Anda di halaman 1dari 13

PRAKTIKUM TEATER MELAYU UTARA

Halimi bin Mohamed Noh

Bahagian Drama dan Teater
Pusat Pengajian Seni USM.

halimi@usm.my
halimimn@yahoo.com
Bangsawan.

Sejarah Ringkas.

• Bermula di Pulau Pinang, pada akhir abad ke 19.

• Pengaruh Wayang Parsi Gujerat- Wayang Parsi Tiruan.
• Mamak Pushi -Pushi Indera Bangsawan.
• 1900 dikenali sebagai Bangsawan.
• Teater Popular/ Teater Bandar.
Cerita:

TEMPATAN

a. Metos
b. Lagenda
c. Kepahlawanan
d. Dongeng
e. Sejarah
Cerita:

INDIA

a. Bakawali
b. Jula Juli Bintang Tiga
c. Jula Juli Bintang Tujuh
Cerita:
Cerita:
Parsi – Ali Baba 40 Penyamun
CHINA – Sang Pek Eng Tai Sindbad
Siti Zubaidah Abu Hassan Pencuri.
Cerita:

Shakespeare
– Saudagar Dari Venice
Hamlet
Romeo and Juliet.
Pelakon/ Watak.

• Orang Muda (Hero)

• Primadona (Heroin)
• Raja
• Permaisuri
• Watak Komik (Pembantu Hero/ Heroin)
• Watak Antagonis (Penjahat/ Jin/Hantu)
• Watak-watak pembesar Istana
• Watak-Watak pembantu.
Ciri-ciri persembahan.

A. Lakonan

• Stailisasi / Pengindahan/penegasan. (Gerak dan Dialog)

• Dialog dan nyanyian.
• Penyampaian dialog mempunyai rima yang sama.
• Penegasan sesuatu perkara di dalam pengucapan.
• Penggunaan pantun dan peribahasa di dalam dialog.
• Menggunakan nyanyian sekiranya berada di dalam situasi yang
menyedihkan. (Bernasib)
• Mengajak penonton untuk berkongsi emosi dengan watak. .
- Penyampaian dialog mempunyai rima yang sama

Contoh : Adegan di Istana, Demang bersama Pembesar Negara.

Demang:
Alhamdulillah,/ bersyukur kita kepada Tuhan/ yang telah mencurahkan
RahmatNya/dan keamanan sentiasa terjaga dan NikmatNya kepada seluruh
penduduk desa, / dan keamanan sentiasa terjaga/ sama ada di darat, di laut dan di
kuala/ yang sentiasa tenang tak bergelora./ Walau bagaimanapun sukalah kita
mengambil tahu/ takut ada perkara baru berlaku. / Bagaimana Datuk Gangga?

Datuk Gangga:
Demang yang mulia/ Berembang Desa/ aman / sebagai kita pinta/ . Tidak pernah
terjadi kebuluran / penderitaan dan pencerobohan/ Aman belaka.

Demang:
Bagaimana pula/ Tok Sidang kita.

Tok Sidang:
Benar/ apa kata Tok Gangga/. Khabarnya petani di ladang/, nelayan di lautan/
berlipat ganda hasil tanaman/ banyak pula ikan tangkapan.
• - Penegasan sesuatu perkara di dalam pengucapan.

• - Penggunaan pantun dan peribahasa di dalam dialog

Contoh : Adegan pertarungan.

R.Laksamana:
Cis Megat! Jangan celupar sangat mulut kau tu, biar tergelincir di kaki, jangan
tegelincir di lidah, nanti buruk padahnya.

Megat Alang:
Jangan marah-marah Raja Laksamana, apa ada kena mengena, Raja Laksamana
dengan Puteri Wan Entah? (ketawa)

R. Laksamana:
Jika engkau nak tahu Megat, Puteri Wan Entah itu ialah kekasihku.

Megat Alang:
Baru kekasih, belum tentu jadi tidaknya. Raja Laksmana, dengar ini
Apa diharap pohon selasih
Pohon Pinang di sawah padi
Apa diharap orang berkasih
Sedang bertunang kahwin tak jadi.
• - Penggunaan pantun dan peribahasa di dalam dialog

Contoh : Adegan pertarungan.

Megat Alang:
Baru kekasih, belum tentu jadi tidaknya. Raja Laksmana, dengar ini
Apa diharap pohon selasih
Pohon Pinang di sawah padi
Apa diharap orang berkasih
Sedang bertunang kahwin tak jadi.

Raja Laksamana:
Orang mengail di lubuk bulang
Ada umpannya si kulit duku
Jangan bermain kekasih orang
Nyawa bergantung di hujung kuku.
• - Menggunakan nyanyian sekiranya berada di dalam situasi yang menyedihkan. (Bernasib)

Contoh : Adegan perpisahan.

Seri Banian:
Wahai anakanda, berat sungguh hati bonda meninggalkan anakanda. Tapi apakan
daya ibu terpaksa ikut ayahanda mu ke kayangan. Jagalah diri anakanda baik-
baik. Maafkan bonda anakanda.

Hai anakanda, Selendang Delima .... Anakanda Selendang Delima yang rupawan.
Ikutlah Pak Tua pergi bersama.
Bonda ke kayangan bersama ayahnda
Kita tak akan berjumpa buat selama-lamanya. Selamat tinggal anakanda.

Selendang Delima:
Bonda... Bonda...

• Mengajak penonton untuk berkongsi emosi dengan watak.

Ciri-ciri lain.

• Props minima
• Setting menggunakan tirai
• Muzik sentiasa mengiringi. Memberi latar/ memberikan kesan
khas/mengiringi nyanyian dan tarian.
• Kesan khas: Tasmat.
• Extra turn.

Anda mungkin juga menyukai