Anda di halaman 1dari 13

Story Board

Video Kreatif
“Siapa Kamu?”
Babak 1 : Siapa Kamu?

Tempat : Di kawasan pejabat PPKI

Emosi : Murid berasa sedih, tidak bersemangat dan putus asa

Audio : Muzik instrumental perlahan dan sedih

Suasana :

1. Guru memberikan surat tawaran kemasukan ke PPKI


2. Uwais memegang surat dalam keadaan bersedih dan putus semangat
3. Uwais duduk di satu kawasan dan bermonolog seorang diri.

Dialog (monolog) :
1. Nama aku Uwais.
2. Aku budak yang baik, aku suka menolong ibu ayah, cikgu dan kawan-kawanku
3. Namun kini, aku telah disahkan mempunyai masalah dalam pembelajaran.
4. Aku tidak dapat membaca dan menulis dengan lancar seperti rakan-rakan aku yang lain.
5. Aku teringin hendak menjadi orang yang cerdik, petah berkata-kata, membaca dengan lancar dan menulis dengan
betul dan kemas.
6. Tapi kini, aku berasa kecewa, aku berasa sedih, kerana aku tidak secerdik seperti rakan-rakan aku yang lain.
Babak 2 : Hari Pertama Di Kelas PPKI

Tempat : Kelas PPKI

Emosi : Uwais : Sedih dan tidak bersemangat


Amsyar Dan Aidilfitri : Ceria dan bersemangat

Audio : Muzik yang ceria dan gembira

Suasana :

1. Guru masuk dan memberi salam.


2. Guru menyuruh Uwais memperkenalkan diri.
3. Amsyar dan Aidilfitri seronok mendapat rakan baru
4. Guru mulakan pelajaran dengan menulis ABC di papan tulis
5. Amsyar dan Aidilfitri ketawa beritahu guru, walaupun mereka tak pandai membaca tapi mereka tahu baca ABC.
6. Guru menerangkan ABC yang dimaksudkan adalah Anak Yang Baik Lagi Cerdik.
7. Amsyar dan Aidilfitri mengeluh, mengatakan mereka memang murid yang baik tapi mereka tidak cerdik. Macam
mana nak jadi cerdik sedangkan mereka tidak tahu membaca dan menulis.
8. Guru dalam nada gembira dan ketawa memberitahu mereka, mereka semua cerdik sebenarnya cuma mereka saja
yang tidak tahu. (akan masuk ke babak seterusnya iaitu babak ke 3)
Dialog :

Guru : Assalamualaikum kelas


Murid : Waalaikumussalam cikgu
Guru : Sila duduk
Murid : Terima kasih cikgu

Guru : Hari ini cikgu nak memperkenalkan seorang rakan kita yang baru. Namanya Uwais. Mari ke
hadapan. Siapa kamu?

Uwais : Nama saya Uwais. Saya daripada kelas darjah 5 sekolah ni juga. Sebab saya tak pandai baca, saya
tak cerdik jadi saya kena masuk ke kelas PPKI ni. (dengan nada sedih dan tidak bersemangat)

Guru : Selamat datang Uwais, Uwais jangan sedih-sedih. Uwais masuk ke kelas ni bukan sebab Uwais tak
cerdik, tapi sebab di kelas PPKI ni proses belajar tu sesuai dengan perkembangan Uwais.
Ok….Amysar, Aidilfitri…..lepas ni bolehlah kamu berkawan, belajar dan bermain bersama-sama
Uwais ya.

Amsyar & Aidilfitri : Baik cikgu, seronoknya dapat jumpa Uwais. Nanti bolehlah kami belajar dan bermain sama-sama.
Dialog :

Guru : Ok murid-murid, hari ni cikgu nak ajar kamu ABC (sambil menulis ABC di papan tulis).
Amsyar : Cikguuuuuu…….kami dah pandai lah baca ABC. Walaupun kami belum pandai baca lagi tapi kami
tau la baca ABC.
Aidilfitri : Laaa……takkan nak belajar ABC balik kot.
Guru : Sabar-sabar. Tunggu cikgu cerita dulu, ABC yang cikgu nak ajar ni ABC Anak Yang Baik Lagi Cerdik.
Kamu nak tak jadi anak yang baik lagi cerdik?
Amsyar : Nak la cikgu, tapi macam susah ja. Saya memang baik suka tolong cikgu, suka tolong mak ayah kat
rumah, dengan kawan pun saya tak gaduh. Saya memang budak yang baik…..tapi kalau nak jadi
cerdik tu??(sambil menggaru-garu kepala.
Aidilfitri : Betul cakap Amsyar tu cikgu.
Guru : Hahaha (guru tertawa kecil). Kamu semua ni sebenarnya murid-murid yang cerdik, tapi kamu
sendiri tak kenal Siapa Kamu?Jom cikgu tunjukkan Siapa Kamu yang sebenarnya.

(masuk ke babak seterusnya iaitu babak ke 3)


Babak 3 : Siapa Kamu Amsyar?

Tempat : Gallery Walk


Emosi : Amsyar : ceria dan gembira
Audio : Muzik Lagu Rasa Sayang

Suasana :

1. Guru dan Amsyar berada di Gallery Walk.


2. Amsyar sedang melukis sesuatu di atas sekeping kertas.
3. Guru menyanyikan lagu Rasa Sayang dan berpantun.
4. Amsyar membalas pantun guru dengan lagu Rasa Sayang.
5. Amsyar menayangkan hasil lukisannya.
Dialog :

Guru : Rasa sayang hei, rasa sayang-sayang hei, hei lihat nona jauh rasa sayang-sayang hei

Mudik ke sungai berakit-rakit


Berteman ayah, abang dan adik
Wahai anak cikgu yang baik
Apa benda yang kamu cerdik?

Amsyar : Rasa sayang hei, rasa sayang-sayang hei, hei lihat nona jauh rasa sayang-sayang hei

Hutan lipur cantik dan bersih


Dihiasi paku dan pakis
Wahai cikgu yang saya kasih
Pandai dan cerdik saya melukis

Guru Dan Amsyar : Rasa sayang hei, rasa sayang-sayang hei, hei lihat nona jauh rasa sayang-sayang hei
Babak 3 : Siapa Kamu Aidilfitri?

Tempat : Surau
Emosi : Aidilfitri : ceria dan gembira
Audio : Muzik Lagu Rasa Sayang

Suasana :

1. Guru dan Aidilfitri berada di surau.


2. Aidilfitri sedang membaca Al-Quran di atas sejadah.
3. Guru menyanyikan lagu Rasa Sayang dan berpantun.
4. Aidilfitri membalas pantun guru dengan lagu Rasa Sayang.
5. Aidilfitri tersenyum sambil memeluk Al-Quran.
Dialog :

Guru : Rasa sayang hei, rasa sayang-sayang hei, hei lihat nona jauh rasa sayang-sayang hei

Mudik ke sungai berakit-rakit


Berteman ayah, abang dan adik
Wahai anak cikgu yang baik
Apa benda yang kamu cerdik?

Aidilfitri : Rasa sayang hei, rasa sayang-sayang hei, hei lihat nona jauh rasa sayang-sayang hei

Kalau tuan ke Pasar Payang,


Belikan saya buah keranji
Duhai cikgu yang saya sayang
Pandai dan cerdik saya mengaji

Guru Dan Amsyar : Rasa sayang hei, rasa sayang-sayang hei, hei lihat nona jauh rasa sayang-sayang hei
Babak 4 : Siapa Kamu Uwais?

Tempat : Padang
Emosi : Uwais : aktif dan bersemangat
Audio : Muzik Lagu Rasa Sayang

Suasana :

1. Uwais memakai jersi bola sepak dan sedang bermain bola.


2. Guru berada di hadapan Uwais
3. Guru menyanyikan lagu Rasa Sayang dan berpantun.
4. Uwais membalas pantun guru dengan lagu Rasa Sayang.
5. Uwais menyepak bola ke arah tiang gol
Dialog :

Guru : Rasa sayang hei, rasa sayang-sayang hei, hei lihat nona jauh rasa sayang-sayang hei

Mudik ke sungai berakit-rakit


Berteman ayah, abang dan adik
Wahai anak cikgu yang baik
Apa benda yang kamu cerdik?

Uwais : Rasa sayang hei, rasa sayang-sayang hei, hei lihat nona jauh rasa sayang-sayang hei

Pergi ke kedai membeli tauhu,


Tauhu dimasak bersama lala,
Kalau cikgu hendaklah tahu;
Saya pandai bermain bola.

Guru Dan Uwais : Rasa sayang hei, rasa sayang-sayang hei, hei lihat nona jauh rasa sayang-sayang hei

(Babak berakhir dan masuk semula ke suasana di dalam kelas seperti babak 2)
Babak 5 : Penutup

Tempat : Kelas PPKI

Emosi : Murid dan guru dalam keadaan gembira dan bersemangat


Audio : Muzik yang ceria dan gembira

Suasana :

1. Guru bertanyakan semula kepada murid Siapa Kamu?


2. Murid menjawab dengan penuh semangat bahawa merekalah Anak Yang Baik Lagi Cerdik.
Dialog :

Guru : Ok murid-murid. Tadi kamu dah lihat dan nampak dah kan bahawa semua orang mempunyai
kecerdikan masing-masing. Kamu anak-anak murid cikgu bukan saja merupakan anak yang baik
tetapi kamu juga anak yang cerdik. Cikgu nak tanya kamu sekali lagi, “Siapa Kamu?”
(dengan penuh semangat)

Semua murid : Kamilah Anak Yang Baik Lagi Cerdik

Anda mungkin juga menyukai