Anda di halaman 1dari 2

Kisah Anak Derhaka Si Tanggang

“Hei… Perempuan tua, jangan engkau pandai-pandai mengaku dirimu itu


ibuku! Ibuku tidak sekotor ini. Aku anak orang kaya. Lebih baik kau
berambus dari sini….”

” Pengawal, halau perempuan tua ini, hamba benci melihatnya!”


Para hadirin sekalian,
Begitulah kesombongan dan keangkuhan Si Tanggang terhadap ibunya
dalam kisah ” Si Tanggang Anak Derhaka” yang akan saya ceritakan pada
pagi yang berbahagia ini.

Pada zaman dahulu, hidup seorang budak kampung yang bernama


Si Tanggang. Pada suatu hari, Si Tanggang pergi memburu dengan
rakannya, Mudin. Mereka nampak sebuah kapal besar berlabuh untuk
mencari air bersih.
Si Tanggang cuba mendekati kapal besar itu walaupun dihalang oleh
Mudin. Nasib malang menimpa Si Tanggang kerana ditemui oleh kelasi
kapal.
Si Tanggang ditangkap dan dibawa jauh dari kampungnya.
Di atas kapal, Si Tanggang bekerja sebagai pencuci kapal. Disebabkan
kerajinannya, nakhoda kapal telah mengambilnya sebagai anak angkat.
Tidak lama kemudian Si Tanggang dikahwinkan dengan seorang puteri raja.
Setelah nakhoda kapal itu meninggal dunia, Si Tanggang dilantik sebagai
nakhoda menggantikan bapa angkatnya.

Pada suatu hari Si Tanggang membawa isterinya belayar dan telah


berlabuh setibanya di suatu tempat. Si Tanggang tidak menyedari bahawa
dia telah berlabuh di kampung asalnya. Mudin, rakan lamanya nampak Si
Tanggang dan segera menceritakan hal itu pada ibu Si Tanggang. Ibu Si
Tanggang begitu gembira dan terus menuju ke arah kapal besar anaknya.

Betapa sedih hati ibu Si Tanggang apabila anaknya tidak mengaku


dirinya sebagai ibu. Sambil mengayuh sampan, ibu Si Tanggang bersumpah
jika lelaki kaya yang ditemuinya itu anaknya, dia menyumpah Si Tanggang
menjadi batu. Sejurus selepas itu, Si Tanggang dan kapalnya berubah
menjadi batu. Demikianlah kisah balasan anak yang derhaka terhadap
ibunya.

Anda mungkin juga menyukai