Anda di halaman 1dari 9

PENGENALAN

C1343/UNIT 2/ 1

Unit 2

UNIT DAN SKALA

OBJEKTIF

Objektif am:

Mempelajari dan melakukan penukaran unit dan skala.

Objektif khusus: Di akhir pembelajaran unit ini anda sepatutnya dapat : Menggunakan jadual penukaran sistem unit pengukuran untuk Jarak, Keluasan, Isipadu dan Sudut . Menyelesaikan kaedah-kaedah penukaran skala dengan Kaedah Langsung dan Kaedah Pengiraan

PENGENALAN

C1343/UNIT 2/ 2

Input 2a
2.0 JADUAL PENUKARAN UNIT SISTEM PENGUKURAN Unit-unit yang biasa digunakan dalam ukur kejuruteraan adalah seperti berikut: 2.0.1 Unit-unit panjang: milimeter (mm) 1mm 103 mm 106 mm meter (m ) 10-3 m 1 m 103 m kilometer (km) 10-6 km 10-3 km 1 km

Faktor penukaran jarak. 1kaki = 0.3048 meter 1link = 0.201168 meter 1link = 0.66 kaki 2.0.2 Unit Luas Unit unit metrik: a. kilometer persegi (km2) b. Hektar (ha) c. Meter persegi (m2) Difahamkan bahawa, 1 km2 = 1 000 000 m2 = 100 ha 1 ha = 10 000 m2 = 100 m x 100 m 1 Ekar = 1000 depa 1 ha = 2.471054 Ekar 2.0.3 Unit isipadu 1 000 mm3 = 1 cm3 1 000 cm3 = 1 dm3 1 000 dm3 = 1 m3

PENGENALAN

C1343/UNIT 2/ 3

2.0.4 Unit sudut Unit sudut untuk sistem antarabangsa adalah radian (rad). Walaupun demikian kebanyakan alat ukur memberi unit darjah ( o ), minit ( ) dan saat ( ). 1 lilitan = 2rad = 360 o di mana nilai diambil sebagai 3.141592654 1o = 60 dimana 1' = 60

2.1

MENYELESAIKAN KAEDAH-KAEDAH PENUKARAN SKALA. Skala adalah nisbah antara jarak mengufuk atau menegak di pelan dengan jarak mengufuk atau menegak di atas tanah yang digunakan ketika melukispelan atau peta. Skala biasanya ditulis seperti 1: 500, 1: 1000 dan sebagainya. Sebagai contoh, pelan mengufuk mempunyai skala 1: 50 menunjukkan bahawa garisan AB, Panjang mengufuk AB di pelan panjang AB di atas tanah 1 50

Jika garis AB diukur di atas pelan = 18.2 mm, maka; panjang AB di atas tanah = 18.2 x 50 = 910 mm = 0.910 meter Skala besar adalah menunjukkan nisbah kecil, contohnya 1: 10, 1: 20, dan skala kecil adalah menunjukkan nisbah besar , contohnya 1 : 10000, 1: 2000 dan sebagainya. Dalam melukis pelan, pemilihan skala mestilah dititikberatkan kerana kesalahan memilih skala yang tidak sesuai mengakibatkan pelan yang dilukis akan kelihatan terlalu besar atau kecil dengan saiz kertas lukisan.

PENGENALAN

C1343/UNIT 2/ 4

2.1.1. Bentuk-bentuk Skala secara umumnya, skala boleh dinyatakan dalam tiga bentuk iaitu: 2.1.1.1. Skala Nisbah, dimana skala ini memberikan nisbah ukuran di atas kertas berbanding di atas tanah dan boleh menggunakan apa-apa unit. Sebagai contoh 1:1000, memberi erti bahawa 1 unit di atas kertas adalah bersamaan Dengan 1000 unit di atas tanah. Jika unit ukuran yang digunakan ialah system metrik, ini bermakana 1cm di atas kertas bersamaan dengan jarak sebenar 1000cm ( =10m ) di atas tanah. 2.1.1.2. Skala Penyataan, dimana skala jenis ini menyatakan dengan jelas nilai yang digunakan. Sebagai contoh , 1 inci = 1 batu atau 1 inci = 1 rantai memberi erti bahawa 1 inci di atas kertas mewakili jarak 1 batu atau 1 rantai di atas tanah dan setrusnya. Dalam contoh yang diberikan, skala boleh mewakili dua unit berlainan. 2.1.1.3 Skala Grafik, dimana boleh dinyatakan dalam dua bentuk, iaitu skala bar ( rajah 2.1a ) dan skala pepenjuru ( rajah 2.1b ). Skala bar digunakan bagi kebanyakan peta, manakala skala pepenjuru biasanya digunakan bagi pelan berskala besar. Ini bagi membolehkan jarak diukur dengan tepat.

PENGENALAN

C1343/UNIT 2/ 5

Kebanyakan peta atau pelan yang digunakan sekarang menggunakan skala nisbah dan skala grafik jenis bar. Sebagaimana yang diterangkan sebelum ini, perbezaan diantara peta dan pelan bergantung pada nilai skala yang digunakan. Secara umum nilai-nilai ini boleh diringkaskan seperti berikut : (a) Peta 1: 25 000, 1: 20 000. Skala Besar 1:10 000, 1: 5000, 1: 2500, 1:2000, 1: 1250, 1: 1000 2.1.2. Kaedah-kaedah penukaran skala. Terdapat dua kaedah penukaran skala iaitu : 2.1.2.1. Kaedah Langsung Kaedah ini adalah penggunaan skala grafik atau pembaris skala secara langsung ke atas pelan atau peta bagi melukis atau mengukur jarak. Dengan penggunaan kaedah langsung ini, jarak boleh terus dibaca pada pembaris skala tanpa perlu dikira. Kaedah ini adalah lebih mudah untuk digunakan terutamanya dalam melukis pelan dengan kaedah manual. 2.1.2.2. Kaedah Pengiraan Kaedah ini selalunya melibatkan skala pernyataan. Jarak di pelan atau dipeta akan diukur dengan pembaris biasa dan kemudiannya ditukarkan kepada jarak sebenar dengan kiraan mudah. Kaedah pengiraan adalah lebih jitu dan sesuai untuk pelotan dengan kaedah komputer. Skal kecil 1:1000 000, 1: 500 000, 1: 100 000, 1: 50 000,

PENGENALAN

C1343/UNIT 2/ 6

AKTIVITI 2a
UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM ANDA MENERUSKAN UNIT SELANJUTNYA SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA SOALAN 2.1 Anda telah dimaklumkan bahawa jarak dari Bandar Kangar ke Padang Besar ialah 37 kilometer. Jika anda dikehendaki melukiskan kedudukan kedua-dua bandar tersebut pada pelan topografi dengan skala 1 inci sebatu ( 1 : 63360). Berapakah jaraknya di dalam ukuran milimeter ? SOALAN 2.2 Cuba anda nyatakan apakah 3 bentuk skala yang selalu diguna untuk melukis atau mengukur jarak ?

Biar saya teropong jawapannya .

PENGENALAN

C1343/UNIT 2/ 7

MAKLUM BALAS 2a
PERHATIAN Anda hanya boleh berpindah ke PENILAIAN KENDIRI jika anda dapat menjawab kesemua soalan dalam aktiviti 2a

Penyelesaian 2.1 1 km = 100000 mm 37km = 3700000 pada skala seinci sebatu 1 3700000

-----------------------------

63360 3700000 / 63360 = mm

Penyelesaian 2.2 i) ii) iii) Skala Nisbah Skala Penyataan Skala Grafik.

PENGENALAN

C1343/UNIT 2/ 8

PENILAIAN KENDIRI

Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri. Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda. Selamat mencuba. Semoga berjaya!!! SOALAN 2.1 Bincangkan perbezaan yang terjadi apabila kita menggunakan skala kecil dan skala besar.

Semak jawapan anda dalam ruangan maklumbalas !

PENGENALAN

C1343/UNIT 2/ 9

MAKLUM BALAS Penilaian kendiri

SUDAH MENCUBA ? SILA SEMAK JAWAPAN ANDA DAN BANDINGKAN DENGAN JAWAPAN DIBAWAH. Jawapan 2.1 Skala besar adalah menunjukkan nisbah kecil, contohnya 1: 10, 1: 20, dan skala kecil adalah menunjukkan nisbah besar , contohnya 1 : 10000, 1: 2000 dan sebagainya. Dalam melukis pelan, pemilihan skala mestilah dititik beratkan kerana kesalahan memilih skala yang tidak sesuai mengakibatkan pelan yang dilukis akan kelihatan terlalu besar atau kecil dengan saiz kertas lukisan.

TAHNIAH SEKIRANYA ANDA DAPAT MENJAWABNYA DENGAN BETUL MARI KITA BERPINDAH KE UNIT 3.

Anda mungkin juga menyukai