Anda di halaman 1dari 5

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Terima kasih tuan


pengerusi majlis. Yang saya hormati para hakim, guru-guru dan
rakan-rakan sekalian. Pada hari ini saya akan menyampaikan
sebuah cerita bertajuk ‘Si Tanggang’.

Di suatu perkampungan, tinggal seorang lelaki budiman dan


isterinya. Kais pagi. Makan pagi. Kais petang. Makan petang.
Suami isteri mempunyai seorang anak lelaki yang bernama Si
Tanggang. Mereka berdua terlampau sayangkan anak tunggal
mereka dan dipanggil orang kampung Pak Si Tanggang dan Mak
Si Tanggang.

Pada satu hari, mereka menyusur sungai lebih jauh daripada


biasa. Tanggang melihat sebuah kapal besar berlabuh di kuala.
“Apakah itu, Ayah?” Tanggang bertanya. “Ia adalah sampan
besar, Tanggang, kapal yang membawa segala macam orang
dan segala macam barang.”

Tanggang mula bermimpi untuk belayar menaiki kapal, belayar


di perairan biru dan menjadi kaya-raya berdagang dari satu
pelabuhan ke satu pelabuhan.

Bila ada peluang, Tanggang akan ke muara sungai, melihat kapal


besar yang ada. Satu hari, seorang lelaki yang berbadan sasa
kelihatan seperti kelasi mengajak Tanggang bekerja di kapal.
“Mahukah kamu bekerja di kapal ini dan mengikut kami belayar,
wahai anak muda?”

Tanggang berlari sepanjang jalan ke rumahnya. “Ayah! Mak!”

“Kenapa, Nak?” kata Mak Si Tanggang.

Tanggang pun menceritakan apa yang terjadi. Kegembiraan di


hatinya terlihat diraut wajahnya.
“Kau nak tinggalkan Mak, Tanggang?” terduduk ibunya di tepi
tangga mendengar segala kata Tanggang.

Pak Si Tanggang mendengar kesedihan dalam kata-kata Mak Si


Tanggang. Tapi ia faham perasaan anak lelaki, sedang
meningkat umur. Semangat sedang berkobar. Angan-angan
hendak digapai. Jiwa sedang bergolak. “Kau ingin merantau,
Tanggang?” katanya.

“Tanggang akan kembali, Mak. Ayah. Tanggang janji. Tetapi,


Tanggang perlu melihat dunia! “

Walaupun mereka sangat keberatan untuk membiarkan


Tanggang pergi, akkhirnya Tanggang pun bersama di atas
kapal. Ibunya membekalkan tapai ubi dan nasi dibungkus dalam
buluh. Hatinya sedih bercampur luluh.

Di atas kapal, Tanggang melakukan apa sahaja kerja yang


diperintahkan. Pedagang, kelasi lain dan Nakhoda, semuanya
amat sukakan Tangang kerana dia rajin, ceria dan juga semakin
hari semakin segak dan kacak.

Masa pun berlalu. Tanggang belayar ke seluruh nusantara. Si


Tanggang dilantik nakhoda muda baru dan dipanggil Nakhoda
Tanggang.

Nakhoda Tanggang adalah seorang pedagang yang sangat


berwibawa dan disegani. Dari permulaan yang serba tidak tahu,
dia menjadi kaya raya dan terkenal, dihormati oleh semua dan
Sultan. Akhirnya Si Tanggang mengahwini puteri raja.

Pada satu ketika, Nakhoda Tanggang belayar bersama isteri


tercinta ingin mengambil angin. Tiba-tiba angin menderu,
taufan pun tiba di Selat Melaka yang selalunya aman. Semua di
atas kapal pun hairan kenapa tak semena-mena ribut taufan di
tengahari.

Akhirnya semuanya terhenti. Secara kebetulan, kapal Tanggang


pun berlabuh di muara sungai berdekatan sebuah kampung.
Berita kepulangan Tanggang ini sampai ke telinga Mak dan Pak
Si Tanggang.
“Anak kita telah pulang! Kan dia dah berjanji,” teriak Mak Si
Tanggang dengan begitu gembira sekali.

Pak Si Tanggang menggelengkan kepalanya. “Tanggang kini


saudagar besar. Mahu ke dia berjumpa dengan kita ni…”
katanya perlahan-lahan. Namun Mak Si Tanggang tidak dapat
ditahan lagi. “Aku nak pergi jumpa Si Tanggang. Aku bawakan
nasi daging salai. Marilah kita pergi, Bang…”

Mereka ke pantai, melangkah ke dalam kolek usang dan


mendayung ke kapal. Tiba di kapal, Pak Si Tanggang memanggil
anak-anak kapal meminta dibawa ke atas kapal tersebut.
“Siapakah engkau?” anak kapal bertanya. “Kami ni mak ayah Si
Tanggang. Hamba dengar dia di atas kapal.” Anak-anak kapal
ketawa terbahak-bahak seraya mengejek, “Kapal ini kepunyaan
Nakhoda Tanggang yang terkenal kaya raya dan puteri diraja,
isterinya. Masakan engkau pengemis ni mak ayah tuan kami!”

Nakhoda Tanggang kebetulan berada berdekatan. Dia pun


bertanya apa yang terjadi, seperti ada kekecohan. “Tuan
Nakhoda, mereka ini mendakwa ibu bapa Nakhoda,” jawab
ketua kelasi, Awang. “Dah puas kami suruh balik, jangan
mengemis di sini. Mereka masih berdegil.”

Berderau darah Si Tanggang. Dalam segala kekecohan dan ribut,


dia belum pasti mereka sampai berlabuh di mana. Dia pun
memalingkan muka ke arah orang tua itu dan terus mengenali
ibu dan ayahnya.
Tiba-tiba terdengar suara isterinya yang cantik, puteri raja itu
bertanya, “Kekanda, benarkah ini ibu dan ayah Kanda?”

Tersentak Tanggang, bagai bangun dari mimpi ngeri. Dia


memandang keadaan ibubapanya dan terlihat betapa miskinnya
mereka. Tanggang terus malu untuk mengakui hakikat sebenar.
Usahkan mengaku, menghina pula. “Oh, tidak, Dinda! Sudah
tentu tidak. Ibu bapa Kanda telah tiada. Kanda kan yatim piatu,”
dia berbohong.

Mak Si Tanggang terpinga-pinga. Pak Si Tanggang mula merasa


marah, mengajak Mak Si Tanggang pergi dari situ. Tetapi, Mak Si
Tanggang tidak mahu berganjak.

“Nak, Mak bawak nasi daging salai ni…”

Nakhoda Tanggang hilang sabar.”Hei, orang tua…apa yang


engkau meracau ni? Aku saudagar kaya dan terkenal. Dah! Ngah
kau dari sini,” herdiknya.

Pak Si Tanggang terus mengayuh sampan koleknya. Mak Si


Tanggang menangis hiba, teresak-esak. Apabila mereka sampai
ke pinggir pantai, Mak Si Tanggang melutut di atas pasir dan
mengangkat tangan ke langit dan meminta Yang Maha Esa
menunjukkan kebenaran. “Yang Maha Esa! Jika benar aku
susukan Tanggang yang derhaka itu, tunjukkan kepada semua
kebenaran ini!”

Sekali gus langit menjadi gelap gelita. Angin sepoi sepoi bahasa
bertukar menjadi ribut. Guruh berdentum dentam. Kilat sabong
menyabong. Ombak laut melambung kapal Tanggang ke sana
dan ke sini.

Tahulah Si Tanggang, ibunya telah menyumpahnya. “Makkk.


Ampunkan Tanggang, Mak!”
Semuanya sudah terlambat. Kapal besar itu terumbang ambing
dibawa ombak ke pantai, akhirnya pecah di humban ombak
tinggi memukul pantai. Apabila ribut reda, semua anak kapal
serta Si Tanggang dan isterinya tidak kelihatan, hanya yang
tinggal ada pulau batu.

Maka berakhirlah kisah Si Tanggang yang derhaka –


menghancurkan perasaan ibunya sendiri dan melukai hati
ayahnya. Oleh itu, kita sebagai anak harus taat dan berbuat baik
kepada ibu bapa. Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai