Anda di halaman 1dari 2

Selamat pagi dan salam sejahtera .

Saya ingin menyampaikan sebuah cerita yang


bertajuk, ‘Si Tanggang Anak Derhaka.’

Di dalam sebuah kampung, tinggallah sepasang suami isteri bernama Si


Talang dan Si Deruma. Mereka mempunyai seorang anak lelaki bernama Si
Tanggang. Kehidupan mereka amatlah miskin. SiTanggang merupakan seorang
kanak-kanak yang bercita-cita tinggi. Akan tetapi, hidupnya yang serba kekurangan
menjadi penghalang cita-citanya.
Pada suatu hari, Si Tanggang terlihat sebuah kapal besar berlabuh di muara
sungai berhampiran rumahnya. Si Tanggang pergi mencuba nasib berjumpa nakhoda
kapal tersebut meminta untuk dijadikan anak kapalnya.

Walaupun ibu dan bapanya keberatan untuk melepaskan Si Tanggang belayar,


tetapi mereka terpaksa mengalah. Si Tanggang berjanji akan pulang ke kampung
semula setelah menjadi kaya. Nakhoda amat menyukai Si Tanggang yang rajin
bekerja. Lalu, Si Tanggang diambil sebagai anak angkatnya. Apabila nakhoda
menjadi uzur, Si Tanggang dilantik menjadi nakhoda yang baru. Dia digelar ‘Nakhoda
Tanggang.’

Si Tanggang sangat cekap berniaga. Dia menjadi kaya raya dan namanya
menjadi terkenal. Kehebatan Si Tanggang sampai ke telinga sultan. Tidak lama
kemudian, sultan mengahwinkan puterinya dengan Si Tanggang. Si Tanggang
membawa isterinya belayar ke merata tempat dan negeri. Pada suatu hari, kapal Si
Tanggang berlabuh di muara sungai kampung asal-usulnya. Kedua ibu bapanya
berasa amat gembira. Mereka mendayung sampan menuju ke kapal Si Tanggang.

Apabila tiba di kapal, seorang anak kapal melarang mereka naik. Si Tanggang
malu melihat keadaan ibu bapanya yang daif. Ibu bapanya memanggil-manggil Si
Tanggang tetapi Si Tanggang berpura-pura tidak mengenali mereka. Apabila isterinya
bertanya, Si Tanggang mengatakan bahawa ibu bapanya sudah tiada.

Si Tanggang menghalau ibu bapanya. Ibu bapanya berdayung ke tebing sungai


dengan perasaan sedih dan kecewa. Apabila tiba di daratan, ibunya memandang ke
langit dan berdoa : “Oh, Tuhan tunjukkanlah kepada anak kandungku Si Tanggang
bahawa akulah ibu kandungnya.” Tiba-tiba, angin bertiup kencang dan petir
berdentum. Laut bergelora dan kapal Si Tanggang terumbang-ambing dipukul ombak.
Ketika itulah Si Tanggang berasa kesal. Dia sedar Tuhan telah memperkenankan doa
ibunya. Dia akan menerima balasannya kerana telah menderhaka.
Akhirnya, Si Tanggang berteriak meminta ampun kepada ibunya
:“Ibu…ampunkan Tanggang…”(2X).
Akan tetapi, penyesalannya sudah tidak berguna lagi. Kapalnya pecah akibat
dipukul ombak yang kuat. Apabila ribut reda… Si Tanggang, isterinya, kapalnya,dan
semua anak kapalnya telah bertukar menjadi batu. Oleh itu kawan-kawan, janganlah
kita menderhaka kepada ibu dan bapa. Selain itu, kita mestilah menghormati iu bapa
yang telah membesarkan kita. Janganlah kita menjadi sepeti Si Tanggang.

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.


Biji delima biji selasih,
Sekian, terima kasih;

Anda mungkin juga menyukai