Anda di halaman 1dari 48

PEMETAAN DAN

INTERPRETASI PETA

TOPIK 5:
PENGUKURAN PETA
SKALA PETA
Definisi Skala Peta
Permukaan bumi perlu diperkecilkan utk
memudahkan penglihatan dan pemahaman kita
tentang bumi ia boleh dilakukan dengan peta
Skala Peta adalah pengecilan kawasan
dipetakan , penggunaan Nisbah dan Kadaran
diantara ukuran jarak dipeta dengan jarak
dipermukaan bumi.
Peta selalunya dilukis dengan skala yang sama
seperti yang terdapat dalam dunia sebenar.

Kebanyakkan peta-peta yang dihasilkan, skala


yang digunakan adalah sangat kecil kawasannya
berbanding dengan yang luas kawasan yang
sebenar.

Jumlah pengecilan yang dilukiskan terdapat


didalam peta dan pengukuran ini adalah dikenali
sebagai Skala Peta.
Secara konsepnya kita boleh katakan bahawa
skala peta adalah nisbah/ratio antara jarak dua
titik pada peta dan dibandingkan dengan jarak
sebenar yang terdapat di bumi. Dan konsep ini
dengan ringkas dinyatakan secara matematik
seperti yang berikut:
Skala sesebuah peta dapat ditakrifkan sebagai
satu nisbah atau perbandingan diantara jarak di
PETA dengan jarak yang diwakilinya di BUMI
Skala dinyatakan seperti berikut:
Skala peta dapat dibahagikan kepada 3 bahagian:
1. Skala Besar
2. Skala Pertengahan
3. Skala Kecil
Mengikut perjanjian antarabangsa, skala ini dapat
dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti :

SKALA BESAR (1) PERTENGAHAN (2) KECIL (3)


a) 1 : 2 500 1 : 25 000 1 : 250 000
b) 1 : 5 000 1 : 50 000 1 : 500 000
c) 1 : 10 000 1 : 100 000 1 : 1 000 000
d) 1 : 20 000 1 : 200 000 1 : 2 000 000
 Kegunaan Skala Dengan Saiz Berbeza
Skala Besar : 1 : 2 500 dan 1 : 5 000 digunakan untuk
peta asas bagi kawasan yang pesat membangun (built-
up area). Manakala 1 :10 000 dan 1 : 20 000 biasanya
dibuat untuk peta terbitan (derived maps) dari 1 : 2 500
dan 1 : 5 000 untuk menunjukkan seluruh bandar pada
satu syit peta.
Skala Pertengahan : biasanya digunakan untuk peta asas
kws. luar bandar. 1 :25 000 bagi kawasan yang
membangun manakala 1 : 200 000 bagi kawasan kurang
membangun.
Skala Kecil : Peta berskala kecil adalah peta terbitan dari
peta skala pertengahan yang biasanya digunakan untuk
menunjukkan kawasan yang luas.
Jenis-Jenis Skala

Umumnya, terdapat tiga cara yang digunakan


untuk menunjukkan skala dipeta dan harus
mengikut kesesuaian dan keperluan satu-satu
peta iaitu:
• Skala Nyataan (Verbal Scale)
• Skala Pecahan (Fraction Scale)
• Skala Gambarajah (Bar Scale)
SKALA NYATAAN

Skala berbentuk lisan atau perkataan

Dinyatakan dlm btk ayat cthnya satu inci sebatu.


Ini bermaksud satu inci jarak pengukuran di peta
bersamaan satu batu jarak pengukuran dibumi

Ia tidak sesuai kerana kita lazimnya mengambil


jarak ukuran dipeta utk disamakan dengan jarak
dibumi
Bagaimana skala nyataan
digunakan?
 Menggunakan
pembaris – sesuai
untuk garisan lurus
Kelemahan dalam penggunaan skala
nyataan

1) Sukar utk menentukan skala yg baru


sekiranya peta tersebut dibesarkan atau
dikecilkan saiznya.
2) Kejituan skala juga berubah sekiranya kertas
peta mempunyai kualiti yg kurang baik
kerana pengembangan atau pengecutan yg
berlaku semasa percetakan dilakukan.
SKALA PECAHAN
Skala boleh dinyatakan dlm bentuk pecahan
pengimbang iaitu dalam bentuk berikut :
(a) 1
253 440
(b) 1/253 440

(c) 1: 253 440


Maksud skala ini ialah 1 unit pengukuran dipeta
bersamaan 253 440 unit pengukuran di bumi.

Angka 253 440 adalah unit pengukuran Jarak


iaitu sebagai contoh satu inci di peta bersamaan
253 440 inci di permukaan bumi.

Penggunaan angka ini walaupun tidak


dinyatakan unitnya tetapi masih mudah difahami
kerana angka ini biasanya digunakan dalam
pengukuran jarak.
Bagaimana skala pecahan
digunakan?
Bagaimana skala pecahan
digunakan?
 Jarak dipeta diukur dahulu iaitu 2.5 inci
 Skala pecahan menunjukkan bahawa 2.5 inci di atas
peta mewakili 253,440 kali 2.5 inci di atas tanah.
Pendaraban 253,440 dengan 2.5 inci memberikan kita
633,600 inci di atas tanah.
 Oleh kerana 1 kaki bersamaan 12 inci, maka apabila
633,600/12 = 52,800 kaki.
 Seterusnya didapati 1 batu bersamaan dengan 5,280
kaki maka, 52,800/5,280 = 10 batu.
 Dengan itu, jarak di tanah adalah 10 batu.
SKALA GAMBAR RAJAH

Merupakan cara yg amat popular


Diaplikasikan terutama dalam peta-peta
berskala besar kerana memudahkan
penyampaian maksud skala bagi peta
berkenaan.
Unit ukuran panjang disertakan pada skala
gambarajah utk memudahkan pemahaman
Dihujung sebelah kiri gambarajah ini biasanya
dibuat dalam bentuk senggatan iaitu terdiri
daripada 10 senggatan. Ini membolehkan
pengukuran dibuat terus dengan menggunakan
skala tersebut.
Bagaimana skala gambarajah
digunakan?
 Menggunakan alat
pengukur peta (Map
Measurer) – sesuai
untuk garisan lengkung
Bagaimana skala gambarajah
digunakan?
 Menggunakan benang
– sesuai untuk garisan
lengkung
Dalam penyediaan peta, adalah lebih baik jika
dua jenis penyataan skala digunakan dalam satu
peta, lazimnya skala gambarajah serta skala
pecahan atau skala nyataan

Skala gambarajah lebih banyak disediakan


kerana ia juga bertindak sebagai pembaris dan
boleh membantu bagi mengukur jarak pada peta
sementara skala nyataan atau pecahan dapat
difahami dengan cepat dan mudah.
Ringkasan Jenis Skala
Ringkasan Pengukuran Skala
PENENTUAN SKALA

Dalam menentukan skala faktor spt keluasan


kawasan, saiz peta dan kegunaan peta itu.
Keluasan kawasan yang dipetakan perlu
disesuaikan dgn saiz peta iaitu saiz kertas yang
digunakan untuk peta tersebut

Secara umumnya skala besar digunakan untuk


menggambarkan maklumat dengan jitu
PENGGUNAAN SKALA
Berdasarkan maklumat dan ruang litup
perancangan pengunaan skala lazimnya adalah
seperti berikut:
1) Untuk kajian dan pelan pembangunan
peringkat wilayah –1 batu ke 1/25 000
2) Untuk kajian dan pelan pembangunan
peringkat Bandar 1/25 000 ke 1/2500
3) Untuk pelan perancangan yg lebih terperinci
termasuk pelan susun atur perumahan dan
lain-lain tujuan kurang dari 1/500
PENGUKURAN
JARAK
Pengukuran Jarak

Jarak dalam sesebuah peta terbahagi kepada


DUA iaitu

Jarak Mengufuk – Jarak yang menunjukkan


jauhnya dua titik pada peta sekiranya bumi
datar.

Jarak Menegak – Jarak untuk ketinggian


sesuatu objek dari purata aras laut.
Kaedah Pengukuran Jarak Mengufuk
dalam Peta

1. Benang
2. Kertas
3. Alat Jangka Garis (Opisometer)
4. Anggaran
Kaedah Pengukuran Jarak Menegak
Dalam Peta

1. Garis Kontur
2. Tanda Ketinggian
3. Batu Aras
4. Relief Bandingan.
Apa perlunya buat pengukuran ?

Proses pengukuran dilakukan dalam


keadaan berikut :

1) Mendapatkan gambaran rupabumi


sesuatu kawasan.
2) Mendapatkan lokasi sesuatu objek.
3) Menentuletak sesuatu objek pada
kedudukan tertentu.
Ketepatan pengukuran

- Skala peta - skala besar mempunyai


ketepatan lebih baik daripada skala kecil.

- Kegunaan hasil pengukuran

- Jenis peralatan yang di gunapakai -


peralatan yang berketepatan tinggi adalah
mahal.
• Jangkamasa yang diberikan untuk
membuat kerja pengukuran - ketepatan
tinggi memerlukan prosidur kerja yang
teliti dan mengambil masa yang agak
panjang.
• Kos - pengukuran untuk ketepatan
tinggi memerlukan peralatan khas dan
prosidur kerja yang berbeza
menyebabkan kos meningkat.

• Kemahiran juruukur - meminimumkan


ralat di dalam kerja dan pengiraan.
PENGUKURAN
LUAS
Terdapat Dua Kaedah pengukuran iaitu
kaedah grafik dan secara mekanikal.
Pengukuran Luas Secara Grafik
1. Kaedah Grid
• Kawasan yang hendak diukur dilitupkan dengan
kertas yang mempunyai grid.
• Jumlahkan petak-petak yang dilitupi olek kawasan
peta .
• Untuk petak-petak yang dilintasi oleh garis luar,
kirakan sebagai satu petak sekiranya kawasan
yang dilitupi oleh peta melebihi setengah petak.
Pengukuran Luas Secara Grafik (Samb.)
2. Kaedah Jalur

• Dilakukan dengan membuat garisan


selari dengan jarak yang sama di atas
kawasan yang hendak diukur atau
menggunakan kertas surih.
• Diakhir jalur dibuat garisan tegak supaya
segi empat tepat terbentuk .
3. Kaedah Geometri
• Apabila sesuatu kawasan mempunyai bentuk
yang mudah, kaedah geometri boleh digunakan
untuk mencari keluasan kawasan.
• Ini dilakukan dengan membahagikan kawasan
kepada bentuk bentuk segitiga yang seboleh-
bolehnya meliputi ke seluruh kawasan yg diukur.
• Keluasan kawasan seperti ini boleh diukur
dengan rumus seperti berikut:
Tapak x Tinggi Tegak Tepat
Luas = 2
Persegi empat
Bila panjang persegi empat P dan lebar L, maka luasnya
LPE= P x L.
Segitiga
Bila panjang satu sisi b dan tinggi segitiga pada sisi itu = h,
maka luas segitiga LST = 1/2 bh
Bila sudut a diketahui dan sisi pengapitnya b dan c
diketahui, maka luas segitiga LST = 1/2 bc sin a
Bila ketiga sisi segitiga masing-masing a, b dan c
diketahui, maka luas segitiga LST = (s(s - a)(s - b)(s -
c))1/2 dengan s = 1/2(a + b + c).
Trapezium
Bila kedua sisi sejajar trapezium b1 dan b2 serta tingginya
h diketahui,maka luas trapezium LTRP = 1/2(b1 + b2)h
Pengukuran Luas Secara Mekanikal

1. Planimeter Roda Pengukur


• Mempunyai alat pembilang berkomputer, lengan
surihan dan lengan tonggak.
• Untuk menggunakan skala planimeter perlu disetkan
terlebih dahulu mengikut skala peta dan setelah
kawasan diukur, bacaan pada pembilangperlu ditukar
untuk mendapatkan keluasan sebenar, menggunakan
rumus yang ditetapkan dalam buku manual cara kerja
dan penggunaannya
Planimeter Roda pengukur
Pengukuran Luas Secara Mekanikal (Samb.)

2. Planimeter Pengekod Berkomputer Elektronik.


• Planimeter yang menggunakan pengekod
berkomputer elektronik merupakan satu kaedah yang
moden untuk mengukur keluasan.
• Alat ini lebih tepat dibandingkan dengan planimeter
roda pengukur kerana rodanya mudah haus. Ia tidak
memerlukan penukaran skala dan kita boleh setkan
alat ini dan boleh menghasilkan skala sebenar yang
berbentuk digital.
• Terdapat beberapa spesifikasi dan jenama di pasaran
pada masa ini.
Planimeter Pengekod Berkomputer Elektronik
Planimeter Pengekod Berkomputer Elektronik
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai