Anda di halaman 1dari 11

Md.

Ali Bachik (ILDAM) (Penyelenggara)

Putik kelapa menjadi muda, Kekecewaan yang ialami alam percintaan ti ak dipedulikan lantaran adanya kekuatan diri dan ketahanan dalaman walaupun kelukaan dan kekecewaan tersebut sangat memedihkan

Ambil galah jolok kedondong, Galah pendek buluh sumpitan, Buluh bersisip tali jerami, Bukan salah ibu mengandung, Sudah takdir sudah suratan, Sudah nasib jadi begini.

Semua perkara atau kejadian yang berlaku itu sudah ditakdirkan oleh Allah, dan bukan disebabkan salah ibu yang mengandungkannya.

Sarat bermuat ikan cencaru, Gelama tidak berumpan lagi, Kail tersangkut di tepi batang, Sudah dapat orang yang baru, Yang lama tidak berkenan lagi, Ibarat melukut di tepi gantang.

Kekecewaan seseorang terhadap kekasihnya yang sudah menemui pengganti sehingga kekasih yang lama itu sudah tidak disayangi atau dihiraukan lagi.

Kelapa muda jadi kemirau, Sudah kemirau menjadi kotai, Hati luka pura tiada, Rasa pedih buat tak hirau, Ibarat kaca jatuh ke lantai.

Pant n Enam Kerat bertemakan kekecewaan dalam percintaan

Kekuatan dan ketahanan diri ketika berdepan dengan kekecewaan dalam bercinta. Reda dengan ketentuan yang telah ditetapkan oleh-Nya. Untung nasib seseorang merupakan permainan hidup. Kesetiaan seseorang terhadap pasangannya dalam percintaan.

Pantun Enam Kerat adalah puisi terikat/tidak bebas. Puisi ini terdiri daripada tiga rangkap. Bilangan baris dalam setiap rangkap adalah sama, iaitu enam baris serangkap. Tiga baris pertama merupakan pembayang, manakala tiga baris berikutnya adalah maksud Bilangan kata dalam setiap baris hampir sama, iaitu antara empat hingga lima patah kata dalam satu baris. Bilangan suku kata dalam setiap baris terdiri daripada sembilan hingga sebelas suku kata. Rima akhir pantun ini ialah abcabc (sekelang).

Pemilihan katanya (diksi) indah dan ayat atau baris yang disebut adalah puitis. Contohnya: i.Buluh bersisip tali jerami, ii.Sarat bermuat ikan cencaru, Antara unsur gaya bahasa yang terdapat dalam Pantun Enam Kerat termasuklah: a) peribahasa. Contohnya: i.Ibarat kaca jatuh ke lantai. ii.Ibarat melukut di tepi gantang. b) c) sinkope. Contohnya: Rasa pedih buat tak hirau, anafora. Contohnya: Sudah takdir sudah suratan, Sudah nasib jadi begini.

d) epifora. Contohnya: i.Gelama tidak berumpan lagi, ii.Yang lama tidak berkenan lagi. e) inversi. Contohnya: Hati luka pura tiada (sepatutnya: Hati luka tiada pura) Antara unsur bunyi yang digunakan dalam Pantun Enam Kerat termasuklah: a) asonansi. Contohnya: i.Pengulangan bunyi vokal a: Putik kelapa menjadi muda Dalam contoh ini, terdapat pengulangan bunyi vokal a sebanyak empat kali. ii.Pengulangan bunyi vokal o: Ambil galah jolok kedondong Dalam contoh ini, terdapat pengulangan bunyi vokal o sebanyak empat kali.

b)

aliterasi. Contohnya: i.Pengulangan bunyi konsonan s: Sudah takdir sudah suratan Dalam contoh ini, terdapat pengulangan konsonan s sebanyak tiga kali. ii.Pengulangan bunyi konsonan t: ail tersangkut di tepi batang Dalam contoh ini, terdapat pengulangan bunyi konsonan sebanyak empat kali.

c)

rima akhir (pengulangan bunyi yang sama pada akhir baris puisi). Contohnya: Putik kelapa menjadi muda, Kelapa muda menjadi kemirau, Sudah kemirau menjadi kotai, Hati luka pura tiada, Rasa pedih buat tak hirau, Ibarat kaca jatuh ke lantai.

d)

Jeda (pemberhentian suara sekejap di tengah baris). Contohnya: Ambil galah / jolok kedondong, Galah pendek / buluh sumpitan, Buluh bersisip / tali jerami, Bukan salah / ibu mengandung, Sudah takdir / sudah suratan, Sudah nasib / jadi begini. Semasa membaca pantun di atas , kira sewajarnya melakukan jeda pada bahagian yang ditandai (/).

Nilai ketahanan diri. Contohnya, memiliki ketahanan diri yang kuat dalam menghadapi masalah percintaan. Nilai percaya kepada qadak dan qadar. Contohnya, semua perkara yang berlaku adalah sudah ketentuan Tuhan dan manusia harus menerimanya dengan reda. Nilai kesetiaan. Contohnya, kesetiaan seseorang yang tidak berbelah bahagi terhadap pasangannya. Nilai ketabahan. Contohnya, tetap tabah ketika menghadapi kekecewaan dalam percintaan.

Kita hendaklah mempunyai kekuatan diri untuk melawan segala kekecewaan yang berlaku dalam kehidupan kita. Kita mestilah percaya bahawa setiap kejadian yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi. Kita hendaklah tabah menghadapi permasalahan cinta beralih arah yang berlaku antara pasangan kekasih. Janganlah kita mudah lupa akan kasih sayang orang lain terhadap kita.

Anda mungkin juga menyukai