Anda di halaman 1dari 4

”SI TANGGANG ANAK DERHAKA”

Tersebut kisah hikayat lama,


Kisah seorang anak  derhaka,
Kepada kedua ibu dan bapa,
Sentiasa diingat janganlah lupa. (syair)

Para hadirin sekalian,


Begitulah kesombongan dan keangkuhan Si Tanggang terhadap ibunya dalam kisah ”
Si Tanggang Anak Derhaka” yang akan kami ceritakan pada pagi yang berbahagia ini.

            Pada zaman dahulu kala, di sebuah kampung yang terpencil terdapat sebuah
keluarga yang miskin. Di dalam keluarga tersebut tinggal Mak Umpit dan anak
tunggalnya yang bernama Si Tanggang. Kehidupan mereka sehari-harian, bak kata
pepetah kais pagi, makan pagi, kais petang, makan petang.
Besarlah sudah anak teruna,
Suka bermain tepi muara,
Melihat kapal di depan mata,
Tersimpan impian di dalam dada.

Hidup di kampung tiada cabaran,


Teringin juga merasa kemewahan,
Setiap hari melayan keinginan,
Apakan daya tiada kesudahan. (syair)

            Pada suatu hari, Si Tanggang berkata kepada ibunya yang sedang menyapu di
halaman rumah...

            ” Ibu, kehidupan kita ini sangat miskin. Tanggang rasa eloklah Tangggang
pergi merantau di negeri orang mencari kekayaan. Nanti... Tanggang akan dirikan
mahligai yang indah dan akan Tanggang kalungkan intan permata pada tubuh ibu...”
Alangkah terkejutnya Mak Umpit apabila mendengar hasrat anak kesayangannya itu.
           
 ”Apa???   Kau nak tinggalkan ibu...? Ibu sudah tua Tanggang... kasihanilah ibu...
jangan tinggalkan ibu, Tanggang...”

Segala rintihan dan rayuan Mak Umpit tidak diendahkan oleh anaknya Si Tanggang..
Keesokan harinya, keluarlah Si Tanggang meningggalkan ibunya yang tua di kampung
sendirian.

Setelah sekian lama berada di negeri orang, dengan berkat kerajinan Si


Tanggang, beliau telah berjaya menjadi Datuk Nakhoda. Kini, Si Tanggang sudah
menjadi kaya raya dan telah berkahwin dengan seorang puteri raja yang cantik
jelita.
Datanglah bahtera sebuah negeri,
Si Tanggang bekerja perhamba diri,
Akhirnya nakhoda pangkat diberi,
Berkahwin pula dengan puteri. (syair)

Pada suatu hari, isteri Si Tanggang telah ikut serta bersama Si Tanggang dan
anak-anak kapal belayar berniaga. Berita kedatangan kapal Si Tanggang telah
diketahui oleh orang-orang kampung... Ibu Si Tanggang sangat gembira dengan
berita kepulangan anaknya kesayangannya itu. Tanpa berlengah lagi Mak Umpit terus
pergi berjumpa Si Tanggang dengan mendayung sampan menuju ke kapal Si Tanggang
untuk berjumpa anak kesayangannya itu.

Setelah sekian lama mengembara,


Kapal menyusur kembali ke muara,
Terlihat Si Tanggang dalam bahtera
Kepada ibu dikhabarkan segera. (syair)
            ” Oh, Tanggang anakku! Tidakkah engkau kenal lagi ibumu ini? Rindunya rasa
hati ibu semenjak kepemergianmu nak...”

Si Tanggang terkejut dengan kedatangan perempuan tua itu. Dia berasa malu kepada
isterinya untuk mengaku perempuan yang tua dan hodoh itu ibu kandungnya.
“Hei… Perempuan tua, jangan engkau pandai-pandai mengaku dirimu itu ibuku! Ibuku
tidak sekotor ini. Aku anak orang kaya. Lebih baik kau berambus dari sini….”
Lantaran malu mengaku diri,
Si Tanggang tak mahu dihampiri,
Ibu diherdik dan diusiri,
Pilu si ibu tidak terperi. (syair)
Kerana terlalu sedih, Mak Umpit menangis teresak-esak apabila dimaki dan dihalau
oleh anak kandungnya sendiri. Lalu dia pun mendayung semula sampannya ke pantai.
Setibanya Mak Umpit di pantai, dia terus menadah tangan ke langit dan berseru
kepada Tuhan;

            “Oh, Tuhanku! Kalau benar Si Tanggang itu adalah anakku yang kususui dari
sususku ini dan yang ku didik dari sebesar dua tapak jari ini, tujukkanlah balasan Mu
ke atas anak yang durhaka!!!”
Melihat  sikap anaknya itu,
Hancur luluh hati si ibu,
Doa dipohon kepada Yang Satu,
Si anak disumpah menjadi batu (syair)

Tidak semena-mena satu ribut yang amat kuat telah Turun. Kilat dan guruh memecah
langit telah datang dengan tiba-tiba. Terdengarlah suara anak kapal riuh rendah di
dalam bahtera. Dalam riuh rendah itu, terdengarlah suara Si Tanggang melaung.....

” Ibu.... ibu.... ibu...ampunkan dosa Tanggang bu....


            Tanggang ini anak ibu........ ibu ampunkan Tanggang bu.....
            Ampunkan Tanggang bu.... ampunkan Tanggang bu.....”

Bahtera Si Tanggang semakin karam, pekik dan lolong orang-orang di dalamnya


semakin hilang...... akhirnya..... Tanggang, isteri dan anak-anak kapalnya menjadi batu
akibat daripada penghinaan dan penderhakaan Si Tanggang terhadap ibunya....

Para hadirin sekalian;

Itulah balasannya kepada anak-anak yang tidak mengenang budi dan dan menderhaka
kepada kedua orang tuanya yang telah bersusah payah mendidik dan membesar dari
kecil hingga ke dewasa.
Pada kesempatan ini,
kami ingin mengucapkan selamat hari ibu kepada semua ibu yang amat kami sayangi.
Terima kasih kerana melahirkan dan menyayangi kami.Tanpa ibu siapalah kami.

Kami juga ingin mengucapkan selamat hari guru kepada semua guru yang kami
sayangi.Terima kasih kerana mendidik kami. Terima kasih cikgu( ramai-ramai)

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai