Anda di halaman 1dari 11

WWW.SIBERMERDEKA.

CO
M.MY
NAMA KUMPULAN:

ELIZABETH TAYLOR

AHLI KUMPULAN:

SOO JUE MIN

SHO HUEY MIN


LOY ZI XUAN
TEY JIA MIN
TAN FANG WEI

Dalam kebun diriku


Aku tanam saujana rancangan
Untuk memerdekakan warga susahku
Hidup menentang senja dan malam.

Dalam parlimen diriku


Aku bahas isu onak dan enak
Untukku merdekakan warga
fikirku
Mengelak hidup dikotakkatikkan.

Dalam laut diriku


Ombak gelora menampar pantai aman
Untuk menguji amal dan iman.

Dalam gergasi diriku


Terpedaya jua oleh pemainan si kancil
Namun sempat sedar dan beringat lagi.
Dalam pentas diriku
Aku berlatih menangkis angin
Aku berlatih memunggah awan
Menghayati skrip demi skrip
Yang tak diduga klimaksnya.
Dalam dewan diriku
Aku tak cermas lagi
Oleh kata yang mengekang
Aku tak lemas lagi
Oleh kata yang menyerang.

Apabila sibermerdeka sampai


Ke rumah cabaranku
Aku panggil diriku bemesyuarah
Menyokong, berkecuali atau
menentang
Aku ambil keputusan
Waktu itu aku kenal batas diri
Untuk tidak mengulangi
kekalahan.

Abdul Graffar Ibrahim


Takkan Hilang, 2008
Dewan Bahasa dan

Kini, kapal diriku telah berlabuh di


pangkalan usia
Aku turun darinya menghadapi
hidup nyata
Peristiwa datang peristiwa pergi
Bagai siang memanggil malam
Dan sibermerdeka terus berkaca
Terus mengalirkan arus ingatan
Elakkan dirimu menjadi sia-sia
Hamparkan dirimu di persada
Tuhan.

Maksud
Penyajak menghadapi pelbagai cabaran dan isu dalam
kehidupan hariannya sejak muda hingga tua. Antaranya
ialah masalah kemiskinan, fikiran yang terbelenggu,
kekuatan iman, dan lain-lain. Namun demikian, dia cekal
menghadapi semua cabaran itu dengan semangat waja yang
tidak mengenal erti putus asa.

Tema
Ketabahan dan kegigihan insan
dalam mengharungi dugaan hidup.

Persoalan
1. Persoalan setiap insan terpaksa berahadapan dengan pelbagai
dugaan hidup
- Semua manusia di dunia ini tidak terlepas daripada menempuh
bermacam-macam cabaran dalam kehidupannya.
2. Persoalan kekuatan iman dan semangat dalam mengharungi
dugaan hidup
- Dalam menghadapi cabaran hidupnya, penyajak memperkukuh
iman dan semangatnya. Dia tidak mudah berputus asa, sebaliknya
berani menghadapi setiap dugaan tersebut. Meskipun
kandangkala lemah dan hampir gagal, penyajak bangkit kembali
untuk menyelesaikan cabaran yang datang.
3. Persoalan setiap manusia melalui perubahan hidup
- Penyajak cekal dan bersemangat dalam menghadapi dugaan

Nilai
1. Berdikari
- Penyajak berupaya bertindak sendiri untuk menghadapi dugaan
hidupnya.

2. Keberanian
- Penyajak berani menghadapi apa-apa sahaja cabaran dalam
hidupnya.

3. Rasional
- Penyajak sentiasa bersedia dengan usaha dan rancangan untuk
memajukan dirinya.

4. Ketabahan
- Penyajak tabah dan cekal menghadapi dugaan hidup.

5. Ketaatan

Pengajaran
1.Kita haruslah tabah menghadapi apa-apa rintangan dan dugaan
hidup.
2.Kita hendaklah berusaha untuk menyelesaikan masalah yang
kita hadapi.
3.Kita mestilah berusaha untuk mengukuhkan iman dan
menambahkan amalan kita.
4. Kita janganlah mudah berputus asa apabila berhadapan
dengan cabaran hidup.

Gaya Bahasa
1. Unsur alam
Contoh: senja; malam; pantai; kancil; angina; awan; siang
2. Kata ganda
Contoh: dikotak-katikkan dan sia-sia
3. Perkataan arab
Contoh: iman
4. Sinkope
Contoh: Dalam kebun diriku dan yang tak diduga klimaksnya
5. Hibrid
Contoh: sibermerdeka
6. Simile
Contoh: bagai siang memanggil malam
7. Metafora
Contoh: rumah cabaranku dan pangkalan usia

8. Anafora
Contoh: a) Dalam kebun diriku ( rangkap 1 baris 1)
Dalam parlimen diriku (rangkap 2 baris 1)
Dalam laut diriku (rangkap 3 baris 1)
Dalam gergasi diriku (rangkap 4 baris 1)
b) aku panggil diriku bermesyuarah (rangkap 7 baris 3)
aku ambil keputusan (rangkap 7 baris 5)
c) untuk menguji amal dan iman (rangkap 3 baris 3)
untuk tidak mengulangi kekalahan (rangkap 7 baris 7)
9. Responsi
Contoh: elakkan dirimu menjadi sia-sia (rangkap 8 baris 7)
hamparkan dirimu di persada Tuhan (rangkap 8 baris 8)
10. Repetisi
Contoh: a) aku berlatih menangkis angin (rangkap 5 baris 2)
aku berlatih memunggah awan (tangkap 5 baris 3)
b) aku tak cemas lagi (rangkap 6 baris 2)
aku tak lemas lagi ( rangkap 6 baris 4)
c) oleh kata yang mengekang (rangkap 6 baris 3)
oleh kata yang menyerang (rangkap 6 baris 5)
11. Epifora
Contoh: hidup menentang senja dan malam (rangkap 1, baris 4)
bagai siang memanggil malam ( rangkap 8, baris 4)

Bentuk sajak
1. Sajak ini mempunyai lapan rangkap.
2. Rangkap pertama dan kedua mempunyai empat baris. Rangkap keriga dan keempat
mempunyai tiga baris manakala rangkap kelima dan keenam mempunyai lima baris. Rangkap
ketujuh mempunyai tujuh baris dan rangkap kelapan mengandungi lapan baris.
3. Bilangan perkataan bagi setiap baris adalah antara tiga hingga lapan patah perkataan.
Contoh:
a) Dalam kebun diriku ( rangkap 1 baris 1) dan Dalam parlimen diriku (rangkap 2 baris 1) tiga
patah perkataan
b) Kini, kapal diriku telah berlabuh di pangkalan usia lapan patah perkataan
4. Bulangan suku kata bagi setiap baris adalah antara tujuh hingga sembilan belas suku kata.
Contoh:
a) Da lam pen tas di ri ku (rangkap 5 baris 8) lapan suku kata
b) Ki ni, ka pal di ri ku te lah ber la buh di pang ka lan u si a (rangkap 8 baris 1) Sembilan
belas suku kata
5. Bentuk sajak ini bebas.

Anda mungkin juga menyukai