Anda di halaman 1dari 3

SKRIP BICARA BERIRAMA : AMALAN BERBUDI BAHASA

(SESI MENYANYI PEMBUKAAN)


1. Budi bahasa....budaya kita…
2. Selamat pagi buat semua
3. Kami, putera puteri SMK Kemena , bakal mempersembahkan bicara berirama yang bertajuk ‘Amalan
Berbudi Bahasa’
(Bunyi bising pelajar di dalam kelas semasa ketiadaan guru)
4. Eh,kawan-kawan cikgu dah sampai!!!
6. Hishhh...
7. Selamat pagi, kelas.
8. Selamat pagi, cikgu.
9. Anda semua sudah bersedia?
10. Ya, cikgu!
11. Baiklah, Hari ini kita akan belajar tentang amalan berbudi bahasa dalam masyarakat.
12. Budi bahasa..apa cikgu ?
13. Budi bahsa itu ialah perlakuan adab sopan, beperketi mulia.
14. Ooo...baru tau !
15. Siapa boleh beritahu cikgu contoh amalan berbudi bahasa ?
16. Saya cikgu!
17. Aaaaa…Apa dia ?
18. Memberi salam cikgu !
19. Salam sejahtera...
20. Salam perpaduan..
23. Vanakam..
24. Ni hao ma..
25. Salam 1 Malaysia.
26. Baik, apa lagi contoh amalan berbudi bahasa ?
27. Menghormati orang tua cikgu !
28. Bagaimana nak menghormati orang tua ?
29. Alaaa....macam dalam iklan tu cikgu.
(Bunyi kayuhan basikal)
30. Eh pakcik, pakcik nak pergi mana ?
31. Uh, uh.. Nak,pakcik nak melintas jalan ni, tapi pandangan pakcik kabur.
32. Takpe pakcik, mari kami tolong..
33. Hormat menghormati amalan mulia.
34. Kalau diri ingin dihormati...
35. Belajarlah menghormati orang lain...
36. Terutama orang tua
37. Yang tua dihormati,
38. Yang muda disayangi...
39. Barulah hidup aman harmoni
40. Oooo....
41. Pandai lah murid-murid cikgu ni!
42. Mestilah...berkat didikan cikgu...
43. Lagi-lagi
44. Kalau muridnya
45. Panjang akal
46. Seperti kami..
47. Uuuu..
48. Modal insan terbaik...
49. Sentiasa mengamalkan budi bahasa dalam kehidupan mereka!
50. Hah..??
51. Menghormati orang
52. Tidak kira bangsa, kaum, agama, darjat, harta dan pangkat.
53. Wah, bagusnya!
54. Betul tu ! Adab sopan membentuk modal insan yang dedikasi dan cemerlang.

55. eh?kenapa intan payung cg monyok ?


56. Intan payung cg demam la cikgu.(bunyi bisikkan dan ketawa)
57. Alaaaa..kesiannya....
58. Senyumlah...Senyumlah...Ahai Cek Mek Molek
59. Senyum kan dapat pahala...
60. Senyum seindah suria,
Yang membawa cahaya,
Senyum lah dari hati,
Dunia mu berseri...
61. Dengar tu Intan Payung, senyum tu penawar segala penyakit
62. Kacak luar, kacak dalam,i
Kalau saya senyum awak mesti senyum sekali,
63. Apabila kita senyum, semua orang dijangkiti,
Bila semua orang senyum, dunia tiada penyakit.
64. Senyum...
65. Tak perlu kata apa-apa
66. Senyum..
67. Tak perlu kata apa-apa
68. Ha! Senyum pun....
69. Kan manis tu !
70. Intan Payung, senyum tu satu sedekah. Tak perlu keluarkan belanja.
71. Ehm... betul betul betul !
72. Kurangkan manisan dalam minuman..
73. Tambahkan manisan dalam senyuman..

74. Maaf cikgu boleh saya bertanya?


75. Ya...apa dia?
76. Mengapa bahasa melambangkan bangsa ?
77. Kerana setiap bangsa ada bahasanya. Jika buruk bahasa, hinalah bangsa di mata dunia.
78. Oooo...
79. Oleh itu, kesantunan budi bahasa menjadi kebanggaan masyarakat kita. Faham semua ?
80. Faham cikgu !
81. Budi bahasa.....budaya kita....
82. Hei bro! Buta ke? tak nampak orang ?
83. Hei... kasarnye bahasa!
84. Hoi Ali... Jom blah!
85. Haa..salah tu. Jom balik..
86. Kan sedap didengar tu...
87. Kawan-kawan saya minta maaf!
88. Kenapa?
89. Saya sudah buat silap.
90. Takpe..kita kan manusia biasa.

121. Siapa nak tolong ciku?


122. Saya cikgu!
123. Apa yang penting?
124. Kerjasama....
125. Apa itu kerjasama?
126. Usaha bersama-sama!
127. Apa manfaatnya?
128. Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing
129. Bila bekerjasama, semua kerja jadi mudah...
130. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicicah
131. Barulah kita hidup sama rasa sama kata...
132. Muafakat membawa berkat
133. Barulah hidup sepakat....
134. Apabila orang dalam kesusahan...
135. Harus segera dibantu.
136. Dapat jalin kemesraan..
137. Dapat rapatkan hubungan…

138. Kasih sayang itu titi, kasih sayang penghubung hati,


Kasih sayang itu tali, kasih sayang pengikat diri...
139. Ani kenapa senyum sorang-sorang ??
140. Dia sedang dilamun cinta cikgu...
141. Uuuu....
142. Cinta dengan siapa ?
143. Buah hatinya lah cikgu....
144. Bukan cikgu saya teringat keluarga saya, kami hidup sentiasa bahagia. Tidak pernah
Gaduh dan bermasam muka..
145. Wah...bagusnya..
146. Beruntung awak...tak semua insan baik seperti awak, ani. Ada orang yang tiada ayah,
Tiada ibu.jadilah yatim piatu...
147. Oleh itu, kita perlu bersyukur kerana mempunyai ayah dan ibu yang menyayangi kita,
Umpama, menatang minyak yang penuh.....
148. Satu kasih yang abadi,
Tiada tandingi dia yang satu,
149. Dua sayang berpanjangan,
Membawa ke syurga kasihnya ibu..
150. Tiga lapar dan dahaga,
Rela berpanjangan setianya ayah.
151. Empat mudah kau ketemu,
Berhati selalu beza antara kasih dan kekasih…
Murid-murid..kalau nak berjaya..apa petuanya??
Saya cikgu!!dengar ya..
Pagi hari ke kedai pak ya,
Ingin membeli si ikan selar,
Jika kamu ingin berjaya,
Banyak membaca,rajinlah belajar,
Setuju,setuju,setuju.
Saya pun nak juga,
Kelapa barli,kelapa puan
Banyak ditanam,ditepi paya,
Guru mengajar berilah tumpuan,
Insyallah kamu akan berjaya
Setuju sangat-sangat
Hah!mengeling kepala si anak beruk,
Kami bukan anak beruk!
Tak-tak-tak
Melihat sang ayam disambar sang helang
Buangkan segala sikap yang buruk,
Teruskan usaha,ke puncak gemilng,
Kami akan bejaya,kami akan berjaya,
Kami bakal berjaya dipersada…..
Jangan kaya dari segi kebendaan..
Tetapi muflis dari segi keperibadian.
Jangan asyik mengejar kemodenan...
Hilang jati diri...adat ketimuran.
Orang berbudi kita berbahasa
Orang memberi kita merasa
Sekalung budi seuntai bahasa
Pusaka warisan budaya bangsa
Bak kata pepatah... hidup dikandung adat, mati dikandung tanah
Sekian sahaja persembahan kami
Izinkan kami mengundur diri
Apa yang dikata sematkan di hati
Supaya menjadi panduan diri
Kisah ini berakhirlah sudah
Ambillah manfaat dan kebaikan
Semoga menjadi panduan berguna buat semua
(Pulanglah pulang……..marilah pulang….
Marilah pulang bersama-sama)
Sekian,terima kasih

Anda mungkin juga menyukai