Anda di halaman 1dari 2

TEKS BICARA BERIRAMA

HARI ANUGERAH CEMERLANG 2018

Aku yang dulu bukanlah yang sekarang. Dulu ditendang sekarang ku disayang. Dulu-dulu ku
menderita. Sekarang aku bahagiaaa.

Cita-citaku menjadi orang kaya. Oiii. Dulu ku susah sekarang ku dah senang. Bersyukurlah
pada yang Maha Kuasa. Memberi jalan untuk ku semuaaa.

Kringggg…. (semua)

Cikgu dah datang! Cikgu dah datang! (seorang murid)

Jengg... jengg… jengg… (semua)

Bangunnnn…selamat sejahtera cikgu. (semua)

Selamat sejahtera semua. Baiklah semua duduk. (cikgu)

Harini cikgu ingin sampaikan sedikit maklumat tentang guru penyayang. (cikgu)

Guru penyayang? Guru penyayang tu apa? (semua)

Guru yang prihatin, penyabar, bertanggungjawab (murid kiri)

Dan sayang akan muridnya. (murid kanan)

Contohnya, sewaktu balik guru-guru akan menunggu murid-murid di pagar sekolah. (cikgu)

Ohhhhhh….. (semua)

Kalau begitu, tahulah kami… (semua)

Tapi, kenapa ada cikgu yang selalu marah-marahkan kami? (murid kiri)

Cikgu marah tandannya sayangg.. (murid kanan)

Cuba kamu ingat, siapa yang tidak siapkan kerja sekolah? (cikgu)

Raju, cikgu. (semua)

Siapa yang selalu masuk lewat ke kelas? (cikgu)

Kamala, cikgu. (semua)

Siapa yang suka ponteng sekolah? (cikgu)

Kavita, cikgu. (semua)

Siapa yang suka bergaduh? (cikgu)

Ramesh dan kawan-kawannya, cikgu. (semua)


Siapa yang suka buli-buli kawan? (cikgu)

Priya, cikgu. (semua)

Jadi, kenapa cikgu marah? (cikgu)

Sayang kami, cikgu…. (semua)

Haaaa…cikgu kan prihatin.. (murid kiri)

Cuba kamu ingat, kalau kamu sakit kepala? (cikgu)

Cikgu akan sapu minyak angin cap kapak…. (semua)

Kalau kamu demam? (cikgu)

Tampal koyok…. (semua)

Kalau kamu sakit perut? (cikgu)

Pil cikitek onn…. (semua)

Kalau kamu sakit teruk? (cikgu)

Hospital Besar Kluang kan adaaa…. (semua)

Tahu pun kamu… (cikgu)

Penyayangnya cikgu kepada kami (murid kiri)

Banyaknya kesalahan kami kepada cikgu (murid kanan)

Kau ada dikala ku suka, dikala ku duka. Setiap tangisan dan juga ketawa.
Kau ada dikala ku perlu. Setia menemaniku. Pegang erat tanganku bila aku jatuh.
Kau lah yang selalu, selalu mengajarku. mendengar kisah pahit manis hidupku.
Kaulah yang disitu, setia mendidikku. Kau lah yang satu menjadi idolakuuu.

Bukan guru sahaja yang mendidik kamu menjadi insan yang berguna. Kamu juga perlu
berterima kasih kepada kedua ibu bapa kamu juga. (cikgu)

Betul tu cikgu…. (semua)

Terima kasih ibu bapaku. Jasamu akan ku kenang selalu. Tak pernah lelah membesarkanku.
Terima kasihku kepada mu ibu bapa kuuu…

Berburu ke padang datar…. (murid depan)

Dapat rusa berbelang kaki…. (murid belakang)

Berguru kepalang ajar, ibarat bunga kembang tak jadi. (semua)

Sekian, terima kasih. (semua)

Anda mungkin juga menyukai