Anda di halaman 1dari 2

Pantun Enam Kerat

PANTUN ENAM KERAT Maksud

Rangkap 1: kekeciwaan yang dialami dalam percintaan tidak diperdulikan lantaran adanya kekuatan diri dan ketahanan dalaman walaupun kelukaan dan kekeciwaan tersebut sangat memedihkan.

Rangkap 2: Setiap perkara atau kejadian yang berlaku itu sudah ditakdirkan oleh Allah, bukan disebabkan salah ibu yang mengandung. Rangkap 3: Setiap perkara atau kejadian yang berlaku itu sudah menemui pengganti atau kekasih yang berlaku dalam hidupnya sehingga dirinya sudah tidak disayangi atau dihiraukan lagi.. Tema Kekecewaan yang dialami oleh seseorang kerana gagal dalam percintaan. Persoalan a. Kekuatan dan ketahanan diri ketika berdepan dengan kekeciwaan dalam bercinta b. Reda atas keteentuan yang telah ditetapkan oleh Tuhan. c. Untung nasib seseorang merupakan permainan hidup. d. Kesetiaan terhadap seseorang terhadap pasangannya.

Bentuk dan Ciri-ciri Pantun. a. Terdiri daripada tiga rangkap. b. Mempunyai enam baris serangkap c. Dua baris pertama adalah pembayang, manakala dua baris berikutnya adalah maksud. d. Terdiri daripada empat hingga lima patah sebaris. e. Mempunyai sembilan hingga sebelas suku kata sebaris f. Rima akhir bagi puisi ini abcabc (sengkelang)

Gaya bahasa dan keindahan bunyi. a. b. c. d. e. f. Nilai a. Ketahanan diri. Contohnya, memiliki ketahanan diri yang kuat dalam menghadapi masalah percintaan. b. Percaya pada qadak dan kadar. Contohnya, reda menerima ketentuan tuhan. c. Kesetiaan. Contohnya kesetiaan seseorang yang tidak berbelah bahagia kepada pasangannya. d. Ketabahan. Contohnya, tetap tabah ketika menghadapi kekeciwaan dalam percintaan. Pengajaran a. Kita hendaklah mempunyai ketahanan diri yang kuat untuk melawan segala kekeciwaan. b. Kita mestilah percaya bahawa setiap kejadian atau nasib yang menimpa kita ada hikmah yang telah ditentukan oleh tuhan. c. Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan yang berkaitan dengan permasaalahan cinta beralih arah yang berlakua antara pasangan kekasih. d. Kita hendaklah setia kepada pasangan kita walau apa-apapun yang terjadi. Pemilihan kata (diksi) yang indah. Contoh: Hati Luka pura tiada. Repetisi. Contoh: Sudah takdir, sudah suratan. Imej alam. Contoh: putik kelapa; kedondong; buluh; ikan cencaru; gelama. Peribahasa. Contoh: ibarat kaca jatuh ke lantai; ibarat melukut di tepi gantang. Asonansi. Cth: Kelapa muda jadi kemirau (pengulangan bunyi vokal a) Aliterasi. Cth: Kail tersangkut di tepi batang (pengulangan bunyi konsonan t)

Anda mungkin juga menyukai