Anda di halaman 1dari 8

DOA KECEMERLANGAN

DOA UNTUK MENJADI


PELAJAR CEMERLANG
(JADIKAN AMALAN HARIAN)

IN SYA ALLAH
1) Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan
ingatan yang sempurna
(ketika mengulangkaji pelajaran)

Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan


hafazan para Rasul, serta ilham daripada para Malaikat yang
hampir dengan-Mu, kurniakanlah kami kesihatan wahai Tuhan
yang Maha Pengasih.
2) Doa selepas mengulangkaji pelajaran

Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca,


faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia
kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau
maha berkuasa di atas segala sesuatu.
3) Doa sebelum masuk ke dalam dewan
peperiksaan

Ya Allah, persiapkanlah kami akan urusan kami dengan


petunjuk-Mu.
4) Doa apabila terlupa ketika menjawab
soalan

Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah
lupa. Wahai Tuhanku, ingatkanlah daku apa-apa yang
kulupa.
5) Doa memohon kejayaan cemerlang

Ya Allah, kami memohon daripada-Mu kejayaan dalam


setiap ketentuan, tempat para syuhada, dan kehidupan
mereka yang bahagia serta kemenangan ke atas musuh.
6) Doa ketika menerima kertas soalan

.
.



.

Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan


mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan
daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.
7) Doa ketika sukar untuk menjawab soalan

Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan


sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.

Anda mungkin juga menyukai