Anda di halaman 1dari 2

TAJUK CERITA : SI TANGGANG ANAK DERHAKA

(Syair)
Tersebutlah kisah satu cerita,
Cerita bermula kisah derita;
Sedihnya ibu kecewa hatinya,
Dihalau oleh anak kandungnya.

Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang arif
lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang akan
saya sampaikan pada hari ini ialah ‘Si Tanggang Anak Derhaka.’

Di dalam sebuah kampung, tinggal sepasang suami isteri bernama Si Talang dan Si
Deruma. Mereka mempunyai seorang anak lelaki bernama Si Tanggang.

Kehidupan mereka amatlah miskin. Si Tanggang merupakan seorang kanak-kanak yang


bercita-cita tinggi. Akan tetapi, hidupnya yang serba kekurangan menjadi penghalang cita-citanya.

Pada suatu hari, Si Tanggang terlihat sebuah kapal besar berlabuh di muara sungai
berhampiran rumahnya. Si Tanggang mencuba nasib berjumpa nakhoda kapal tersebut untuk
menjadi anak kapalnya. Si Tanggang berjaya diambil bekerja di kapal besar tersebut. Walaupun ibu
dan bapanya keberatan untuk melepaskan Si Tanggang belayar, tetapi mereka terpaksa
mengalah. Si Tanggang berjanji akan pulang ke kampung semula setelah menjadi kaya.

Nakhoda amat menyukai Si Tanggang yang rajin bekerja. Lalu, Si Tanggang diambil
sebagai anak angkatnya. Apabila nakhoda semakin uzur, Si Tanggang dilantik menjadi nakhoda yang
baru. Dia digelar ‘Nakhoda Tanggang.’

Si Tanggang sangat cekap berniaga. Dia menjadi kaya raya dan namanya masyur di serata dunia.
Kehebatan Si Tanggang sampai ke telinga sultan. Tidak lama kemudian, sultan
mengahwinkan puterinya dengan Si Tanggang. Si Tanggang membawa isterinya belayar ke serata
tempat.

Pada suatu hari, kapal Si Tanggang berlabuh di muara sungai kampungnya. Kedua ibu bapanya
berasa amat gembira. Mereka mendayung sampan menuju ke kapal Si Tanggang.

Apabila tiba di kapal, seorang anak kapal melarang mereka naik. Si Tanggang malu
melihat keadaan ibu bapanya yang daif. Ibu bapanya memanggil - manggil nama Si
Tanggang dan merayu-rayu untuk berjumpanya, namun Si Tanggang berpura-pura tidak mengenali
mereka.

Si Tanggang menghalau ibu bapanya. Ibu bapanya berdayung ke tebing sungai dengan perasaan sedih
dan kecewa. Apabila tiba di daratan, ibunya memandang ke langit dan berdoa :

“Oh Tuhan, tunjukkanlah kepada anak kandungku Si Tanggang bahawa akulah ibu kandungnya.”
Tiba-tiba, angin bertiup kencang dan petir berdentum. Laut bergelora dan kapal Si Tanggang
terumbang-ambing dipukul ombak. Ketika itulah Si Tanggang berasa kesal. Dia sedar bahawa Tuhan
telah memakbulkankan doa ibunya. Dia akan menerima balasan kerana telah menderhaka.

Akhirnya, Si Tanggang berteriak meminta ampun kepada ibunya, “Ibu.......ampunkan


Tanggang !…”ampunkan Tanggang ! Akan tetapi, penyesalannya sudah tidak berguna
lagi.

Kapalnya pecah akibat dipukul ombak yang kuat. Apabila ribut reda.. Si Tanggang,
isterinya, beserta semua anak kapalnya telah bertukar menjadi batu.

Oleh itu kawan-kawan, janganlah kita menderhaka kepada ibu dan bapa. Kita mestilah
menghormati ibu bapa yang telah melahirkan dan membesarkan kita. Janganlah kita menjadi
seperti Si Tanggang.

Anda mungkin juga menyukai