Anda di halaman 1dari 5

SKRIP PERTANDINGAN CERITA TAHAP 2

SEKOLAH KEBANGSAAN AYER MANIS

PUTERI GUNUNG LEDANG

PETIKAN KONTEKS WATAK


Assalamulaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tajuk cerita saya pada hari ini ialah, “Puteri P
Gunung Ledang”

1 Istana Melaka diselubungi suasana sedih. Pada


hari itu, Permaisuri Melaka telah mangkat.
Sultan Mahmud Syah berasa sungguh gundah- P
gulana. Anak baginda, Raja Ahmad turut
berduka.

2 Tidak lama selepas itu, pembesar istana


menghadap baginda dan mencadangkan
supaya baginda bnerkahwin lagi. Baginda juga P
dikhabarkan tentang Puteri Gunung Ledang
yang terlalu cantik paras rupanya. Baginda
bersetuju dengan cadangan itu lalu
menitahkan supaya laksamana Hang Tuah, Tun
Mamat, Sang Setia dan beberapa hulubalang
ke Gunung Ledang untuk meminang Puteri
Gunung Ledang.

3 Pagi-pagi lagi rombongan peminangan telah


mendaki Gunung ledang. Setelah beberapa
hari berjalan, Laksamana Hang Tuah yang P
telah berusia itu terlalu penat. Dia
dicadangkan supaya berehat sahaja dengan
ditemani Sang Setia. Tun Mamat dan
hulubalang lain meneruskan perjalanan.

4 Perjalanan Tun Mamat dan hulubalang ke


puncak Gunung Ledang semakin sukar. P
Mereka berhadapan dengan halangan pokok
besar dan akar rotan yang berselirat. Mereka
juga mengharungi angin kencang dan udara
sejuk.

5 Tiba-tiba Tun Mamat dan hulubalangnya


merasai kelainan dengan keadaan hutan di P
sekeliling mereka. Mereka tidak lagi dikelilingi
pokok yang besar atau berselirat sebaliknya
muncul pokok bunga yang berbagai-bagai
warna dan rupa. Udaranya juga terasa
nyaman dan berbau harum. Kini mereka tidak
lagi berada di hutan belantara, sebaliknya di
sebuah taman yang terlalu indah. Keadaan
semakin aneh apabila mereka terdengar suara
merdu nyanyian syair dan gurindam. Suara itu
mendayu-dayu di sana sini.

6 ‘’ Shh… Jangan ditegur dan diendahkan bunyi


itu. Di dalam hutan, banyak dugaannya. Kita TM
berdoa sahaja agar dijauhkan daripada
sebarang gangguan, ‘’ kata Tun Mamat
kepada hulubalangnya.

7 Perjalanan mereka diselubugi kabus. Tiba-tiba,


kabus berlalu pergi dan kelihatanlah satu balai. P
Mereka disapa oleh seorang nenek.

8 “Hambalah Nenek Kebayan, penjaga Gunung


Ledang,” kata Nenek kebayan. “Apakah hajat NK
tuan hamba ke mari ?”
9 Tun Mamat menyatakan hajat Sultan Melaka
kepada Nenek Kebayan. Nenek Kebayan
tersenyum lalu berkata, “Gunung Ledang ada NK
tujuh puncak. Tuan Puteri bertakhta di puncak
ketujuh.”
10 Tun Mamat dan hulubalang memandang
kearah puncak gunung. Mereka tergamam. P

11 Nenek Kebayan mula berpantun dengan suara


yang merdu.
Di hadapan mahligai puteri,
Tumbuh pokok nyiur gading,
Ada serumpun buluh perindu,
Nama puteri di situlah seru.

12 Tun Mamat mengucapkan terima kasih


kepada Nenek Kebayan dan terus beredar. P
Dari belakang masih kedengarqn pantun
Nenek Kebayan. Tun Mamat menoleh ke
belakang dan mendapati Nenek Kebayan
sudah tiada. Mereka mendaki tujuh puncak
gunung dan akhirnya sampai di hadapan
pokok nyiur gading. Kemudian muncul seorang
perempuan yang sangat cantik.

13 “Betalah Puteri Gunung Ledang. Apakah hajat PGL


Tuan hamba ingin berjumpa beta ?”
14 Tun Mamat menyampaikan hajat Sultan P
Mahmud Syah.

15 “Beta terima pinangan baginda, tetapi


dengan beberapa syarat,….” PGL

16 Rombongan Tun Mamat pulang ke istana.


Mereka sangat bimbang apabila memikirkan P
syarat Puteri Gunug Ledang.

17 “Mampukah baginda memenuhi kesemua


syarat itu,” fikir Tun Mamat. TM

18 Setiba di istana, Tun Mamat segera


mengangkat sembah Sultan Mahmud Syah, TM
dan menyampaikan syarat Puteri Gunung
Ledang. “Puteri itu mahukan 1 jambatan emas
dari Melaka ke Gunung Ledang , 7 dulang hati
nyamuk, 7 dulang hati kuman. 7 tempayan air
mata anak dara, 7 temapayan air pinang
muda dan 1 mangkuk darah anak raja.”

19 Baginda tersu bertitah, “Perintahkan rakyat


untuk mengadakan kesemua syarat tuan SM
puteri”

20 Sedang Tun Mamat dan Sang Setia sibuk


menyediahkan semua barang yang diminta, P
Raja Ahmad muncul bersama-sama dayang.
Tun Mamat dan Sang Setia saling
berpandangan.

21 “Bagaimanakah hendak mendapatkan darah TM


Raja Ahmad?” tanya Tun Mamat.

22 Tun Mamat dan Sang Setia menghadap Sultan P


Mahmud Syah.

23 “Ampun tuanku, semua barang untuk


peminangan Puteri Gunung Ledang telah TM
disediakan kecuali satu … darah anakanda
tuanku” kata Tun Mamat.

24 Sultan Mahmud Syah terkejut mendengar


syarat itu lantas mendapatkan Raja Ahmad. P
Tanpa disedari, air mata baginda mula
bergenang.

25 “Beta tidak akan mengorbankan putera beta,” SM


titah Sultan Mahmud Syah.

26 Tiba-tiba… Puteri Gunung Ledang muncul di


pintu masuk balairung seri. Sultan Mahmud P
Syah dan semua menteri yag hadir terpegun
melihat kecantikan Puteri Gunung Ledang.

27 “Ampun tuanku, akhirnya tuanku sedar PGL


bahawa tidak semua yang tuanku kehendaki
akan tuanku dapat. Patik pasti tuanku akan
menjadi raja yang adil dan bijaksana kepada
rakyat tuanku selepas ini,” sembah Puteri
Gunung Ledang lantas berlalu pergi.

28 Sekian, terima kasih P

Anda mungkin juga menyukai