Anda di halaman 1dari 5

Cerita Rakyat : Puteri Gunung Ledang

Jika ini hakikatnya,

Aku serahkan jiwa dan ragaku,

Menantimu walau sengsara,

Jika ini ketentuannya.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Yang dimuliakan, tuan pengerusi majlis yang penuh dengan senyum manisnya,

penjaga masa yang setia dengan detik waktunya, para hakim penjunjung

kesaksamaan, seterusnya guru-guru dan rakan-rakan yang saya muliakan.

Bermulalah kisah satu cerita,

Seorang puteri yang cantik jelita,

Masyhur namanya seluruh Melaka,

Puteri Gunung Ledang tiada tandingannya.


Ya kawan-kawan,

Kisah Puteri Gunung Ledang begitu terkenal dalam kalangan rakyat Melaka. Puteri

itu dikatakan mempunyai rupa paras yang sangat cantik dan tinggal di sebuah

tempat yang terletak di puncak Gunung Ledang. Kecantikkannya menjadi buah

mulut rakyat jelata sehingga khabar itu sampai ke pengetahuan sultan Melaka iaitu

Sulta Mahmud Syah.

Sultan Mahmud yang baru sahaja kemangkatan isterinya berasa sunyi dan ingin

memiliki pasangan hati buat peneman diri. Setelah sekian lama baginda termenung

dan berfikir, akhirnya baginda menyatakan hasratnya untuk meminang Puteri

Gunung Ledang. Baginda tidak mahu beristerikan puteri raja biasa kerana ini bererti

baginda sama seperti raja-raja yang lain.

‘’......yang kita kehendaki barang yang tiada pada raja lain. Itulah yang kita hendak

peristeri Puteri Gunung Ledang. Akan sekarang, kita hendak menyuruh meminang

Puteri Gunung Ledang. ‘’Titah baginda berdasarkan karya ditulis oleh Tun Sri

Lanang.

Maka bermulalah perjalanan para pembesar Melaka ke puncak Gunung Ledang

mewakili sultan Melaka untuk meminang Puteri Gunung Ledang. Rupa-rupanya,

perjalanan menuju ke puncak Gunung Ledang tidaklah semudah yang disangka.

Ramai yang kecundang semasa menaiki Gunung Ledang termasuklah Hang Tuah

yang mengetuai rombongan tersebut. Hang Tuah memerintahkan Tun Mamat agar

meneruskan pendakian menggantikan dirinya yang sudah uzur dan tua.


Setibanya Tun Mamat menghampiri puncak Gunung Ledang, beliau mendengar

beberapa suara menyanyi dengan lunak dan merdu sekali.

(Sedang menyanyi)

Tun Mamat Tercari-cari dari mana datangnya suara yang merdu itu. Sambil

meneruskan langkahnya, Tun Mamat terlihat sebuah taman bunga yang indah

sekali. Setelah memerhati suasana taman itu, alangkahnya terkejutnya Tun Mamat

apabila mendapati bahawa bung-bunga di taman itulah yang menyanyi dengan

merdu sekali. Sedang beliau leka memerhatikan bunga-bunga tersebut, tiba-tiba

datang seorang nenek tua menegurnya.

“Cucu ni siapa? Apa gerangan yang membuat cucu datang ke mari?”

Tun Mamat kemudian menceritakan siapa dirinya dan tujuannya datang ke puncak

Gunung Ledang.

“Oh begitu. Baiklah, nenek akan sampaikan hajatmu ini kepada Tuan Puteri. Cucu

tunggu di sini sebentar ya”.

Tidak lama kemudian, nenek itu datang semula dan berkata.

“Nenek telah pun sampaikan hajatmu kepada Tuan Puteri, tetapi ada tujuh syarat

teah diberi Tuan Puteri”.


“Tujuh syarat? Apakah syarat-syarat itu nek?” Tanya Tun Mamat.

“Syaratnya ialah Tuanku Sultan Melaka haruslah menyediakan satu jambatan emas

dari Melaka ke Gunung Ledang, tujuh dulang hati nyamuk, tujuh dulang hati kuman,

tujuh tempayan air mata anak dara, tujuh tempayan air pinang muda dan

semangkuk darah Sultan Ahmad iaitu anakanda Sultan Mahmud Syah yang masih

kanak-kanak lagi”.

Maka, turunlah Tun Mamat dari gunung itu seorang diri membawa khabar dari Puteri

Gunung Ledang kepada Sultan Mahmud Syah. Setelah tujuh syarat itu disampaikan,

maka bersegeralah rakyat Melaka menyempurnakan syarat-syarat tersebut atas

titah baginda. Hari berganti hari, bulan berganti bulan, akhirnya sempurnalah enam

syarat yang telah diminta oleh Puteri Gunung Ledang. Kini tinggalllah syarat yang

terakhir iaitu semangkuk darah Sultan Ahmad.

Walau tidak berdaya, Sultan Mahmud menggagahkan diri ke kamar ankandanya

bersama sebilah keris. Jantungnya berdebar, tangannya bergeletar. Apabila melihat

wajah anakandanya yang sedang lena beradu, terjatuhlah keris dari tangan

banginda kerana tidak sanggup membunuh anaknya sendiri demi memenuhi

keinginan hatinya. Akhirnya terbantut juga keinginan Sultan Melaka untuk

memperisterikan Puteri Gunung Ledang.

Ya kawan-kawan,

Pengajaran daripada cerita ini ialah kita janganlah mengorbankan orang yang

tersayang semata-mata untuk memenuhi keinginan diri sendiri. Demikianlah cerita


rakyat yang ingin saya sampaikan buat semua. Sekian sahaja dari saya. Terima

kasih.

Anda mungkin juga menyukai