghormatan . Contohnya
Tuan Syeikh Alam di- Rimba mengingatkan penghuni rimba agar melaporkan sebarang
kejadian kepadanya dalam tempoh tujuh hari selepas perjumpaan tetapi tidak dipatuhi oleh
mereka.Akibatnya mereka telah menghadapi ancaman raksasa yang merampas hasil
tangkapan mereka dan menghuru-hara ketenteraman hidup mereka.

Menggunakan kebijaksanaan akal fikiran dalam menanggani sesuatu masalah.


Kebijaksanaan penting dalam menyelesaikan masalah supaya sesuatu yang dirancang dapat
dilaksanakan dengan baik. Malah kita dapat bertindak secara rasional dengan memikirkan
tentang buruk baik tindakan yang diambil. Kebiasaannya kita akan menemui kejayaan atau
masalah dapat diselesaikan dengan baik. Contohnya kebijaksanaan Tuan Syeikh Alam di -
Rimba telah berjaya menewaskan raksasa yang mempunyai fizikal yang besar berbanding
dengannya.

(b) Berdasarkan keseluruhan cerita dalam “Hikayat Pelanduk Jenaka”, Bincangkan empat
peranan Tuan Syeikh Alam Dirimba sebagai seorang pemimpin yang
bertanggungjawab terhadap penghuni rimba.
[16]

Isi – rujuk keperluan soalan (jika pecahan - bahagi markah dengan 3M)
Fakta – peranan/tanggungjawab TSADR sebagai pemimpin
Ayat perbincangan –perlu ada pro kontra (jika maka) 4M
perbincangan yang menunjukkan TSADR seorang yang bertanggungjawab
Contoh peristiwa
Kesimpulan Kecil – kepentingan (nak letak boleh)

Empat peranan / tanggungjawab Tuan Syeikh Alam Dirimba sebagai seorang pemimpin yang
bertanggungjawab terhadap penghuni rimba adalah seperti berikut:-

Bertanggungjawab menjaga dan mewujudkan keamanan penghuni rimba. Seseorang


pemimpin bertanggungjawab dalam memastikan kehidupan rakyat di bawah pimpinannya
hidup dalam aman dan harmoni. Sekiranya keamanan tidak diwujudkan, penghuni rimb
akan berpecah belah. TSDR bertanggungjawab menasihati penghuni rimba agar hidup
bersatu padu, elakkan daripada perpecahan, bermuafakat, dan tidak dengki demi
mamastikan keamanan rimba berkekalan. Contohnya TSADR memberi amanat kepada
penghuni rimba apabila firasatnya menyatakan bahawa ada peristiwa buruk yang akan
berlaku. Dengan ini........

Bertanggungjawab menyelesaikan masalah penghuni rimba dengan bijaksana. Sebagai


pemimpin, seharusnya bertanggungjawab menyelesaikan setiap kesulitan yang dihadapi
oleh rakyat pimpinannya. Sekiranya pemimpin gagal menyelesaikan masalah rakyat, sudah
tentu rakyat akan berada dalam kesulitan dan kesengsaraan. TSADR menggalas
tanggungjawab membunuh raksasa yang mengancam penghuni rimba apabila diminta oleh
penghuni rimba untuk menyelesaikan masalah tersebut. Beliau menggunakan tipu helah
untuk mengalahkan raksasa. Dengan ini.....
Bertanggungjawab merancang strategi dan memimpin rakyat dalam menumpaskan
musuh. Seseorang pemimpin yang bertanggungjawab akan berusaha untuk menghapuskan
musuh dengan cara mengatur strategi untuk menumpaskan musuh demi keselamatan
rakyat di bawah pimpinannya. Beliau juga seharusnya mampu menjadi ketua ketika
berhadapan dengan musuh. Sekiranya tiada tindakan diambil sudah pasti rakyat akan
diancam bahaya. Contohnya TSADR telah meminta tempoh selama 7 hari untuk beliau
merangka strategi bagi mengatasi masalah raksasa. Dengan .........

Prihatin dan bertanggungjawab menegur kesilapan rakyat. Seorang pemimpin juga harus
memainkan peranan dalam menegur setiap kesalahan orang yang di bawah pmpinannya
demi kepentingan komuniti pimpinannya. Pemimpin juga seharusnya prihatin terhadap nasib
yang menimpa rakyatnya.Jika..............maka.....................TSADR dengan berani telah
menegur sikap Badak yang sombong dan bercakap bohong ketika melawat Badak yang sakit.
Dengan......

Memastikan penghuni rimba hidup bersatu/muafakat. Seseorang pemimpin yang berjaya


haruslah berupaya mewujudkan muafakat dalam kalangan rakyat pimpinannya. Wujudnya
muafakat sudah pasti setiap masalah dapat diselesaikan dengan mudah. Misalnya Syeikh
Alam telah berjaya mewujudkan muafakat dalam kalangan penghuni rimba untuk
membunuh raksasa yang mengganggu ketenteraman mereka.
Jika………………………….maka………………………….Dengan ini………………..

SOALAN 2
Cerita binatang adalah merupakan sastera rakyat (sastera lisan) yang disampaikan secara
lisan dari satu generasi kepada generasi yang lain. Cerita binatang ini dipercayai cerita
tertua, sama usianya dengan cerita asal usul. Berdasarkan cerita dalam “Hikayat Pelanduk
Jenaka” yang termuat dalam Permata Sastera Melayu;

(a) Jelaskan fungsi sastera rakyat dalam masyarakat Melayu Tradisional.


[9]
(b) Huraikan persamaan kehidupan manusia dengan kehidupan masyarakat binatang
dalam Hikayat Pelanduk Jenaka.
[16]

Soalan pecahan tidak perlu pendahuluan. Namun perlu ada ayat permulaan
Isi – rujuk keperluan soalan (jika pecahan - bahagi markah dengan 3M)
Fakta – fungsi
Jelaskan (hurai dan ulas) 3M
Contoh peristiwa
Kesimpulan Kecil – kepentingan (nak letak boleh)
Fungsi sastera rakyat dalam masyarakat Melayu tradisional ialah:
Berfungsi alat didaktik /memberi pengajaran dan pendidikan. Sastera rakyat adalah
bersifat didaktif iaitu mengandungi unsur pengajaran dan pendidikan moral kepada
masyarakat. Cerita-cerita lisan ini terselit pengajaran dan teladan, yang sangat berguna
sebagai panduan ke arah kesejahteraan hidup masyarakat. Misalnya anak-anak diajar agar
tidak mengamalkan sifat tamak, takbur, sombong dan bongkak seperti mana yang terdapat
pada sifat-sifat tertentu binatang seperti Sang Beruang dalam Hikayat Pelanduk Jenaka.
Begitu juga dalam cerita-cerita binatang ini juga ditonjolkan sifat kesetiaan kepada
pemimpin, sikap dan amalan gotong-royong, kerjasama dan tolong-menolong yang banyak
membawa manfaat dan keberkatan terutama dalam mewujudkan sebuah masyarakat yang
harmoni dan sejahtera. Contoh Tuan Sheikh Alam Dirimba memberi 5 amanat kepada
penghuni rimba / TSADR telah menegur badak yang berbohong tentang perlawanannya
dengan raksasa. Sedangkan badannya luka akibat tercalar dan cedera terkena ranting ketika
lari ketakutan. Jelaslah di sini peranan cerita sebagai alat didaktik perlu untuk membentuk
peribadi yang mulia.

Kedua, berfungsi sebagai alat komunikasi dan memberi kritikan secara halus. Cerita
binatang juga digunakan sebagai saluran komunikasi untuk membuat kritikan atau sindiran
terhadap golongan tertentu terutama kepada golongan yang sering mengambil kesempatan
ke atas golongan yang lemah untuk kepentingan diri. Misalnya dalam Hikayat Pelanduk
Jenaka, mengkritik sesetengah golongan yang kuat yang suka menindas golongan yang
lemah. Raksasa telah menindas binatang di rimba seperti kera, kijang, badak dan lain-lain
dengan memakan ikan yang telah dikumpulkan oleh binatang tersebut untuk diberi kepada
anak isteri mereka dan akhirnya Raksasa telah menerima akibat dari perbuatannya itu.

Akhir sekali, sebagai gambaran masyarakat melayu tradisional / world-view bangsa yang
mendukung cerita tersebut. Cerita binatang menggambarkan hidup dalam kelompok
masyarakat binatang tetapi digambarkan menyerupai manusia. Oleh itu, melalui cerita-
cerita ini dapat digambarkan tentang kehidupan masyarakat pada zaman tersebut. Misalnya
melalui cerita Hikayat Pelanduk Jenaka menggambarkan kehidupan masyarakat Melayu
Tradisional yang hidup bermuafakat dan saling membantu dalam menyelesaikan sesuatu
perkara. Contoh Tuan Sheikh Alam Dirimba selaku pemimpin memberi 5 amanat kepada
penghuni rimba. Antara amanat tersebut ialah bermuafakat dalam melakukan sebarang
kerja.

SOALAN 3

Isi – rujuk keperluan soalan (jika pecahan - bahagi markah dengan 3M)
Fakta – persamaan kehidupan binatang dengan kehidupan manusia
Huraian dan contoh peristiwa 4M
Ulasan tentang contoh peristiwa
Kesimpulan Kecil – kepentingan (nak letak boleh)

Persamaan kehidupan manusia dengan kehidupan masyarakat binatang dalam Hikayat


Pelanduk Jenaka adalah seperti berikut:-

Mempunyai pemimpin yang bijak menyusun strategi untuk menyelesaikan masalah /


bertanggungjawab. Dalam hikayat Pelanduk Jenaka iaitu Tuan Sheikh Alam Dirimba
digambarkan sebagai mempunyai fizikal yang kecil, namun memiliki kebijaksanaan dan nilai
kepimpinan yang luar biasa dan mampu menjadi pemimpin kepada penghuni rimba yang
lain termasuk singa, beruang, badak dan lain-lain sama seperti pemimpin dalam kalangan
manusia. Nilai kebijaksanaan dan kepimpinan penting bagi menyatu padukan rakyat dan
ketika menyelesaikan masalah. Tuan Sheikh Alam telah memberikan lima amanat agar
semua penghuni hutan dapat hidup dalam keadaan aman. Hasilnya, Tuan Seikh Alam
Dirimba dan penghuni rimba dapat mengalahkan raksasa dengan menggunakan tipu
muslihat dan kerjasama di antara satu sama lain. Oleh itu pemimpin yang berwibawa perlu
mempunyai nilai kebijaksanaan dan daya kepimpinan yang unggul demi menjaga keamanan
negara.

Bermuafakat/kerjasama sesama ahli masyarakat dalam menyelesaikan masalah. Sikap


kerjasama penting terutama dalam kehidupan bermasyarakat kerana sesuatu kerja menjadi
mudah, dapat diselesaikan dengan baik dan mewujudkan hubungan baik yang membawa
kepada keharmonian hidup. Contohnya Tuan Syeikh Alam di-Rimba memberi anamat dan
mengingatkan penghuni rimba supaya bermuafakat terutama dalam mengatasi sebarang
masalah yang menimpa. Penghuni rimba telah bekerjasama dalam mengalahkan raksasa.
Oleh itu, sikap negetif ini perlu dijauhi agar....

Memiliki sikap menganiyai/menzalimi/menindas orang lain. Sikap seumpama ini akan


memberi kesan yang buruk kepada orang lain dan juga diri sendiri. Malah kita akan dibenci
oleh masyarakat dan akan menerima balasan yang tidak baik. Contohnya raksasa yang
menganiyai penghuni rimba dengan merampas hasil tangkapan akhirnya telah mati
dibunuh. Oleh itu..........

Mentaati dan menghormati pemimpin/ketua. Pemimpin/ketua merupakan orang yang


mempunyai kuasa dan tanggungjawab untuk menguruskan dan menyelaraskan aktiviti
orang di bawah pimpinannya bagi keharmonian sesebuah masyarakat. Setiap arahan
pemimpin /ketua perlu dipatuhi untuk melahirkan ketaatan dan penghormatan. Contohnya
Tuan Syeikh Alam di- Rimba mengingatkan penghuni rimba agar melaporkan sebarang
kejadian kepadanya dalam tempoh tujuh hari selepas perjumpaan tetapi tidak dipatuhi oleh
mereka. Akibatnya mereka telah menghadapi ancaman raksasa yang merampas hasil
tangkapan mereka dan menghuru-hara ketenteraman hidup mereka. Oleh
itu,................................

SOALAN 4
a) Huraikan tiga pengalaman pahit yang dilalui oleh binatang di hutan [9]

b) Berdasarkan keseluruhan cerita dalam “Hikayat Pelanduk Jenaka” ,


Bincangkan empat peranan Tuan Syeikh Alam Dirimba sebagai seorang
pemimpin yang bertanggungjawab terhadap penghuni rimba.
[16]

Soalan pecahan tidak perlu pendahuluan. Namun perlu ada ayat permulaan
Isi – rujuk keperluan soalan (jika pecahan - bahagi markah dengan 3M)
Fakta – tiga pengalaman pahit
Ayat huraian 3M
Contoh peristiwa
Kesimpulan Kecil – kepentingan (nak letak boleh)

Tiga pengalaman pahit yang dilalui oleh binatang di hutan ialah:


Pertama, ancaman oleh raksasa yang menyebabkan semua penghuni rimba takut untuk
keluar mencari makanan. Haiwan di hutan takut untuk mencari ikan di Sungai Tinam kerana
takutkan ancaman raksasa. Sang Harimau, seladang, beruang dan badak berasa amat
terkejut dan lari lintang pukang apabila ditegur oleh raksasa meskipun mereka merupakan
binatang yang besar kuat. Mereka menyangka raksasa akan menerkam dan mereka akan
mati dimakan oleh raksasa. Pengalaman pahit ini, menyebabkan mereka ketakutan,
kehilangan punca rezeki dan kelaparan.

Seterusnya, penghuni rimba ditimpa kecederaan semasa menyelamatkan diri. Semasa


berhadapan dengan raksasa, binatang di hutan terpaksa melarikan diri. Dalam usaha
menyelamatkan diri, mereka melanggar apa-apa sahaja halangan dan mengalami
kecederaan yang serius. Sang Badak ketika melarikan diri dari raksasa telah melanggar
pondok sehingga roboh dan lari lintang pukang tanpa sedari sehingga badannya pecah dan
luka serta tidak menyedari darah yang mengalir. Pengalaman pahit ini menyebabkan
penghuni rimba takut untuk keluar mencari makanan.

Akhir sekali, kesukaran mendapatkan makanan dan hilang punca rezeki. Haiwan-haiwan di
hutan menghadapi kesukaran untuk mendapatkan ikan sebagai makanan kerana mereka
akan diganggu oleh raksasa. Sang Harimau dan Sang Badak gagal dalam usaha mereka untuk
menghalang ikan daripada dicuri oleh raksasa. Mereka terpaksa meninggalkan ikan yang
telah ditangkap kerana takut kepada raksasa. Pengalaman pahit ini menyebabkan penghuni
rimba menderita kelaparan.

SOALAN 5
Huraikan citra masyarakat berdasarkan Hikayat Pelanduk Jenaka (Syeikh Alam Berlawan
dengan Raksasa) sebagaimana yang termuat Permata Sastera Melayu.
[25]

Pengenalan [3 markah]

- Definisi konsep citra masyarakat. Imej atau gambaran tentang sesebuah masyarakat.
Gambaran itu juga dilihat dari aspek sikap sekelompok masyarakat.
- Latar/belakang Hikayat Pelanduk Jenaka
- Senarai 2 isi

Cara jawab nilai/ pemikiran/ gambaran masyarakat /unsur pengajaran dan pendidikan
moral. Fakta ikut kata kunci soalan. Fakta boleh dicari menerusi 5 amanat dan 5 peristiwa
penting yang dibincang. Contoh

Pemimpin yang pintar dan mempunyai daya kepimpinan yang unggul.


(Gambaran Masyarakat / pemikiran /pendidikan moral) FAKTA
Pemimpin hendaklah pintar dalam menyelesaikan masalah (unsur
pengajaran)
Pemimpin Yang Pintar / Bijaksana. (Nilai / Sifat Watak)
Dalam hikayat Pelanduk Jenaka iaitu Tuan Sheikh Alam Dirimba
HURAIAN
digambarkan sebagai mempunyai fizikal yang kecil, namun memiliki
kebijaksanaan dan nilai kepimpinan yang luar biasa dan mampu menjadi
pemimpin kepada penghuni rimba yang lain termasuk singa, beruang,
badak dan lain-lain. Nilai kebijaksanaan dan kepimpinan penting bagi CONTOH
menyatu padukan rakyat dan ketika menyelesaikan masalah. Tuan Sheikh
Alam telah memberikan lima amanat agar semua penghuni hutan dapat
hidup dalam keadaan aman. Hasilnya, Tuan Seikh Alam Dirimba dan ULASAN /
penghuni rimba dapat mengalahkan raksasa dengan menggunakan tipu BINCANG
muslihat dan kerjasama di antara satu sama lain. Oleh itu pemimpin yang
berwibawa perlu mempunyai nilai kebijaksanaan dan daya kepimpinan
KESAN /K.KECIL
yang unggul demi menjaga keamanan negara.
Bermuafakat/kerjasama sesama ahli masyarakat dalam menyelesaikan masalah. Amalan
bekerjasama untuk melakukan sesuatu kerja menyebabkan kerja dapat dilaksanakan dengan
lebih mudah dan sempurna.Malah amalan ini akan mewujudkan hubungan erat serta sikap
tolenrasi antara satu sama lain terutamanya dalam hidup bermasyarakat. Contohnya Tuan
Syeikh Alam di-Rimba mengingatkan penghuni rimba supaya bermuafakat terutama
dalammengatasi sebarang masalah yang menimpa. Sikap kerjasama binatang-binatang di
rimba dalam mencari rezeki di Sungai Tinam menjadikan hidup mereka aman dan damai.
Kesan : Bergotong-royong dan bekerjasama dalam masyarakat kampung / sekolah /
komuniti

Tolong-menolong. Sikap suka menolong dan membantu orang lain adalah amalan yang
mulia. Ini adalah kerana, dengan bantuan yang dihulurkan, berkemungkinan akan dapat
menyelesaikan masalah yang dihadapi. Sikap tolong-menolong dalam kalangan masyarakat
akan melahirkan masyarakat yang harmoni dan berkasih sayang. Tuan Syeikh Alam di-
Rimbatelah menolong binatang-binatang yang tinggal di Sungai Tinam daripada ancaman
raksasa. Tuan Syeikh Alam di-Rimba telah menolong segala isi rimba dengan membunuh
raksasa yang mengancam isi rimba. Sikap tolong-menolong yang diamalkan menjadikan
kehidupan penghuni rimba aman damai tanpa ancaman lagi.

Menjauhi sikap menganiyai/menzalimi/menindas orang lain. Sikap seumpama ini akan


memberi kesan yang buruk kepada orang lain dan juga diri sendiri.Penganiyaan ini akan
mendatangkan kesusahan atau memberi kemudaratan kepada orang lain. Malah kita akan
dibenci oleh masyarakat dan akan menerima balasan yang tidak baik. Contohnya raksasa
yang menganiyai penghuni rimba dengan merampas hasil tangkapan akhirnya telah mati
dibunuh.

Mengelakkan daripada sikap dengki dan fitnah dengan orang lain. Sikap dengki dan fitnah
akan menimbulkan perasaan tidak puas hati,suka berdendam dan tidak bersyukur dengan
apa yang kita perolehi. Malah akan memecah belahkan hubungan dalam masyarakat dan
memberi kesan buruk kepada keharmonian hidup. Contohnya Syeikh Alam di- Rimba
mengingatkan penghuni rimba supaya menggelakkan sikap dengki dan fitnah. Kesannya
hidup menjadi lebih aman dan harmoni.

Masyarakat yang menggunakan kebijaksanaan akal fikiran dalam menanggani sesuatu


masalah. Sesuatu masalah akan dapat diatasi atau diselesaikan dengan baik apabila kita
bertindak secara bijaksana dan tidak membuat tindakan secara terburu-buru. Malah adalah
lebih baik jika ada perancangan yang teliti serta sumbangan idea daripada orang yang bijak
atau berpengalaman. Hal ini akan menjadikan kita bertindak secara rasional dan kejayaan
menjadi miliki kita. Contohnya Tuan Syeikh Alam di-Rimba secara bijaksana mencari idea
membuat simpai bagi menghapuskan raksasa yang mempunyai fizikal yang besar
berbanding dengannya. Kesan : Berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu

Jangan berbohong dan bercakap benar. Bercakap benar dan jujur akan mengundang
kepercayaan orang lain terhadap diri kita. Sehubungan dengan itu, jangan sesekali
berbohong kerana ia akan memalukan diri sendiri nanti. Sikap ini menyebabkan maruah kita
tercalar dan masalah yang dihadapi menjadi semakin buruk. Sang Badak telah berbohong
kepada segala isi rimba dengan mengatakan bahawa badannya luka-luka kerana berlawan
dengan raksasa, sedangkan punca sebenarnya adalah kerana badannya dikait onak dan duri
sewaktu ia lari daripada raksasa. Walau bagaimanapun, setelah Tuan Syeikh Alam di-Rimba
mengatakan bahawa luka pada badan Sang Badak adalah kerana dikait onak, maka Sang
Badak berasa sangat malu dan tidak menoleh ke kiri dan ke kanan. Kesan : Sentiasa ikhlas
dan jujur iaitu tidak menipu ibu bapa, guru ,kawan-kawan

Mentaati dan menghormati pemimpin/ketua. Pemimpin/ketua merupakan orang yang


mempunyai kuasa dan tanggungjawab untuk menguruskan dan menyelaraskan aktiviti
orang di bawah pimpinannya bagi keharmonian sesebuah masyarakat. Setiap arahan
pemimpin /ketua perlu dipatuhi untuk melahirkan ketaatan dan penghormatan . Contohnya
Tuan Syeikh Alam di- Rimba mengingatkan penghuni rimba agar melaporkan sebarang
kejadian kepadanya dalam tempoh tujuh hari selepas perjumpaan tetapi tidak dipatuhi oleh
mereka. Akibatnya mereka telah menghadapi ancaman raksasa yang merampas hasil
tangkapan mereka dan menghuru-hara ketenteraman hidup mereka.
Masyarakat yang sentiasa merendah diri. Sebagai ahli masyarakat perlu ada sikap
merendah diri supaya kita akan dihormati .Sikap ini juga akan menyusahkan diri sendiri
malah akan dibenci orang. Contohnya Sang Badak telah bercakap besar menyatakan
kegagahannya melawan raksasa akhirnya mendapat kecederaan. Kesan :Sentiasa merendah
diri

Masyarakat yang berani mempertahankan hak. Sikap ini perlu ada dalam setiap diri ahli
masyarakat bagi menjaga hak mereka daripada diganggu-gugat oleh pihak luar.Contohnya
keberanian Tuan Syeikh Alam di-Rimba melawan raksasa yang menganggu ketenteraman
penduduk isi rimba. Kesan : Mengatur strategi untuk mempertahankan hak

Masyarakat yang prihatin dan tidak menyusahkan orang lain. Masyarakat dituntut agar
sentiasa prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh setiap anggota masyarakat. Malah
perlu membantu dan menolong mereka yang berada di dalam kesusahan. Contohnya Tuan
Syeikh Alam di-Rimba prihatin dengan masalah yang menimpa penduduk isi rimba. Kesan :
Suka membantu dan menolong mereka yang berada di dalam kesusahan

Masyarakat yang berusaha untuk mencari rezeki. Kita perlu mencari rezeki secara halal dan
tidak mengambil jalan mudah dengan mencuri atau merampas hak orang lain. Contohnya
raksasa mengambil tangkapan binatang lain sehingga menimbulkan kemarahan. Kesan :
Bersikap rajin dan berusaha

Masyarakat yang menepati janji. Janji adalah tanggungjawab yang harus ditunaikan dan
mesti ditepati. Apabila kita tidak menepati janji kemungkinan akan menyebabkan hilang
kepercayaan orang lain kepada kita.Tuan Syeikh Alam di-Rimba telah menunaikan janjinya
untuk menolong isi rimba membunuh raksasa yang menganggu ketenteraman mereka.

Masyarakat yang ingin hidup sejahtera/aman/harmoni/gembira. Masyarakat binatang suka


kepada hidup aman dan tidak mahu diganggu gugat. Hidup bersama.

C: Penutup [2 markah]
Meyimpulkan apa yang dijelaskan atau mengemukakan pandangan/ saranan/ rumusan/
pendirian/ penilaian/harapan/refleksi

Anda mungkin juga menyukai