Anda di halaman 1dari 2

Melancong merupakan salah satu aktiviti yang amat menyeronokkan.

Tambahan pula, ia memberi banyak

mantaat. Semua manusia mengimpikan tempat yang indah untuk dilawati dan menghabiskan masa cuti

bersama keluarga setelah penat menjalani kerja seharian. Negara kita mempunyai banyak tempat

pelancongan yang menarik dan sesuai untuk dijadikan destinasi percutian.

Dengan melancong kita akan dapat menambahkan pengetahuan dan meluaskan pandangan ke

tempat-tempat yang belum pernah kita lawati. Contohnya kita akan dapat melihat kebudayaan yang

diamalkan di sesebuah tempat yang jauh berbeza dengan tempat kita. Selain itu, melancong juga dapat

melapangkan fikiran. Fikiran kita perlu juga direhatkan daripada terus bekerja.

Melancong juga mengeratkan hubungan kekeluargaan. Dengan melancong kaum keluarga dapat

beramah mesra dan bersenda gurau sambi berhibur. Hal ini amat digalakkan oleh kerajaan

memandangkan institusi kekeluargaan kini semakin longgar. Ibu bapa yang sibuk bekerja serta anak-anak

yang sibuk dengan urusan pelajaran dapat bertemu dan bersatu serta mengukuhkan hubungan yang kian

longgar.

Dengan melancong juga kita dapat mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah. Anak-

anak terhindar daripada melakukan perkara negatit terutama pada waktu cuti sekolah seperti bercampur

gaul dengan remaja yang rosak akhlak. Ibu bapa juga dapat mengetahui aktiviti anak-anak kerana sepanjang

waktu melancong, anak-anak sentiasa bersama mereka.

Melancong juga akan dapat memajukan industri pelancongan negara. Kita sebagai rakyat Malaysia,

hendaklah melancong ke seluruh Malaysia dahulu sebelum melancong ke luar negara. Malaysia tidak

kurang hebatnya, kaya dengan destinasi-destinasi yang menarik. Contohnya Pulau Langkawi, Melaka

Bandaraya Bersejarah, pantai Port Dickson, Tasik Kenyir, Air Terjun Sekayu, Pulau Tioman, Cherating,

Zoo Negara, dan sebagainya.

Melancong bersama keluarga banyak taedahnya. Jadikan aktiviti ini untuk mengeratkan lagi

silaturahim antara keluarga dan merehatkan tikiran yang dipenuhi dengan bebanan kerja.

Anda mungkin juga menyukai