Anda di halaman 1dari 3

PENTAKSIRAN BERTERUSAN 3

DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA,


KOLEJ VOKASIONAL KPM

KEMAHIRAN KOMUNIKASI
ESB 4012

NAMA PELAJAR SHARONRYNNE ANAK JANATA


NO KAD PENGENALAN 020524-03-0242
PROGRAM HOSPITALITI KOSMETOLOGI
NO KAD PELAJAR K831GHKM028
NAMA PENSYARAH MR. THOMAS ANAK REDDY
TARIKH HANTAR 23/2/2022
BUDAYA WARISAN BANGSA

Salam sejahtera saya ucapkan kepada yang berusaha Tuan TS, Lim Ah Juan, Pengarah
Kolej Vokasional Matang yang dihormati barisan pensyarah serta rakan-rakan yang saya
kasihi sekalian.

Nama saya Sharonrynne Anak Janata dari kursus Diploma Hospitaliti Kosmetologi Semester
4. Pada hari ini saya akan menyampaikan ucapan yang bertajuk “Budaya Warisan Bangsa”.

Hadirin sekalian,

Apakah penting mengetahui tentang Budaya Warisan Bangsa?

Tamadun sesuatu bangsa selalunnya dapat dilihat pada warisan seni budayanya.
Warisan budaya ini harus dikekalkan kerana mempunyai identiti tersendiri. Budaya
tradisional mencukupi amalan dan cara hidup pelbagai kaum di negara kita. Hal ini
termasuklah pakaian, makanan, adat resam, seni dan sebagainya. Tetapi kini, warisan
budaya tradsional negara kita semakin lenyap ditelan arus pemodenan.

Budaya melambangkan identiti sesebuah negara. Amalan budaya tradsional kita


melambangkan sifat majmuk masyarakat kita. Misalnya, keunikan pakaian tradisional kita
pelbagai kaum yang pelbagai bentuk potongan dan cara pemakaian serta berwarna-warni.

Budaya tradisional kita juga menunjukkan budi perketi masyarakat Malaysia. Nilai murni
yang ditunjukkan dalam majlis korban dan mengadakan rumah terbuka pada hari kebesaran
menunjukkan kita prihatin terhadap orang lain dan bersikap mesra. Banyak orang asing
terkejut kerana rakyat kita bebas mengunjungi pemimpin kita pada hari kebesaran.
Penghantaran kuih-muih dan saling mengunjungi pada hari kebesaran menunjukkan
kemesraan sesama kaum. Inilah identiti Malaysia yang dikagumi oleh dunia luar dan identiti
ini perlu dikekalkan.

Budaya tradisional juga dapat memumpuk perpaduan negara. Rakyat majmuk kita kaya
dengan nilai tradisional yang murni. Misalnya, kunjung-mengunjungi dan mengadakan
rumah terbuka pada hari kebesaran. Rakyat kita tidak kira keturunan, agama dan amalan
adat resam turut merayakan bersama-sama. Jiran tertanggan dan sahabat handai saling
mengunjungi . Kuih muih bertukar pinggan. Kita saling menerima dan memberi. Ucapan
“ Selamat Hari Raya”, “Gong Xi Fa Cai” dan “Selamat Deepavali” keluar dari jiwa yang
penuh keikhlasan.Semangat kekitaan ini akan mengeratkan silaturahim, seterusnya
memupuk perpaduan.
Salah satu tarikan pelancong ialah keunikan budaya tradisional kita, misalnya persembahan
teater tradisional seperti bangsawan dan makyung dan tarian seperti kuda kepang dan
gawai. Banyak pelancong mengunjugi Malaysia kerana ingin mendekati corak hidup dan
kebudayaan kita. Ada yang tinggal bersama-sama kita dikampung untuk merasai kehidupan
kita di samping menghayati kekyaan warisan bumi seperti keunikan dan keindahan pantai,
landskap dan hutan Malaysia. Tidak kurang pula yang merakamkan perkahwinan mereka
mengikut adat resam Melayu. Jadi, budaya penting untuk mengembangkan pelancongan.

Budaya perlu dikekalkan demi kesinambungan tamadum kita. Melalui budaya tradisional,
kita mengetahui asal usul kita. Dengan ini, kita tidak akan lupa daratan.Sebaliknya, kita akan
sedar tentang kesulitan hidup nenek moyang kita. Dari sini kita akan mendapat iktibar.
Misalnya, tarian Portugis meningkatkan kita tentang kedatangan Portugis. Bangsawan yang
banyak menceritakan tentang Kesultanan Melaka dan kejatuhannya juga mendatangkan
pengajaran.

Janganlah kita biarkan kebudayaan kita hanya dapat ditonton di muzium, bak pepatah
yang berbuny “biar mati anak, jangan mati adat”. Oleh itu usaha memupuk dan memelihara
budaya ini tidak seharusnya dipandang enteng. Marilah kita bersama - sama memeliharanya
supaa terus subur meredah zaman, tidak lekang dek panas, tidak lapuk dek hujan.

Anda mungkin juga menyukai