Anda di halaman 1dari 3

Tema : Ketabahan hati semasa berhadapan dengan kekecewaan dalam percintaan

Persoalan:

i. Perasaan kecewa yang perlu dihadapi dengan tabah tanpa menyerah kalah pada takdir.

ii. Perasaan rendah diri apabila dikecewakan oleh orang yang dikasihi

iii. Menerima takdir hidup dengan pasrah

Nilai:

i. Ketabahan; tabah menghadapi kekecewaan dalam percintaan

ii. Keredaan; reda akan takdir tuhan

iii. Rasional : tidak menyalahkan sesiapa atas kejadian yang menimpa diri

Pengajaran:

i. Kita perlu tabah dan kuat semangat apabila berhadapan dengan kekecewaan

ii. Kita mesti menerima ketentuan tuhan dengan reda dan pasrah

iii. Kita mesti bersikap rasional apabila berhadapan dengan masalah dalam kehidupan tanpa
menyalahkan orang lain.

Peribahasa

i. Ibarat kaca jatuh ke lantai

ii. Bukan salah ibu mengandung

iii. Ibarat melukut di tepi gantang

Maksud Pantun

i. Rangkap 1: kekecewaan yang benar-benar dirasai oleh seseorang perlu ditangani tetapi jangan dilayan
perasaan kecewa walaupun hati betul-betul terluka/kecewa.

ii. Rangkap 2; Semua peristiwa yang berlaku/kecewa cinta merupakan ketentuan tuhan dan tidak perlu
menyalahkan orang lain

iii. Rangkap 3; Perasaan hina menyebungi diri orang yang kecewa cinta apabila kekasih hati jatuh hati
dengan orang lain/orang baru
Maksud

* Rangkap 1: kekeciwaan yang dialami dalam percintaan tidak diperdulikan lantaran adanya kekuatan
diri dan ketahanan dalaman walaupun kelukaan dan kekeciwaan tersebut sangat memedihkan.

* Rangkap 2: Setiap perkara atau kejadian yang berlaku itu sudah ditakdirkan oleh Allah, bukan
disebabkan salah ibu yang mengandung.

* Rangkap 3: Setiap perkara atau kejadian yang berlaku itu sudah menemui pengganti atau kekasih
yang berlaku dalam hidupnya sehingga dirinya sudah tidak disayangi atau dihiraukan lagi..

Tema

Kekecewaan yang dialami oleh seseorang kerana gagal dalam percintaan.

Persoalan

1. Kekuatan dan ketahanan diri ketika berdepan dengan kekeciwaan dalam bercinta

2. Reda atas keteentuan yang telah ditetapkan oleh Tuhan.

3. Untung nasib seseorang merupakan permainan hidup.

4. Kesetiaan terhadap seseorang terhadap pasangannya.

Bentuk dan Ciri-ciri Pantun.

1. Terdiri daripada tiga rangkap.

2. Mempunyai enam baris serangkap

3. Dua baris pertama adalah pembayang, manakala dua baris berikutnya adalah maksud.

4. Terdiri daripada empat hingga lima patah sebaris.

5. Mempunyai sembilan hingga sebelas suku kata sebaris

6. Rima akhir bagi puisi ini abcabc (sengkelang)

Gaya bahasa dan keindahan bunyi.

1. Pemilihan kata (diksi) yang indah. Contoh: Hati Luka pura tiada.

2. Repetisi. Contoh: Sudah takdir, sudah suratan.

3. Imej alam. Contoh: putik kelapa; kedondong; buluh; ikan cencaru; gelama.

4. Peribahasa. Contoh: ibarat kaca jatuh ke lantai; ibarat melukut di tepi gantang.
5. Asonansi. Cth: Kelapa muda jadi kemirau (pengulangan bunyi vokal a)

6. Aliterasi. Cth: Kail tersangkut di tepi batang (pengulangan bunyi konsonan t)

Nilai

1. Ketahanan diri. Contohnya, memiliki ketahanan diri yang kuat dalam menghadapi masalah
percintaan.

2. Percaya pada qadak dan kadar. Contohnya, reda menerima ketentuan tuhan.

3. Kesetiaan. Contohnya kesetiaan seseorang yang tidak berbelah bahagia kepada pasangannya.

4. Ketabahan. Contohnya, tetap tabah ketika menghadapi kekeciwaan dalam percintaan.

Pengajaran

1. Kita hendaklah mempunyai ketahanan diri yang kuat untuk melawan segala kekeciwaan.

2. Kita mestilah percaya bahawa setiap kejadian atau nasib yang menimpa kita ada hikmah yang telah
ditentukan oleh tuhan.

3. Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan yang berkaitan dengan permasaalahan cinta beralih arah
yang berlakua antara pasangan kekasih.

4. Kita hendaklah setia kepada pasangan kita walau apa-apapun yang terjadi.

Anda mungkin juga menyukai