Anda di halaman 1dari 7

FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU

JXEA 1104

KUPASAN FALSAFAH DALAM


HIKAYAT HANG TUAH

PENSYARAH: DR. AMRAN MUHAMMAD

TUTOR:CIK HADIJAH ABDUL RAHMAN

MUHAMAAD HAZANI BIN SUKRI


JEA 080051
SEMESTER 1 2008/2009
AKADEMI PENGAJIAN MELAYU
UNIVERSITI MALAYA
1.0 PENGENALAN

Pengertian falsafah

Pengertian falsafah dari sudut bahasa bermaksud cinta akan hikmah dan

kebijaksanaan. Manakala falsafah dari segi pengertian praktis bermaksud alam berfikir

atau fikiran yang mendalam tentang hakikat tentang sesuatu perkara. Terdapat

perbezaan dari ilmu lain iaitu falsafah memandang alam sebagai suatu kesatuan.

Asal usul falsafah

Falsafah berasal daripada perkataan Yunani @ Greek purba dan pertama kali

digunakan oleh Pythagoras (570-504 S.M).Perkataan falsafah berasal daripada dua

gabungan perkataan Yunani “Philos” yang bererti “cinta” dan “Sophia” yang bererti

“hikmah”. Hal ini boleh dimaksudkan sebagai cinta akan kebijaksanaan. Munurut Plato

(428-347 S.M) falsafah ialah meneliti hakikat yang mendasari sesuatu benda atau

perkara disebabkan sifat luarannya. Falsafah ditakrifkan juga sebagai penyelidikan dan

pengajian ilmu yang berasaskan renungan (relatif) dan penaalukan (reasoning) untuk

merumuskan sifat hakikat dan kandungan alam wujud atau alam semesta sebagai satu

kesatuan.
2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Di dalam Tuhfat al-Nafis (Sejarah Melayu dan Bugis) karangan Raja 'Ali-al-Haji Riau

(JMBRAS Vol. X Part II. Aug. 1932), tatkala meriwayatkan kisah Kerajaan Melayu

Melaka pada zaman pemerintahan Sultan Mansur Shah, ada menyebut demikian:

“Pada masa kerajaan Sultan Mansur Shah inilah mengutus ke


Bugis kepada Raja Goa, dengan membawa beberapa bingkisan
dan hadiah perkiriman; maka dibalas oleh Raja Goa dengan se-
orang anak raja-raja pada negeri kecil bernama Daeng
Mempawah, iaitu akhirnya jadi Laksamana Hang Tuah. ialah
mashhor dibdalam Melaka hulubalang yang perkasa, dan ialah
yang membunuh Hang Jebat yang menderhaka mengambil
gundik raja dilawannya bermukah. Kemudian. mengamukIah ia
di dalam istana, maka raja pun keluarlah dari dalam istananya.”

”Maka tiada sa-orang daripada menteri dan hulubalang raja itu


menaiki Hang Jebat itu, hanyalah Hang Tuah jua berani menaiki.
Maka lalu dibunuhnya Hang Jebat itu, dan berpanjanganlah
hikayatnya di dalam siarah panjang-panjang. Shahadan baginda
Sultan Mansur Shah inilah yang berangkat beristeri ketanah
Jawa akan anak Ratu Majapahit, maka lalu di bawanya balik ke
Melaka, dan Pulau Tujuh pun di berikan oleh Ratu Majapahit
kapada menantunya Raja Melaka itu. ”

Keterangan ini bolehlah juga dijadikan sebagai suatu alasan tentang adanya seorang

hulubalang bernama Hang Tuah pada zaman Melaka dalam pemerintahan Sultan

Mansur Shah tetapi keterangan yang mengatakan bahawa Hang Tuah asalnya seorang

anak raja negeri kecil di tanah Bugis, dan nama asalnya Daeng Mempawah itu, sukar

hendak diakui. Menurut keterangan Raja Ali al Haji di dalam pendahuluan katanya,

bahawa ia mulai mengarang buku itu ialah pada tiga haribulan Sha'ban T.M. 1282

(T.M.1865), padahal menurut keterangan daftar buku-buku lama Melayu catitan Werndly,

Hang Tuah telah ada sebelum T.M. 1736. Demikian juga seperti yang telah dimakalum

bahawa zaman terciptanya buku Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin yang ada
mengandungi sedikit-sedikit riwayat Hang Tuah, kira-kira lebih dua ratus tahun terdahulu

daripada buku Tuhfat al-Nafis itu.

Pengarang buku Tuhfat al-Nafis itu telah mendengar riwayat berkenaan gagah berani

dan taat setia Hang Tuah itu daripada cerita-cerita mulut yang telah berkembang turun-

temurun di kalangan masyarakat orang Melayu. Dalam pada itu pula, menurut seperti

yang difahamkan bahawa pengarang Tuhfat al-Nafis itu ialah dari keturunan Raja Bugis,

maka haruslah kerana itu telah menimbulkan sesuatu perasaan kapadanya hingga ia

mengatakan bahawa darah Raja Bugis ada mengalir dalam tubuh Hang Tuah.

3.0 PETIKAN DARI HIKAYAT HANG TUAH

“Setelah dilihat oleh Taming Sari Tun Tuah melompat


menghunus keris itu, maka Taming Sari pun terkejut serta
menghunus kerisnya lalu ditikamnya di dada Hang Tuah;
dipertubi-tubinya tikam. Maka Tun Tuah pun melompat ke kiri ke
kanan menyalahkan tikam perajurit itu. Maka orang yang lari itu
pun temasya melihat Tun Tuah bertikam engan Taming Sari itu.
Maka Taming Sari pun lelah. Sudah itu maka taming Sari pun
menghunus pula seraya menyapu peluhnya; maka ditikamnya
dengan bersungguh-sungguh hatinya. Maka Tun Tuah pun
tersangkut pada birai paseban itu lalu tertelut. Maka segera
ditikamnya oleh Taming Sari. ”

”Maka oleh Tun Tuah dielaknya sambil bertelut menyalahkan


tikam Taming Sari itu; maka kena papan khambi dinding
paseban itu. Maka keris Tameng Sari pun lekat. Maka Tun Tuah
pun segera berbangkit lalu berdiri tertitar-titar di hadapan Taming
Sari. Maka dihunus kerisnya. Maka oleh Taming Sari
ditendangnya; papan khambi itu roboh. Maka keris pun tercabut
pada khambi itu maka diusirnya akan Tun Tuah, dipertubi-tubi
tikam. Maka Tun Tuah pun melompat ke kanan dan ke kiri
menyalahkan tikam Taming Sari itu, seperti tiada berjejak di
bumi lakunya. Maka Tun Tuah pun lelah ternganga-nganga
seperti anjing lelah. Maka Tun Tuah pun melompat serta
ditikamkannya dada Taming Sari, serta katanya, ”ceh, mati
penjurit Taming Sari olehku! Maka ditikamnya, kena dadanya
terus terbayang-bayang ke belakangnya.”
Daripada semua cerita-cerita dan tulisan mengenai Hang Tuah, dapat disimpulkan

bahawa Laksamana Hang Tuah ialah seorang yang berhati waja, berani, gagah, taat

dan bijaksana. Walaupun berbeza-beza corak penceritaan, kepahlawanan Hang Tuah

tetap ada dan sering menjadi simbol kekuatan masyarakat Melayu. Dari sudut falsafah

pula, Hang Tuah diibaratkan sebagai nadi kekuatan yang menjadi pujaan masyarakat

terutamanya Melayu kerana keberanian dan budi pekerti yang ditunjukkan. Sepertimana

yang terdapat dalam Hikayat Hang Tuah, penonjolan Hang Tuah sebagai seorang yang

kuat, gagah serta berani merupakan satu makna falsafah yang sengaja ditonjolkan oleh

penulis sebagai salah satu lambang kekuatan kepada masyarakat Melayu itu sendiri.

Sebenarnya, dalam Hikayat Hang Tuah, perlambangan Hang Tuah itu sendiri

merupakan satu falsafah yang telah digerakkan dengan pelbagai keistimewaan yang

tersendiri dan memiliki pelbagai kelebihan. Segala tindak tanduk Hang Tuah dalam

Hikayat Hang Tuah memiliki makna yang tersendiri serta yang tersirat.

Kita sebenarnya dapat melihat kekuatan Hang Tuah itu terlalu luarbiasa seperti petikan

berikut

”Maka oleh Tun Tuah dielaknya sambil bertelut menyalahkan


tikam Taming Sari itu; maka kena papan khambi dinding
paseban itu. Maka keris Tameng Sari pun lekat. Maka Tun Tuah
pun segera berbangkit lalu berdiri tertitar-titar di hadapan Taming
Sari. Maka dihunus kerisnya. Maka oleh Taming Sari
ditendangnya; papan khambi itu roboh. Maka keris pun
tercabut pada khambi itu maka diusirnya akan Tun Tuah,
dipertubi-tubi tikam. Maka Tun Tuah pun melompat ke
kanan dan ke kiri menyalahkan tikam Taming Sari itu,
seperti tiada berjejak di bumi lakunya. Maka Tun Tuah pun
lelah ternganga-nganga seperti anjing lelah. Maka Tun Tuah
pun melompat serta ditikamkannya dada Taming Sari, serta
katanya, ”ceh, mati penjurit Taming Sari olehku! Maka
ditikamnya, kena dadanya terus terbayang-bayang ke
belakangnya.”
Disinilah sebenarnya kita melihat falsafah yang begitu banyak diselitkan oleh penulis

semasa beliau menulis Hikayat Hang Tuah ini. Hang Tuah digambarkan sebagai

seorang yang begitu hebat semasa pertarungan sehingga kadang-kadang penulisannya

hampir bersifat hiperbola. Namun apapun, motif penulisan yang disampaikan melalui

watak Hang Tuah ini hanyalah satu iaitu berkenaan kekuatan, kesetiaan dan pejuang

bangsa dan melalui sifat-sifat itulah kita dapat melihat falsafah yang cuba diterapkan

oleh penulis Hikayat Hang Tuah ini.

Selain dari itu, melalui petikan tadi juga, kita dapat melihat bahawa pemilihan frasa

dalam penulisan Hikayat Hang Tuah juga sebenarnya melambangkan keunikan falsafah

yang digunakan dalam bentuk penceritaan seperti frasa

Maka Tun Tuah pun melompat ke kanan dan ke kiri

menyalahkan tikam Taming Sari itu, seperti tiada berjejak di

bumi lakunya. Maka Tun Tuah pun lelah ternganga-nganga

seperti anjing lelah

Frasa ini ditonjolkan dalam bentuk falsafah yang bermaksud bahawa bangsa Melayu

tidak akan mudah untuk menyerah kalah dan mampu berjuang berhabis-habisan

walaupun kepenatan. Namun, ini hanyalah sebahagian daripada frasa yang

melambangkan falsafah. Namun, apa yang ingin ditekankan ialah ketokohan Hang Tuah

ataupun penulisan Hikayat Hang Tuah ini merupakan salah satu sumber kekuatan dan

kemasyuran bangsa Melayu yang telah disampaikan dengan satu falsafah yang tersirat

dan sehingga hari ini ia masih lagi digunapakai.

Namun. dalam zaman sains ini banyak orang membahaskan soal wujud atau tidaknya,

dongeng atau sebenarnya Hang Tuah ini. Soalan sedemikian sebenarnya adalah soalan

sejarah yang rumit yang tidak dapat dihuraikan selagi penyelidikan sejarah Tanah
Melayu belum dibuat dengan begitu mendalam. Sehingga kini sejarawan belum dapat

mencari jawapan tentang kebenaran dan kuwujudan Hang Tuah dan menjadi lambang

kekuatan sesebuah masyarakat. Walaupun tidak dikenalpasti, dan hanya disampaikan

melalui pengucapan dan tulisan sahaja, pengaruh yang begitu kuat dapat diwujudkan

kepada masyarakat umum. Masyarakat berpendapat Hang Tuah benar-benar wujud dan

menjadikan dia sebagai tokoh yang patut dihormati dan dicontohi.

4.0 SUMBER RUJUKAN

1. Naskhah Hikayat Hang Tuah. Diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.

Diselenggara oleh Kassim Ahmad, M.A. (Malaya).

2. Characterisation in Hikayat Hang Tuah, halaman 1-6. Untuk keterangan tentang

epik, rujuk H.M. Chadwick, The Growth of Literature, London 1952.

3. W.G. Shellabar, 4 jilid Jawi dan Rumi diterbitkan oleh Malaya Publishing House,

1908.

4. A History of Classical Malay Literature.

5. The Encyclopaedia of Islam , jilid II , lihat definisi ”hikayat”.

Anda mungkin juga menyukai