Anda di halaman 1dari 3

TEMA 8: MELANCONG MENCARI MAKNA

Daripada: Arissa Razi & Ainur Amani

1) Apakah keistimewaan Borneo sebagai destinasi pelancongan?

- Borneo adalah pulau terbesar di Asia dan mempunyai keluasan sebanyak


tiga kali lebih besar daripada United Kingdom.
- Pulau Borneo menawarkan pelabagai aktiviti yang memikat ramai
pelancong.
- Terdapat monumen, bangunan sejarah yang dikonservasi dan tapak
warisan yang diiktiraf oleh pertubuhan-pertubuhan antarabangsa seperti
UNESCO.
- Bangunan ini menyimpan seribu satu kisah sejarah sejak daripada zaman
nenek moyang kita.
- Rentetan itu, ekosistem yang mengagumkan dan biodiversiti yang luar
biasa seperti hutan hujan yang lebat, gunung-ganang yang memuncak ke
langit dan gua yang menakjubkan. Contohnya, Gunung Kinabalu, Hutan
Hujan Borneo dan Taman Negara Mulu di Sarawak.
- Di samping itu, terdapat pelbagai etnik dan kaum yang eksotik kerana
golongan ini mempunyai cara hidup sendiri, tarian, agama, adat istiadat,
pegangan hidup, pakaian, tradisi dan lain-lain.
- Kepelbagaian etnik dan budaya telah menjadikan Borneo sebagai
destinasi pelancongan yang unik di mata dunia.

2) Bagaimanakah cara mempromosikan sesuatu tempat pelancongan?

- Dalam mendepani era globilisasi dan teknologi hari ini, kita haruslah
menggunakan Teknik pemasaran yang efektif yang dapat diperluaskan ke
segenap empat penjuru dunia.
- Tamsilnya, pendekatan menggunakan personaliti atau selebriti untuk
menikmati aktiviti pelancongan di tempat-tempat tertentu merupakan
formula terbaik dalam menarik perhatian pelancong serta memaparkan
infrastruktur yang selesa bagi para pelancong.
- Selain itu, cara untuk mempromosikan sesuatu tempat perlancongan
adalah dengan menganjurkan acara antarabangsa dengan lebih kerap.
Sebelum ini, Malaysia merupakan negara pertama di Asia Tenggara yang
menganjurkan Kejohanan Formula 1 dengan adanya Litar Antarabangsa
Sepang.
- Terdapat juga penganjuran acara lain seperti Le Tour de Langkawi dan
Pameran Maritim dan Udara Langkawi (LIMA) yang mendapat sambutan
yang memberansangkan dalam kalangan pelancong asing dan tempatan.
- Bukan itu sahaja, kerajaan melalui Lembaga Penggalakan Pelancongan
Malaysia (LPPM) wajar menyediakan maklumat lengkap tentang
sesuatu destinasi menarik yang terdapat di negara ini, khususnya di
tempat-tempat baharu yang dikenal pasti boleh menjadi daya tarikan
yang menguntungkan.
- Hal ini dapat dilakukan sama ada menerusi media cetak seperti risalah,
buku, poster, majalah, dan akhbar atau media elektronik seperti radio dan
televisyen.
- Contohnya, usaha LPPM mempromosi Malaysia dengan mengiklankan
negara kita pada dinding 60 buah bas di kota London pada suatu ketika
dahulu menandakan usaha serius pihak terbabit dalam menarik lebih
banyak pelancong datang ke negara ini.

3. Apakah kepentingan arkeopelancongan?

- Kepentingan arkeopelancongan adalah untuk mempromosikan dan


memelihara warisan dan peninggalan sejarah dan budaya di sesuatu
kawasan. Ini dapat membantu memperkukuhkan identiti dan jati diri
kawasan tersebut, serta memberikan peluang untuk pembangunan
ekonomi melalui pelancongan. Arkeopelancongan juga dapat membantu
dalam pemuliharaan warisan budaya dan sejarah, serta dapat memberikan
pendapatan kepada komuniti setempat melalui pembangunan
infrastruktur dan perkhidmatan pelancongan.

4. Mengapakah Tanah Tinggi Cameron menjadi pilihan pelancong?

-Tanah Tinggi Cameron menjadi pilihan pelancong kerana ia


menawarkan keidahan alam semula jadi yang menakjubkan seperti kebun
teh yang hijau, udara yang segar dan sejuk, serta cuaca yang sejuk
sepanjang tahun. Selain itu, terdapat pelbagai aktiviti pelancongan yang
menarik seperti memetik strawberi, melawat kebun bunga, dan mendaki
gunung. Kawasan ini juga menawarkan pelbagai jenis makanan dan
minuman yang enak, seperti teh Cameron Highlands yang terkenal.
Semua faktor ini menjadikan Tanah Tinggi Cameron sebagai destinasi
pelancongan yang popular di Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai