Anda di halaman 1dari 15

Pantun Enam Kerat

Maksud Rangkap 1

Seseorang yang miskin dan tidak mempunyai wang biasanya tidak dihiraukan oleh orang lain. Hal ini akan membuatkan orang berkenaan berasa sangat kecewa.

Rangkap 2

Setiap masalah dan nasib malang yang dihadapi oleh seseorang bukan disebabkan oleh orang lain tetapi sememangnya takdir kehidupannya begitu.

Rangkap 3

Sudah menjadi resam dunia apabila orang itu memiliki sesuatu yang baharu, dia akan mengabaikan yang lama.

Tema : Kesedihan akibat kehidupan yang miskin, nasib yang sentiasa malang, dan sering disisih oleh masyarakat.

Persoalan :

i. Persoalan tentang masalah kewangan yang sering menjadikan seseorang itu sentiasa dibelenggu masalah. ii. Persoalan tentang nasib yang menimpa diri seseorang sememangnya sudah ditakdirkan. iii. Persoalan tentang sikap manusia yang mengabaikan sesuatu yang lama setelah mendapat sesuatu yang baharu.

Nilai

i. Kesabaran - manusia mestilah sentiasa sabar menghadapi masa-masa sukar kerana ketiadaan wang dan sebagainya. ii. Bersyukur - manusia sentiasa bersyukur dan berserah apabila menerima nasib yang kurang baik. iii. Mengenang jasa - manusia tidak harus mengamalkan sikap lupa daratan apabila mendapat sesuatu yang baharu.

Pengajaran

i. Kita hendaklah bersabar untuk menempuh segala masalah yang bakal dihadapi. ii. Manusia hendaklah sentiasa bersyukur dan menerima segala dugaan yang ditakdirkan. iii. Masyarakat mestilah mengenang jasa orang dan tidak mengamalkan sikap melupakan yang lama setelah memperoleh sesuatu yang baharu.

Bentuk i. Terdiri daripada tiga rangkap pantun. ii. Puisi ini merupakan pantun enam kerat kerana terdiri daripada enam baris dalam satu rangkap. iii. Tiga baris pertamanya ialah pembayang dan tiga baris yang terakhir ialah maksud. iv. Jumlah kata dalam baris adalah antara 3 4 patah. v. Bilangan suku kata dalam baris antara 8 12 suku kata. vi. Rima akhirnya ialah a,b, c, a,b, c. vii. Puisi ini berbentuk terikat dengan ciri-ciri puisi tradisional

Gaya bahasa

i. Ada menyelitkan penggunaan kata arkaik/klasik seperti pura (wang). ii. Ada unsur gaya bahasa perbandingan simile.

Contohnya : Ibarat kaca jatuh ke lantai. Ibarat melukut di tepi gantang.

PANTUN LAPAN KERAT


MAKSUD

1. Rangkap 1 seseorang yang mengharap kasih orang walaupun kecewa tetapi tetap bersyukur atas ketetapan Allah 2. Rangkap 2 segala rancangan yang sudah diatur dengan teliti sebagaimana yang dirancang maka hasilnya perlulah dinikmati bersama-sama / menghormati tetamu 3. Rangkap 3 menasihati sesiapa yang pergi merantau agar pandai membawa diri dengan memelihara pertuturan dan kelakuan kerana tidak ada saudara mara yang boleh diminta pertolongan

ISI DAN PERSOALAN

1. Bersyukur atas ketentuan Allah walaupun sekadar mengharap belas kasihan orang.

2. Bersatu hati dalam melakukan sesuatu agar semua yang dirancang elok dan sama-sama menikmati hasilnya/ tatatertib ketika menghadap hidangan 3. Perihal kebijaksanaan seseorang yang pandai menyesuaikan diri di rantau orang

GAYA BAHASA

1. Anafora (pengulangan di awal baris). Contohnya;Tiada saudara tempat mengadu Tiada saudara tempat berunding 2. Personifikasi . Contohnya; penganan mulia 3. Asonansi. Contohnya ;Tampak dari tanah seberang (pengulangan vokal ?a?) 4. Aliterasi . Contohnya; Berkejar-kejaran anak rusa (pengulangan konsonan ?r?)

NILAI

1. Kesyukuran . Contohnya; bersyukur atas ketentuan Allah kerana mungkin ada kebaikan di sebalik sesuatu kejadian. 2. Simpati. Contohnya; bersimpati terhadap orang-orang yang bernasib malang 3. Semangat bermasyarakat . Contohnya ; berusaha untuk menyesuaikan diri dengan masyarakat setempat. 4. Kerjasama. Contohnya ; tolong -menolong dan berusaha bersama-sama dalam menjalankan tugas.

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah bersyukur atas ketentuan Allah tanpa menyalahkan takdir 2. Kita hendaklah menyesuaikan diri dengan bergaul dengan masyarakat apabila berada di rantau orang. 3. Kita hendaklah bekerjasama dalam melakukan sesuatu agar kejayaan dapat dinikmati bersama-sama.

SYAIR MAKNA RIAK


Rangkap 1: Riak merupakan satu perbuatan atau sifat baik untuk menunjuk-nunjuk kepada orang ramai. Perbuatan ini dibenci oleh tuhan kerana mendatangkan syirik. Rangkap 2: Kadang-kadang perbuatan riak ini ditunjukkan dengan cara berpuasa, bercakap dengan lemah lembut dan melakukan sesuatu perkara tanpa menghiraukan kepentingan diri. Rangkap 3: Dia melakukan perkara itu agar orang menganggap dirinya wali yang tidak peduli hal dunia. Perbuatannya nampak baik tetapi sebenarnya dia sekadar berpura-pura. Rangkap 4: Kadang-kadang riaknya dilakukan dengan meninggi-ninggikan kelebihan ilmunya. Dia sentiasa membaca al-quran dan memberi ceramah. Namun perkara yang betul dan salah

semua dicampur aduk. Rangkap 5: Kadang-kadang dia bercakap seolah-olah idea/fikirannya logik. Seolah-olah telah membuat penyelidikan supaya dia disangka cerdik. Oleh itu, banyak orang ingin menjadikannya sebagai menantu. Rangkap 6: Kadang-kadang orang riak dengan cara berpakaian. Mereka berserban dan sejadah sentiasa terletak di bahunya serta di tangannnya memegang tasbih. Rangkap 7: Duduk bersila dan mata terpejam sambil berzikir menyebut nama Allah. Gayanya keterlaluan seolah-olah dialah ketua. Rangkap 8: Riak boleh mendatangkan bala. Amalan kita akan ditolak dan Allah tidak suka dengan sifat riak

TEMA Perbuatan riak yang menjadi amalan sesetengah manusia.

PERSOALAN Sikap berpura-pura atau tidak jujur seseorang itu dalam melakukan amal ibadat kerana ingin menunjukkan kewarakannya kepada orang lain. Pengabaian aspek kebersihan diri bagi orang alim yang riak dalam melakukan amal ibadat. Sikap mementingkan aspek keduniaan tetapi disembunyikan disebalik amal ibadat.

Ketinggian ilmu yang disalahgunakan untuk memperdayakan masyarakat.

Kepercayaan terhadap kewarakan seseorang yang ditonjolkan melalui cara berpakaian. Kemurkaan Allah terhadap semua perbuatan diak yang dlakukan oleh manusia.

BENTUK DAN CIRI-CIRI SYAIR Terdiri daripada 8 rangkap Mempunyai 4 baris serangkap Semua baris dalam setiap rangkap adalah rangkap maksud Terdiri daripada 3 hingga 5 patah kata sebaris Mempunyai 8 hingga 14 suku kata sebaris Rima akhir bagi puisi ini aaaa Bentuk puisi ini terikat/tidak bebas

GAYA BAHASA DAN KEINDAHAN BUNYI Pemilihan kata (diksi) yang indah Contoh: Terkadang bercakap ilmunya mantik; Bicara alhayat konon diselidik Bahasa Arab: Contoh: jazbah;kasad;wali Simile: Contoh: Terkadang jazbah seperti gila Asonansi: Contoh: Tasbih ditangan beruitan (pengulangan bunyi vokal i) Aliterasi Contoh: Kemudian dinyatakan makna (pengulangan bunyi konsonan k)

NILAI Kejujuran

Contoh: Sifat jujur amat penting dalam setiap perbuatan agar tidak dimurkai oleh Tuhan Kebersihan fizikal dan me Contoh: Mementingkan aspek kembersihan diri walaupun sibuk berama ibadat Kerajinan: Contoh: Rajin dalam menyampaikan ceramah atau berucap di majlis keraian Kesederhanaan Contoh: Bersikap sederhana terutama dalam hal-hal yang berkaitan keduniaan Bertanggungjawab:

Contoh: Bertanggungjawab menyampaikan dakwah secara telus tanpa ada niat yang bertentangan.

PENGAJARAN Kita hendaklah bersikap jujur dalam melakukan sebrang perkara atau tugas.

Kita mestilah mengutamakan kebersihan diri kerana kebersihan sebahagian daripada iman Kita hendaklah merendah diri dalam setiap amalan kerana sikap sebegini merupakan sifat terpuji. Kita haruslah bersama-sama memikul tanggungjawab menerokai ilmu agama untuk kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat

SYAIR PEMBERONTAKAN PATANI


.

Maksud Rangkap 1: Laksamana telah dititahkan oleh betara ke negeri Patani dengan segera untuk pergi mendapatkan panji-panji atau perintah daripada Raja Senggora tentang peraturan dan hukuman.

Rangkap 2: Mereka yang dikenakan hukuman harus menerimanya. Mereka boleh memohon agar diberikan pengampunan daripada pegawai yang berkenaan. Rangkap 3: Setelah mendengar titah betara, laksamana tidak lagi risau kerana negeri yang ditinggalkannya akan tetap terpelihara daripada huru-hara. Rangkap 4: Pada masa yang sama bonda Duli Mahkota Indera iaitu emak saudara laksamana, sudah lama gering dan laksamana tidak sanggup meninggalkan baginda. Rangkap 5: Walaupun dengan berat hati, laksamana tetap menjunjung perintah betara. Rangkap 6: Laksamana tidak dapat berkata apa-apa kerana dia terpaksa menurut perintah dan laksamana menyerahkan segala-galanya pada Allah. Rangkap 7: Harapan laksamana agar dapat mendaulatkan nama baginda demi keamanan negara walaupun laksamana terpaksa berkorban. Rangkap 8: Dalam menjalankan tugas, laksamana tetap tidak melupakan bonda yang gering meskipun dalam hati kecilnya kemungkinan tidak dapat bertemu dengan bondanya. Rangkap 9: Sudah tersurat bahawa masalah yang dihadapi dalam negeri lebih berat berbanding dengan masalah bondanya yang sakit seorang diri kerana melibatkan rakyat jelata. Rangkap 10: Maka laksamana melaksanakan titah seri betara dengan segera bagi mendapat panjipanji/perintah Raja Senggora. Tema Syair ini mengemukakan tema tentang tanggungjawab seorang laksamana melaksanakan perintah raja. Persoalan 1. Persoalan kesetiaan terhadap pemimpin. 2. Persoalan mematuhi arahan pemerintah. 3. Persoalan kepentingan negara menjadi keutamaan bagi setiap rakyat. 4. Persoalan keamanan negara tanggungjawab kita. Bentuk 1. Rima akhir aaaa 2. Syair ini mengandungi sepuluh rangkap. 3. Setiap rangkap mengandungi empat baris.

4. Jumlah perkataan antara tiga hingga lima patah kata setiap baris. 5. Jumlah suku kata antara sembilan hingga tiga belas suku kata setiap baris. Gaya Bahasa 1. Diksi (Bahasa Melayu Klasik) Contoh: masyghul, dura, pegari, peri dan sebagainya. 2. Asonansi Contoh: Laksamana dititahkan betara (pengulangan vokal a) 3. Aliterasi Contoh: Barang yang hendak dihukumkan (pengulangan konsonan n) 4. Kata ganda Contoh: Huru-hara, terkata-kata, bersegera-segera. Nilai 1. Nilai kesetiaan Contoh: Setia kepada pemerintah dan negara 2. Nilai amanah Contoh: Laksamana melaksanakan amanah betara. 3. Nilai cinta akan negara Contoh: Laksamana sanggup tinggalkan bondanya yang sakit demi negara. Pengajaran 1. Kita hendaklah melaksanakan amanah yang diberikan. 2. Kita haruslah akur dengan arahan pemimpin demi kepentingan negara. 3. Kita perlulah mengutamakan kepentingan negara daripada kepentingan diri. 4. Kita hendaklah setia kepada raja dan negara. 5. Kita janganlah bersedih dengan keputusan yang diambil sekiranya mendatangkan kebaikan kepada orang lain.

GURINDAM TONGKAK DUA BELAS


Maksud Rangkap 1 Masa yang ada hendaklah digunakan dengan sebaik-baiknya dan jangan membazirkan masa. Rangkap 2

Kejayaan akan dikecapi jika kita berusaha dengan tekun dan gigih. Rangkap 3 Apabila kita seronok bekerja, hidup kita akan lebih gembira. Rangkap 4 Kesederhanaan dituntut dalam kehidupan dan semua tindakan perlu dilakukan dengan bijaksana. Rangkap 5 Peribadi unggul dan kejujuran hati.perlu diterapkan dalam kehidupan . Rangkap 6 Sifat baik hati, bertimbang rasa dan bersimpati jadikan amalan. Rangkap 7 Pemimpin yang baik menjadi ikutan. Rangkap 8 Tanggungjawab yang diamanahkan perlu dilaksanakan dengan sempurna. Rangkap 9 Pembaziran perlu dielakkan dalam melaksanakan sesuatu kerja. Rangkap 10 Kesabaran dan ketenangan fikiran perlu dalam menghadapi sebarang situasi. Rangkap 11 Kebolehan diri yang ada perlu ditonjolkan sebagai motivasi. Rangkap 12 Pemikiran kreatif dapat menjana idea yang lebih inovatif.

Tema Nilai-nilai murni dalam kehidupan

Gurindam ini menekankan penghayatan nilai-nilai murni yang perlu ada dalam diri seseorang. Persoalan 1. Persoalan menghargai masa penting dalam kehidupan ( rangkap 1) 2. Persoalan tekun berusaha membawa kejayaan ( rangkap 2) 3. Persoalan kepimpinan melalui teladan (rangkap 7) 4. Persoalan berfikiran tenang dalam membuat keputusan (rangkap 10) 5. Persoalan berfikiran kreatif dan inovatif (rangkap 12) Bentuk 1. Mempunyai 12 rangkap. 2. Setiap rangkap mengandungi 2 baris Contohnya : Hendak pandai menghargai masa Jangan dinanti esok lusa 3. Mengandungi 4 patah perkataan dalam satu baris Contohnya Nikmat mencipta budaya kreatif: 4. Suku kata antara 9 hingga 14 suku kata Contohnya ; Ja/ngan di/nan/ti e/sok lu/sa 9 sukukata sebaris Hi/dup da/lam ke/mu/lia/an ke/se/der/ha/na/an 14 sukukata sebaris 5. Rima akhir aa Contohnya : Nikmat mencipta budaya kreatif, Kembangkan bakat semoga aktif Pemikiran kreatif dapat menjana idea yang lebih inovatif. Gaya Bahasa 1. Simpulan bahasa baik hati (rangkap 6 baris 1) 2. Unsur Bunyi

Asonansi pengulangan vokal a Kekuatan sifat baik hati ( rangkap 6 baris 1) Nikmat mencipta budaya kreatif (rangkap 12 baris 1) 3. Aliterasi pengulangan bunyi konsonan n Bertindak dengan penuh kebijaksanaan (rangkap 4 baris 2) Nilai 1. Nilai kegigihan, Contohnya kegigihan apabila bekerja. 2. Nilai kebijaksanaan, Contohnya kebijaksanaan dalam melaksanakan tanggungjawab. 3. Nilai kesederhanaan, Contohnya kesederhanaan dalam kehidupan.: 4. Nilai kesabaran, Contohnya kesabaran menghadapi cabaran. Pengajaran 1. Kita hendaklah bertindak secara bijaksana 2. Kita hendaklah menghargai masa 3. Kita haruslah menunjukkan teladan yang baik 4. Kita janganlah suka membazir. 5. Kita hendaklah tekun berusaha untuk mencapai kejayaan

SELOKA SI LUNCAI
Maksud Sikap Si Luncai yang tidak bertanggungjawab menyebabkan kehilangan harta benda. Sebagai contoh ada rumah tetapi tidak dijaga dengan baik. Ada anak tetapi tidak diasuh, ada ternakan tidak dibela, tidak bercucuk tanam walaupun ada kebun. Kesimpulannya,Si Luncai kerugian kerana tidak memanfaatkan segala yang dimiliki.

Tema Sikap negatif menyebabkan kerugian Persoalan 1. Persoalan sikap tidak bertanggungjawab membawa kerugian 2. Persoalan tidak mengamalkan ilmu yang diperoleh. 3. Persoalan tidak menggunakan kudrat yang ada. Bentuk 1. Mempunyai satu rangkap sahaja. 2. Mempunyai 12 baris. 3. Jumlah perkataan antara dua hingga enam perkataan dalam satu baris. Contoh : biarkan, biarkan...! (2 perkataan - baris 11) Ada kuat tiada buat (4 perkataan baris 10) Sikap Si Luncai, biarkan, biarkan (5 perkataan baris 1) Gaya Bahasa 1. Anafora Contoh: Ada rumah tidak dijaga, Ada anak tidak dilataih 2. Repitisi Contoh: Biarkan...biarkan 3. Unsur bunyi Contoh: Asonansi Ada mata tiada kuasa (baris 9) (pengulangan vokal a)

Aliterasi Si Luncai pun terjun dengan labu-labunya (baris 12) (pengulangan konsonan n) Nilai 1. Nilai bertanggungjawab. Contoh: bertanggungjawab terhadap diri, keluarga dan masyarakat. 2. Nilai kebijaksanaan Contoh: Kebijaksanaan dalam menjalankan apa jua kerja. Pengajaran 1. Kita hendaklah menjaga harta benda dengan sebaik-baiknya. 2. Kita hendaklah bijak menggunakan akal. 3. Kita janganlah membiarkan perkara yang salah tanpa menegur kesalahan itu.

Anda mungkin juga menyukai