Anda di halaman 1dari 6

KUALITI UNTUK VOKAL

A. PROJEKSI

Mengucapkan perkataan didengar setiap sudut ruang penonton mengikut keluasan dan
keadaan ruang.(terbatas).

-Bukan sahaja pada suara tetapi diri pelaku sendiri.

Mendengar sahaja tidak mencukupi tanpa bantuan aksi:

-Setiap adegan mempunyai perhubungan dengan cerita dan lakonan (emosi dan
situasi)/sedih/lucu/tegang/informasi. (Pelakon perlu menyesuaikan dengan aksi)

-Memahami lingkungan/ tempat/memahami gambaran ianya berlaku.

Contoh latihan:
Tanpa bantuan set dan prop/ pelakon menggunakan imajinasi: Di sebuah taman penuh dengan
pelbagai jenis bunga. Waktu tengah hari.

A: Cantik bunga di sini. Abang suka bunga itu.


B:Itu bunga mawar hijau.
A: Oh.. Abang ingat mawar hanya bewarna merah, hijau pun ada ya.
B:Mawar hijau lebih harum berbanding mawar merah.
A: Ya ka.
B: Tak percaya mari kita cium.
A: Hmmm harumnya. Aduh hidung Abang !!!
B: Alamak kumbang.

B. KEJELASAN

- Perkataan yang dilafaskan adalah jelas makna.sebutanya .

Apabila pengucapan disampaikan secara tidak jelas penonton akan sukar menangkap maknanya. (Hal ini
kerap berlaku pada pelakon yang gopoh dalam pengucapan)

Kadang kala sebut perkataan badan berbunyi dan / tegas bunyinya gas dsb.

Contoh Latihan :

- Berdiri di dalam lingkungan jarak 10-15 meter dengan mengucapkan perkataan seperti ini.

a. Sangat sulit untuk mendapatkan keterangan dari mahkamah.


b. Iman perlu teguh dalam menempuh pancaroba godaan dunia.
c. Seminar kesihatan minggu depan akan membincangkan penyakit kuku dan mulut.

C. ARTIKULASI

-Pengucapan yang jelas terutama sukukata dan juga konsonan.

Latihan : Jarak kedudukan dengan pelatih untuk membunyikan perkataan seperti berikut:

a. Malam
b. Malang
c. Makam
d. Maka
e. Mekar
f. Tegar
g. Legar

- Berburu di padang datar


Dapat rusa berbelang kaki
Berguru kepalang ajar
Bagai bunga kembang tak jadi

Pastikan bunyi perkataan dan makna dapat didengar dengan jelas.

TEKANAN UCAPAN

- Tekanan Dinamik
- Tekanan Tempo
- Tekanan Nada

Tekanan Dinamik:
Pengucpan yang menegaskan perkataan yang penting.

Saya tidak suka KARIPAP (Kalau kueh lain dia suka)

SAYA tidak suka KARIPAP (Kalau diberi pilihan keh lain)

Saya TIDAK suka Karipap (Kalau dipaksa makan)

Tekanan dinamik amat penting untuk menjelaskan pemikiran.


Tekanan Tempo.
-Tekanan yang melambatkan penyebutan.
Saya tidak suka KA RI PAP
Saya TI DAK suka karipap
SA YA tidak suka karipap.
Hasilnya sama dengan tekanan dinamik bagi membantu maksud fikiran.

Tekanan Nada (Intonasi)


Dapat menggambarkan keadaan: Hebat betul kau orang semua. Saya kagum dengan awak semua.

Latihan:
Rasa sedih: “Bulan purnama yang indah pada malam ini tidak dapat untuk mengubat hatiku yang luka.
Kenapa abang sanggup menduakan saya.

Rasa Marah: Hebat sungguh kau ni. Tak sanggka kau sanggup tikam aku dari belakang. Apa kau ingat
aku tak tahu.

Rasa Kagum:

Menghina:

Terkejut:

Takut:
A.Membantu untuk vocal. (Latihan Pernafasan)

1. Berdiri dengan keadaan kaki selaras dengan bahu


2. Meletakan tapak tangan bahagian atas perut
3. Tanpa pernafasan , kembungkan perut dan kempiskan sambil melihat pergerakan tangan
mengikut keadaan perut.
4. Tarik nafas dalam. Pastikan apabila nafas ditarik perut akan ke depan dan apabila melepaskan
tangan ke dalam.
5. Pastikan sewaktu menarik nafas bahu tidak terangkat dang dada tidak mengembang.
6. Lakukan kaedah 4 beberapa kali, kalau terasa pening duduk dan berhenti seketika.
7. Kemudian letakan tangan dekat bawah leher dan dada.
8. Tarik nafas dan akan terasa dada akan mengembang sedikit, perut anda mesti berkadaan
kaedah 4.
9. Setelah dapat kesesuaian cuba keluarkan suara seperti aww… dan boleh juga menggunakan
huruf vocal yang lain. (Suara yang dikeluarkan seperti separuh udara dan separuh suara)
10. Sekarang bolh dimulakan suara yang disokong oleh perut,

B. Latihan ‘Panting’

-Letakan kedua tangan di perut dan mengeluarkan suara seperti anjing kepenatan.

-Menyebut perkataan hut… hut….hut… boot… dan tingkatkan kekuatan suara.

C. Bahagian Mulut (Bibir, gigi dan lidah)

(Mengejutkan mulut)Membantu anda untuk menyampaikan pengucapan secara jelas dan tepat.

1. Jelirkan lidah anda , bawa masuk dan keluar dalam beberapa kali (8kali) Gerakan lidah anda
dalam mulut mengenai gigi sekurang kurangnya seminit.
2. Meregangkan mulut, mengherot-herotkan dengan menyebut oohhh… ahhh… dalam seminit.
3. Seperti mengunyah chewing gum, biarkan rahang terbuka samba kedua tapak tangan mengurut
rahang. Membuka rahang dan menutup mulut.
4. Menghembus dengan membunyikan seperti motorboat dibibir anda.
5. Buka mulut luas-luas sambil mengerakkan rahang sambil menyebut ahhhh…
6. Kembali ulang semula kaedah 1-5.

D.LATIHAN HURUF KONSONAN


Melalui setia konsonan , besarkan suara dan letupkan setiap bunyi

Baa Baa Baa

Caa Caa Caa

Zaa Zaa Zaa

E. MENGGUNAKAN FIZIKAL DAN SUARA

1. Mengerak/mengoncang badan/ belari anak sambil menyebut Fah Gah Dah Tah…..

2. Menggunakan imajinasi seolah mengankat bola yang berat dari bawah dan membalingkanya
bersama-sama dengan suara.

E. TOUNGE TWISTER

a. Specific Pacific

b. Red Lorry Yellow Lorry

c. Tutup kopi buka topi

d. Ramai – ramai ronggeng.

BAGAIMANA UNTUK MENILAI KEMAMPUAN UNTUK MENDAPATKAN KUALITI VOKAL.

(Latihan tertakluk kepada keadaan tempat sama ada di dalam panggung atau di kawasan lapang)

Menjarakan kedudukan pelatih di dalam lingkungan 10 ke 15 meter.

a. Menggunakan perumpamaan/pantun contohnya :

Siakap Senohong Gelama Ikan duri


Bercakap bohong lama-lama mencuri

Sorong papan tarik papan


Buah keranji dalam perahu
Suruh makan dia makan
Suruh mengaji dia tak tahu
b. Menggunakan sajak
Tuhanku
Dalam termanggu
Aku masi menyebut nama Mu
Biar susah Sungguh
Mengingat Kau penuh seluruh
Gaya Mu penuh suci
Tinggal kerdip lilin di kelam sunyi
Tuhanku
Aku mengembara di negeri asing
Di p[into Mu aku mengetuk
Aku tidak akan bias berpaling
(Chairil Anwar)

Ulang kaedah ini untuk mendapatkan kualiti projeksi, kejelasan dan artikulasi.
Kemudian terapkan pula menggunakan emosi dan situasi
Menyampaikan dalam keadaan berbisik dan mengikut nada, tinggi, serdehana dan rendah.

Didalam menyampaikan Ucapan terdapat apa yang dikenali sebagai tekanan.

a. Tekanan Dinamik
b. Tekanan Tempo
c. Tekanan Nada

Anda mungkin juga menyukai