Anda di halaman 1dari 9

SKRIP BICARA BERIRAMA

TAJUK : ANAK BAIK LAGI CERDIK


SINOPSIS
Anak Yang Baik lagi Cerdik” merupakan sebuah slogan yang sering diungkapkan oleh
Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Malaysia, Dato Hj Pkharuddin Hj Ghazali.
Ianya memfokuskan kepada kaedah untuk melahirkan pelajar yang cerdik semata-mata,
tetapi mempunyai sahsiah diri yng baik. Asas Konsep ABC – “Anak Yang Baik lagi
Cerdik” Melalui konsep ABC, bukan sekadar belajar di sekolah, murid-murid kini
dididik untuk menjadi modal insan berilmu dan berakhlak mulia sebagai pewaris negara
pada masa hadapan.
Berikut merupakan 4 asas utama melahirkan generasi “Anak Yang Baik lagi Cerdik”:

1. Hati – Bekerja dari Hati


2. Ibadah – Bekerja sebagai Ibadah
3. Trust and Inspirasi – Saling mempercayai dan memberi inspirasi
4. Manfaat – Sentiasa bermanfaat
Dalam pelaksanaan ABC, kempen ADABI atau Adab dulu baru ilmu juga diperkenalkan
bagi menjadi seorang anak itu baik lagi cerdik. Beberapa elemen diterapkan dalam
kempen ADABI ini iaitu :,
1. Menghormati guru
2. Patuh pada peraturan sekolah
3. Hadir awal ke sekolah
4. Belajar dengan tekun
5. Bertutur dengan sopan
6. Memperbaiki kesalahan diri
7. Proaktif dan berdaya saing
8. Suka membantu orang lain
SEGMEN CATATAN
1 Nana Nananana, Nana Nananana Ramai
Nada Nananana (melodi Faizal Tahir)
Assalamualaikum dunia, Ramai
Bangunlah semua,
Lihatlah pada diri kita semua serupa
Damailah manusia,
Kita bersaudara,
Assalamulaikum Dunia
Assalamualaikum Dunia

2 Assalamualaikum , Selamat Sejahtera dan Saaaalam Ramai


Malaysia Madani perempuan

3 Dari hulu hendak ke pekan Ramai


Naik kereta hingga ke Kangar
Bicara Berirama kami persembahan
Buat hadirin yang sudi mendengar

4 Sopan santun anak Melayu [melodi lagu] Ramai


Anak Melayu
Senyum terukir
Senyum terukir bila disapa

Dalam pantun
Ku kirim rindu
Rindu mengalir
Rindu mengalir di dalam kata

Lemak manis alah amboi -amboi


Santan kelapa, alah amboi-amboi
Ku pandang lah manis alah amboi-amboi

5 Anak siapa? Solo lelaki

Anak siaaaapaaaa? Ramai

Anak Yang Baik LagiCerdik Ramai


Anak Yang Baik Lagi Cerdik ? Solo
Macamana tu? perempuan

Anak Baik Lagi Cerdik atau ABC ini salah satu konsep Ramai
yang telah diterapkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia.

Bukan kita hari-hari jadi anak baik ke? Solo lelaki

Ala...engkau ni, perasan baik je? Solo


perempuan

Buuuuuuuu Ramai

Ehh tak baik la kita ejek dia Solo lelaki


Kita semua memang anak yang baik

Baik la, jom kita cerita tentang ABC ni, bukan air batu Solo
campur tau, ABC ni Anak Baik Lagi Cerdik perempuan

Anak Baik Lagi Cerdik ini untuk mendidik anak-anak jadi Ramai
baik dan cerdik.
ABC juga memperkembangkan potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu,

Kejap-kejap’ Solo lelaki


Bersepadu tu apa?

Ala engkau ni, orang belum habis cerita, engkau dah Solo
mencelah. perempuan

Bersepadu tu bermaksud mewujudkan anak atau murid Ramai


yang seimbang dari segi intelek akademik, sahsiah rohani
yang tinggi dan fizikal jasmani yang sihat. Anak Baik Lagi
Cerdik juga patuh kepada kepercayaan kepada Tuhan.

Oooooo baru faham Solo lelaki

Nak dengar lagi tak tentang ABC Ramai lelaki

Tentu la nak Ramai p’puan

Anak Yang Baik Lagi Cerdik mestilah mempunyai emosi Ramai


yang stabil.
Anak Yang Baik Lagi Cerdik mempunyai Adab yang baik

Jap jap jap teringat pulak iklan ni Ramai

6 Adabi melazatkan [melodi lagu]


Adabi menyelerakan
Melazatkan kari dan kuah
Adaaaaaabiiiii

Ehh, tiba-tiba nyanyi lagu iklan Adabi ni dah kenapa? Solo


perempuan

Maksud ADABI yang cikgu Rahmat selalu pesan Ramai


ialah Adab Dulu Baru Ilmu, di mana ianya bagi melahirkan
ABC @ Anak Baik Lagi Cerdik.

Alamak lagi aku tak faham Solo lelaki

OOOOOOoooo begitu Solo


perempuan

7 Anak yang baik akan sentiasa menghormati guru


Anak yang baik paaaatuh peraturan sekolah Ramai p’puan
Anak yang baik sentiasa hadir awal ke sekolah
Ada lagi ni

Anak yang baik akan belajar dengan tekun Ramai lelaki


Anak yang baik akan bertutur dengan sopan

Selain itu anak yang baik akan memperbaiki kesilapan Ramai lelaki
diri apabila melakukan kesalahan.
Kita juga perlu proaktif dan berdaya saing.
Anak yang baik suka bantu orang

Aku suka Aku suka Solo lelaki

Suka apa? Suka nyampuk cakap orang Solo


perempuan

Tadi kata anak yang baik suka bantu orang, aku selalu bantu Solo lelaki
orang tau. Tolong cuci pinggan, tolong basuh keretea ayah,
suka tolong cikgu angkat buku dan macam-macam lagi.

Dalam menjadikan ABC atau Anak Bijak lagi Cerdik ibu bapa Ramai
sangat memainkan peranan penting. Mereka sama-sama
mengharapkan anak atau anak murid mereka menjadi anak yang
baik apatah lagi menjadi cerdik pandai.
Menurut Ibnu Ummar “Didikla anakmu dengan Solo p’puan
Adab Yang baik kerana sesungguhnya kelak kamu akan
ditanya tentang Anakmu. Bagaimana dahulu kamu mendidiknya
dan apa yang ajarkan kepada mereka. Begitu pula anakmu, kelak
akan ditanya tentang bakti danketaatnya kepadamu”

8 Pohon keladi pohon halia, [pantun[ Ramai lelaki


Dipetik oleh kakak dan adik,
Baik hati berbudi bahasa,
Itulah ciri anak yang baik lagi cerdik.

Pohon cemara dihinggap cengkerik Ramai perempuan


Cengkerik jatuh menimpa padi,
Jadilah anak yang baik dan cerdik
Pasti senang di kemudian hari

9 Ewa ewa bulan [melodi lagu] Ramai


Ewa bulan teraju tiga
(2x)
Sekian saja persembahan kami
Lain kali berjumpa lagi, (2x)
Sekian terima kasih.
ANAK YANG BAIK LAGI CERDIK

Anda mungkin juga menyukai