Anda di halaman 1dari 2

SKRIP BICARA BERIRAMA

Lenggang lenggang kangkung kangkung tepi telaga.


Lenggang lenggang kangkung kangkung tepi telaga.
Balik dari menyabung bertelan nasi sahaja.
Balik dari menyabung bertelan nasi sahaja. (2x)
Amboi, melenggang sungguh kamu ni ya….
Cepat, masuk barisan!
Assalammualaikum
Selamat pagi,
Sawadikaa,
Kin rai lew mai..
Hai semua,
Nak dengar tak?
Dengar apa?
Dengarrrrrr
Dengar kami bercerita laa…
Pada suatu hari….
Ehh ehh, bukan cerita pada zaman dahulu lah… kita nak cerita tentang memoir di sekolah Lubok
Merbau..
Memoir?
Apa maksudnya?
Mengikut kamus dewan,
Memoir ialah karya berasaskan kenang-kenangan seseorangan tentang pengalaman dan
peristiwa-peristiwa dalam kehidupannya.
Oooo… baru lah faham.. hehehehe..
Sampaikan salam
Buat semua
Salam terakhir
Salam teristimewa
Eh… berhenti… berhenti… takkan nak sedih-sedih dulu??
Alamak… cikgu dah sampai…
Selamat pagi cikgu (upin ipin)
Selamat pagi. Baiklah, kamu semua boleh duduk.
Terima kasih cikgu
Baiklah murid-murid. Minggu lepas cikgu ada beri latihan. Sudah siap? Seperti yang
dijanjikan
hari ini. Kita akan bincangkan soalan tersebut.
Messi, sila jawab!
Jeng,jeng,jeng
Er err saya lupa nak buat cikgu.
Hah! Kenapa x siapkan? Berdiri sekarang!
Siti Nurhaliza sila jawab
Jeng,jeng,jeng
Saya dah siap tapi, tapi, tertinggal.
Hah! Tak siap juga, berdiri!
Kalau macam ni sikap awak, hari ni kita tak payah belajar.
Aiyok cikgu merajuk, aiyok.
Kawan-kawan..
hormatilah guru. Jangan sesekali kita lukakan hati guru. Tak berkat ilmu kita nanti.
Wahai cikgu, janganlah merajuk,
Nanti muka cikgu cepat berkedut,
Wahai lah cikgu, kami minta maaf,
Kami janji tak buat lagi.

Maafkan kami jeng,jeng,jeng(3x)


Maafkan kami, maafkan kami.
Berapa banyak maaf daaa..
Wahai anak didikku
SKRIP BICARA BERIRAMA
Kau harus rajin belajar, tekun dan juga taat, Usah dibazirkan waktumu dengan perkara yang
sia-sia, Jadikan buku teman terbaikmu, Kelak kau lulus dengan cemerlang.
Mong naan naan kon sŭuay dtông mong naan naan
Mong naan naan kon sŭuay dtông mong naan naan
Amboi amboi amboi, mentang-mentang cikgu ada mesyuarat, bising sungguh kamu semua
ya. Cikgu denda kamu baru tau
Hahahahahaha padan muka
Kawan-kawan, seronokkan datang sekolah?
Kalau menang sukan, kita sorak ramai-ramai
Yeayy
Kalau menang pertandingan mewakili sekolah,
Kita sangat gembira
Alhamdulillah.
Seronokkan datang sekolah?
Seronok sangat…..
Betul tu. Di sekolah kita boleh belajar
Berkawan
Bermain..
Main?main apa?
Main kejar-kejar he he he he
Pukul berapa datuk harimau?
Pukul 11,
Pukul berapa datuk harimau?
Pukul 12.
Aaa lari…
Ha seronok kan sekolah kawan-kawan? Adik- adik,
Jangan ponteng sekolah tau
Dulu,
Kami masih kecil,
Kami masih tidak mengerti apa-apa
Kami masih lemah
Kami masih mentah dalam menilai sesuatu perkara

Kini,
Kami hampir remaja
Kami sudah mengetahui beberapa perkara
Kami semakin kuat
Kami semakin bijak dalam menilai sesuatu hal

Asbab sekolah kami, kami semakin matang dalam semua segi kehidupan.
Kringgg….
Ala dah habis waktu..
Selalu kamu seronok nak balik, kenapa kali ini kamu sedih?
Iya la cikgu, selepas ini, kami dah tak bersekolah di sini.
Kami akan ke sekolah menengah pula.
Baiklah murid-murid,
Semoga kamu menjadi anak-anak yang cemerlang dalam kehidupan.
Terima kasih cikgu.
Sekiannnnnnnnnnn….Terima kasih
Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
'Kan kujadikan kau kenangan
Yang terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupmu
Yang t'lah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah

Anda mungkin juga menyukai