Anda di halaman 1dari 2

Ringkasan daripada cerita Nahkoda Tanggang

Ada sebatang sungai di kaki banjaran gunung ada perkampungan


kecil. Disana Si talang istrinya dan Si Deruma suaminya mempunyai
seorang anak bernama si Tanggang. Dia sangat cekap dalam
bersampan sehingga dia diambil oleh nahkoda kapal. Nahkoda kapal
amat suka dengan si tanggang, lalu dia pun diambil sebagai anak
angkat dan nahkoda mengahwinkan dia dengan anaknya.
Apabila nahkoda uzur, si tanggang dilantik menjadi nahkoda. Si
tanggang cekap belajar dan bijak berniaga dan menjadi terkenal.
Lalu iya berkahwin dengan puteri sultan.
Pada suatu petang si tanggang menghalakan kapalnya ke muara
sungai karena tahu rebut taufan akan datang. Orang kampong
mengetahui bahawa nahkoda kapal itu ialah si tanggang, mereka
pun memberi khabar kepada orang tuanya.
Si talang dan si deruma pun pergi ke kapal si tanggang. Apabila
mereka tiba di kapal, si tanggang yang berasa malu terhadap kedua
istrinya untuk mengaku orang tua itu bapa ibunya, dia berkata jika
dia tidak mempunyai orang tua dan akhirnya mereka pun
berdayung ke tepi.
Hati si deruma sangat pilu kerana si tanggang sudah melukakan
hatinya. Dia pun berdoa kepada tuhan dan berseru Oh Tuhan,
tunjukannlah kepada si Tanggang bahawa akulah ibu kandungnya.
Tiba-tiba petir bedentum dan kapal yang sedang berlabuh itu
terumbang ambing. Ketika itulah si tanggang berasa kesal.dia insaf

bahawa tuhan telah memperkenankan doa ibunya dan meminta


ampun. Akan tetapi dia terlambat, gelombang telah memcahkan
kapalnya. Apabila rebut reda, kapal nahkoda tanggang telah
menjadi batu sekali dengan semua anak kapal termasuk si tanggang
derhaka dan isteri-isterinya.

Pesan moral:
Janganlah kamu menjadi seorang yang derhaka kepada orang tua
terlebih sampai tidak mengakui mereka ialah orang yang telah
melahirkan dan membesarkan kita, kerana apabila kita melukakan
hati orang tua kita, hukuman Tuhan pun akan datang.
Dan janganlah kita sombong dan lupa akan hidup kita yang lalu
kerana apa yang telah kita dapat sekarang.

Anda mungkin juga menyukai