Anda di halaman 1dari 2

Hei ! Perempuan tua, jangan engkau pandai-pandai mengaku dirimu itu ibuku!

 Ibuku tidak sekotor ini. Aku


anak orang kaya. Lebih baik kau berambus dari sini.
Para hadirin sekalian,
Begitulah kesombongan Si Tanggang terhadap ibunya dalam kisah Si Tanggang Anak Derhaka yang akan saya
ceritakan pada hari ini. Selamat pagi, Salam Sejahtera kepada barisan Hakim yang arif lagi bijaksana, barisan
guru-guru dan rakan-rakan sekalian.
 Pada zaman dahulu kala, di sebuah kampung yang terpencil terdapat sebuah keluarga yang miskin.
Dalam keluarga tersebut tinggal Mak Siti dan anak tunggalnya yang bernama Si Tanggang. Kehidupan mereka
sehari-hari, bak kata pepatah kais pagi, makan pagi, kais petang, makan petang.
Pada suatu hari, Si Tanggang berkata kepada ibunya yang sedang menyapu di halaman rumah. “Ibu,
kehidupan kita ini sangat miskin. Tanggang rasa eloklah Tangggang pergi merantau di negeri orang mencari
kekayaan. Nanti... Tanggang akan dirikan mahligai yang indah dan akan Tanggang kalungkan intan permata
pada tubuh ibu.” Alangkah terkejutnya Mak Siti apabila mendengar hasrat anak kesayangannya itu.
“Apa???  Kau nak tinggalkan ibu Ibu sudah tua Tanggang... kasihanilah ibu... jangan tinggalkan ibu,
Tanggang”. Segala rintihan dan rayuan Mak Siti tidak diendahkan oleh anaknya Si Tanggang..Keesokan harinya,
keluarlah Si Tanggang meningggalkan ibunya yang tua sendirian. Setelah sekian lama berada di negeri orang,
dengan berkat kerajinan Si Tanggang, beliau telah berjaya menjadi Datuk Nakhoda. Kini, Si Tanggang sudah
menjadi kaya raya dan telah berkahwin dengan seorang puteri raja yang cantik jelita. Akibat daripada
kemewahan dunia yang dimiliki Si Tanggang, kini ... beliau telah lupa kepada ibunya yang tua dan miskin di
kampung.
Pada suatu hari, isteri Si Tanggang telah ikut serta bersama Si Tanggang dan anak-anak kapal belayar
untuk berdagang. Dalam pelayaran tersebut akhirnya kapal Si Tanggang telah berlabuh di pantai berhampiran
kampung kelahirannya dahulu. Berita kedatangan kapal Si Tanggang telah diketahui oleh orang-orang
kampung. Ibu Si Tanggang sangat gembira dengan berita kepulangan anak kesayangannya itu. Tanpa
berlengah lagi, Mak Siti terus pergi berjumpa Si Tanggang dengan mendayung sampan menuju ke kapal Si
Tanggang untuk berjumpa anak kesayangannya itu.
“Oh, Tanggang anakku! Tidakkah engkau kenal lagi ibumu ini? Rindunya rasa hati ibu semenjak
kepemergianmu nak”. Si Tanggang terkejut dengan kedatangan perempuan tua itu. Dia berasa malu kepada
isterinya untuk mengaku perempuan yang tua dan kotor itu ibu kandungnya. Lalu Si Tanggang pun menghalau
ibunya yang tua itu dari kapalnya.
“Hei, Perempuan tua, jangan engkau pandai-pandai mengaku dirimu itu ibuku! Ibuku tidak sekotor ini.
Aku anak orang kaya. Lebih baik kau berambus dari sini. Pengawal, halau perempuan tua ini, hamba benci
melihatnya!”
Kerana terlalu kecewa, Mak Siti menangis tersedu sedan apabila dimaki dan dihalau oleh anak
kandungnya sendiri. Lalu dia pun mendayung semula sampannya ke pantai. Setibanya Mak Siti di pantai, dia
terus menadah tangan ke langit dan berseru kepada Tuhan.
“Oh, Tuhanku! Kalau benar Si Tanggang itu adalah anakku yang kususui dari kecil dan yang kudidik dari
sebesar dua tapak jari ini, tujukkanlah balasan Mu ke atas anak yang durhaka!!! Tidak semena-mena satu ribut
yang Amat kuat telah Turun. Kilat dan guruh memecah langit telah datang dengan tiba-tiba. Terdengarlah
suara anak kapal riuh rendah di dalam bahtera. Dalam riuh rendah itu, terdengarlah suara Si Tanggang
melaung..... Ibu.... ibu.... ibu...ampunkan dosa Tanggang bu.... Tanggang ini anak ibu........ ibu ampunkan
Tanggang bu..... Ampunkan Tanggang bu.... ampunkan Tanggang bu.....
Bahtera Si Tanggang semakin karam, pekik dan lolong orang-orang di dalamnya semakin hilang......
akhirnya..... Tanggang, isteri dan anak-anak kapalnya menjadi batu akibat daripada penghinaan dan
penderhakaan Si Tanggang terhadap ibunya.
Pengajaran yang dapat kita perolehi dalam cerita tadi ialah Kita perlulah sentiasa menghormati ibu dan
bapa yang telah melahirkan, mendidik dan menyayangi kita sejak kecil. Kita sepatutnya menghargai jasa kedua
ibu bapa dengan memberikan kasih sayang dan menjaga mereka apabila mereka sudah tua.. Sekian, terima
kasih.

Anda mungkin juga menyukai