Anda di halaman 1dari 3

Kisah sang arnab dan sang kura-kura

Asamlamualaikum ……..WBT…..

Nama saya Nursyuhailah bt rozali umur saya enam tahun.


Saya dari tabika kemas kampung kundang.
saya ingin menyampaikan sebuah cerita.
Nak tau cerita saya…
Kawan-kawan dengar ya…..

Wahai kawanku marilah semua,


dengarlah saya mahu bercerita,
Kisah arnab dengan kura-kura,
Si arnab ingin mengajak berlumba.

Pada suatu hari,sang kura-kura sedang berjalan perlahan –lahan sedang


mengambil angin pagi dirimba.Tiba-tiba datang si sang arnab yang memang
terkenal antara binatang yang terpantas di rimba itu.
Eh ! kura-kura ada kau disini,hendak ke mana…..?kata sang arnab dengan
sombong…
Ya arnab ,aku tak kemana….Cuma berjalan - jalan saja “ jawab sang kura-kura “
Kura-kura ,kasihan aku tengok kau….jalan pun lambat,bila ko nak sampai…..ejek
sang arnab,yang memang suka mengejek.Takpe lah sang arnab aku memang
begini………kata kura-kura….
lalu teruskan berjalan.

Sang arnab tidak berpuas hati….sepertinya kura-kura tidak hiraukan kata-katanya


tadi.Lalu dia mencabar kura-kura dengan niat mahu memalukannya.
Sang arnab berjumpa dengan sang kura-kura lagi……
Apa kata kita berlumba kura-kura……..saja aku mahu bersaing dengan kau boleh
ke……hihi….sambil ketawa…….
tidak apalah arnab …..jawab si sang kura-kura…..
Aku tidak peduli…kau mesti berlumba dengan aku….esok….Aku tunggu dekat
tebing sungai sana .Kata sang arnab tanpa hiraukan sang kura-kura.

Keesokkannya harinya ,seluruh rimba datang untuk saksikan perlumbaan antara


sang arnab dan sang kura-kura.Sang kancil menjadi pengadilnya.Dengan
pantasnya sang arnab berlari jauh meninggalkan sang kura-kura sedangkan sang
kura-kura masih berjalan perlahan –lahan di belakang.
Setelah jauh meninggalkan sang kura-kura….sang arnab berhenti rehat seketika
di bawah sebatang pokok sambil memerhatikan kelibat sang kura-kura yang jauh
di belakangnya.
Ah! Pasti sang kura-kura jauh tertinggal…..di belakang….garisan penamat pun dah
dekat ….mengantuk pula aku baik aku tidur dulu….sekejap jea….sebelum tu aku
nak hiburkan diri aku dulu……ha..ha….
la…la……la…la……la…..
Aku menang……
la……la…la….
Aku menang…….
Akhirnya sang arnab pun tertidur………di bawah pokok itu…..dengan sangka bila
dirinya terjaga nanti kura-kura pasti belum pintas sang arnab.

Tidak lama kemudian, sang kura-kura terus berjalan menuju kearah garisan
penamat.Selepas beberapa ketika sang arnab terkejut dan terjaga dari tidurnya
dengan tergesa-gesa sang arnab berlari menuju ke garisan penamat.Ish! macam
mana ni….,lama betul aku tidur…entah-entah sang kura-kura dah sampai bisik
sang arnab dalam hatinya.
Sesampainya sang arnab di garisan penamat kelihatan sang kura-kura
menerima ucapan tahniah dari binatang -binatang di rimba itu kerana
memenangi perlumbaan itu.

Dengan rasa malunya sang arnab beredar pantas dari situ kerana tewas kepada
sang kura-kura sambil di ketawakan oleh penghuni rimba itu…kah…kah…kah….
kawan-kawan………………………
kita jangan terlalu sombong dan suka memandang rendah dengan kelemahan
orang lain.Tidak semestinya yang kuat selalu di atas dan yang lemah sentiasa di
bawah…..”Usaha itu tangga kejayaan “
sang arnab pun dah terima pengajarannya.
Mutiara kata dari saya …….
“Setiap orang pasti punya kelebihanya tanpa harus ditonjolkan dengan
kesombongan “

Berakit – rakit kita kehulu,


Berenang kita ketepian,
bersakit – sakit dahulu,
baru bersenang –senang kemudian.

Sekian cerita saya…….


Terima kasih……………………………..

Anda mungkin juga menyukai